You are on page 1of 7

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI DAN DISIPLIN MURID (PPSDM)

Monday, August 13, 2012 TARIKH : 12 JUN 2012 MASA : 8.00 PAGI - 4.30 PETANG TEMPAT : DEWAN SMK SEKSYEN 18, SHAH ALAM NAMA PROGRAM : PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH

RASIONAL:
Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid ke arah perubahan sikap dan tingkah laku bagi membangunkan potensi diri secara menyeluruh.

OBJEKTIF:
Program Pembangunan Sahsiah Diri dan Disiplin Murid;

Membangunkan potensi diri murid. Meningkatkan disiplin diri murid. Mengubah tingkahlaku murid menjadi lebih baik. Meningkatkan kemahiran membuat keputusan dalam kalangan murid.

Murid menyanyikan lagu Gemuruh dengan bantuan Fasilitator

JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Puan Hajah Foziah binti Buang Pegawai Pelajaran Daerah

Pengerusi I Abdullah

Puan Hajah Wan Fauziah binti Wan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Bimbingan & Kaunseling dan Kerjaya

Murid)

Pengerusi II

Encik Zainuddin Penyelia Unit Disiplin PPDPP

Naib Pengerusi

Puan Hajah Abidah binti Omar

Setiausaha

Puan Azizah binti Ahmad

Naib Setiausaha

Puan Wan Nor Hazira binti Wan Hanafi

Bendahari

Puan Chen Chai Khoon

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Ahli Jawatankuasa

Puan Julia binti Abu Sari Puan Santy Salasiah binti Ibrahim Encik Muhammad Effendy bin Abdullah Encik Mohd Fazli bin Mohd Isamudin Encik Shahrizal bin Ahmad Puan Aqilah binti Mohd Amin Puan Nor Jafna binti Jaffar (sub)

Aktiviti Tolong Ingatkan Aku

Fasilitator memberikan keterangan kepada murid tentang Aliran Pendidikan

KEKUATAN

Majlis dapat ditutup dengan baik Murid mempunyai kesedaran diri di akhir program Makanan dan minuman disediakan tepat pada waktu yang telah dijanjikan Aktiviti yang dirancang cukup padat dan menarik Program dijalankan secara berfokus Dapat mendedahkan kepada murid tentang keperluan dan pengetahuan semasa untuk kerjaya Fasilitator yang berpengalaman serta cekap menjalankan tugas Modul yang disediakan bersuaian dengan keperluan program Peserta dapat bekerjasama di dalam satu kumpulan

KELEMAHAN

Peserta bersikap pasif pada awal program Terdapat peserta yang tidak boleh membaca dan menulis Tidak mengikut masa yang telah ditetapkan Pemilihan peserta adalah tidak sesuai dengan sasaran murid Masa yang diperuntukkan terlalu singkat Fasilitator terlalu terikat dengan modul yang disediakan Perkembangan setiap modul terhad Urusetia tidak mencukupi terutama ketika solat dan makan

Peserta tidak boleh memberi tumpuan yang lama semasa program dijalankan Aktiviti yang disediakan kurang melibatkan pergerakan

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Mewujudkan AJK tambahan di kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Guru Disiplin untuk tujuan pendaftaran, makanan, disiplin dan kerohanian. Sasaran peserta dan pemilihan peserta program haruslah selari Menyediakan air mineral untuk murid Peserta dan Fasilitator perlu dibekalkan sijil penyertaan Lokasi pemilihan program dijalankan haruslah lebih sesuai dengan aktiviti yang dirancang Program dipanjangkan kepada dua hari Program haruslah disusun dengan lebih baik Modul haruslah lebih kepada memberi peluang kepada murid lebih berinteraksi Peserta diasingkan mengikut jantina Pemilihan modul haruslah lebih mencetus minda murid

Perkongsian Pintar bersama-sama murid

Perbincangan Kumpulan

Menumpukan sepenuh perhatian kepada program

Encik Zainuddin, Penyelia Unit Disiplin PPDPP memberikan sepatah dua kata kepada murid dan guru-guru disiplin.

PENUTUP Keseluruhannya, program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan berharap agar pelajar-pelajar ini dapat memupuk nilai rohani yang baik serta mengubah sikap yang negatif kepada positif seterusnya membalas jasa ibu bapa, guru serta cemerlang di dalam pelajaran di dunia dan di akhirat.

You might also like