You are on page 1of 1

Rasional

Aktiviti perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi , bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing masing. Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu , secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing masing. Misalnya dengan menjalani aktiviti jungle tracking, para pelajar bukan sahaja dapat pengetahuan tentang flora dan fauna , tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan kematangan emosi, selain daripada memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan terdesak serta mencabar

Objektif:
4.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek aspek asas perkhemahan. Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin 4.4 Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup. 4.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan latihan lasak dan mencabar.

4.2

4.3

Matlamat:
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama. Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan mencintai nilai nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.

4.6

Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan

4.7

Membimbing para pelajar menghayati dan mengamalkan rukun rukun beragama dan kehidupan bermoral

You might also like