TAJUK :
Disiplin Sekolah Semakin Merosot.Bincangkan
.
PENGENALAN
“ 400 pelajar dikenal pasti langgar disiplin ”, “ Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial”, “ Buli gugat semangat belajar ” dan “ Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”.Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masakini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplindi sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yangmembimbangkan .Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapinampaknya ini semua hanya retorika semata-mata.Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negarauntuk mencapai Wawasan 2020.Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosialdan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yangnegatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidupyang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali ‘Black Metal’. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplinseperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar.
KONSEP DAN DEFINISI DISIPLIN
Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari kehendak agama ,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain mempengaruhi perkembangan mental mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, melawanguru, bersikap antisosial(peraturan), bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya adalahmasalah yang sering diperkatakan. Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, disiplindidefinisikan sebagai:“ … is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not”Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. (1995)mendefinisikan disiplin sebagai “ kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturanyang ditetapkan”. Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989)mendefinisikan disiplin sebagai “Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya bolehmengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknyahukuman atau denda dikenakan”.Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger’s 21st Century Thesaurus, beliau mengatakandisiplin itu adalah “latihan dan dendaan (Training and punishment)”.Terdapat 3 kategori masalah disiplin atau kesalahan iaitu berat, sederhana dan ringan. Kesalahandisiplin yang berat dan sederhana akan dimaklumkan kepada ibubapa untuk perhatian dantindakan. Kesalahan-kesalahan yang ringan dan yang lebih berat sepatutnya direkodkan.
PONTENG SEKOLAH
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yangmendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilanganyang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan
Leave a Comment