You are on page 1of 56

PENGGUNAAN CARTA NILAI TEMPAT DALA MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID TAHUN 4 BAGI KEMAHIRAN PENUKARAN PECAHAN DAN PERPULUHAN

SITI KHATIJAH BT PARALI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Matematik Pendidikan Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK OKTOBER 2012

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Matematik Pendidikn Rendah).

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: . : Dr HU LAEY NEE : ..

ii

PENGAKUAN

Saya akui kertas cadangan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Penulis : . Nama Penulis Tarikh : SITI KHATIJAH BT PARALI : .

iii

DEDIKASI Ibu bapa yang sentiasa menyokong Parali B Ihi Raemah Bt Bladi

Saudara kandung yang memberi motivasi Masrol Huda B Parali Siti Mastura Bt Parali

iv

PENGHARGAAN Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, saya telah berjaya menyiapkan kajian ini. Jutaan penghargaan buat penyelia saya iaitu Dr Hu Laey Nee di atas tunjuk ajar dan bimbingan yang telah beliau berikan sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Tanpa bimbingan beliau, sukar untuk saya meneruskan kajian ini dengan jayanya. Seterusnya, ribuan terima kasih saya ucapkan buat kedua ibu bapa serta keluarga saya yang banyak memberi sokongan sepanjang 5 tahun 5 bulan berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih buat rakan-rakan PISMP (Matematik Pendidikan Rendah) Ambilan Januari 2009 atas kerjasama serta bantuan sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Akhir kata, terima kasih yang tak terhingga buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang menyiapkan kajian ini. Jasa kalian akan tetap dikenang.

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid-murid tahun 4 dalam meningkatkan pencapaian bagi kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan. Penyelidikan tindakan ini akan menggunakan model Kurt Lewin yang mempunyai 2 kitaran. Responden yang diambil dari salah sebuah sekolah di sekitar Miri menggunakan ujian Diagnostik untuk memilih responden. Pengkaji telah mengambil 4 orang responden semasa kajian dijalankan. Kajian ini memfokuskan penggunaan Carta Nilai Tempat dalam mempelajari kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan. Pencapaian responden diukur menggunakan ujian pra, ujian pasca dan temubual. Pengkaji menjalankan 2 kitaran dalam kajian ini. Analisis data dilakukan setelah semua data dikumpulkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempatempat responden menunjukkan peningkatan markah dari ujian pra ke ujian pasca 1. Tiga responden berjaya mendapat markah lulus semasa ujian pasca 1 manakala seorang responden mendapat markah di bawah paras lulus. Bagi kitaran 2, keempatempat responden mendapat markah yang baik untuk ujian pasca 2. Terdapat 2 responden mendapat markah penuh untuk ujian pasca 2. Keputusan kajian ini menunjukkan penggunaan carta nilai tempat berkesan untuk membantu murid menguasai kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan.

vi

ABSTRACT

Action research was conducted to assist students in enhancing the performance of 4 years for the conversion fraction and decimal skills. This action research use Kurt Lewin model with 2 cycles. Respondents had drawn from one of the schools around Miri uses diagnostic tests to select the respondents. The writer takes four respondents during the research. This research focuses on the application of skills learned Value Place in fraction and decimal conversions. Achievement will be measured using pretest, post-test and interview. Researcher uses two recycles in this research. Data analysis will be done after all data collected. The results showed that the four respondents indicated increased scores from pretest to posttest 1. Three respondents managed to get passing marks during test post 1 while one respondent scored below the pass. For the second cycle, the four respondents get good marks for the test post 2. There are two respondents get full marks for the test post 2. The results show effective use place value chart to help students master skills fraction and decimal conversion.

vii

KANDUNGAN Muka Surat PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 2.0 Pengenalan Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Refleksi Nilai Pendidikan ii iii iv v vi vii xi xii xiii 1 1 2 4 6 6 8 8 9 9

FOKUS KAJIAN 2.1 2.2 2.3 Isu Kajian Objektif Kajian Persoalan kajian

3.0

TINJAUAN LITERATUR 3.1 3.2 Konsep Pecahan Dan Perpuluhan Carta Nilai Tempat Dalam Penukaran Pecahan Dan Perpuluhan Kajian Pecahan Dan Perpuluhan Kajian Carta Nilai Tempat

12 13 14 15 16

3.3 3.4 4.0 5.0

KUMPULAN SASARAN PROSEDUR TINDAKAN

viii

5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 5.8 6.0

Kitaran 1 : Perancangan Kitaran 1: Perlaksanaan Kitaran 1 : Pemerhatian Kitaran 1 : Refleksi Kitaran 2 : Perancangan Kitaran 2 : Perlaksanaan Kitaran 2 : Pemerhatian Kitaran 2 : Refleksi

17 17 18 18 18 19 19 19 20 20 21 22 22 23 24 24 24 26 26

CARA PENGUMPULAN DATA 6.1 6.2 Ujian Pra Dan Ujian Pasca Temubual

7.0

CARA MENGANALISIS DATA 7.1 7.2 Ujian Pra Dan Ujian Pasca Temubual

8.0

DAPATAN KAJIAN 8.1 Kitaran 1 8.1.1 8.1.2 8.2 Kitaran 1 : Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pasca 1 Kitaran 1 : Temubual

Kitaran 2 8.2.1 Kitaran 2 : Dapatan ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2 Kitaran 2 : Temubual

27 28 29 32

8.2.2 8.3 9.0

Analisis Masalah Pelajar

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN 9.1 Kesan Penggunaan Carta Nilai Tempat Dalam Membantu Murid-Murid Menguasai Konsep Penukaran Pecahan Dan Perpuluhan

32 ix

9.2

Jenis-Jenis Kesilapan Murid-Murid Semasa Semasa Menjawab Soalan Berkaitan Kemahiran Penukaran Pecahan Dan Perpuluhan

33 35 37 39 40 41 43

10.0

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

RUJUKAN LAMPIRAN 1 LAMPIRAN 2 LAMPIRAN 3 LAMPIRAN 4

SENARAI JADUAL

No. Jadual 1 2

Tajuk Profil Sasaran Kajian Perbezaan Markah Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca 1 Perbezaan Markah bagi Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2

Muka Surat 15

24

27

xi

SENARAI RAJAH

No. Rajah 1 2 3 4 5 6 7 8

Tajuk Contoh Pecahan Contoh Perkaitan Pecahan dan Perpuluhan Contoh Penukaran Pecahan Kepada Perpuluhan Contoh Penukaran Perpuluhan Kepada Pecahan Contoh Penukaran Pecahan Dan Perpuluhan Model Kajian Tindakan Kurt Lewin Perbezaan Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca 1 Perbezaan Markah bagi Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2 Masalah Salah Konsep Masalah Kecuaian Masalah Perkaitan Pecahan dan Perpuluhan

Muka Surat 10 10 11 11 13 16 25

27 29 30 31

9 10 11

xii

SENARAI LAMPIRAN

No. Lampiran 1 2 3 4

Tajuk Ujian Pra Ujian Pasca 1 Ujian Pasca 2 Temubual

Muka Surat 39 40 41 43

xiii

1.0

PENDAHULUAN Wawasan 2020 yang telah diasaskan oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr

Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat memberi penekanan kepada beberapa aspek utama bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Dalam usaha Malaysia membangun menjadi sebuah Negara maju, tidak dinafikan kepentingan matapelajaran matematik dalam melahirkan masyarakat saintifik dan progresif. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam subjek matematik. Hal ini dapat dilihat melalui perangkaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang bertujuan membina kefahaman murid tentang konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Kemahiran ini boleh diaplikasikan secara berkesan dalam aktiviti harian selaras dengan aspirasi masyarakat dan negara maju, serta menggunakan pengetahuan ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Keberhasilan penguasaan matematik dapat dicapai dengan pemantapan konsep-konsep asas bermula sejak dari sekolah rendah lagi.

1.1

Pengenalan Kewibawaan kerajaan dalam merancang hala tuju corak pendidikan Negara

tidak dapat dinafikan. Namun begitu, masih terdapat kekurangan yang perlu diatasi bersama. Antara isu terkini yang melibatkan bidang pendidikan adalah masalah matapelajaran kritikal seperti matematik.

Terdapat beberapa topik dalam matematik yang dianggap sukar oleh murid-murid. Salah satu daripada topik yang dimaksudkan adalah perpuluhan. Hal ini telah diakui oleh para penyelidik dari RECSAM menerusi Teaching-Learning Project (1989) dalam Ting (2011) yang mengenal pasti topik perpuluhan sebagai topik yang sukar dikuasai oleh murid-murid. Matematik merupakan matapelajaran yang mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Ketidakfahaman terhadap sesebuah topik akan memberi kesan kepada topik yang lain., Justeru, murid-murid harus menguasai topik perpuluhan sebelum mempelajari topik seperti wang, ruang dan bentuk serta isipadu cecair. Murid-murid yang mengalami masalah penukaran pecahan dan perpuluhan menunjukkan ketidakfahaman konsep pecahan dan perpuluhan. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh teknik hafalan dan bukannya pemahaman. Menurut Ibrahim Md. Noh (1994) dalam Ting (2011), beliau menyatakan bahawa pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi tidak bermakna. Oleh hal yang demikian, pengkaji cuba merungkai permasalahan ini dengan membantu meningkatkan pemahaman murid-murid terhadap matematik.

1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Bermula pada semester yang kelima, semua guru pelatih yang mengikuti

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) diwajibkan menjalani praktikum mengikut fasa. Praktikum fasa I dijalani pada semester yang kelima, fasa II pada semester keenam dan fasa III dijalankan pada semester ketujuh. Setiap fasa mempunyai tempoh masa yang berbeza iaitu selama sebulan, dua bulan dan tiga bulan. Pengkaji telah mengajar matapelajaran matematik untuk ketiga-tiga fasa tersebut. 2

Pengkaji telah menjalani praktikum fasa I dan II pada tahun 2011. Pada fasa I, pengkaji telah mengajar topik pecahan bagi tahun 4. Pengkaji mengajar 2 buah kelas tahun empat iaitu 4 kuning dan 4 putih. kedua-dua kelas tersebut belajar tajuk yang sama iaitu pecahan. Terdapat kelemahan yang ketara pada pencapaian muridmurid tahun 4 disekolah tersebut dalam topik pecahan. Mereka sukar untuk memahami konsep pecahan. Pengkaji mengambil anisiatif dengan menyediakan alat bantu mengajar yang pelbagai dan menarik. Terdapat peningkatan dari segi pemahaman konsep pecahan namun masih ramai yang keliru dengan konsep tersebut. Pada fasa kedua pula, pengkaji masih berada di sekolah yang sama. Namun, pada kali ini pengkaji hanya perlu mengajar sebuah kelas untuk matematik dan 2 buah kelas lagi untuk matapelajaran minor 1. Pengkaji telah mengajar topik waktu untuk fasa II. Pencapaian murid tahun 4 untuk topik ini agak baik. Hal ini kerana murid-murid dapat melihat perkaitannya dengan kehidupan seharian mereka. Bermula pada 30 Januari 2012 yang lalu, pengkaji telah memulakan Praktikum Fasa III di salah sebuah sekolah yang terletak di Bandar Miri, Sarawak. Pada kali ini pengkaji ditempatkan selama 3 bulan disekolah yang berbeza dengan Praktikum Fasa I dan Fasa II. Pengkaji telah mengajar topik pecahan dan perpuluhan untuk tahun 4. Pada mulanya pengkaji ingin melakukan kajian ke atas tahun 4 untuk topik pecahan. Namun, setelah mengajar topik tersebut, pengkaji mendapati muridmurid kurang bermasalah untuk topik ini. Masalah mula timbul apabila pengkaji mengajar topik perpuluhan. Antara faktor yang boleh dikenalpasti berikutan masalah ini adalah topik perpuluhan di ajar pertama kali pada tahun 4. Kemungkinan muridmurid masih belum dapat menerima konsep tentang perpuluhan. Murid-murid masih keliru tentang perhubungan antara nombor pecahan dan perpuluhan. Hal ini telah menyebabkan kebanyakan daripada mereka melakukan kesilapan semasa membuat soalan yang melibatkan kemahiran penukaran pecahan 3

dan perpuluhan. Bagi menangani masalah ini, pengkaji telah meminta pandangan guru pembimbing matematik. Beliau menyarankan penekanan pada nilai tempat untuk mengajar kemahiran ini. Pengkaji mengaplikasikan penggunaan nilai tempat dalam membina carta nilai tempat untuk mengatasi masalah tersebut. Kebiasaannya, carta nilai tempat kerap digunakan untuk kemahiran penambahan dan penolakan perpuluhan. Pengkaji mencadangkan penggunaan carta nilai tempat bagi mengajar kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan.

1.3

Refleksi Nilai Pendidikan Menurut dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, setiap rakyatnya

berhak untuk mendapat pendidikan tanpa mengira latar belakang mereka. Dasar ini bertepatan dengan pendemokrasian pendidikan yang diamalkan oleh Negara. Hal ini menunjukkan tiada unsur diskriminasi di negara ini dalam mendapatkan pendidikan yang sama untuk setiap rakyatnya. Pendidikan merupakan salah satu aspek yang penting untuk bersaing dalam dunia globalisasi pada masa kini. Kerajaan memberi tumpuan kepada bidang pendidikan dalam usaha merealisasikan wawasan 2020. Malaysia telah menyasarkan untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Konklusinya guru adalah individu yang memegang tanggungjawab besar dalam menerapkan nilai matematik dalam diri murid-murid. Usaha ini harus diselitkan dengan ilmu yang mendalam tentang matematik dalam memastikan muridmurid menerima input yang betul. Matematik merupakan salah satu matapelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Matematik merupakan satu cabang ilmu yang penting kerana melibatkan aplikasi dalam kehidupan. Namun, murid-murid menghadapi kesukaran untuk mengaitkan matematik dalam kehidupan seharian mereka. Perkara ini terjadi disebabkan oleh murid-murid yang kurang memahami 4

konsep matematik. Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi tidak bermakna (Ibrahim, 1994). Menurut Reys et al. (2007) dalam Siti Nur Mariana (2011), . Mathematics is a tool in daily life. Mathematics helps pupils to solve both abstract and practical problems. Terdapat 9 cabaran yang perlu direalisasikan oleh rakyat Malaysia mennjelang tahun 2020. Salah satu daripada cabaran tersebut adalah melahirkan masyarakat yang saintifik dan progresif. Cabaran ini selaras dengan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan negara menekankan pembentukan individu yang seimbang dari segi fizikal, intelek, sosial dan emosi. Guru matematik harus memainkan peranan yang sewajarnya agar muridmurid dapat menguasai konsep matematik dengan baik serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

2.0

FOKUS KAJIAN Fokus kajian ini adalah mengkaji keberkesanan penggunaan carta nilai tempat

dalam membantu murid-murid tahun 4 bagi menguasai kemahiran topik penukaran pecahan dan perpuluhan. Kemahiran ini melibatkan penukaran nombor pecahan kepada nombor perpuluhan dan sebaliknya. Pengkaji mendapati murid-murid tahun 4 menghadapi masalah dalam penukaran pecahan dan perpuluhan. Ramai di antara mereka yang mengetahui konsep persamaan bagi nombor pecahan dan perpuluhan. Namun begitu, mereka masih tidak faham dan keliru konsep yang dimaksudkan dengan setara untuk pecahan dan perpuluhan. Daripada refleksi yang telah dibuat, masih terdapat murid-murid yang tidak menguasai kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan dengan baik. Sehubungan dengan itu, pengkaji mencadangkan penggunaan carta nilai tempat dalam meningkatkan pencapaian murid-murid bagi kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan. Carta nilai tempat kebiasaannya diaplikasikan untuk mengajar kemahiran penambahan, penolakan dan pendaraban perpuluhan.

2.1

Isu Kajian

Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran tahun 4, topik perpuluhan diajar selepas topik pecahan. Murid-murid mempelajari topik perpuluhan pada kali pertama semasa berada di tahun 4. Kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan akan diajar pada awal topik perpuluhan. Murid-murid harus memahami konsep pecahan dengan baik sebagai persediaan menguasai kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan. Topik pecahan dan topik perpuluhan mempunyai kesinambungan antara satu sama lain.

Murid-murid memahami topik pecahan namun mereka masih keliru perkaitan antara nombor pecahan dengan nombor perpuluhan. Menurut Davidson (1990) dalam Laura (2010) murid harus membina dan membina semula perkaitan tentang matematik dalam minda mereka. Perkaitan ini penting difahami untuk mereka menguasai topik yang lain. Matematik merupakan mata pelajaran yang mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Kegagalan menguasai mana-mana unit dalam subjek ini akan mendatangkan masalah jika diteruskan kepada topik yang lain. Pengkaji terdorong untuk mengkaji kaedah yang boleh membantu murid tahun 4 dalam menukarkan nombor pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya. Tidak dinafikan bahawa topik perpuluhan merupakan satu konsep yang sukar. Tambahan pula, apabila melibatkan penukaran dua bentuk nombor yang berbeza iaitu pecahan dan perpuluhan. Kebiasaannya, ramai di antara murid-murid yang terkandas apabila memasuki topik ini. Justeru, pengkaji menggunakan carta nilai tempat untuk membantu murid-murid tahun 4 dalam penukaran pecahan dan perpuluhan. Kebiasaannya, guru menggunakan kaedah ini bagi penambahan, penolakan dan pendaraban nombor perpuluhan. Pengkaji menggunakan pendekatan nilai tempat dan titik perpuluhan untuk menerangkan kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan. Fahaman tentang nilai tempat ini penting dalam mempelajari nombor bulat dan ia juga boleh digunakan membantu murid-murid menukar pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya. Penggunaan carta nilai tempat juga menekankan kewujudan titik perpuluhan yang menjadi pemisah antara nombor bulat dan nombor pecahan. Ini bermaksud titik perpuluhan memisahkan nombor bulat dengan nombor yang kurang daripada satu. Perkaitan konsep nombor pecahan adalah sama dengan nombor perpuluhan dapat dilihat dengan jelas. Oleh sebab itu, pengkaji ingin menggunakan kaedah ini untuk

membantu murid tahun 4 menguasai konsep penukaran pecahan dan perpuluhan tanpa melalui proses hafalan semata-mata. Ini bersesuai dengan kenyataan Ibrahim Md. Noh (1994) iaitu pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi tidak bermakna.

2.2

Objektif kajian

Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu: a) Mengkaji keberkesanan penggunaan carta nilai tempat untuk menguasai

konsep penukaran pecahan dan perpuluhan. b) Mengenalpasti jenis-jenis kesilapan murid-murid semasa mempelajari kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan.

2.3

Persoalan Kajian Kajian ini dijalankan adalah bagi memberikan jawapan kepada persoalan-

persoalan berikut: a) Adakah penggunaan carta nilai tempat berkesan dalam membantu muridmurid menguasai konsep penukaran pecahan dan perpuluhan? b) Apakah jenis-jenis kesilapan murid-murid semasa semasa menjawab soalan berkaitan kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan?

3.0

TINJAUAN LITERATUR Kajian ini memfokuskan masalah murid-murid tahun 4 dalam kemhiran

penukaran pecahan dan perpuluhan. Masalah serta kekeliruan yang dihadapi oleh murid-murid adalah disebabkan kurangnya pemahaman mereka terhadap konsep pecahan dan perpuluhan. Kaedah penghafalan menyebabkan murid-murid tidak dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari. Menurut Tengku Zawawi (1997) dalam Ting (2011), keadaan ini menjadikan murid-murid pandai mengira tetapi jahil tentang matematik dan tidak mampu menyelesaikan masalah harian yang melibatkan sesuatu konsep atau kemahiran matematik. Bagi merungkai permasalahan ini, pengkaji akan membincangkan tentang konsep pecahan dan perpuluhan, konsep carta nilai tempat dan kajian-kajian yang berkaitan.

3.1

Konsep Pecahan Dan Perpuluhan Pecahan merupakan bahagian-bahagian kecil yang sama daripada satu

keseluruhan yang sama. Menurut John (2004), pecahan adalah bahagian yang sama atau bahagian pecahan yang sama saiz daripada satu keseluruhan atau unit. Manakala menurut Smith dan Peterson (2007) pula a fraction is a value that shows the number of equal parts taken of a whole quantity or unit. Konklusinya, pecahan boleh ditakrifkan sebagai bahagian-bahagian bersaiz sama yang diambil daripada 1 keseluruhan yang sama. Rajah 1 menunjukkan contoh pecahan yang telah dilorekkan 3 bahagian daripada 4 bahagian keseluruhan.

3 4

Rajah 1 : Contoh pecahan Pemantapan konsep pecahan dalam kalangan murid-murid amat penting bagi membantu mereka membuat penukaran pecahan dan perpuluhan. Penumpuan nilai tempat bagi pecahan adalah perkara utama dalam mendidik murid-murid memahami konsep pecahan dengan lebih mendalam. Murid-murid harus didedahkan bahawa pecahan bukan satu nombor baru tetapi pecahan adalah nombor yang kurang daripada satu. Tujuan pengenalan kepada konsep keseluruhan adalah untuk membantu murid-murid mengenali nilai tempat bagi pecahan. Berdasarkan definisi pecahan, perpuluhan sebenarnya mempunyai perkaitan dengan pecahan. Menurut Wan Yusof et al. (2005) dalam buku panduan guru

matematik tahun, the decimal system is based on 10. It is an extension of the place value system of whole number. Titik perpuluhan merupakan pemisah antara nombor bulat dan nombor yang kurang daripada 1. Mustapha et al. (1989) menerangkan bahawa perpuluhan sebagai kuasa bagi 10. Rajah 2 menunjukkan perkaitan pecahan dan perpuluhan.

3 10

= 0.3

Rajah 2 : Contoh perkaitan pecahan dan perpuluhan

10

Melalui pendefinisian perpuluhan, dapat dilihat bahawa sebenarnya perpuluhan mempunyai perkaitan yang rapat dengan pecahan. Kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan memerlukan murid-murid mahir dalam operasi darab dan bahagi. Masalah utama bagi murid-murid adalah sifir. Menurut Yusniza mohammed Yussof (2004) yang dipetik dari kajian Frankie (2011) menyatakan bahawa penyumbang utama terhadap kelemahan Matematik di peringkat rendah adalah kelemahan dalam kemahiran asas terutamanya yang melibatkan operasi mendarab. Ini menyebabkan mereka menghadapi masalah dalam penukaran pecahan dan perpuluhan. Kebiasaannya guru menggunakan operasi bahagi untuk menukarkan pecahan kepada perpuluhan. Nombor pengangka akan dibahagi dengan nombor penyebut. Pada tahun 4, kemahiran penukaran pecahan kepada perpuluhan hanya melibatkan nombor penyebut 10 dan 100. Jadi guru terdorong untuk menggunakan kaedah menggerakkan titik perpuluhan ke belakang. Rajah 3 menunjukkan penukaran pecahan kepada perpuluhan.

2 10

= 0.2

Rajah 3 : Contoh penukaran pecahan kepada perpuluhan Bagi penukaran perpuluhan kepada pecahan pula, murid-murid akan menggunakan operasi darab. Namun, guru sekolah juga biasa menggunakan pergerakan titik perpuluhan. Rajah 4 menunjukkan penukaran perpuluhan kepada pecahan.

0.2=

2 10

Rajah 4 : Contoh penukaran perpuluhan kepada pecahan 11

Penggunaan kaedah pergerakan titik perpuluhan bagi membantu murid-murid menjawab soalan penukaran pecahan dan perpuluhan menyebabkan murid-murid terdorong untuk menghafal berbanding memahami konsep. Menurut Tengku Zawawi Tengku Zainal (1999) dalam Ting (2011) menyatakan murid-murid lebih banyak menghafal rumus, petua dan hukum-hukum yang dicipta oleh guru tanpa mengetahui konsep sebenar.

3.2

Carta Nilai Tempat Dalam Penukaran Pecahan Dan Perpuluhan Kemahiran penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya

memerlukan murid-murid mahir dengan nilai tempat bagi nombor pecahan serta nombor perpuluhan. Nombor pecahan adalah nombor yang kurang daripada 1. Nombor bulat yang berada pada hadapan nombor perpuluhan adalah sama atau lebih daripada satu. Bagi nombor perpuluhan pula, titik perpuluhan penting dalam membezakan nombor bulat dan nombor yang kurang daripada 1. Nombor yang berada di hadapan titik perpuluhan adalah sama atau lebih besar daripada 1. Manakala nombor yang berada di belakang titik perpuluhan pula adalah nombor yang kurang daripada 1. Melalui konsep nilai tempat ini, pengkaji membina carta nilai tempat untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan. Pengkaji menggunakan carta nilai tempat sebagai medium membantu dalam kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan.

12

Pu

Sa 1

Persepuluh 8

Perseratus

8 10

Rajah 5 : Contoh penukaran pecahan dan perpuluhan

3.3

Kajian Pecahan Dan Perpuluhan Pecahan dan perpuluhan merupakan topik yang mempunyai perkaitan antara

satu sama lain. Pada topik perpuluhan, terdapat kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan yang perlu dikuasai oleh murid-murid tahun 4. Menurut Nik Azis Nik Pa (1996) dalam Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, semasa berada di sekolah rendah murid-murid hanya diperkenalkan dengan nombor perpuluhan pecahan persepuluh, perseratus dan perseribu. Bagi murid-murid tahun 4, mereka hanya diperkenalkan dengan nombor perpuluhan yang mempunyai pecahan persepuluh dan perseratus. Kajian tentang penukaran pecahan dan perpuluhan pernah dibuat sebelum ini. Namun, kajian tersebut menggunakan Jadual perbandingan untuk membantu muridmurid memahami konsep penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya. Ting (2011) menggunakan Jadual perbandingan untuk mengajarkan kemahiran yang sama. Gambar rajah, nombor pecahan dan nombor perpuluhan diletakkan dalam jadual perbandingan.

13

3.4

Kajian Carta Nilai Tempat Carta nilai tempat telah banyak digunakan sebelum ini untuk tajuk yang

melibatkan tiga operasi iaitu tambah, tolak dan darab. Penggunaan nilai tempat memudahkan pengkaji untuk menerangkan tentang nilai tempat bagi nombor pecahan dan nombor perpuluhan. Lever, (2003) dalam bukunya ada memperkenalkan tentang carta nilai tempat. Smith dan Peterson (2007) menyatakan place value is the value expressed by each digit depends on its position in the written number. Carta Nilai Tempat bukan satu kaedah baru. Namun begitu, penggunaannya untuk kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan masih belum meluas. Penggunaan carta nilai tempat ini secara tidak langsung memberi penekanan tentang konsep nilai tempat. Jadi, pengajaran dan pembelajaran tidak hanya menggunakan penghafalan semata-mata tetapi turut mendedakan murid-murid kepada konsep nilai tempat.

14

4.0

KUMPULAN SASARAN Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah empat orang murid Tahun 4

di salah sebuah sekolah di Bandar Miri. Responden melibatkan dua orang responden lelaki dan dua orang responden perempuan. Keempat-empat responden yang terlibat dalam kajian ini berumur 10 tahun. Profil sasaran kajian ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1 : Profil Sasaran kajian Sasaran Jantina Kaum Pencapaian Ujian Diagnostik (%) R1 R2 R3 R4 Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan Melayu Iban Melayu Iban 0 0 0 0

Berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan oleh pengkaji, pencapaian responden dikategorikan sebagai sangat lemah iaitu mencapai markah kurang daripada 40%.

5.0

PROSEDUR TINDAKAN Kajian tindakan ini akan menggunakan model Kurt Lewin (1946). Menurut

OBrien (2001) dalam Siti Nur Mariana (2011), terdapat 2 kitaran dan lebih dalam model Kurt Lewin seperti yang ditunjukkan daam Rajah 6. Setiap kitaran melibatkan proses perancangan, perlaksanaan, pemerhatian dan refleksi. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan carta nilai tempat dalam membantu murid-murid tahun 4 bagi kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan.

Perancangan
Refleksi Perlaksanaan

Kitaran 1 Pemerhatian Perancangan

Refleksi

Kitaran 2
Pemerhatian

Perlaksanaan

Rajah 6: Model Kajian Tindakan Kurt Lewin

5.1

Kitaran 1 : Perancangan Berdasarkan reka bentuk Kurt Lewin, langkah pertama yang harus dilakukan

adalah merancang. Perancangan dilakukan setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun 4. Mereka mengalami masalah penukaran pecahan dan perpuluhan. Seterusnya, pengkaji memilih responden melalui ujian diagnostik. Pengkaji mencadangkan penggunaan carta nilai tempat bagi membantu murid dalam permasalahan menukarkan pecahan dan perpuluhan.

5.2

Kitaran 1: Perlaksanaan Pada langkah perlaksanaan, pengkaji telah mengenalpasti responden yang

ingin digunakan dalam kajian. Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan, ujian pra diberikan untuk mengenalpasti tahap penguasaan responden terhadap kemahiran menukarkan pecahan dan perpuluhan. Setelah meneliti hasil ujian pra, pengkaji memulakan sesi rawatan. Dalam sesi ini, pengkaji mengaplikasikan penggunaan carta nilai tempat untuk membantu responden mengatasi masalah dalam menukarkan pecahan dan perpuluhan. Penggunaan carta nilai tempat menekankan penggunaan nilai tempat dan titik perpuluhan. Pengkaji turut menyediakan latihan bagi memperkukuhkan penggunaan carta nilai tempat dalam permasalahan ini. Setelah responden menguasai penggunaan carta nilai tempat dalam menyelesaikan soalan penukaran pecahan dan perpuluhan, pengkaji menjalankan ujian pasca 1. Ujian pasca 1 akan menetukan tahap pencapaian responden dalam menukarkan pecahan dan perpuluhan menggunakan carta nilai tempat.

17

5.3

Kitaran 1 : Pemerhatian Pada langkah ini, pengkaji memerhatikan tahap pencapaian responden

sebelum dan selepas pengaplikasian penggunaan carta nilai tempat bagi kemahiran menukarkan pecahan dan perpuluhan. Pengkaji telah menganalisis data yang diperolehi semasa ujian pra dan ujian pasca 1. Analisis yang dilakukan membantu pengkaji menetukan keberkesanan carta nilai tempat yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bersama responden. Analisis yang dilakukan turut meliputi jenis-jenis kesilapan yang dilakukan oleh responden semasa menjawab ujian pra dan ujian pasca 1. Pengkaji menjalankan temubual setelah mengenalpasti kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh responden. Temubual telah dijalankan ke atas responden untuk mendapatkan lebih maklumat tentang kesilapan yang mereka lakukan semasa ujian pra dan ujian pasca 1.

5.4

Kitaran 1 : Refleksi Pengkaji akan membuat refleksi kendiri pada langkah ini. Refleksi meliputi

perkara-perkara yang berlaku sebelum, semasa serta selepas sesi rawatan bersama responden berlangsung. Keputusan pada ujian pasca 1 menunjukkan peningkatan yang sedikit, kitaran 2 diteruskan. Pada kitaran kedua, pengkaji melakukan penambahbaikan untuk mengatasi masalah ini.

5.5

Kitaran 2 :Perancangan Bagi kitaran 2, pengkaji telah mengenalpasti masalah yang timbul semasa

kitaran 1 iaitu responden tidak dapat mengingati kedudukan nilai tempat dalam carta nilai tempat. Penyelesaian bagi masalah tersebut dirancang semasa kitaran 2 iaitu

18

pengkaji membina carta nilai tempat yang berwarna.

Penggunaan warna dapat

membantu merangsang responden mengingati kedudukan nilai tempat dalam carta nilai tempat.

5.6

Kitaran 2 : Perlaksanaan Perlaksaan kitaran 1 telah diubahsuai bagi membantu responden mempelajari

dan memahami kaedah carta nilai tempat yang telah diajarkan. Pengkaji telah menyediakan jadual carta nilai tempat terlebih dahulu sebelum memulakan sesi rawatan. Penggunaan manila kad yang berwarna dapat mempengaruhi minat responden dalam mempelajari kaedah carta nilai tempat. Penjimatan masa dapat dilakukan memandangkan pengkaji tidak perlu membina carta nilai tempat berulang kali semasa sesi rawatan kitaran 2. Ujian pasca 2 dijalankan setelah tamat sesi rawatan bagi kitaran 2. Markah ujian pasca 1 akan dibandingkan dengan markah ujian pasca 2.

5.7

Kitaran 2 : Pemerhatian Pemerhatian dalam kitaran 2 masih menggunakan instrument temu bual dan

ujian pasca 2. Soalan yang diajukan masih sama untuk menguji keberkesanan kaedah carta nilai tempat bagi membantu dalam penukaran pecahan dan perpuluhan.

5.8

Kitaran 2 : Refleksi Setelah selesai kitaran 2, pengkaji mendapati markah responden meningkat

berbanding kitaran 2. Keputusan ujian pasca 2 menunjukkan kaedah carta nilai tempat berkesan dalam membantu menguasai kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan.

19

6.0

CARA PENGUMPULAN DATA Kajian tindakan ini menggunakan 3 jenis instrumen iaitu ujian pra, ujian

pasca dan temubual. Ujian pra dijalankan sebelum sesi rawatan bersama responden. Manakala ujian pasca dan temubual dilakukan setelah selesai rawatan. Hal ini bermaksud penggunaan carta nilai tempat telah diterapkan kepada responden sebelum ujian pasca dan temubual dijalankan.

6.1

Ujian Pra Dan Ujian Pasca Ujian pra dan ujian pasca menentukan tahap keberkesanan penggunaan carta

nilai tempat dalam membantu murid-murid menyelesaikan masalah berkaitan penukaran pecahan dan perpuluhan semasa tahun 4. Keputusan yang diperoleh daripada kedua-dua ujian tersebut dijadikan bukti kepada kajian yang telah dijalankan. Pada ujian pra, pengkaji dapat melihat prestasi responden dalam menyelesaikan masalah penukaran pecahan dan perpuluhan tanpa penerapan carta nilai tempat. Pada peringkat ini, pengkaji juga dapat mengenalpasti cara responden menyelesaikan ujian yang diberikan. Justeru, pengkaji dapat memikirkan langkahlangkah yang sesuai untuk menerapkan penggunaan carta nilai tempat semasa sesi rawatan. Selain itu, ujian pasca juga sama pentingnya dengan ujian pra. Hal ini kerana ujian pasca diberikan selepas penerapan carta nilai tempat. Jadi, keputusan markah yang diperoleh responden dalam ujian pasca menentukan keberkesanan carta nilai tempat tersebut. Pengkaji telah membandingkan keputusan kedua-dua ujian ini bagi

mendapatkan pengesahan tentang keberkesanan penggunaan carta nilai tempat bagi kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan. Penggunaan ujian pra dan ujian pasca juga membantu pengkaji mengenalpasti responden yang salah semasa menjawab disebabkan oleh faktor tidak memahami penggunaan carta nilai tempat ataupun kecuaian.

6.2

Temubual Temubual merupakan salah satu instrument yang telah digunakan oleh

pengkaji dalam kajian ini. Temubual telah dijalankan dengan responden setelah selesai sesi rawatan dalam kitaran 1 dan kitaran 2. Pengkaji menanyakan soalan yang berkaitan dengan penggunaan carta nilai tempat menggunakan 5 soalan yang berbeza. Tujuan temubual ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti dengan lebih dekat pemahaman responden terhadap carta nilai tempat yang telah diajarkan. Selain itu, pengkaji juga dapat mengenalpasti masalah yang timbul dan membuat penambahbaikan bagi mengatasinya.

21

7.0

CARA MENGANALISIS DATA Setelah pengkaji memperoleh data kajian, analisis data telah dilakukan untuk

membuat perbandingan keputusan yang diperoleh sebelum serta selepas sesi rawatan. Analisis data dibuat berdasarkan instrumen yang telah digunakan semasa pengumpulan data. Pengkaji telah menggunakan 3 instrumen iaitu ujian pra, ujian pasca dan temubual.

7.1

Ujian Pra dan Ujian Pasca Pengkaji telah menganalisis keputusan yang diperoleh responden untuk ujian

pra dan ujian pasca. Keputusan untuk kedua-dua ujian dibandingkan untuk mendapatkan kesahan keberkesanan carta nilai tempat yang digunakan untuk menyelesaikan masalah penukaran pecahan dan perpuluhan. Keputusan ujian direkodkan dalam bentuk peratusan. Jika responden mendapat markah di antara 70%100%, ini bermaksud responden menguasai penggunaan carta nilai tempat. Jika responden mendapat markah di antara 40%-69%, ini bermaksud responden tidak menguasai penggunaan carta nilai tempat sepenuhnya. Manakala, jika responden mendapat markah di antara 0%-39%, ini bermaksud responden tidak dapat menguasai penggunaan carta nilai tempat. Pengkaji memerhatikan sama ada keputusan ujian pasca responden meningkat ataupun sebaliknya.

7.2

Temubual Pengkaji telah merangka 5 soalan untuk ditanyakan kepada responden semasa

temubual dijalankan. Tujuan temubual ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat terperinci daripada reponden sendiri secara verbal.Temubual tersebut mengandungi 5 soalan iaitu: 1) Adakah anda boleh menyelesaikan soalan penukaran pecahan dan perpuluhan dengan tepat? 2) 3) 4) 5) Adakah anda tahu tentang nilai tempat? Bolehkah anda tahu cara menggunakan carta nilai tempat? Adakah cara menggunakan nilai tempat lebih mudah? Setelah mempelajari carta nilai tempat, bolehkah anda menyelesaikan soalan yang diberi tentang penukaran pecahan dan perpuluhan? Temubual yang dilakukan dapat membantu pengkaji meneliti masalah ini dengan lebih dalam. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh responden semasa menjawab soalan Ujian pra dan pasca dapat diteliti dengan lebih mendalam mengikut perspektif responden sendiri. Kefahaman responden terhadap konsep pecahan dan perpuluhan serta aplikasi carta nilai tempat dapat ditentukan dengan lebih tepat. Keberkesanan carta nilai tempat lebih diyakini setelah melakukan temubual dengan responden.

23

8.0

DAPATAN KAJIAN Kajian ini melibatkan dua persoalanan kajian. Pada bahagian ini, pengkaji

akan membincangkan hasil analisis secara terperinci dan mengaitkan hasil dapatan kajian dengan persoalanan kajian.

8.1

Kitaran 1 Kajian tindakan ini dilakukan dalam 2 kitaran iaitu kitaran 1 dan kitaran 2.

Berikut menunjukkan dapatan dalam kitaran 1.

8.1.1

Kitaran 1 : Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pasca 1 Pengkaji menggunakan instrumen Ujian Pra-Pasca dalam mengumpulkan

data terhadap keberkesanan penggunaan carta nilai tempat dalam meningkatkan pencapaian kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan. Jadual 2 dan Rajah 7 menunjukkan perbezaan markah ujian pra dan ujian pasca 1 bagi keempat-empat responden. Jadual 2 : Perbezaan Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca 1 Markah Ujian Responden R1 R2 R3 R4 Pra (%) 0 0 0 0 Markah Ujian Pasca 1 (%) 75 50 75 25 Perbezaan Markah (%) 75 50 75 25

Perbezaan Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca 1


80 70 60 50 40 30 20 10 0 R1 R2 R3 R4

Markah (%)

Markah Ujian Pra (%) Markah Ujian Pasca 1 (%)

Responden

Rajah 7 : Perbezaan Markah bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca 1 Berdasarkan markah ujian pra, keempat-empat responden telah mendapat 0%. Di sini, pengkaji mendapati keempat-empat responden telah gagal dalam ujian pra iaitu di bawah markah 40%. Selepas pengkaji melaksanakan sesi rawatan bagi kitaran 1, ujian pasca 1 dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan carta nilai tempat bagi membantu menyelesaikan masalah penukaran pecahan dan perpuluhan. Keputusan ujian pasca 1 telah direkodkan seperti yang ditunjukkan pada Jadual 2. Responden R1 telah mendapat 75%, R2 telah mendapat 50%, R3 telah mendapat 75% dan R4 telah mendapat 25%. Pengkaji mendapati responden R1, R2 dan R3 telah lulus ujian pasca 1 iaitu markah melebi 40%. Reponden R3 telah gagal kerana mendapat markah kurang daripada 40%. Perbezaan markah di antara ujian pra dan ujian pasca 1 bagi keempat-empat responden yang terlibat dalam kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 2. Perbezaan markah ini menunjukkan peningkatan yang positif bagi markah keepat-empat

responden. Bagi responden R1 dan R3, peningkatan markah adalah sama iaitu 75% dan responden R2, peningkatan markah sebanyak 50%. Manakala Responden R4

25

cuma menunjukkan peningkatan sebanyak 25%. Peningkatan perbezaan markah bagi ujian pra dan ujian pasca 1 ditunjukkan dengan jelas pada Rajah 7.

8.1.2

Kitaran 1 : Temubual Temubual telah dijalankan selepas ujian pasca 1 selesai. Semasa temubual

dijalankan, beberapa responden mengakui bahawa mereka masih kurang mahir dengan penggunaan carta nilai tempat yang digunakan. Mereka menganggap kaedah ini menimbulkan kekeliruan kerana melibatkan penukaran pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya. Kaedah ini memerlukan mereka memahami sepenuhnya tentang nilai tempat. Terdapat di antara responden yang hanya menghafal tanpa memahami penggunaan carta nilai tempat yang digunakan. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan yang berbentuk keterbalikan ini. Responden yang kurang mahir atau melakukan penghafalan menyebabkan mereka menghadapi kesulitan semasa membina carta nilai tempat untuk menjawab soalan yang diberikan. Kaedah penghafalan menyebabkan mereka meletakkan nilai yang salah dalam petak yang disediakan. Pengkaji berpendapat bahawa kaedah yang disarankan harus seiring dengan pemahaman responden agar mereka menggunakan kaedah ini dengan mudah. Penekanan pada nilai tempat harus dilakukan semasa menggunakan carta nilai tempat. Penghafalan semata-mata menyebabkan kaedah ini kurang berkesan bagi sesetengah responden.

8.2

Kitaran 2 Kitaran 2 dilakukan dengan beberapa penambahbaikan untuk kitaran 1.

Berikut menunjukkan dapatan semasa kitaran 2.

26

8.2.1

Kitaran 2 : Dapatan ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2 Kitaran 2 dijalankan setelah mengenalpasti kelemahan daripada kitaran 1.

Penambahbaikan dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan carta nilai tempat dalam menyelesaikan masalah penukaran pecahan dan perpuluhan. Jadual 3 dan Rajah 8 menunjukkan perbezaan markah ujian pasca 1 dan ujian pasca 2 bagi keempat-empat responden. Jadual 3 : Perbezaan Markah bagi Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2 Markah Ujian Responden R1 R2 R3 R4 Pasca 1 (%) 75 50 75 25 Markah Ujian Pasca 2 (%) 100 50 100 75 Perbezaan Markah (%) 25 0 25 50

Perbezaan Markah bagi Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2


120 100 80 60 40 20 0 R1 R2 R3 R4

Markah (%)

Markah Ujian Pasca 1 (%) Markah Ujian Pasca 2 (%)

Responden

Rajah 8 : Perbezaan Markah bagi Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2 Selepas pengkaji melaksanakan sesi rawatan bagi kitaran 2, ujian pasca 2 dijalankan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan carta nilai tempat bagi membantu menyelesaikan masalah penukaran pecahan dan perpuluhan. Keputusan

27

ujian pasca 2 telah direkodkan seperti yang ditunjukkan pada Jadual 3. Responden R1 telah mendapat 100%, R2 telah mendapat 50%, R3 telah mendapat 100% dan R4 telah mendapat 75%. Pengkaji mendapati keempat-empat responden telah lulus ujian pasca 2 dengan markah melebihi 40%. Responden R1 dan R3 dilihat sebagai cemerlang kerana berjaya mendapat markah 100%. Responden R4 berjaya melepasi tahap lulus dengan markah melebihi 40%. Perbezaan markah di antara ujian pasca 1 dan ujian pasca 2 bagi keempatempat responden yang terlibat dalam kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 3. Perbezaan markah ini menunjukkan peningkatan yang positif bagi markah keepatempat responden. Bagi responden R1 dan R3, peningkatan markah adalah sama iaitu 25%. Responden R4 menunjukkan peningkatan yang paling tinggi iaitu sebanyak 50%, manakala R2 tiada peningkatan kerana mendapat markah yang sama bagi ujian pasca 1 dan 2. Peningkatan perbezaan markah bagi ujian ppasca 1 dan ujian pasca 2 ditunjukkan dengan jelas pada Rajah 8.

8.2.2

Kitaran 2 : Temubual Temubual telah dijalankan selepas selesai sesi rawatan bagi kitaran 2.

Responden R1, R3 dan R4 telah memahami penggunaan carta nilai tempat dalam membantu menyelesaikan masalah penukaran pecahan dan perpuluhan. Responden R2 memahami penggunaan carta nilai tempat bagi penukaran pecahan kepada perpuluhan tetapi menghadapi masalah apabila menukarkan perpuluhan kepada pecahan menggunakan kaedah yang sama. Keempat-empat responden lebih yakin untuk menjawab soalan yang melibatkan penukaran pecahan dan perpuluhan dengan menggunakan carta nilai tempat. Terdapat juga responden yang telah memahami nilai tempat dan tidak lagi

28

perlu menggunakan bantuan carta nilai tempat untuk menjawab soalan penukaran pecahan dan perpuluhan.

8.3

Analisis Masalah Pelajar Masalah responden dapat dikenalpasti melalui analisis yang dibuat ke atas

data-data yang diambil sepanjang kajian dijalankan. Semasa menyemak ujian pra dan ujian pasca 1, pengkaji mendapati responden banyak membuat kesilapan disebabkan kurang memahami penggunaan nilai tempat. Mereka tidak faham tentang pembahagian antara nombor bulat dan nombor yang mempunyai nilai kurang daripada 1. Ini turut mempengaruhi pemahaman mereka terhadap penggunaan titik perpuluhan. Seterusnya, mereka mengalami masalah apabila menjawab soalan yang melibatkan penukaran pecahan dan perpuluhan. Rajah 9 menunjukkan kesalahan yang diakukan apabila mereka tidak memahami konsep pecahan dan perpuluhan sepenuhnya.

Rajah 9 : Masalah Salah Konsep Responden juga sering melakukan kesilapan kerana kecuaian. Masalah kecuaian dapat dikaitkan dengan kurangnya pemahaman mereka terhadap konsep pecahan dan perpuluhan. Bagi mereka, kehilangan sesetengah nombor atau kesilapan

29

meletak titik perpuluhan bukan suatu masalah yang besar. Mereka tidak menyedari bahawa setiap nombor dan titik perpuluhan akan memberi perbezaan nilai jawapan yang besar. Melalui temubual yang telah dijalankan, responden boleh mengingati susunan carta nilai tempat namun mereka tidak tahu cara mengaplikasikan carta tersebut. Rajah 10 menunjukkan kecuaian yang dilakukan oleh responden semasa menjawab soalan.

Kecuaian murid

Rajah 10 : Masalah Kecuaian Masalah lain yang dikenalpasti ialah tidak dapat mengaitkan antara pecahan dan perpuluhan. Terdapat responden yang boleh menjawab soalan penukaran pecahan kepada perpuluhan menggunakan carta nilai tempat tetapi menghadapi masalah apabila menyelesaikan soalan penukaran perpuluhan kepada pecahan. Kurang pemahaman konsep menyebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan soalan yang mempunyai keterbalikan walaupun menggunakan kaedah yang sama. 30

Kekeliruan ini menyebabkan mereka melakukan kesilapan semasa menjawab soalan yang diberikan. Rajah 11 menunjukkan kesilapan yang telah dilakukan semasa menjawab ujian pasca 2 kitaran 2 bagi soalan penukaran perpuluhan kepada pecahan.

Rajah 11 : Masalah Perkaitan Pecahan Dan Perpuluhan

31

9.0

REFLEKSI DAPATAN KAJIAN Pada bahagian ini, pengkaji akan membuat refleksi dapatan kajian dengan

menjawab persoalan yang terdapat dalam kajian ini. Refleksi yang dibuat merangkumi kesan penggunaan carta nilai tempat dalam membantu murid-murid menguasai konsep penukaran pecahan dan perpuluhan. Selain itu, mengenapasti jenis-jenis kesilapan murid-murid semasa semasa menjawab soalan berkaitan kemahiran penukaran pecahan dan perpuluhan.

9.1

Kesan Penggunaan Carta Nilai Tempat Dalam Membantu Murid-Murid Menguasai Konsep Penukaran Pecahan Dan Perpuluhan Setelah meneliti keputusan yang diperoleh dalam kitaran 1, didapati respoden

menunjukan pencapaian yang amat lemah semasa ujian pra. Keputusan ujian pra menunjukkan tahap penguasaan responden yang amat lemah bagi tajuk ini. Berdasarkan analisis dalam kitaran 1 pada Bahagian 8.1.1, Jadual 2

menunjukkan perbezaan markah antara ujian pra dan ujian pasca 1 bagi keempatempat responden yang terlibat dalam kajian ini. Perbezaan markah ini menunjukkan peningkatan yang positif markah keempat-empat responden. Namun begitu, markah responden R4 menunjukkan markah gagal iaitu kurang daripada 40%. Ini menunjukkan responden R4 masih belum dapat menguasai penggunaan carta nilai tempat dalam membantu menguasai konsep penukaran pecahan dan perpuuhan. Berdasarkan analisis dalam kitaran 2 pada Bahagian 8.2.1, Jadual 3 menunjukkan perbezaan markah di antara ujian pasca 1 dan ujian pasca 2 bagi

keempat-empat responden yang terlibat dalam kajian ini. Perbezaan markah ini menunjukkan peningkatan positif markah bagi responden R1, R3 dan R4. Bagi responden R1 dan R3, peningkatan markah sebanyak 25%. Responden R4 menunjukkan peningkatan markah yang paling tinggi iaitu sebanyak 50%. Manakala responden R2 tidak menunjukkan sebarang peningkatan semasa kitaran 2. Responden R2 mendapat markah yang sama bagi ujian pasca 1 dan ujian pasca 2. Keputusan yang ditunjukkan oleh keempat-empat responden menunjukkan penggunaan carta nilai tempat dapat membantu murid-murid menguasai konsep penukaran pecahan dan perpuluhan. Daripada dapatan kajian, responden R2 tidak menunjukkan peningkatan yang positif pada kitaran 1. Pada kitaran 2, keempat-empat responden yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan peningkatan yang positif. Mereka berjaya memperoleh markah lulus iaitu markah melebihi 40%. Penekanan pada nilai tempat membantu responden memahami penggunaan carta nilai tempat dalam menyelesaikan soalan penukaran pecahan dan perpuluhan.

9.2

Jenis-Jenis Kesilapan Murid-Murid Semasa Menjawab Soalan Berkaitan Kemahiran Penukaran Pecahan Dan Perpuluhan Pengkaji telah mengenalpasti jenis-jenis kesilapan utama yang dilakukan oleh

responden semasa kajian ini dijalankan. Jenis-jenis kesilapan yang telah dikenalpasti ialah kecuaian, kekeliruan dan tidak dapat mengaitkan pecahan dan nombor perpuluhan. Kesilapan pertama yang dikenalpasti ialah kecuaian. Kecuaian adalah masalah yang sukar untuk dielakkan oleh responden walaupun dalam kitaran 1 ataupun kitaran 2. Kebarangkalian responden untuk cuai pada kitaran 1 adalah lebih

33

tinggi berbanding kitaran 2. Pada kitaran 2, responden lebih memahami konsep pecahan dan perpuluhan berbanding semasa kitaran 1. Pada kitaran 2, penekanan pada nilai tempat diberikan bagi menerangkan konsep pecahan dan titik perpuluhan. Kesilapan kedua yang dikenalpasti ialah kekeliruan. Pada kitaran 1, keempatempat responden mengalami masalah konsep penukaran pecahan dan perpuluhan. Mereka boleh melakukan penukaran pecahan kepada perpuluhan. Namun, apabila penukaran perpuluhan kepada pecahan, terdapat responden yang masih belum mampu menggunakan carta nilai tempat untuk menyelesaikan soalan yang diberikan. Pada kitaran 2, masalah ini dapat diatasi tetapi tidak sepenuhnya. Responden R2 masih lemah dalam penukaran perpuluhan kepada pecahan. Ini berlaku kerana keliru dengan penggunaan kaedah yang sama untuk bentuk nombor yang berbeza. Kesilapan yang ketiga ialah salah konsep. Kesilapan meletakkan nilai tempat merupakan penyumbang utama kepada kecuaian dan kekeliruan. Pada kitaran 1, responden menghadapi miskonsepsi tentang pecahan dan perpuluhan. Mereka tidak memahami hubungan antara pecahan dan perpuluhan. Pada kitaran 2, responden lebih memahami konsep pecahan dan perpuluhan. Ini membantu mereka dalam penukaran pecahan dan perpuluhan menggunakan carta nilai tempat.

34

10.0

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Penggunaan carta nilai tempat yang dijalankan kepada 4 responden telah

menunjukkan keberkesanan dalam membantu menguasai konsep penukaran pecahan dan perpuluhan. Keempat-empat responden telah menunjukkan peningkatan yang positif selepas menngunakan carta nilai tempat ini. Terdapat beberapa cadangan untuk kajian lanjutan bagi kajian ini. Penggunaan carta nilai tempat ini amat meluas dan tidak terhad untuk penukaran pecahan atau perpuluhan. Carta nilai tempat ini juga boleh diaplikasikan dalam penambahan perpuluhan, penolakan perpuluhan dan pendaraban perpuluhan. Nilai tempat amat penting bagi tajuk perpuluhan. Jadi, penegasan untuk nilai tempat perlu bagi memastikan murid-murid tidak melakukan kesilapan semasa menyelesaikan masalah yang melibatkan perpuluhan. Perpuluhan merupakan topik yang baru bagi muri-murid tahun 4. Jadi, nilai tempat selepas titik perpuluhan adalah asing bagi murid-murid tahun 4. Konsep tentang nombor kurang daripada satu dapat dijelas dengan menggunakan carta nilai tempat. Bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan carta nilai tempat,

penambahan warna yang berbeza untuk petak nilai tempat yang berbeza boleh dilakukan. Perbezaan warna mungkin dapat menarik minat murid-murid dalam memahami konsep nilai tempat. Perbezaan warna juga mewakili perbezaan nilai yang dibawa oleh setiap nilai tempat pada carta tersebut. Penggunaan warna untuk melambangkan setiap nilai tempat dapat membantu murid-murid mengingat susunan nilai tempat. Susunan yang salah akan mempengaruhi jawapan yang diberikan.

Selain itu, kajian ini juga boleh diperbaiki dengan menambahkan bilangan responden yang terlibat. Kajian ini hanya digunakan untuk empat responden sahaja, maka penambahan bilangan responden boleh diperbanyakkan lagi dalam menguji keberkesanan penggunaan carta nilai tempat dalam membantu menguasai konsep penukaran pecahan dan perpuluhan. Kajian ini hanya dijalankan selama 4 minggu sahaja iaitu pada bulan Jun dan Julai. Jangka masa kajian boleh dipanjangkan untuk menilai keberkesanan kajian ini dalam mempelajari konsep penukaran pecahan dan perpuluhan.

36

RUJUKAN Davidson, N (1990). Cooperative learning in Mathematics: A Handbook for Teachers. USA : Addison Wesley Publishing Company Inc, 23 Frankie Anak Peter Langan. (2011). Penggunaan Susunan Nombor Telefon Membantu Murid Tahun 3 Menguasai Sifir 7 Dan 9. Kajian Tindakan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Istitut Perguruan Kampus Sarawak. Ibrahim Md. Noh. (1994). Reformasi pendidikan Matematik. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pakar Pendidikan Matematik Rendah. John A. W.d W (2204). Elementary and Middle School Mathematics. Diterbitkan oleh Pearson Education Inc.,242. Laura Soon & Abu Bakar. (2010). Improving Fraction with Same Denominator: Times Table and Fraction Rectangles dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010). Diterbitkan oleh Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Lever, M. (2003). Number: Activities for children with mathematical learning difficulties. London: David Fulton Publisher. Mustapha et al. (1989). Buku Teks Matematik KBSM Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. OBrien, R. (2001). An Overview of the Methodological Approach of Action Research. [Online]: http://www.web.net/~robrien/papers/arfinal.html [2011, February 5] Reys et al. (2007). Helping Children Learn Mathematics. 9th ed. United Sates of America: John Wiley & Sons, Inc. Siti Nur Mariana Md Amin (2011). Kaedah Tabular Dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Pendaraban. Kajian Tindakan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Istitut Perguruan Kampus Sarawak. Smith, R.D. and Peterson, J.C. (2007). Introductory Technical Mathematics 5th edition. America: Thomson Delmar Learning. Tengku Zawawi Tengku Zainal. (1998). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Satu Kerangka Umum. Buletin Jabatan Sains dan Matematik MPKTBR. Ting, Dick Seng. (2011). Membantu Murid Tahun 4 Memahami Konsep Penukaran Pecahan Ke Perpuluhan Dan Sebaliknya Dengan Menggunakan Jadual Perbandingan. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL. 110-121.

37

Wan Yusof Wan Ngah, Lee Gik Lean dan Rabiyah Fakir Mohd. (2005). Mathematics Teachers Guidebook Year 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

39

Lampiran 1 UJIAN PRA Tukarkan pecahan berikut dalam bentuk perpuluhan.

a) Pu

10
Sa 0

= 0.7

b) Persepuluh Perseratus 7 Pu

23

100
Sa 0

= 0.23

. .

. .

Persepuluh Perseratus 2 3

Tukarkan perpuluhan berikut dalam bentuk pecahan


5 10 56 100

a) 0.5 = Pu Sa 0

a) 0.56 = Persepuluh Perseratus 5 Pu Sa 0

. .

. .

Persepuluh Perseratus 5 6

5 10

56 100

39

Lampiran 2 UJIAN PASCA Tukarkan pecahan berikut dalam bentuk perpuluhan.

a) Pu

10
Sa 0

= 0.6

b) Persepuluh Perseratus 6 Pu

98

100
Sa 0

= 0.98

. .

. .

Persepuluh Perseratus 9 8

Tukarkan perpuluhan berikut dalam bentuk pecahan


7 10

a) 0.7 = Pu Sa 0

a) 3.47 =3 Persepuluh Perseratus 7


7
10

47 100

. .

Pu

Sa 3

. .

Persepuluh Perseratus 4 7

47
100

40

Lampiran 3 Nama: .. Kelas : ... Tarikh: ..

Tukarkan pecahan kepada perpuluhan.

1) Pu

51 100
Sa 0

=0.51

2) 3 Pu

7 100

= Persepuluh Perseratus 7

. .

Persepuluh Perseratus 5 1

Sa 3

. .

3) 31 Pu 3

8 10

= 31.8

4) Pu

6 10
Sa 0

Sa 1

. .

Persepuluh Perseratus 8

. .

Persepuluh Perseratus 6

41

Tukarkan perpuluhan kepada pecahan 1) 0.2 = Pu Sa 0


2 10

2) 0.09 = Persepuluh Perseratus 2 2 10


8 100

9 100

. .

Pu

Sa 0

. .

Persepuluh Perseratus 0 9 100


78 100

3) 65.08 = 65 Pu 6 Sa 5

4) 3.78 =3 Pu Sa 3

. .

Persepuluh Perseratus 0 8

. .

Persepuluh Perseratus 7 8

65

8 100

78 100

42

Lampiran 4 TEMUBUAL 1) Adakah anda boleh menyelesaikan soalan penukaran pecahan dan perpuluhan dengan tepat? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

2) Adakah anda tahu tentang nilai tempat? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

3) Bolehkah anda tahu cara menggunakan carta nilai tempat? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

4) Adakah cara menggunakan nilai tempat lebih mudah? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

5) Setelah mempelajari carta nilai tempat, bolehkah anda menyelesaikan soalan yang diberi tentang penukaran pecahan dan perpuluhan? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

43

You might also like