TATABAHASA DEWANSIRI 1:VARIASI BAHASA DAN BAHASA BAKUBahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besarjumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makinbanyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikianjuga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka Malaysia, diSemenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek,seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka,dan Johor. Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yangwujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan,jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza.Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahlibahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya
bahasa Melayu
atau
bahasa Inggeris,
mereka mempunyai gambarantentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagaikelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan. Daripada beberapavariasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasatersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifatumum bahasa tersebut. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilihuntuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebutbahasa standardataubahasa baku.Bahasa Melayu bakuialah variasi yang digunakan apabila orang-orangdaripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang.Dengan tujuan untuk difahami, tiap-tiap pihak berusaha menggugurkanciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan sedikit sebanyakvariasi yang bersifat bahasa Melayu umum, yang dari segi sejarahnyaberasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau. Variasi ini, yang sekarangdikenal sebagaibahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalamsistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi sepertidalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam mediamassa.(Tajuk akan datang: Ragam Bahasa)
Leave a Comment