2
KADAR TAMBANG BARU DIPERKENAL
Oleh HERMAN HAMIDherman@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 16 Julai - Kerajaan hari ini mengumumkan kadar tambang baru bagipengangkutan awam di seluruh negara yang menyaksikan kenaikan untuk kesemua jeniskategori perkhidmatan.Kadar baru bagi semua kelas lesen merangkumi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas mini,bas pengantara, bas sekolah, teksi, teksi lapangan terbang dan kereta sewa itu bakalberkuat kuasa 1 Ogos ini.Kali terakhir tambang pengangkutan awam disemak ialah pada Mei 2005, manakala bagibas sekolah pula pada April 2006.Kadar tambang baru yang diumumkan itu merupakan had kadar maksimum (siling) danpengusaha pengangkutan awam dibenar untuk mengenakan tambang lebih rendahdaripada kadar tambang yang ditetapkan.Bagaimanapun, tambang bas ekspres dan bas berhenti-henti yang mengalami kenaikankira-kira 30 peratus boleh dirasionalisasikan dengan kadar tambang tambahan semasa(surcaj).Oleh itu, ia bukan merupakan kenaikan baru apabila berkuat kuasa 1 Ogos ini kerana surcajitu dimansuhkan dengan pengenalan tambang baru itu.Ketika mengumumkan kadar tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SeriMohamed Nazri Abdul Aziz berkata, bagi Semenanjung, struktur baru itu akan menyaksikantambang bas ekspres dinaikkan sebanyak dua sen bagi setiap kilometer.Katanya, pada masa ini, kadar tambang bas ekspres yang dikenakan ialah 6.5 sen untuksetiap kilometer dan apabila berkuat kuasa 1 Ogos kelak, tambangnya akan menjadi 8.5 sensetiap kilometer.Menurutnya, untuk bas sekolah kategori bandar, ia mengalami kenaikan sebanyak RM6.33bagi bayaran bulanan, manakala untuk setiap kilometer berikutnya ia dinaikkan sebanyak 47sen.''Bagi bas sekolah kategori luar bandar, kenaikan yang diluluskan ialah sebanyak RM4.76bagi bayaran bulanan diikuti dengan kenaikan sebanyak 47 sen bagi setiap kilometer.''Untuk kategori bas sekolah luar bandar, bayaran bulanan yang dikenakan ialah sebanyakRM15.85 bagi setiap kilometer pertama dan RM1.55 bagi kilometer berikutnya,'' jelasnya.Mohamed Nazri mengumumkan demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaianSurat Tawaran Kelulusan Fasa 3 kepada 831 pemandu teksi Lembah Klang di sini hari ini.Sementara itu, beliau menambah, bagi bas berhenti-henti di Kuala Lumpur, kenaikan dibuatmengikut zon yang akan menyaksikan kenaikan antara 25 sen sehingga 70 sen bagi setiapkilometer.Katanya, untuk bas berhenti-henti berhawa dingin selain dari Kuala Lumpur pula, kenaikanyang diluluskan adalah sebanyak 22 sen bagi setiap dua kilometer diikuti kenaikan 2.2 senbagi setiap kilometer berikutnya.