You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PENUH :

Terima kasih Saudari Pengacara Majlis, Seterusnya, Pn.Suraya Bibi A/K Bapotti,Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Raja Melewar,Saudara Pensyarah Penilai dr IPG?,para pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, seterusnya para pelajar Program Pensiswazahan Guru kohort 1 major pendidikan jasmani yang saya kasihi sekalian. Salam Sejahtera dan selamat petang. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada para pelajar dan para pensyarah kerana menjemput saya untuk menghadiri dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Karnival Permainan Tradisional pada petang yang indah ini. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat atas persiapan dan komitmen yang jitu dan padu dalam menjayakan karnival ini. Tuan-tuan dan Puanpuan yang saya hormati sekalian, Permainan tradisional merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya.Warisan nenek moyang kita ini melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa.Permainan tradisional ini merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi pada zaman dahulu lagi.Permainan ini bukan sahaja menghiburkan malah dapat mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan kita.Apa yang lebih penting permainan ini boleh dijadikan medium atau alat untuk memupuk perpaduan dikalangan masyarakat.Para pelajar semua, Sebenarnya apa yang anda semua lakukan pada hari ini adalah perkara yang sangat baik. Anda semua telah melestarikan permainan tradisional ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, Saya difahamkan bahawa penganjuran karnival ini adalah untuk memenuhi kehendak silibus PJM3112 iaitu pengurusan dan pentadbiran sukan.Karnival yang diadakan ini adalah untuk memberi peluang dan pengalaman kepada para pelajar mempelajari cara-cara mengurus sesuatu pertandingan secara sistematik dan berkesan. Disamping itu juga, penganjuran permainan tradisional ini merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua pelajar. Saya juga difahamkan bahawa sebanyak 2 unit terlibat dalam karnival permainan tradisional pada kali ini. Tahniah saya ucapkan kerana anda semua telah berjaya mengurus dan mentadbir karnival ini dengan baik.

Karnival pada kali ini bukanlah sekadar untuk rekreasi dan kecergasan semata-mata malah diharap dapat melahirkan para guru yang bertanggungjawab, dinamik dan cemerlang dalam pelbagai aspek. Ini kerana setiap acara sukan yang dipertandingkan mempunyai peraturan-peraturan yang telah dipersetujui oleh semua pihak yang bertanding. Di dalam sukan juga mengandungi konsep persefahaman, disiplin, taat, daya saing, persediaan strategi ke arah memenangi sesuatu pertandingan. Tuan-tuan dan Puanpuan yang saya hormati sekalian, Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sekali lagi saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Raja Melewar dan para pelajar major pendidikan jasmani kerana telah berjaya menganjurkan karnival ini dengan cemerlang. Saya dengan ini merasmikan Majlis Penutupan Karnival Permainan Tradisional PPG Kohort 1 Ambilan Jun 2013 major Pendidikan Jasmani dengan sempurnanya Sekian, terima kasih.

You might also like