You are on page 1of 5

TEKNIK MEMBACA MEMBACA ANALISIS = SQ3R

SQ3R ialah akronim bagi survey,(tinjauan) question,(soalan) read,(membaca) review,(meninjau semula) dan recite(menyatakan kembali).Sebelum seseorang menggunakan sistem ini,perlulah difahami secara mendalam setiap peringkat agar teknik ini dapat digunakan dengan berkesan.

LANGKAH-LANGKAH DALAM SQ3R


1. Tinjauan Awal 2. Soalan 3. Membaca 4. Meninjau semula 5. Menyatakan kembali

AKTIVITI PENGAJARAN KEMAHIRAN

Guru mengajar pelajar tahun empat tentang teknik menjawab soalan kefahaman berdasarkan petikan yang diberi.Melalui pembelajaran tersebut guru menerapkan kepada murid-murid tentang teknik membaca SQ3R.Setiap murid diberi cerpen yang telah disediakan.Murid-murid dikehendaki membaca petikan cerpen tersebut dan mengunakan kaedah SQ3R iaitu survey,question,read,review dan recite.

BAHAN BACAAN(CERPEN)

ANAK KAMBING YANG CERDIK Pada suatu hari sekumpulan kambing telah termasuk ke dalam kawasan harimau.Sang harimau telah terserempak dengan kumpulan kambing tersebut.Apabila harimau itu melihat ada sekumpulan kambing yang sihat-sihat belaka,maka harimau pun berasa sangat gembira. Kali ini,kenyanglah perut aku,kata harimu itu. Kesemua kambing itu menggigil ketakutan. Hai kambing,sekarang kenyanglah aku!Tahukah kamu bahawa kamu telah memasuki kawasan perangkap aku?Soal harimau dengan girangnya Maka kambing-kambing itu pun menangis ketakutan.Terdapat seekor kambing yang tidak menangis dan kebingungan lalu kambing tersebut bertanya kepada mak dan pak kambing. Mak dan ayah,kenapa menangis?Bukankah benda di hadapan kita ini cantik?Tubuhnya berbelang-belang.Ekornya panjang dan bermisai ramus,kata anak kambing itu. Apabila Mak Kambing mendengar kata-kata anak,maka Mak Kambing pun berkata, Kamu ni bodoh.Yang berada di hadapan kita sekarang ialah seekor harimau.Ia akan memakan kita semua. Tapi kalau nak mati,di mana-mana sahaja kita boleh mati,mak.Biarlah saya Tanya bagaimanakah caranya ia mahu memakan kita,kata anak kambing itu lagi. Lalu anak kambing pun bertanya, Wahai Pak Belang,kami berenam ini tentu akan menjadi makanan kamu.Katakanlah bagaimana caranya kamu hendak memakan kami? Tanya anak kambing itu dengan berani Selepas mendengar kata-kata anak kambing itu Sang Harimau pun ketawa berdekahdekah.Kemudian harimau pun berpantun, Pang,pang ketipang,
3

Pucuk mali-mali, Dua makan petang, Empat makan pagi. Setelah mendengar pantun harimau tersebut maka anak kambing pun faham akan tujuannya untuk memakan dua ekor kambing pada waktu petang dan empat ekor kambing pada waktu pagi. Pak Belang telah memberitahu aku cara dia hendak memakan keluargaku.Oleh itu sudah tentu aku,adik-beradikku,dan ibu bapaku akan mati.Sebelum mati,baik aku mengalah dulu.Aku rasa elok aku beritahu cadangan aku,fikir anak kambing itu dalam hatinya. Kemudian anak kambing itu pun berpantun, Pang pang ketipang, Pucuk mali-mali, Dua ambil parang, Empat ambil tali. Selepas harimau itu mendengar pantun anak kambing tersebut ia pun berfikir bahawa anak kambing itu akan membunuhnya.Sang Harimau berasa sangat takut dan melarikan diri lintang pukang ke dalam hutan. Setelah harimau melarikan diri,maka anak kambing pun kembalilah kepada keluarganya dan berkata, Sekarang kita tak perlu takut lagi.Harimau itu sudah pun melarikan diri.Eloklah kita pulang ke rumah sahaja,kata anak kambing itu. Kemudian mereka pun pulang dengan gembiranya.Mak dan Pak Kambing berasa sangat bangga dengan kebijaksanaan anak mereka.

Pelajar diberi contoh untuk menghuraikan cerpen tersebut melalui teknik pembacaan SQ3R.Antara langkahnya seperti berikut: 1.Tinjauan Awal (a) Tajuk-Anak Kambing yang Cerdik (b) Perenggan 17 perenggan 2.Soalan (a) Apa yang telah dilakukan oleh keluarga kambing? (b) Bilakah harimau itu muncul? (c) Mengapa harimau berasa gembira? (d)Siapakah yang mengatakan anak kambing itu bodoh? (e)Bagaimanakah anak kambing menakutkan harimau? 3.Membaca Kenal pasti idea dan isi penting yang terdpat di dalam cerpen tersebut.Tandakan atau garid pada isi-isi penting yang menbantu menjawab soalan di atas. 4.Menyatakan kembali Pelajar menceritakan semula pemahamannya tentang cerpen. 5.Meninjau semula Meninjau semula isi-isi penting yang di tanda dan mengolah isi tersebut untuk dinyatakan semula.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEKNIK SQ3R KELEBIHAN


Pelajar akan mudah menjawab soalan kefahaman.

KEKURANGAN
Kaedah teknik yang agak panjang dan memerlukan pelajar untuk membaca petikan dua kali.

Pelajar mudah memahami pelajaran yang di pelajari Guru mudah meneruskan pembelajaran apabila pelajar itu sudah memahami pelajaran tersebut.

Pelajar mudah bosan dengan langkahlangkah yang memerlukan penghayatan Kanak-kanak tidak berminat untuk membaca kerana teknik ini kebanyakannya menggunakan petikan yang tidak mempunyai gambar sebagai peransang

Pelajar dapat melakukan ulangkaji dengan lebih berkesan

Pelajar lebih terdorong untuk hanya membacanya dengan sekali tanpa mengulang untuk bacaan yang kedua.Oleh itu teknik ini akan menjadi tidak berkesan.

You might also like