• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
SoalanJelaskan ciri-ciri utama peringkat perkembangan berdasarkan teori berikut:1.Jean Piaget2.Arnold Gissel3.Robert Havigurst4.Erik Erikson5.Lawrence Kholberg1. Teori perkembangan kognitif Jean Piaget
Jean Piaget (1896-1981), merupakan seorang ahli psikologi Switzerland dan tokohyang amat penting dalam bidang psikologi pada abad ke-20. Teori yang beliau kemukakanadalah memfokus kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.Jean Piaget telah mengutarakan beberapa konsep penting yang perlu diketahuiantaranya ialah Skema, Asimilasi, Akomodasi dan Adaptasi. Konsep Skema merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu.Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan yangdikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa,memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehidengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusiamengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sesuatu yang baru. Oleh itu,kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dansekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru tentang perkara tersebut.Akomodasi merupakan suatu proses dimana struktur kognitif mengalami perubahan.Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaranbaru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Jean Piagetmenganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. Contohnya, kanak-kana
 
yang berumur dua tahun yang ditunjukkan sudu akan menyatukan objek baru ke dalamskemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap sudu itu.Adaptasi merupakan satu keadaan dimana wujud keseimbangan antara akomodasi danasimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Jean Piaget mendapati kemampuan mentalmanusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Perubahandaripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan.Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada 4tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan
 
tersebut ialah, TahapSensorimotor atau deria motor (0 hingga 2 tahun), Tahap Praoperasi (2 hingga 7 tahun), TahapOperasi Konkrit (7 hingga 12 tahun) dan Tahap Operasi Formal (12 tahun ke atas).Tahap Sensorimotor atau deria motor (0 hingga 2 tahun). Pada tahap ini, bayi melihatkepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari masa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat,menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Tahap praoperasi ( 2-7 tahun ). Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua subtahap
 
iaitu, tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) dan tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ). Pada tahapini kanak-kanak berfikir secara simbolik untuk menyelesaikan masalah tetapi pemikiranmasih tidak logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yang berlainan. Kanak-kanak padatahap ini bersifat egosentrik yang melihat sesuatu dari perspektif diri sendiri sahaja.Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun), pada tahap ini kanak-kanak bolehberfikir secara logik dan konkrit. Kanak-kanak pada tahap ini menyelesaikan masalah secara cuba- jaya Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik yang menyebabkanmereka dapat menerima pendapat orang lain.Tahap Operasi Formal (12 tahun ke atas),Piaget menegaskan bahawa perkembangankognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Pada tahap ini manusia berfikir secaraabstrak, mampu membuat hepotesis dan memahami akibat jangka panjang sesuatu tindakan.
2. Teori Kematangan Arnold Gessel
Arnold Lucius Gesell (1880-1961) mementingkan baka sebagai penggerak utamaterhadap perkembangan di mana kematangan fizikal adalah faktor utama menentukan proses pembelajaran. Ini bermakna apabila apabila kesediaan (kekuatan otot, tulang, mental dan
 
fizikal, emosi, dll) tidak mencapai kematangan yang sesuai, peluang-peluang yang diberikankepada pelajar untuk belajar sesuatu kemahiran tidak akan mencapai hasil yang positif.Menurut Gessel, kanak-kanak sejak lahir-5 tahun, mengalami masa perkembanganyang lancar iaitu terbahagi kepada 5 peringkat mengikut tahun. Tahun pertama semasa berumur 1 bulan, tangisan bayi adalah berbeza mengikut kehendak berlainan. Semasa berumur 4 bulan, Mata bayi dapat bergerak mengikut objek yang dilihat. Semasa berumur 6 bulan, bayi boleh menggenggam objek yang mudah seperti jari ibunya. 7 bulan, kanak-kanak sudah dapat duduk dan merangkak. Setelah berumur 1 tahun kanak-kanak dapat berdiridengan berpaut pada objek sebagai sokongan. Semasa berumur 1 hingga 2 tahun kanak-kanak masih memerlukan bantuan semasa bejalan sehingga mencapai usia 2 tahun mereka mampu berjalan sendiri. Pada peringkat ini mereka memahami istilah tertentu seperti “jangan” .Semasa berumur 5 hingga 6 tahun, adalah masa transisi atau peralihan iaitu keperluanuntuk bersekolah, mengenali rakan sebaya dan pengubahsuaian kepada peraturan-peraturanyang wujud. Semasa berumur 7 hingga 10 tahun, merupakan masa penyatuan dimana kanak-kanak akan menyesuaikan diri dengan zaman kanak-kanak dan penyesuaian kepada alam persekolahan.Pada peringkat umur 11 hingga 14 tahun merupakan masa trasisi atau peralihan darizaman kanak-kanak ke zaman remaja. Zaman ini berlaku konflik berhubung dengan akil baligh dan keremajaan. Semasa berumur 15 hingga 16 tahun, mereka dapat menyesuaikandiri dengan alam remaja dan merupakan permulaan kepada persediaan untuk menghadapialam dewasa.
3. Teori Perkembangan Tugasan Rober Havighurst
Robert Havighurst berpendapat bahawa setiap individu mesti menyelesaikan “tugasan” pada setiap peringkat perkembangan pada setiap tahap perkembangan. Sekiranya tugasantersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya hasilnya akan membawa kebahagiaan kepadaindividu tersebut. Jika tidak, individu itu akan mengalami masalah perkembangan pada peringkat yang berikutnya.Havighurst mendefinisikan tugasan sebagai kemahiran, sikap, kefahaman, dan pencapaian sebagai ciri-ciri setiap peringkat perkembangan. Tugasan atau tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu.Contohnya, bayi perlu merangkak terlebih dahulu sebelum berjalan (lebih rumit) dimana bayi parlu menyelesaikan masalah merangkak sebelum berjalan iaitu kemahiran yang lebih tinggi.Oleh yang demikian beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat. Ini kerana, perkembangan kanak-kanak sudah semestinya lebih lancar sekiranya ibu bapa lebih memahami keperluan pembelajaran anak mereka terutamanya membantu dalam proses ini.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...