menguasai isi kandungan mata pelajaran yang juga agak mencabar. Untuk berjaya, pelajar bukansahaja perlu menguasai kosa kata dan tatabahasa, tetapi juga cara bahasa Inggeris itu digunakandalam proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik. Bahasa pengantara ini yangdikenali sebagai
academic English
atau
school English
merangkumi pengetahuan semantic dan
syntactic
dan juga kegunaan/kefungsian bahasa. Pelajar perlu menggabungkan pengetahuan bahasa Inggeris dengan pengetahuan isi kandungan sains dan matematik bagi membolehkanmereka menyempurnakan tugas akademik berkaitan dengan subjek yang dipelajari. Kombinasitiga pengetahuan ini - pengetahuan bahasa Inggeris, pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan tentang bagaimana cara melakukan tugasan – mengikut Short (1998) adalahkomponen utama literasi akademik. Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positif antarakefasihan bahasa dengan prestasi akademik.Penggunaan istilah bahasa Inggeris untuk mata pelajaran sains dan matematik adalah terlalukhusus dan seringkali membawa maksud yang berbeza dengan kegunaannya dalam pertuturandan penulisan harian. Johnstone dan Selepeng (2001) mendapati pelajar amat sukar mempelajarisains dalam bahasa kedua dan hilang 20% kemampuan untuk menaakul dan memahami isikandungan yang dipelajari. Kajian juga menunjukkan pelajar yang mempelajari bahasa Inggerissebagai bahasa kedua kerap menghadapi kesukaran menterjemah dan memahami maksud kata penghubung dalam sains seperti jika, bagaimana, kerana dan akibatnya (AAAS, 1998). MenurutCassels dan Johnstone (1983), Kyllonen (1990) dan Pollnick dan Rutherford (1996), bahasakedua amat berpotensi untuk menjadi faktor yang menjejaskan pengajaran dan pembelajarankerana ketidakbiasaan dalam sesuatu perkataan akan merendahkan keupayaan belajar pelajar.Justeru, penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik bukanlah caraterbaik untuk mempertingkatkan keupayaan serta penguasaan bahasa Inggeris di kalangan para pelajar.Kajian Duran, Dugan dan Weffer (1998) mengenalpasti dua masalah yang pelajar hadapi dalam pembelajaran sains:
Pelajar lemah dalam pengetahuan sains
Pelajar kurang mempunyai laras bahasa yang sesuai untuk membina konsep sainsMenurut Duran dan rakan-rakan, tahap berbahasa yang rendah akan memberi kesan yang serupaseolah-olah tiada mempunyai kemahiran asas. Justeru, kita sebagai pendidik tidak bolehmemandang remeh akan peranan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.Pollnick dan Rutherford (1996) berpendapat keupayaan membaca, menulis dan bertutur dengan jelas berperanan dalam pendidikan sains. Jika pelajar mahu mempelajari sains, mereka perlumenguasai bahasa dengan baik. Kajian Buriel dan Cardoza (1988) mendapati pelajar bahawa pelajar Mexican American jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan pelajar yang bahasaInggeris adalah bahasa ibunda. Dapatan ini disokong oleh Duran, Dugan dan Weffer (1998) yangmenyatakan walaupun pencapaian pelajar (bahasa Inggeris adalah bahasa kedua) tersebut baik dalam matematik namun rendah dalam mata pelajaran sains.Kepentingan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dapat dilihat dari hasilkajian Adetula (1989). Beliau merumuskan bahwa bahasa memainkan peranan penting dalammatematik khususnya dalam penyelesaian masalah matematik berayat. Pelajar seharusnya berupaya menterjemahkan masalah ke dalam struktur pemahaman kendiri. Pemahaman masalah berayat merupakan satu prasyarat dalam penyelesaian masalah (Marinas & Clements, 1990).Kebolehan membaca disamping mempunyai kekayaan perbendaharaan kata mampumempengaruhi keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik (Noraini, 1994).Menurut Krashen dan Cummins (1980), pelajar boleh dilatih untuk berkomunikasi dalam bahasaInggeris (bahasa kedua), namun keupayaan untuk menggunakan bahasa pada laras tinggi adalah
Leave a Comment