• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Penternakan Itik Moskovy
Contributed by AdministratorWednesday, 27 June 2007Last Updated Tuesday, 10 July 2007
Latar belakang penternakantik muscovy tempatan dikenali sebagai itik nila atau itik serati.Itik ini berbulu hitam dan putih biasa dipelihara oleh orang kampunguntuk menghasilkan telur dan daging.Baka yang berwarna putih padakeseluruhan badan merupakan jenis yang di import berkualiti tinggikhusus untuk pengeluaran daging secara komersil.PusatPembiakan Itik, Jabatan Perkhidmayan Haiwan, Kg Paya Jaras Hilir adalahsatu- satunya ladang yang menghasilkan anak itik komersil pedaging jenis muscovy di Malaysia. Pada tahun 1992, pusat ini telah mengimportsebanyak 500 ekor induk baka tulen dari Perancis bagi menghasilkan anakitik komersil yang bermutu dan dibekalkan kepada penternak- penternakkecil sekitar Selangor dan Pulau Pinang. Sejak itu pengeluaran terus ditingkatkan.Pusat ini terus giat memperkenalkan danmeningkatkan pengeluaran selari dengan permintaan orang ramai. Daritahun ke tahun didapati ‘trend’ permintaan bagi setiap tahunkebiasaannya meningkat mengikut musim perayaan kaum cina seperti padaperayaan Kuih Bulan dan Tahun Baru Cina tetapi keadaan ini mula berubahsejak akhir- akhir ini kerana telah dipengaruhi oleh permintaan danpenyertaan pesawah padi/ petani melayu secara kecil- kecilan tajaanJabatan Pertanian di seluruh negara di bawah kawalan makhluk perosak.Anakitik yang dihasilkan oleh pusat ini kebanyakkannya ( 60% ) dibekalkankepada penternak- penternak kecil yang menternak antara 100- 300 ekorsecara ‘ all in all out ‘ selebihnya kepada penternak semi komersilyang menternak 300-1500 ekor sepusingan. Oleh kerana perusahaan inimasih baru dan keistimewaan yang ada pada itik muscovy memberi peluangkepada industri ini berkembang dengan baik, seterusnya menyumbang dalammemenuhi keperluan daging negara dan juga untuk eksport.Pembangunan LadangPemilihan dan mendapatakan kawasan yang sesuai sangat penting dan memulakan perancangan yang baikagarsuasana dan persekitaran nyaman dan selesa untuk itik membesar danmemudahkan pengurusan harian. Kemudahan bekalan air untuk ternakan danmencuci serta bekalan elektrik perlu ada. Tanah bekas lombong, kawasantinggi atau kering ladang kelapa sawit sesuai untuk pengurusan sistem‘deep litter’ sama ada secara intensif atau separa intensif.Cuacanegara kita sentiasa panas dan lembap, reban perlu direka bentuk untukmengurangkan tegasan iklim, memberi pelindungan itik semasa peringkatmembesar sehingga peringkat jual. Reban dibina menggunakan kayu danberatap rumbia atau zink. Bumbung berbentuk double ridge dan dindingterbuka membantu pengudaraan. Tinggi minima bahagian tengah 14 kaki,tepi 8 kaki dan cucur tepi kira –kira 5 kaki bagi mendapat suasanaselesa, pengudaraan yang baik dan terhindar dari tempias ketika harihujan. Reban berukuran 300 kaki panjang dan 24 kaki lebar bolehmemuatkan 5000 ekor itik sehingga peringkat jual. Selain bahagian rebanpenyediaan bahagian legar berpagar depan reban perlu, terutama musimpanas.Lantai simen mengelakkan kelembapan dan memudahkan pembuangansarap setiap kali selesai satu pusingan ternakan.Kemudahan
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Terengganuhttp://jphtrg.com/v1Powered by Joomla!Generated: 17 July, 2008, 19:15
 
 jalan dan sistem perparitan dan saliran yang baik perlu ada. Bekalanelektrik dan air yang bersih untuk minuman dan cucian sangat perlu.Peralatan:- Kepungan.Zinklicin setinggi 11/2 kaki disambung menggunakan penyepit/penyokong kayudibentuk bulat keliling dengan panjang rentas 8 meter untuk menampungsetiap 1000 ekor anak itik.- Bahan sarap.Sekam padiatau habuk papan digunakan sebagai alas lantai simen. Sarap perlu diurus dengan baik, jika basah ianya harus dibuang dan ditambah dari masake semasa bagi memastikan lantai reban sentiasa kering.- Alat pemanas.Setpemanas jenis LPG sesuai digunakan. Alat ini digantung di tengah-tengahkepungan dan dipasang 1- 2 jam sebelum ketibaan anak itik bagimenyediakan suasana persekitaran yang hangat dalam perindukan.- Bidai.Bidai/dinding plastik sangat diperlukan diperingkat perindukan sahaja iaitupada itik berumur 1 hingga 3 minggu bagi melindungi ternakan dari anginsejuk malam dan ketika hari hujan.- Bekas makanan dan minuman.Bentukdan saiz bekas makanan dan minuman berbeza mengikut umur itik. Bilangan juga perlu ditambah dari masa ke semasa untuk memastikan itik mendapatmakanan dan minuman yang mencukupi.Bekas airberbentuk tabung 1dan 2 gelen juga palung automatik digunakan. Bekas makanan berbentukdulang, palung papan panjang dan jenis kotak sesuai untuk itik daging.Operasi dan pengurusanPengurusan itik muscovy terbahagi kepada 3 peringkat:-- Peringkat perindukan - 1 hingga 2 minggu.- Peringkat umur - 3 hingga 4 minggu.- Peringkat membesar - 5 hingga 13 minggu.Tempohperindukan anak itik pedaging dari umur sehari hingga dua minggu sangatpenting dan memerlukan penjagaan yang sempurna. Pada hari ketibaan anakitik dikira, ditimbang dan terus di masukkan ke dalam kepungan.Air minuman yang bercampur vitamin diberikan dengan segera. Suhu dalamreban ialah 35 darjah celcius diperlukan untuk minggu pertama dandikurangkan setiap hari sehingga mencapai 27- 30 darjah celcius.Setelah itik minum dan bergerak cergas barulah diberi makanan peringkatawal. Palong minuman sebaiknya dilapik dengan dulang bagi mengurangkankecah dan kelembapan sarap. Palong minum diletak berselang- seli denganpalong makanan keliling dalam kepungan.Bidaisekeliling reban dipasang bagi melindungi anak itik dari kesejukkan dan
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Terengganuhttp://jphtrg.com/v1Powered by Joomla!Generated: 17 July, 2008, 19:15
 
mengawal suhu secara tetap dalam reban. Keadaan suhu dalam reban yangsesuai dan selesa dapat dilihat dengan memerhatikan kelakuan anak itikdi dalam kepungan. Jika suhu terlalu sejuk anak itik akan berkumpul danakan berhimpit- himpit di satu tempat. Jika terlalu panas anak itikakan berselerakkan serta tercungap-cungap serta kepak yang terbuka.Haba perlu dibekalkan pada waktu pagi dan malam atau waktu hujan. Bidaimula diselak secara beransur- ansur selepas 2 minggu. Peringkat 3hingga 4 minggu, bidai di gulung sepenuhnya kecuali hari hujan lebat.Kepungan dan alat pemanas di keluarkan. Dulang makanan anak ditukarkepada palong panjang. Makanan peringkat pembesar berbentuk pelet muladicampurkan berperingkat dan seterusnya penggunaan sepenuhnya. Palongminuman kecil ditukar pada palong automatik kerana diperingkat ini itikmula minum dengan banyak.Peringkat membesar 5hingga 13 minggu, pada peringkat ini makanan dan minuman perlulahsentiasa mencukupi kerana itik mula membesar dengan cepat danpengambilan makanan meningkat. Untuk menyediakan makanan yang banyakdan sentiasa mencukupi, makanan mula diisi di dalam bekas berbentukpeti. Pada waktu siang dan cuaca panas, pintu reban dibuka bagimembolehkan itik keluar ke ruang legar depan reban.Elakkan itik darigangguan pengurusan dan tegasan iklim sehingga sampai waktu dipasarkan.Pengurusan yang baik akan menghasilkan pembesaran itik yang baikPengeluaranyang baik bergantung pada makanan ternakan yang bermutu.Makananpermulaan (starter crumble) perlu mengandungi 19 – 22 % CP danmakanan pembesar (finisher pellet) mengandungi 16- 18 % CP. Makananpermulaan adalah untuk anak itik umur sehari sehingga 3 minggu danmakanan pembesar adalah untuk peringkat 4 minggu hingga jual.Dedakkomersial boleh didapati di pasaran.Kesihatan dan Amalan yang Baik- Itik yang sihat menentukan keuntungan. Pengurusan yang baik dapat mengawal kadar kematian di paras 3 % setiapkumpulan.- Programsuntikan pelalian perlu diamalkan bagi mengelakkan penyakit berpuncadari virus tertentu. Khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Haiwan perluditerap dalam pengurusan harian.- Memotong paruh juga perludilakukan kerana itik muscovy mempunyai paruh yang mencangkuk ( tajam).Dalam keadaan stress selalunya pada umur 2-3 minggu itik akanpatuk-mematuk bahagian belakang dan bulu yang baru tumbuh.- Mengawalkemasukan penyakit dengan mengawal pergerakan pelawat, pekerja,kenderaan. Menyediakan ‘foot-bath’ membasmi kuman di hadapan setiappintu masuk ladang/reban sangat-sangat diperlukan.- Hapuskan tikus dan burung yang berkeliaran di dalam reban kerana binatang-binatang ini pembawa penyakit danbakteria.- Penternakan itik juga perlu diurus dengan baik dan mesra alam.- Aircucian dari reban perlu di salurkan ke dalam kolam kumbahan yangdisediakan oleh pihak ladang.Itik yang mati tidak wajar di buangmerata- rata bagi mengelakkan pencemaran bau dan penaykit.- Lubang pembuangan itik mati yang bertutup papan tebal sedalam 4 hingga 6 kaki dalam perlu dibuat bagi mengatasimasalah ini.Ladangperlu mewujudkan dan mengamalkan sistem rekodan yang baik.Data- data
Jabatan Perkhidmatan Haiwan Terengganuhttp://jphtrg.com/v1Powered by Joomla!Generated: 17 July, 2008, 19:15
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...