You are on page 1of 23

1

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Seni kebiasaannya tidak dititikberatkan oleh pihak sekolah kerana subjek tersebut dianggap ringan dan tidak penting. Namun begitu, pihak tersebut tidak menyedari bahawa perkembangan murid adalah berkait rapat dengan subjek tersebut. Dengan adanya seni dalam kehidupan, murid diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan kepekaan serta mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif seterusnya menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi kerana seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Secara umumnya, pendidikan seni acapkali dikaitkan dengan kreativiti. Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini terbukti dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Terdapat dua jenis kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula merupakan apa yang kita gunakan dalam perancangan untuk objektif yang telah ditetapkan. Proses kreatif kebiasaannya akan menggabungkan kedua-dua kreativiti intuitif dan analitik. Seni berupaya membantu pelajar untuk berfikir sendiri, mengekspresikan diri, perkembangan mental dan penemuan-penemuan idea baru, mencari penyelesaian baru, kesedaran mental, pemerhatian dan imbas semula pengalaman-pengalaman pada masa lalu. Seni juga berkesan dalam membantu individu menyelesaikan konflik dalam diri. Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorang indivdu yang bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi dalam menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek di samping memahami nilai-nilai estetika dan mengerti akan norma-norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan.

2.0 Perkembangan Kanak-Kanak

Perkembangan dapat ditakrifkan sebagai suatu perubahan yang bersifat kualitatif, terorganisasi, dan berterusan pada diri manusia bermula semenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat organisma hasil dari kombinasi

pembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi, mental dan sosial. Perubahan-perubahan itu adalah stabil dan berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu. Misalannya, seseorang kanak-kanak akan mula mengenal objek terlebih dahulu, memberi nama kepada objek, mengenal huruf seterusnya mengaitkan huruf dengan objek, mengenal perkataan dan mengaitkannya dengan objek. Oleh itu, perubahan-perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu. Aspek perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada empat bahagian, iaitu fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Perkembangan fizikal dapat ditakrifkan sebagai perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggotaanggota badan dan perawakan manusia. Selain itu, perkembangan kognitif kanakkanak digambarkan sebagai satu proses peningkatan keupayaan pemikiran,

pengetahuan dan intelektual kanak-kanak di mana proses ini melihat kepada tahap kemampuan kanak-kanak dalam menjana akal budi dalam pelbagai jenis aktiviti penyelesaian masalah sekaligus memahami dan menganalisa masalah tersebut. Perkembangan emosi kanak-kanak disifatkan sebagai keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan mereka. Aspek perkembangan sosial pula menururt hasil dapatan maklumat melalui laman web http://www.geocities.com pula berpendapat perkembangan sosial sebagai satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat dan budayanya.

2.1 Teori Perkembangan Kognitif Perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berdasarkan teori Jean Piaget (1869 1980) di mana beliau berpendapat bahawa setiap manusia akan mencuba sedayaupayanya untuk mengatur serta memahami rangsangan luar yang memberikan memberikan pengalaman kepadanya dalam bentuk skema. Terdapat empat konsep utama teori perkembangan Piaget iaitu skema, penyerapan (asimilasi), pengubahsuaian (akomodasi) dan keseimbangan (equilibrium). Skema adalah struktur kognitif atau mental
yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Asimilasi pula merupakan satu proses apabila pengetahuan baru yang

diserap oleh kanak-kanak dan dimasukkan ke dalam skema yang ada dalam minda kanak-kanak. Seterusnya, akomodasi merupakan proses apabila kanak-kanak terpaksa membuat pengubahsuaian kepada skema pemikiran yang sedia ada kerana pengetahuan yang baru diterima itu tidak sepadan dengan skema yang sedia ada. Manakala keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak

menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sensori motor (0-2 tahun) Pra-operasi (2-7 tahun) Operasi konkrit (7-12 tahun) Operasi formal (12 tahun ke atas)

2.2 Teori Perkembangan Fizikal Robert Havighurst berpendapat perkembangan kanak-kanak amat dipengauhi oleh alam sekelilingnya. Pada umumnya, institusi kekeluargaan sangat mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Beliau mengatakan bahawa kanak-kanak akan mengulang sesuatu perbuatan berulang kali apabila berjaya melakukan sesuatu manakala apabla tindakan mereka menemui kegagalan. Kanak-kanak kemudian akan menghindar dan menolak melakukan aktiviti. Contoh persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Teori Robert Havighurst menyatakan bahawa setiap individu perlu membesar dan berkembang dengan melalui sebanyak 10 peringkat yang bermula dari peringkat bayi sehinggalah ke peringkat tua seterusnya meninggal dunia.

Peringkat pertama (0-2 tahun) Peringkat kedua Toddlerhood (2-3 tahun) Peringkat ketiga prasekolah (4 6 tahun ). Peringkat keempat sekolah rendah ( 6 12 tahun ). Peringkat kelima awal remaja ( 12 18 tahun ). Peringkat keenam akhir remaja (18 22 tahun). Peringkat ketujuh awal dewasa ( 22 34 tahun ). Peringkat kelapan pertengahan dewasa ( 34 60 tahun). Peringkat kesembilan akhir dewasa ( 60 75 tahun ). Peringkat kesepuluh tua ( 75 tahun meninggal dunia ).

2.3 Teori Perkembangan Sosial Teori menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial iaitu asas kepercayaan lawan asas tidak kepercayaan, autonomi lawan keraguan, inisiatif lawan rasa bersalah, industri lawan rasa rendah diri, identiti lawan kekeliruan identiti, keintiman lawan keasingan, generaviti lawan kekakuan, integriti lawan kekecewaan. Teori psikosial Erikson adalah berdasarkan kepada lima prinsip utama: Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama Perkembangan individu bergantung kepada tindakbalas individu terhadap keperluan-keperluan asasnya Perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi supaya individu

Peringkat 1. Asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan

Tahap umur Lahir ke 1 tahun

huraian Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga. Sekiranya gagal, ketidakpercayaan akan timbul.

2. Autonomi lawan keraguan

1 3 tahun

3. Inisiatif lawan rasa bersalah

4 5 tahun

Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan fizikal. Sekirannya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri. Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh rasa bersalah

4. Industri lawan rasa rendah

6 11 tahun

Kanak-kanak perlu

diri

menguasaikemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan.

5. Identiti lawan kekeliruan identiti

12 18 tahun

Mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam perkerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial.

6. Keintiman lawan keasingan

18 35 tahun

Mula membentuk keintiman dalam hubungan, menuju ke arah perkhawinan dan membina kerjaya. Kegagalan membawa kepada perasaan terasing dan tersisih.

7. Generativiti lawan kekakuan

35 65 tahun

Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik. Kegagalan membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri.

8. Integriti lawan kekecewaan

65 ke atas

Kejayaan dalam hidup berkeluarga dan kerjaya. Kegagalan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan

2.4 Teori Perkembangan Emosi Emosi merupakan ransangan yang menghasilkan perubahan fisiolog i(darah, jantung, otot), tingkahlaku (ekspresi muka, pergerakan) dan kognitif (takrif emosi sendiri). (A) Peringkat Bayi 1. Perasaan Takut dan Bimbang 2. Menangis 3. Konsep Perapatan 4.Ketawa dan lawak (humor) 5.Marah dan tingkahlaku agresif

(B) Peringkat Awal Kanak- Kanak 1. Perasaan Takut 2. Perasaan marah dan agresif 3,memahami persekitaran secara baru 4. memahami persekitaran secara baru 5. Lebih peka kepada situasi 6. Mampu meluaskan pengetahuan dan kemahiran

(C) Peringkat Pertengahan Kanak-Kanak

1.Ketakutan dan kebimbangan 2.Kemarahan dan perlakuan agresif 3. Kegembiraan dan Humor (lawak) 4. Perasaan saying

10

3.0 Keperluan Seni Kanak-kanak dalam Peringkat Permulaan Proses Pembelajaran

11

Pengabaian seni untuk perkembangan kanak-kanak terjadi apabila ramai tidak menyedari kepentingan seni bagi kanak-kanak. Pertama sekali, seni membantu kanakkanak memperkembangkan kemahiran motor. Kebanyakan pergerakan yang terlibat dalam penghasilan seni seperti memegang berus lukisan atau mewana dengan krayon, adalah penting untuk perkembangan kemahiran motor halus dalam kalangan kanakkanak. Berdasarkan Institut Kesihatan Kebangsaan, bagi kanak-kanak berusia tiga tahun, perkembangan mereka termasuklah melukis bulatan dan mula menggunakan gunting keselamatan. Sekitar usia 4 tahun, kanak-kanak sepatutnya sudah boleh

melukis segi empat dan mula menggunting garis lurus. Oleh sebab itu program prasekolah menekankan penggunaan gunting kerana gunting membantu

perkembangan motor halus yang diperlukan kanak-kanak untuk menulis. Seterusnya, seni juga membantu perkembangan bahasa. Pada usia kanakkanak yang sangat muda, menghasilkan seni atau hanya bercakap tentangnya akan menyediakan peluang untuk mempelajari perkataan untuk pelbagai jenis warna, bentuk dan tindakan.apabila berada di sekolah rendah, murid boleh menggunakan perkataan yang menggambarkan hasil kerja mereka atau bercakap tentang perasaan yang timbul apabila melihat berlainan jenis hasil seni. Tidak ketinggalan juga, seni mampu memupuk memupuk kemahiran membuat keputusan. Pendidikan seni boleh meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran kritis. Pengalaman membuat keputusan dan pilihan dalam bidang menghasilkan seni amat diperlukan dalam bahagian lain dalam kehidupan sebenar. Selain itu, seni juga dapat mengembangkan pembelajaran visual. Melukis, membentuk dengan tanah liat dan memasukkan manik ke benang membantu membentk kemahiran visual-spatial di mana kemahiran ini amat penting. Sedangkan kanak-kanak yang masih sangat kecil tahu bagaimana untuk menggunakan tablet atau telefon pintar, yang bermaksud walaupun mereka masih belum boleh membaca, kanakkanak belajar melalui informasi visual informasi yang diperoleh terdiri daripada klu yang terdapat pada gambar atau objek tiga dimensi (3D) daripada media digital, buku atau televisyen. Dr. Kerry Freedman, Ketua Jabatan di Jabatan Pendidikan Seni dan Rekaan di Universiti Illinois Utara mengataan bahawa para ibu bapa harus lebih berwaspada kerana kanak-kanak pada masa kini belajar lebih banyak perkara melalui sumber grafik

12

berbanding masa dahulu. Pendidikan seni mengajar murid cara untuk menginterpretasi, mengkritik dan menggunakan informasi visual serta cara untuk membuat pilihan berdasarkannya. Pengetahuan tentang seni visual, seperti simbol grafik, adalah sangat penting dalam membantu kanak-kanak menjadi pengguna bijak dan menyesuaikan diri dalam dunia yang penuh dengan logo pemasaran. Tambahan pula, pendidikan seni juga mempunyai kepentingan dalam

meningkatkan prestasi akademik seseorang murid. Kajian menunjukkan terdapat korelasi antara seni dan pencapaian yang lainnya. Kanak-kanak yang kerap melibatkan diri dalam seni adalah empat kali ganda lebih dikenali dalam pencapaian akademik, melibatkan diri dalam aktiviti matematik atau sains atau untuk memenangi anugerah dalam penulisan esei atau puisi berbanding kanak-kanak yang pasif dan tidak melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan seni. Tidak kurang penting, seni juga berkaitan dengan kesedaran dalam kehidupan masyarakat majmuk. Setiap kaum dalam masyarakat kita mempunyai adat dan budaya yang tersendiri. Kanak-kanak yang didedahkan awal kepada perbezaan seni budaya tersebut akan lebih berfikiran terbuka berbanding dengan kanak-kanak yang tidak diberi pendedahan langsung. Seterusnya, kanak-kanak yang diberi pendedahan awal tadi akan lebih mudah mengadaptasi diri dengan kelainan budaya dan perkara ini menyediakan kanak-kanak tersebut untuk hidup bermasyarakat hingga akhir hayat.

13

4.0 Sejauh mana keberkesanan konsep pembelajaran yang melibatkan elemen Seni dalam Pendidikan

14

Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pendidikan Seni yang diketengahkan merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Sebagai contoh, dalam Pendidikan Jasmani, terdapat aktiviti di mana murid-murid dikehendaki untuk beratur dan beramairamai membentuk sesuatu huruf atau bentuk. Murid yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pendidikan Seni juga selari dengan konsep pembelajaran seumur hidup (learning throughout life) yang dikatakan sebagai salah satu syarat untuk menghadapi dunia abad ke-21. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengarah kepada suasana riang dan ria serta mengundang minat pelajar akan membangkitkan semangat ingin melakukan sebarang kegiatan pembelajaran dengan baik. Tambahan pula, secara naturalnya, hampir semua aktiviti Seni dalam Pendidikan harus menyatukan pelajar-pelajar dalam kegiatan kerja berkumpulan yang menuntut unsur kerjasama dan interaksi sesama pelajar untuk mencapai kejayaan bersama. Misalnya, dalam subjek Matematik, murid belajar mengenai pecahan dan dikehendaki bekerjasama dalm kumpulan kecil untuk bermain dengan kad pecahan bagi menjawab soalan kuiz guru di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama, murid-murid telah berkomunikasi dalam kalangan mereka. Pendek kata, aktiviti Seni dalam Pendidikan ternyata terbukti memupuk nilai kerjasama. Selain itu, aktiviti Seni dalam Pendidikan juga membantu memenuhi keperluan sosial yang asas. Kejayaan seseorang murid dalam sesuatu aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka akan mewujudkan satu situasi ideal di mana murid berasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Guru juga harus memotivasikan murid dengan pujian yang sesuai dan membina supaya murid lebih bersemangat dalam mengikuti aktiviti pembelajaran. Hal ini akan menyebabkan murid berasa dirinya dihargai. Di samping itu, murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Penerokaan memerluan pelbagai bahan dan

15

kaedah. Penerokaan juga merupakan satu situasi penerokaan. Sekurang-kurangnya, aktiviti mencabar sebegini dapat menyediakan mereka dengan pengalaman asas sebelum melangkah ke sekolah menengah yang lebih mencabar.

16

5.0 Kurikulum Standard Sekolah Rendah

17

Pada masa kini, dengan terlaksananya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diinovasikan daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Pendidikan Seni tidak lagi diabaikan bahkan ianya menjadi salah satu matapelajaran yang mesti dipelajari semua murid yang bernaung di bawah KSSR. KSSR merupakan satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara bagi memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Pelaksanaan KSSR adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Pelaksanaan KSSR adalah berdasarkan era globalisasi masa kini yang menekankan cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengamalkan implementasi empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar mengetahui (learning to know), belajar bertindak (learning to do), belajar membentuk peribadi (learning to be) dan belajar hidup bersama (learning to live together). Terdapat enam tunjang yang terdapat dalam KSSR iaitu Komunikasi, Perkembangan Fizikal dan Estetika, Kemanusiaan, Ketrampilan Diri, Sains dan Teknologi serta Kerohanian, Sikap dan Nilai. Pendidikan seni yang menjadi fokus utama tika ini bernaung di bawah tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik. Beberapa prinsip KSSR ialah pendekatan bersepadu, pemdidikan sesama murid, pendidikan sepanjang hayat dan perkembangan induk semasa untuk MC.

18

6.0 Cadangan baharu yang mungkin boleh dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia

19

6.1 Semua ahli panel yang terlibat dalam penggubalan kurikulum perlu menyemak semula kandungan kurikulum dan menghasilkan satu reka bentuk kurikulum Pendidikan Seni agar selaras dengan kehendak era globalisasi khususnya penggunaan teknologi komputer yang semakin penting.

6.2 Penggubal-pengubal dasar berkaitan Pendidikan Seni dalam pelbagai peringkat dalam sistem pendidikan negara haruslah terdiri daripada mereka-mereka yang memang ahli dalam bidang seni dan peka kepada perkembangan seni serta memiliki latar belakang Pendidikan Seni yang kukuh, yakni bukan sekadar meminati seni.

6.3

Mengadakan

kempen,

seminar,

bengkel,

forum

dan

sebagainya

untuk

meningkatkan Tahap kesedaran terhadap kepentingan Pendidikan Seni di era globalisasi dalam masyarakat oleh pihak-pihak yang berwajib seperti Balai Seni Lukis Negara, Institusi Pengajian Tinggi dan pihak kerajaan.

6.4 Penggunaan teknologi maklumat seperti penggunaan internet, komputer riba, LCD, dan pembangunan perisian Pendidikan Seni harus diberi keutamaan dan disalurkan dengan segera ke kebosanan pelajar. sekolah-sekolah agar dapat meminimalkan

20

7.0 Rujukan
BUKU Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. INTERNET Grace Hwang Lynch. (2011). The importance of art in child development. Dipetik pada 18 Ogos 2013 daripada www.pbs.org/parents/education/music-arts/the-importanceof-art-in-child-development/ Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Dipetik pada 18 Ogos 2013 daripada

www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Ite mid=477&lang=en&showall=1 Mohamad Syamsul Izwan b. Md Fauzi. (2009). Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak. Dipetik pada 5 Februari 2012 daripada notapismp.blogspot.com//konsep-dan-prinsip-perkembangan-kanak-kanak.html

21

8.0 Refleksi
Sepanjang sesi tutorial dan kuliah yang telah disampaikan oleh kumpulan demi kumpulan dalam kelas, mereka sedikit sebanyak telah mendedahkan kepada rakanrakan yang lain termasuk saya tentang apa itu seni di dalam pendidikan, latar belakang dan mengapa seni dalam pendidikan penting dan wajib ada dalam kurikulum di sekolah. Pengetahuan sedia ada saya untuk subjek ini ialah saya telah tahu aspek-aspek yang terkandung dalam matapelajaran ini yang mana merupakan asas kepada seni dalam pendidikan iaitu seni visual, pergerakan dan juga seni juga muzik. Ketiga-tiga elemen ini merupakan elemen asas yang sudah saya sedia maklum dan dengan matapelajaran seni dalam pendidikan ini, saya dapat mengukuhkan lagi kekuatan ilmu pengetahuan sedia ada saya untuk mengaplikasikan ketiga-tiga elemen ini dalam pengajaran.

Pengetahuan sedia ada saya mengenai subjek ini belum lagi cukup dan saya harapkan inputinput baru ketika melaksanakan tugasan ini. Ternyata selepas tugasan dijalankan, saya mendapat lebih banyak ilmu baru dan dapat membuat perkaitan antara kepentingan dan pengaplikasian seni dalam pendidikan dengan sistem pendidikan di negara kita. Selain itu juga, saya berasa kagum dengan ahli-ahli panel yang telah sama-sama berganding bahu menggubal KSSR yang lebih maju dan menitikberatkan seni sebagai pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Melalui tugasan ini, saya lebih faham dan mudah bagi saya untuk memahami rasional subjek ini dilaksanakan di sekolah ini.

Selain itu juga, ilmu baru yang saya peroleh menerusi tugasan ini ialah, sebagai seorang guru, kita haruslah kreatif dalam membentuk dan membina sesuatu set pengajaran dana pembelajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan perkara utama yang dititkberatkan di sini ialah guru perlu mempunyai pelbagai kaedah untuk menarik minat pelajar untuk belajar sesuatu topik pada hari tersebut.

22

Melalui matapelajaran seni dalam pendidikan ini juga, saya telah mendapat idea di mana bukan sahaja kita harus mengajar secara manual ataupun dengan hanya menggunakan papan tulis tetapi sebagai seorang guru yang kreatif, kita boleh menerapkan elemen muzik atau seni visual di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita agar murid lebih seronok dan mereka tidak akan berasa jemu untuk belajar. Saya pasti akan menggunakan serta mengaplikasikan ilmu dan input yang telah saya peroleh menerusi subjek ini ini apabila menjadi seorang guru kelak. Hal ini demikian kerana saya begitu yakin dengan apa yang telah saya pelajari sepanjang tempoh kursus iaitu proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan menarik jika seorang guru berjaya menerapkan elemen seni dalam pendidikan.

23

LAMPIRAN

You might also like