You are on page 1of 1

Fahaman pelampau merupakan suatu isu global yang kian menular di seluruh pelusuk dunia.

Status isu ini juga telah membimbangkan sebahagian besar negaranegara yang mengharapkan keamanan dalam kehidupan serta terutama masyarakat beragama Islam. Pada pendapat saya, perkara ini semakin berisiko kerana fahaman pelampau kini telah tersebar luas. Malah golongan ini semakin berani menjalankan aktiviti fahaman mereka secara terbuka serta ramai pula yang telah terjebak dalam fahaman tersebut. Di mana pada dahulunya, golongan ini lebih menyebarkan dakyah secara sembunyi menyebabkan setiap langkah mereka sukar untuk dikesan. Oleh kerana pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil langkah pencegahan menyebabkan status kekuatan fahaman mereka kian hebat dengan terdiri dari kalangan pengikut yang tinggi bilangannya. Sejak akhir-akhir ini lahir pelbagai aliran pemikiran dalam memahami Islam sebagai satu cara hidup. Lantaran itu, kita begitu ghairah mencari identiti hidup yang beteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Adakalanya selari dengan Islam dan adakalanya aliran pemikiran tersebut lari dan bercanggah dari penghayat an Islam yang sebenar. Sehinggakan ada dalam kalangan saudara kita mendakwa bahawa pegangan, fahaman dan sikap mereka sahaja yang benar. Manakala pegangan, fahaman dan sikap orang lain dianggap menyeleweng. Bahkan dituduh sebagai sesat, mengamalkan khurafat, melakukan syirik dan golongan ini telah menolak fahaman Islam serta ulama-ulama ahlussunnah wal jamaah dan sebagainya. Hasilnya, berlakulah aktiviti tuduh menuduh, fitnah-memfitnah dan kafir mengkafir dalam masyarakat. Senario ini bukan sahaja melibatkan ahli adademik dan professional tetapi turut mendatangkan keracunan kepada masyarakat awam kita. Seterusnya masyarakat yang terpinggir, kurang mempunyai pertimbangan serta tiada akidah yang kukuhlah yang akan cenderung untuk terjerumus terhadap sesetengah fahaman yang menyeleweng.

You might also like