You are on page 1of 2

REFLEKSI INDIVIDU

Program Bina Insan Guru bagi pelajar PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2011 telah berlangsung pada 11 Mac 2013 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah. Lawatan penanda aras di sekolah ini adalah bertujuan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan guru-guru di sekolah tersebut. Ianya, adalah sebagai persediaan kepada saya selaku bakal-bakal guru yang akan pergi ke sekolah nanti untuk menjalani praktikum tidak lama lagi. Melalui program ini, guru-guru pelatih tahu bagaimana cara untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan di sekolah nanti.

Saya gembira kerana dapat menimba ilmu baru serta pengalaman ketika sebelum, semasa dan selepas BIG berlangsung. Program BIG adalah satu program yang sangat mantap dan berkesan pengisiannya dalam usaha untuk membentuk dan melahirkan insan guru yang dapat mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru. Saya merasakan sungguh bertuah kerana terpilih dalam kalangan yang terpilih untuk memperolehi sendiri pengalaman dan ilmu yang terdapat dalam proforrma BIG Penanda Aras ini. Suka saya maklumkan, dengan adanya program BIG seperti ini, keyakinan, kefahaman serta motivasi saya untuk menjadi seorang guru yang berjaya suatu masa nanti semakin meningkat dan meningkat.

Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, perkara yang terpenting adalah komitmen yang tinggi dan berterusan amat diperlukan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh daripada program BIG ini merupakan persiapan yang baru sedikit jika hendak dibandingkan dengan cabaran yang akan ditempuhi pada masa hadapan. Justeru itu, saya yakin dengan program BIG pada masa akan datang pula dapat memperbaiki kekurangan dalam diri saya.

Jika dilihat dari segi persediaan saya sebelum menjalani program BIG ini, saya telah memperolehi ilmu bagaimana untuk mengurus organisasi yang besar melibatkan pihak luar. Hal ini sebenarnya bukanlah suatu yang mudah untuk dikendalikan memandangkan pengurusan yang sedemikian akan melibatkan banyak protokol yang terpaksa diikuti. Sebagai persediaan awal, ilmu dan pengalaman sebeginilah yang akan menjadi bekalan buat diri saya ketika berhadapan dengan suasana sebenar sekolah tidak lama lagi. Bagaimana hendak berkomunikasi dengan guruguru lain, bagaimana ingin melaksanakan pembelajaran yang berkesan, semuanya telah saya perolehi dalam program BIG kali ini.

Biarpun terdapat kekurangan sedikit daripada segi tarikh kerana bertindih dengan acara saringan Kejohanan Olahraga Tahunan di Ipg Kampus Darulaman, saya merasakan ini adalah satu cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh seorang guru pelatih yang perlu menguruskan masa dengan sebaik yang mungkin. Mungkin di masa yang akan datang, saya bersama-sama rakan yang lain perlu menyemak terlebih dahulu takwim perjalanan aktiviti yang melibatkan kami semua. Hal ini untuk memastikan tiada pertindihan tarikh yang dipilih untuk melaksanakan sesuatu aktiviti.

Akhir sekali, saya mengharapkan agar program sebegini dapat diteruskan kewujudannya secara konsisten dan terancang. Program sebeginilah yang akan merapatkan jurang ilmu dan pengalaman di antara seorang guru pelatih dengan dunia pendidikan yang sebenar. Jika suatu hari nanti saya berjaya menjadi guru yang cemerlang, perjalanan kecemerlangan saya bermula daripada program yang sebegini pada hakikatnya. Insya-Allah

You might also like