You are on page 1of 8

KESAN NEGATIF AKIBAT PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Pencemaran Bunyi Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan bunyi yang bising dan mencemarkan bunyi di bandar. Penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan raya utama dan lebuh raya selalu mengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi mereka akan terganggu. Pencemaran udara Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan pencemaran udara. karbon monoxida yang keluar dari kenderaan menyebabkan udara tercemar . Ia juga merosakan kawasan hutan ,tasik .

Peningkatan suhu bandar Dengan penebangan hutan suhu bandar agak meningkat . Permukaaan bumi terdedah kepada pancaran matahari kerana

ketiadaan tumbuh tumbuhan .Kekurangan menyebabkan udara menjadi panas dan kering .

sejat

peluhan

Kemalangan Kemalangan sering berlaku disebabkan oleh sikap pemandu bas dan teksi yang tidak berhati-hati apabila memandu. Akibat inginkan keuntungan semata-mata, para pemandu bas akan memandu dengan laju agar cepat sampai di destinasi dan mendapat ramai penumpang sehingga mereka memandu dengan tidak berhati-hati dan berhemah sehingga menyebabkan kemalangan terjadi.

Kejadian hakisan dan tanah runtuh. Perkembangan pengangkutan boleh menggalakkan kejadian hakisan dan tanah runtuh di lereng-lereng bukit. Ini disebabkan oleh proses pemotongan, penarahan, peneresan dan penebukan bukit untuk membina lebuh raya, terowong, jambatan dan sebagainya. Proses ini menggangu kestabilan cerun dan cenderung untuk tergelonsor atau runtuh ke bawah terutama apabila hujan lebat. Kejadian tanah runtuh ini banyak berlaku di sepanjang lebuh raya Utara Selatan. Kejadian Tanah Mendap. Kmungkinan berlakunya kejadian tanah mendap akibat penimbusan kawasan lembah seperti tanah paya untuk membina jalan raya. Kawasan paya ditimbus untuk dijadikan laluan lebuh raya atau landasan kapal terbang. Keadaan ini boleh menimbulkan risiko tanah mendap sekiranya berlaku hujan lebat yang berterusan. Menggangu kawasan tadahan air. Pembangunan jaringan pengangkutan turut merosakkan kawasan tadahan air akibat daripada pemusnahan hutan semulajadi dan kawasan tanah tinggi atau bukit untuk dibina laluan lebuh raya. Contoh : Pembinaan lebuhraya Timur Barat. Walaupun kawasan

yang terlibat adalah kecil tetapi kawasan hutan yang berfungsi sebagai storan air bawah tanah akan terganggu. Kemusnahan ekosistem hutan. Pembangunan jaringan pengangkutan dan perhubungan telah banyak merosakkan kawasan hutan. Contoh : Pembinaan KLIA melibatkan kemusnahan kawasan hutan yang luas. Ini menyebabkan kerosakan ekosistem hutan dan paya serta habitat. Sesetengah sepsis kehilangan tempat tinggal dan berhijrah ke tempat lain.

KESAN POSITIF AKIBAT PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR


Mengurangkan kesesakan lalu lintas Perkembangan jaringan sistem pengangkutan di kawasan bandar menyebabkan ramai orang menyebabkan alternatif lain iaitu pengangkutan awam seperti bas , teksi dan sebaingnya . ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas .

Mewujudkan landskap baik

Apabila terdapat jaringan sistem pengangkutan yang baru , pasti ada usaha untuk mencantikanya .Jalan jalan tidak lagi kelihatan suram dan kering dengan penanaman tumbuhan hijau disepanjang jalan .

Pembukaan Petempatan dan Bandar-Bandar Baru. Jalan raya dan jalan kereta api menyebabkan berlakunya pertumbuhan petempatan dan Bandar-bandar baru kerana akan memudahkan pergerakan penduduk dan barangan ke Bandar/petempatan baru tersebut. Contoh : Pembukaan Bandarbandar seperti Bandar Muadzam Shah, Bandar Pusat Jengka dan lain-lain. Pembangunan Wilayah. Kawasan yang mundur dapat dimajukan dengan adanya jaringan jalan raya dan jalan kereta api kerana mudah dihubungi dan bahan mentah dapat diangkut serta memudahkan pergerakan tenaga buruh. Mengangkut Bahan Mentah/ Barangan Pukal Dari Kawasan Pengeluaran Ke Pelabuhan. Hasil pertanian dan bahan mentah dapat dibawa dari kawasan pengeluaran ke pusat memproses atau ke pelabuhan untuk dieksport ke luar Negara. Contoh : Hasil-hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit dari kawasan KETENGAH dapat di angkut ke Pelabuhan Kuantan dengan cepat dan mudah. Membawa Barangan Siap/ Hasil Pengeluaran Kilang Ke Pasaran. Barangan siap diproses dan hasil keluaran kilang akan mudah dibawa dari kawasan pengeluaran ke pasaran dan kepada pengguna di Bandar-bandar, pecan, luar Bandar dan kawasan pedalaman dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaan seperti lori kecil, lori panjang, van dll.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN NEGATIF PERKEMBANGAN SISTEM PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR

1. Penguatkuasaan Undang-Undang Pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Awam perlulah menguatkuasakan undang-undang agar pemandu bas yang melakukan kesalahan, iaitu menyebabkan kemalangan jalan raya dikenakan denda yang setimpal dengan perbuatan mereka. Jika kesalahan mereka berat sehingga menyebabkan kematian, mereka mestilah dihukum penjara agar mereka sedar akan perbuatan mereka dan memberi pengajaran kepada pemandu lain agar tidak mengulangi perbuatan sedemikian. 2. Kempen Alam Sekitar Melalui temu bual saya dengan bapa saudara, beliau menyatakan bahawa kempen alam sekitar perlu diwar-warkan kepada penduduk di kawasan ini serta pemandu-pemandu bas, lori dan kereta yang terlibat agar mereka tidak terus mencemarkan udara dan

bunyi, kempen mencintai alam sekitar ini boleh disampaikan melalui risalah atau disiarkan di televisyen dan radio. 3. Pendidikan Alam Sekitar Melalui temubual juga, saya mendapati bahawa pendidikan alam sekitar sangat penting dilaksanakan bagi penduduk di sini terutama yang terlibat dengan pengangkutan awam agar dapat mengurangkan pencemaran udara. Pendidikan ini boleh disampaikan oleh pihak tertentu seperti Majlis Penbandaraan Manjung (MPM) melalui ceramah yang boleh diberikan kepada semua pemandu kenderaan awam ataupun melalui facebook MPM sendiri.

4. Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum Melalui pemerhatian, saya mendapati pencemaran udara ini akan dapat mengurangkan pengeluaran asap dan secara tidak langsung mengurangkan pengeluaran karbon monoksida yang boleh mencemarkan udara. 5. Penapis Asap ( Cataliytic Converter ) Pengguaan penapis asap atau catalytic converter juga akan mengurangkan pengeluaran asap dan akhirnya akan mengurangkan pencemaran udara. Para pengusaha bas perlu bersama-sama menggunakan penapis asap ini ataupun terpaksa mengeluarkan sedikit kos dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata.

You might also like