Amiruddin Mohd SalehSMP / OUM SEM MEI 2009
lembaran-lembaran al Quran yang diambil daripada Hafsah binti Umar untuk dijadikan
mushaf.
Sesudah itu, Khalifah Uthman bin Affan memerintahkan supaya dikumpulkansemua lembaran al Quran yang ditulis sebelumnya dibakar. Dengan demikian maka pembukuan al Quran pada zaman Khalifah Uthman bin Affan itu memberi faedah yang besar kepada umat Islam iaitu menyatukan kaum muslimin dalam satu bentuk
mushaf
yang seragam menurut ejaan dan tulisannya. Ia jua menyatukan bacaan, walupun masihterdapat kelainan bacaan tetapi bacaan tersebut tidak berlainan dengan ejaan
Mushaf Uthmani
.Kesimpulannya, ilmu
Rasm
ialah ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung,memisah dan menggantikan huruf. Penulisan (
rasm
) al Quran ini adalah satu sunnahRasulullah s.a.w yang diikuti secara
ijma’
( sepakat ) oleh seluruh ulama
mujtahidin
kerana tulisan ini adalah berbentuk
tauqifiyyah
dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabis.a.w. Maka penggunaan tulisan
Imlaei
atau
Qiasi
tidaklah diharuskan.2.
RASM UTHMANI DAN KEISTIMEWAANNYA.
Sebagaimana yang telah diketahui bahawa Rasm Uthmani ialah ilmu yangmembincangkan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat al-Quran yang digunakan dandipersetujui oleh Saidina Uthman ketika penyalinan dan penulisan Al-Quran. Inimenunjukkan rasm ini sangat penting dipelajari dan dikaji apabila hendak membaca kitabsuci al-Quran atau menulisnya.
Antara keistimewaan Rasm Uthmani ialah
:
(1) Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi bukan Taufiqi
Rasm Uthmani adalah berpunca daripada bimbingan dan tunjuk ajar Rasulullahs.a.w secara langsung dan mengikut sunnah baginda s.a.w. Setiap perkara yangdikhabarkan oleh baginda sudah tentu ia datang daripada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w.tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyudaripada Allah berpandukan hadis berikut sebagai sandaran:2