MEMBIAK DAN MEMELIHARA BETTA (
Betta splendens
)
M
inat memelihara ikan hiasan sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. Sejak kebelakanganini ikan pelaga (Betta) mendapat tempat di hati peminat ikan tidak kira dari kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa. ‘Trend’ semasa ialah mendapat jenis ‘fancy’ untuk dijadikanhiasan atau dipertandingkan. Seekor ikan baka baru yang istimewa mencapai harga ribuanringgit.
B
etta splendens
ialah nama saintifik yang diberi oleh Bleeker pada tahun 1850 diambil dari perkataan Jawa iaitu ‘Wader Bettah’. ‘Bettah’ bermaksud sifatnya yang tahan lasak. Sebagai ikanyang membina sarang buih ketika membiak ikan jantan lebih menunjukkan sifat ‘parental care’mengawasi anaknya sehingga mampu hidup sendiri.
U
ntuk membiakan ikan ini tidaklah terlalu sulit. Ianya dapat dijalankan sebagai aktivitisambilan. Keperluan untuk membiakkanya ialah seperti tangki pembiakan, tangki pembesaran,sedikit ruang untuk memeliharanya disamping pengetahuan asas penjagaan induk dan frynya.Ramai orang telah berjaya membiakkannya baik secara sambilan, sepenuh masa atau komersial.Masing-masingnya ada teknik dan rahsianya tersendiri.
Langkah-langkah untuk membiakkan Betta:
Tidak kira sama ada jenis biasa atau ‘fancy’ asas membiakkan Betta adalah serupa. Berikutdinyatakan beberapa langkah untuk membiakkan Betta:
1.
Pra pembiakan (Conditioning)Induk jantan dan betina diasingkan, seekor jantan dipelihara di dalam sebuah bekassementara betina di dalam akuarium secara komuniti. Pelbagai makanan boleh diberikantetapi keutamaan ialah makanan hidup seperti Moina, ‘tubifex worm’ atau ‘blood worm’.
2.
Penyediaan tangki PembiakanTangki berukuran 12”x10”x10” adalah memadai. Tangki diisi separuh penuh dengan air -air paip atau air hujan yang telah diheningkan. Di bahagian bawah tangki diletakkan satukeratan paip PVC 6” untuk induk betina bersembunyi ketika induk jantan bertindak aggresif.
3.
Mencampurkan Induk Mula-mula induk jantan dimasukkan ke dalam tangki pembiakan. Apabila ia telahmembina sarang buih, ini menunjukkan kesediaanya untuk membiak. Untuk menggalakkan proses ini ikan betina boleh dimasukkan di dalam sebuah botol dandiletakkan di dalam tangki pembiakan untuk merangsang ikan jantan.
4.
Membuat Sarang BuihIkan jantan membuat sarang buih dengan mengambil udara atmosfera danmenghembuskan satu buih yang berbaur dengan mucus dari dalam mulutnya. Buih-buihkekal ini atau bercantum antara satu sama lain membentuk segumpal sarang. Pada muladiperkenalkan akan berlaku pergaduhan antara induk jantan dan betina. Sehingga padasatu ketika apabila kedua-dua induk telah bersedia mengawan, ianya akan berada di bawah sarangnya dan mulai mengawan.
5.
PengawananSemasa mengawan ikan jantan dan betina akan membelitkan badannya antara satu samalain. Ikan jantan akan memusingkan badan ikan betina beberapa kali sehingga telur
Leave a Comment