You are on page 1of 3

PERIBAHASA SPM 1.

Tiada rotan akar pun berguna Makna: Sementara menunggu yang lebih baik, yang kurang baik pun berguna. 2. Bidan terjun Makna: Mengantikan tugas orang lain dengan tiba-tiba kerana ketiadaan orang itu. 3. Tangan terbuka Makna: Menerima kunjungan dengan sukacita 4. Cepat kaki ringan tangan Makna: Cekap dan suka menolong 5. Genggam bara api, biar sampai jadi arang Makna: Buat kerja, biar sampai habis/selesai 6. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara Makna : Anak muda menjadi orang yang diharapkan untuk membangunkan negara pada masa depan. 7. Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk Makna: Semakin berilmu / tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong) 8. Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan Makna: Jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat hendaklah diselidiki kembalki pokok persoalannya.(Apabila salah mulakan sekali lagi) 9. Hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa Makna: Pokok dihargai kerana buahnya, manusia dihargai kerana jasanya. 10. Berjalan peliharakan kaki, bercakap peliharakan mulut Makna: Berhati-hati apabila melakukan sesuatu 11. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan Makna: Sangat menghargai 12. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa Makna: Kepandaian bukan hanya dimiliki oleh orang tua sahaja 13. Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan Makna: Kerja kalau selalu ditangguh-tangguhkan akan terbengkalai 14. Langkah kanan Makna: Bernasib baik.

Karangan : 5 Dimensi 1. Diri 2. keluarga dan masyarakat 3. negara 4. antarabangsa 5. komsas

1. Kamus dwi-bahasa(dwibahasa) cetakan ke-4 terbitan Syarikat Mawar akan berada di pasar (pasaran) minggu depan 2. Aturcara (Atur cara) Gotong Royong Perdana sekolah itu akan mengadakan pada bulan Oktober ini. Sikap setengah (sesetengah) pelajar yang mengabaikan disiplin amat dirasai (dikesali) oleh pihak sekolah. Pepohon-pepohon rimbun di kebun itu dikerjakan oleh ayahnya. Mesej = apa nak disampaikan oleh penulis Pengajaran = apa yang kita dapat pelajaran dari novel

3e) Peribahasa( i ) Kamu semua perlu menepati masa dan menggunakan masa dengan sebaikbaiknya. Semua kerja rumah yang diberikan oleh guru perlu kamu siapkan segera. Perbuatan melengah-lengahkan kerja menyebabkan kerja itu sukar dilaksanakan, nasihat pengetua kepada pelajar-pelajarnya. ( ii ) Kerjasama merupakan salah satu daripada unsur terpenting untuk mencapai perpaduan. Oleh itu, setiap rakyat hendaklah mempraktikkannya demi menjamin

kestabilan ekonomi bagi mengekalkan kemerdekaan kemajuan, dan keamanan negara kita, kata Perdana Menteri dalam ucapannya sempena menyambut tahun baru. ( iii ) Hidup kayu biar berbuah, hidup manusa biar berjasa

( i ) kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan ( ii ) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing/ ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni / hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah ( iii ) Hidup kayu biar berbuah, hidup manusa biar berjasa [ Maksimum : 6 markah]

You might also like