You are on page 1of 6

FAKTOR PENGHALANG PERPADUAN KAUM DAN INTEGRASI NASIONAL

Penjajahan Inggeris telah membawa masuk kaum Cina dan India ke Tanah Melayu dalam sektor perlombongan dan getah.Buruh cina datang ke Tanah Melayu melalui sistem Kontrak manakala Buruh India melalui sistem Kangani.Namun,menjadi cabaran yang rumit untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum,agama,bahasa,adat resam dan nilai hidup.Perpaduan kaum di Tanah Melayu menjadi perkara yang semakin rumit dengan dasar penjajah dan Peristiwa 13 Mei adalah kemuncak konflik antara kaum Melayu dan Cina.Faktor-faktor penghalang perpaduan kaum dan integrasi nasional sebelum tahun 1957 sehingga 1969 dibahagikan kepada tiga iaitu politik.,ekonomi, dan sosial. FAKTOR POLITIK Faktor politik merupakan faktor yang paling utama penyebab perpaduan kaum susah dicapai.Dasar penjajah yang menyebabkan kaum di tanah Melayu saling mencurigai.Pertama,Dasar Pecah dan Perintah British menyebabkan ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Melayu.Jarak sosial serta segregasi antara kumpulan-kumpulan etnik seolah-olah sengaja diwujudkan dan dikekalkan oleh british demi kepentingan dan keselamatan diri.Semasa penjajahan British,perpaduan kaum tidak diutamakan.Bagi mencapai tujuan ini,Kerajaan British telah dengan sengaja menetapkan status dan peranan yang berlainan bagi kaumkaum Melayu,Cina dan India.Sebagai contoh,Orang Melayu digalakkan menetap di kawasan luar Bandar manakala Orang cina tinggal di lombong-lombong dan Orang india di estet-estet. Pendudukan Jepun 1942-1945 telah mengakibatkan permusuhan antara Orang Melayu dengan orang cina.Layanan Jepun yang lebih baik terhadap Orang Melayu telah mengakibatkan kemarahan orang cina.Jepun telah mengambil askar orang Melayu untuk menjadi askar dan polis.Beribu-ribu orang Cina telah dibunuh oleh tentera Jepun.Ramai orang cina lari ke kawasan pedalaman.Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh Jepun yang menyukai orang-orang Melayu dan

menentang kaum cina telah memberi kesan buruk dalam menyemarakkan perasaan permusuhan kaum yang kian tebal. Hak berpolitik juga menjadi satu isu menyebabkan perpaduan kaum sukar dicapai.Orang Cina dan India ingin mendapatkan hak politik yang sama seperti Orang Melayu.UMNO berpendapat bahawa pertimbangan akan diberi kepada Orang Cina dan India dalam hak politik.Orang Melayu pula berasa amat penting mengekalkan kuasa politik bagi melindungi diri mereka dikuasai oleh orang-orang bukan Melayu.Namun,orang Melayu masih menaruh syak wasangka disebabkan oleh minat yang ditunjukkan Kerajaan Kebangsaan Cina di China dalam hal-hal ehwal orang-orang cina di tanah melayu.Hal ini menyebabkan orang Melayu mencurigai kejujuran orang-orang cina di tanah melayu mendapatkan Tanah Melayu. FAKTOR EKONOMI Faktor ekonomi juga menjadi faktor utama penyebab penghalang perpaduan kaum dan integrasi nasional sebelum tahun 1957 sehingga 1969. Kegiatan ekonomi yang berbeza-beza mengikut menyebabkan tiada pergaulan yang mesra antara kaum.Orang Melayu kebanyakan menjadi petani,nelayan dan penoreh getah tinggal di kawasan luar Bandar..Kebanyakan orang cina yang dibawa oleh British menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjadi pelombong dan peniaga manakala orang india menjadi buruh di estet-estet.Akibat daripada kegiatan ekonomi yang berlainan,wujud jurang pendapatan yang tidak seimbang di antara kaum,dengan majority golongan miskin terdiri daripada kaum Melayu.Ini telah menimbulkan persaingan ekonomi dan ketidakpuasan di kalangan kumpulan etnik tertentu yang boleh mengancam perpaduan Negara. FAKTOR SOSIAL Perpaduan kaum dan integrasi Nasional juga terhalang disebabkan oleh faktor sosial antara kaum.Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan.Orang Melayu adalah beragama Islam manakala sebilangan orang India beragama Hindu.Orang cina menganut agama yang merupakan campuran ajaran Buddha,Lao-Tze dan Confucius.Setiap kumpulan etnik adalah jahil mengenai kebudayaan dan adat resam kumpulan-kumpulan etnik yang lain .Masing-masing

menggangap kebudayaan mereka sebagai yang terbaik.Perkahwinan campur tidak begitu meluas.Tegasnya,bolehlah dikatakan bahawa struktur sosial dan agama orang-orang Melayu menjadikan tidak mungkin bagi sebarang agama dan kaum lain untuk bersemenda dengan mereka kecuali orang-orang Arab dan orang India Islam sahajamSelain itu,orang Melayu mahu menjadikan Agama Islam sebagai agama rasmi.Orang bukan Melayu pula bimbang kebebasan agama mereka akan disekat.Maka,agama dan kebudayaan menjadi faktor yang besar menghalang perpaduan dan integrasi nasional Tanggapan negatif atau sikap prejudis terhadap sesuatu kumpulan etnik juga merenggangkan hubungan antara kaum.Hal ini menyebabkan pergaulan mereka terhad.Dari segi tradisinya,orang-orang cina mempunyai sikap kurang menyenangkan terhadap semua orang asing.Mereka mengganggap orang-orang asing sebagai orang liar dan dagang puaka.Mereka sentiasa memandang rendah orang-orang Melayu dan mengkritik mereka pemalas dan suka berhibur.Bagi orang Melayu pula,mereka tidak memandang tinggi orang Cina dan biasanya menggangap orang cina dan India sebagai penyembah berhala.Tidak syak lagi,perasaan ini ditambah pula tidak senang dengan sesetengah tabiat orang cina seperti makan babi.Hal ini amat ditegah dalam Agama Islam.Tanggapan negative terhadap sesuatu kaum menjadi penyebab pergaulan antara mereka terhad. Bilangan orang Cina dan India yang semakin bertambah menyebabkan Orang Melayu berasa tidak senang hati dengan kaum-kaum ini.Orang Melayu menganggap kumpulan etnik ini akan menghalau mereka pada suatu hari nanti.Pada kurun ke20,Orang Melayu mula berasa gelisah tentang bertambahnya bilangan Orang Cina dan India yang dilahirkan di tanah Melayu. Hal Kerakyatan menjadi satu perkara yang menyebabkan kerenggangan hubungan antara kaum.Orang Melayu sebagai penduduk bumiputera Negara enggan memberikan kerakyatan kepada kaum lain kerana ditakuti mengancam kuasa politik orang melayu.Manakala kaum lain yang lahir dan menetap di tanah melayu menuntut hak kerakyatan.Kelayakan kerakyatan yang ketat seperti ujian bahasa dan syarat tempoh masa tinggal menyebabkan penghalang kepada kaum bukan melayu menjadi rakyat di tanah melayu.

Kelantangan suara pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mempersoalkan kedudukan isitimewa orang-orang Melayu menyebabkan bangkit perasaan marah di kalngan orang melayu.Pemimpin-pemimpin politik cina takut kedudukan ekonomi mereka terancam sekiranya Inggeris terus merancang memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri,Orang Melayu akan berkuasa penuh dari segi politik Sehingga laporan Razak 1956,terdapat 4 aliran pendidikan yang berasingan di Tanah Melayu iaitu aliran pendidikan Inggeris,Melayu,Cina dan India.Umumnya,setiap golongan etnik menghantar anak-anak ke sekolah rendah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.Justeru itu,murid-murid terkecuali di sekolah Inggeris tidak berpeluang bercampur gaul dengan murid dari kumpulan etnik lain.Kurikulum di antara setiap sekolah juga tidak sama.Sekolah Melayu menitikberatkan kemahiran 3M.Kurikulum sekolah Cina dan India pula adalah berasaskan apa yang terdapat di Negara China dan India.Ini telah menghasilkan pandangan dunia yang berlainan serta memperkukuhkan lagi keperibadian etnik di kalangan pelajar Cina dan India.Tiada terdapat satu bahasa pengantar yang tunggal dalam sistem sekolah beraneka bahasa.Malahan,sistem pendidikan sebelum merdeka tidak menitikberatkan pencapaian objektif perpaduan.Kerajaan British tidak berusaha untuk memperkenalkan satu kurikulum yang dapat membentuk keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan.Sistem pendidikan juga menjadi isu ketidakpuasan orang bukan Melayu kerana layanan daripada pihak kerajaan.Sekolah Cina dan India tiada yang dianjurkan oleh kerajaan dan dibiayai oleh persendirian.Kerajaan merasakan tidak perlu memberikan pelajaran kepada kanak-kanak penduduk asing yang tinggal buat sementara waktu sahaja,tambahan pula mereka menerima pelajaran dalam bahasa mereka sendiri.Oleh yang demikian,perkembangan sekolah berbagaibagai system di tanah melayu telah menyemarakkan ketegangan.Orang bukan Melayu berasakan Inggeris mengikut dasar menyokong orang-orang Melayu dengan tujuan untuk membina Tanah Melayu untuk orang-orang Melayu Masalah tanah juga menjadi isu sosial utama yang menyebabkan kerenggangan hubungan antara kaum.Orang-orang Melayu menganggap tanah simpanan itu perlu untuk melindungi hak istimewa mereka sebagai kaum tani dan bumiputera.Orang Melayu berasa gementar bahawa mereka akan tersingkir keluar dari Negara

sendiri.Tanah simpanan yang diwujudkan menyebabkan prasangka Orang Cina bahawa ini sebagai cara lain untuk menyokong dasar Tanah Melayu untuk Orang Melayu. Kewujudan pelbagai persatuan etnik yang memperjuangkan politik,sosial,ekonomi yang berasaskan kumpulan etnik telah juga memperkuatkan etnik dan syak wasangka.Ini adalah kerana persatuan-persatuan tersebut hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.Parti-parti politik perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kumpulan etnik atau isu-isu perkauman seperti bahasa,kebudayaan,ekonomi bagi memajukan kepentingan politik masing-masing.

RUMUSAN Maka,dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada penghalang perpaduan kaum dan integrasi nasional sebelum tahun 1957 sehingga 1969.Faktor-faktor ini boleh dirumuskan akibat sikap Orang Melayu yang ingin mempertahankan kepentingan mereka dan sikap kaum bukan Melayu yang ingin menjaga kepentingan mereka juga. Faktor politik seperti dasar pecah perintah oleh British dan layanan yang berbeza oleh Jepun memberikan ketegangan yang makin buruk antara kaum.Dasar-dasar ini mewujudkan syak wasangka di antara kaum. Disamping itu,aktiviti ekonomi yang berlainan juga menyebabkan pergaulan antara kaum terhad disebabkan mereka hanya hidup dalam komuniti mereka tanpa ada pergaulan yang luas dengan kaum yang lain Perbezaan sosial seperti agama,bahasa,kebudayaan menjarakkan lagi jurang pergaulan antara kaum.Mereka masing-masing jahil akan kebudayaan dan adat kaum lain selain timbul persepsi negatif.Masalah pendidikan juga menyumbang kepada penghalang perpaduan kaum melalui aspek sosial Kemuncak kepada keretakan hubungan kaum ialah pada peristiwa 13 Mei.Peristiwa pertelingkahan kaum ini yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda mempunyai perkaitan yang rapat dengan Pilihanraya 1969.Hal-hal sensitif seperti bahasa kebangsaan,kedudukan istimewa dan hak kerakyatan.Rusuhan kaum telah meletus pada 13 Mei 1969. Justeru itu,kerajaan telah mengambil beberapa langkah drastik bagi merapatkan kembali hubungan antara kaum.Beberapa langkah seperti Dasar Ekonomi Baru,Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain bertindak sebagai penghubung hubungan antara kaum dan kejayaannya telah dibuktikan sehingga sekarang.

You might also like