• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
 KPN2043
hazba
1
Dari kegunaan ujian, umumnya, ujian dibina untukmemenuhi dua tujuan utama:1. memperbaiki pengajaran dan pembelajaransepanjang kursus – Formatif 2. menentu status atau pencapaian pelajar di akhir kursus – Sumatif 
Ujian Formatif 
Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan,iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedangdijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pastikelemahan yang wujud semasa pengajaran danpembelajaran. Dapatan daripada ujian formatif ini akanmemberi maklum balas kepada guru dan dengan itu gurudapat membaiki dari segi pengajarannya dan memberitumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbulkesulitan kepada pelajar. Oleh itu ujian formatif adalahpenting untuk menentukan sesuatu kursus atau program ituberkesan dan menepati matlamat yang ditentukan. Contohujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah sepertiujian ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahapkebolehan pelajar.
Ujian Sumatif 
Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatukursus atau program. Ia bertujuan untuk memperolehmaklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atauuntuk mengetahui setakat mana keberkesanan programyang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk
 
 KPN2043
hazba
2
tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah ujian padapeperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.Dari menginterpretasi prestasi pelajar, umumnya, ujiandibina untuk memenuhi dua tujuan utama:1. membanding kebolehan antara pelajar RujukanNorma2. menentu status Rujukan Kriteria
Ujian Rujukan Norma (URN)
Fungsi utama ujian rujukan norma (URN) ialah untukmembandingkan pelajar di antara pelajar di dalam sesuatubidang, sifat atau kemahiran yang diuji di dalam ujian itu.Markah ujian hanyalah dapat ditafsirkan melaluiperbandingan prestasi seseorang pelajar dengan prestasikumpulan tertentu yang mengambil ujian yang sama.Ujian rujukan norma yang baik dapat mendiskriminasikanpelajar. Ia seharusnya boleh membezakan pelajar yangterpandai daripada pelajar yang kedua terpandai dan pelajar kedua terpandai daripada pelajar yang ketiga terpandai danseterusnya. Oleh itu ujian jenis ini mengandungi soalan-soalan yang sederhana kesukarannya kerana soalan-soalanyang sederhana kesukarannya mempunyai kuasadiskriminasi yang lebih tinggi.Ujian-ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPMyang melibatkan bilangan pelajar yang banyak adalah ujianrujukan norma.
 
 KPN2043
hazba
3
Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian rujukan kriteria (URK) dibina untuk menentukan statusseseorang pelajar dalam sesuatu bidang, sifat ataukemahiran berbandingkan dengan pengetahuan ataukemahiran yang telah ditetapkan kriterianya. Markah yangdihasilkan mengelaskan pelajar kepada kategori:1. telah menguasai atau2. belum menguasai.Oleh itu pada ujian rujukan kriteria, perbandingan antarapelajar tidak timbul.Contoh ujian rujukan kriteria ialah seperti ujian menaip bagi jurutaip. Ujian seperti ini mempunyai tiga bahagian penting,iaitu (1) tugasan, (2) syarat, dan (3) piawaian.Contoh ujian menaip:Tugasan : Boleh menaip 10 muka suratSyarat : Mengguna mesin taip elektrikPiawaian : 1. Kelajuan menaip 50 psm atau lebih2. Kesilapan ejaan 2 perkataan ataukurang pada setiap muka surat.
Ujian Kuasa
Ujian kuasa menguji sepenuhnya tahap penguasaan pelajar di dalam sesuatu bidang. Soalan-soalannya amat sukar danpelajar diberi masa yang secukupnya untuk menjawabsoalan-soalannya. Biasanya buku-buku rujukan jugadibenarkan masuk dalam bilik peperiksaan. Pelajar benar-benar diuji penguasaannya dalam bidang tertentu itu.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...