MUKADDIMAH
Bismillaahirrahmaanirrahimm
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnianya, sekali lagi kita
menyambut ketibaan Ramadhan bagi tahun 1423 Hijrah. Ketibaan Ramadhan semestinya
membuat kita gembira kerana bertemu dengan bulan yang mulia. Akan tetapi tidak
mustahil kegembiraan itu di selit juga oleh rasa hati yang berdebar. Berdebar kerana kita
bertemu dengan bulan yang penuh fadilat, dimana setiap perbuatan kebajikan dan
kebaikan serta amal ibadah akan mendapat pahala yang berlipat ganda.
Jika diaplikasikan teori kaedah pengukuran produktiviti yang mentakrifkan produktiviti
adalah nisbah output per input, kita dapat melihat bahawa bulan Ramadhan itu adalah
bulan dimana Allah SWT mengemukakan tawaran mega spesial untuk kita rebut.
Tawaran mega spesial itu adalah dalam bentuk jaminan pemudahcaraan peningkatan
ketara output dengan sedikit tambahan input sebagai insentif untuk peningkatan
produktiviti keimanan kita. Bulan Ramadhan itu di jamin oleh Allah sebagai bulan
peningkatan langsung indeks produktiviti jika kita merebut peluang tawaran yang
disediakan. Ini dapat di lihat daripada riwayat hadith yang menyebut Ramadhan adalah
bulan yang penuh barakah, bulan yang didalamnya terdapat malam yang lebih baik
daripada seribu bulan, bulan dimana puasa itu adalah ibadah wajib dan menunaikan
ibadah selain daripada ibadah wajib didalam harinya adalah sunat, bulan didalamnya
ditambahkan rezeki, bulan ampunan dari dosa \u2013 dosa dan pembebasan dari api neraka.
Peningkatan ganjaran dalam bentuk nisbah output ini adalah dengan anjuran menunaikan
kewajipan ibadah wajib puasa dan ibadah wajib lainnya dan ditambah dengan sedikit
anjuran lainnya seperti membanyakkan tafakur, iktikaf, bersedekah serta melakukan solat
malam (Qiamullail), solat tarawikh, solat sunat lainnya dan lain \u2013lain ibadah sunat.
Untuk mendapatkan peningkatan produktiviti ibadah kita saya suka memperingati diri
saya dan menyeru semua warga muslim dan muslimah NPC untuk beriltizam
mendapatkan ibadah puasa yang cemerlang selari dengan beban tugas NPC sebagai
organisasi pelopor kepada kecemerlangan. Tahniah saya ucapkan kepada BKKI NPC
diatas usaha murni menerbitkan Buku Panduan Ibadah Puasa Ramadhan untuk panduan
warga muslim dan muslimah NPC dalam menghayati Ramadhan yang mulia ini.
Akhir
sekali
Selamt
Datang
Ramadhan
dan
BERSAMA
MENCAPAI
KECEMERLANGAN RAMADHAN melalui perlaksanaan ibadah puasa yang produktif
dan berkualiti selari dengan tema kita PUSH FOR PRODUCTIVITY, GO FOR
QUALITY
Ir. Mah Lok Bin Abdullah
Ketua Pengarah, NPC
Leave a Comment