You are on page 1of 7

Bab 8 Perdagangan Antarabangsa

Soalan Objektif

1. Antara berikut yang manakah merupakan tujuan utama kerajaan mengenakan tarif ?
I Melindungi industri muda tempatan
II Membaiki imbangan pembayaran negara
III Meningkatkan peluang pelaburan
IV Menambahkan hasil kepada kerajaan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

2. Apakah kesan yang akan dihadadapi oleh syarikat-syarikat tempatan yang


meminjam dari luar negeri apabila nilai mata wang tempatan jatuh ?
A Syarikat tempatan sukar mendapat pinjaman daripada syarikat asing
B Pelaburan asing dalam syarikat tempatan merosot
C Eksport keluaran syarikat tempatan merosot
D Beban hutang syarikat tempatan akan meingkat

3. Mengapakah rizab asing sesebuah Negara perlu berada pada kedudukan yang
kukuh ?
I Untuk membiayai import Negara
II Untuk mengimbangi kekurangan imbangan pembayaran
III Untuk menampung bekalan wang asing dalam bank-bank perdagangan
IV Untuk membolehkan bank perdagangan memberi pinjaman kepada orang
ramai

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

4. Perdagangan antarabangsa menggalakkan penggunaan teknologi baru. Apakah


faedahnya kepada ekonomi ?
I Mendorong inovasi baru dalam kaedah pengeluaran
II Meningkatkan kecekapan pengeluaran
III Meningkatkan pengaliran wang keluar
IV Mendorong aktiviti pembangunan dan penyelidikan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Panitia Ekonomi Asas SMK Tanah Putih


Bab 8 Perdagangan Antarabangsa

5. Perdagangan antarangsa mendatangkan kesan positif ke atas Negara yang terlibat.


Antara berikut yang manakah kesan-kesan tersebut ?
I Pengguna mempunyai pelbagai pilihan
II Menambahkan peluang pekerjaan
III Imbangan perdagangan positif
IV Menggalakkan teknologi baru
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

6. Mengapakah Malaysia memerlukan pertukaran asing walaupun telah mempunyai


mata wang sendiri ?
I Untuk mengukur tahap kestabilan ekonomi Negara berbanding luar bandar
II Untuk membolehkan rakyat Malaysia melabur di luar negara
III Untuk mengimport barangan dari luar negara
IV Untuk membayar hutang luar negara

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II , III dan IV

7. Apakah yang menyebabkan imbangan pembayaran Malaysia cenderung menjadi


positif ?
A Kenaikan import barangan modal
B Kejatuhan nilai ringgit malaysia
C Mengetatkan syarat kemasukan pelajar asing ke Universiti Tempatan
D Melonggarkan syarat pemberian permit kepada pembantu rumah asing

8. Kadar pertukaran antara ringgit Malaysia (RM) dengan Yen Jepun (¥) telah berubah
dari RM = ¥ 300 kepada RM 1 = ¥ 350. Apakah kesan perubahan kadar pertukaran
tersebut ?
A Permintaan terhadap barangan Malaysia di Jepun telah meningkat
B Permintaan terhadap barangan Jepun di Malaysia telah jatuh
C Harga barangan Malaysia menjadi lebih mahal di pasaran Jepun
D Harga barangan Jepun menjadi lebih mahal di pasaran Malaysia

9. Antara langkah-langkah berikut yang manakah dapat memperbaiki kedudukan


imbangan pembayaran Negara ?
I Menggalakkan kemasukan buruh asing untuk bekerja di sektor produktif
negara
II Menggalakkan syarikat tempatan menggunakan perkhidmatan perkapalan dan
insuran tempatan
III Melakukan misi-misi galakkan pelaburan dan perdagangan luar negara
IV Meningkatkan cukai jualan bagi menambah hasil kerajaan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Panitia Ekonomi Asas SMK Tanah Putih


Bab 8 Perdagangan Antarabangsa

10. Antara berikut ciri yang manakah sama bagi perdagangan antarabangsa dan
perdagangan dalam negeri ?
A Prosedur pemasaran
B Sukatan dan timbangan
C Perkhidmatan sokongan
D Faktor yang mempengaruhi mobility modal

Tahun Imbangan Perdagangan (RM juta)


1993 3832.8
1994 - 1999.8
Jadual : Nilai Imbangan Perdagangan Malaysia 1993 dan 1994
(disesuaikan daripada buku tahunan perangkaan Malaysia 1994)

11. Berdasarkan jadual di atas, antara berikut yang manakah menerangkan kedudukan
imbangan perdagangan Malaysia ?

Tahun 1993 Tahun 1994


A Nilai eksport perdagangan nampak melebihi Nilai import perdagangan nampak
nilai import perdagangan nampak melebihi nilai eksport perdagangan
nampak
B Nilai eksport perdagangan nampak melebihi Nilai eksport perdagangan nampak
nilai import perdagangan nampak melebihi nilai import perdagangan
nampak
C Nilai eksport perdagangan tak nampak Nilai import perdagangan tak nampak
melebihi nilai import perdagangan tak melebihi nilai eksport perdagangan
nampak tak nampak
D Nilai eksport perdagangan tak nampak Nilai eksport perdagangan tak
melebihi nilai eksport perdagangan tak nampak melebihi nilai import
nampak perdagangan tak nampak

12. Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan dagangan dalam imbangan pembayaran
sesebuah Negara ?
A Negara itu memperoleh hasil eksport barang-barang melebihi perbelanjaan
import barang-barang
B Negara itu mengeksport lebih banyak barang-barang daripada mengimport
barang-barang
C Negara itu memperoleh hasil eksport perkhidmatan melebihi eprbelanjaan import
perkhidmatan
D Negara itu mengimport lebih banyak barang dan perkhidmatan daripada
mengeksport barang dan perkhidmatan

13. Sesebuah firma di Malaysia menggunakan khidmat syarikat perkapalan Jerman


untuk mengangkut barangan elektronik ke Jermen. Pernyataan yang manakah dapat
menjelaskan tentang urus niaga tersebut ?
A Import nampak Malaysia dan import tak nampak Jerman
B Import tak nampak Malaysia dan import nampak Jerman
C Eksport nampak Malaysia dan eksport nampak Jerman
D Eksport tak nampak Malaysia dan eksport nampak Jerman

Panitia Ekonomi Asas SMK Tanah Putih


Bab 8 Perdagangan Antarabangsa

14. Mengapakah sesebuah Negara memerlukan mata wang asing ?


A Untuk membiayai import Negara
B Untuk membiayai eksport negara
C Untuk membiayai pembangunan Negara
D Untuk membiayai pertumbuhan ekonomi Negara

15. Apakah kesan ke atas kadar pertukaran wang Malaysia jika jumlah importnya
meningkat berbanding dengan jumlah eksportnya ?
A Kadar pertukaran Malaysia akan meningkat
B Kadar pertukaran Malaysia akan menurun
C Kadar pertukaran Malaysia tidak berubah
D kadar pertukaran Malaysia akan berubah-ubah

16. Antara berikut yang manakah boleh dicapai melalui perdagangan antarabangsa ?
I Membiayai import Negara
II Melingdungi industri tempatan
III Meningkatkan peluang pekerjaan
IV Merangsang pertumbuhan ekonomi Negara

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Tarikh Kadar Pertukaran


1.1.2001 US$1 = RM 3.80
1.5.2001 US$1 = RM 3.30
Jadual 10

17. Berdasarkan jadual 10 apakah kesan yang terjadi ke atas import dan eksport Malaysia
?
A Import berkurang dan eksport bertambah
B Import bertambah dan eksport berkurang
C Import bertambah dan eksport bertambah
D Import berkurang dan eksport berkurang

18. Antara langkah-langkah berikut yang manakah boleh membaiki imbangan


perdagangan Malaysia ?
A kerajaan mengalakkan pelabur-pelabur tempatan mambawa kembali keuntungan
ke Malaysia
B Kerajaan menyokong pertumbuhan industri pekapalan Negara
C Kerajaan berusaha mempromosikan industri pelancongan Negara
D Kerajaan memberi pengecualian cukai pendapatan syarikat bagi firma yang
dapat memasarkan barang di pasaran antarabangsa

Panitia Ekonomi Asas SMK Tanah Putih


Bab 8 Perdagangan Antarabangsa

Tarif X Kouta

19. Rajah di atas menunjukkan hubungan tarif dan kuota dalam sekatan perdagangan
antarabangsa ? Apakah X ?
A Meningkatkan eksport
B Melindungi industri muda
C Sumber hasil kepada kerajaan
D Mengurangkan kos pengeluaran firma

20. Antara berikut yang manakah merupakan import tak nampak ?


A Malaysia membeli susu dari New Zealand
B Malaysia menjual bahan kimia ke Jerman
C Malaysia menerima dividen daripada hasil pelaburan di Vietnam
D Malaysia menggunakan kapal terbang Saudi Air untuk menghantar jemaah haji
ke Mekah

21. Antara berikut yang manakah merupakan eksport tak nampak ?


A malaysia menggunakan perkhidmatan jurulatih asing dalam pasukan bola sepak
kebangsaan
B Malaysia mengeksport kereta Proton Saga ke United Kingdom
C Pelancong Australia dating ke Malaysia dan menginap di Pantai Cahaya Bulan
Resort, Kelantan
D Malaysia mengimport minyak daripada Kuwait menggunakan kapal tangki
syarikat perkapalan Singapura

22. Antara berikut yang manakah boleh dicatatkan ke Akaun Pindahan dalam Akaun
Semasa Imbangan Pembayaran ?
I Hasil eksport barangan dagangan
II Bayaran dari Negara asing atas insurans yang digunakan
III Biasiswa kepada pelajar yang sedang menuntut di luar Negara
IV Bantuan Malaysia kepada mangsa gempa bumi di Kobe, Jepun

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Panitia Ekonomi Asas SMK Tanah Putih


Bab 8 Perdagangan Antarabangsa

23. Apakah kesan ke atas jumlah import dan eksport Malaysia akibat daripada
perubahan dalam kadar pertukaran berikut :
RM 2.50 = US$1
RM 3.00 = US$1

Eksport ke US Import dari US


A Berkurangan Berkurangan
B Meningkat Meningkat
C Berkurangan Meningkat
D Meningkat berkurangan

24. Antara berikut yang manakah bukan tujuan kerajaan mengenakan cukai import
dalam perdagangan antarabangsa ?
A Meningkatkan pelaburan asing
B Melindungi industri tempatan tertentu
C Meningkatkan harga barangan yang diimport
D Mengurangkan jumlah import barang tertentu

25. Berdasarkan Jadual 9, Negara yang manakah mengalami imbangan pembayaran


positif ?
A I , II dan III
B I , II dan IV
C I, III dan IV
D II , III dan IV

Imbangan Imbangan
Akaun Pindahan Akaun Modal
Negara Perdagangan Perkhidmatan
(RM) (RM)
(RM) (RM)
I + 880 000 - 550 000 - 800 + 5 000
II + 650 000 + 750 - 420 + 7 000
III - 50 000 - 100 000 + 200 - 1 000
IV - 40 000 + 52 000 + 150 - 500
Jadual 9

Negara B telah mengalami defisit akaun semasa berjumlah RM 13.7


bilion sepanjang tahun 1997

26. Antara berikut, yang manakah menerangkan kenyataan di atas ?

Akaun dagangan Akaun perkhidmatan Akaun pindahan


A
+ RM 3.4 bilion – RM 17 bilion – RM0.1 bilion
Akaun perkhidmatan + Akaun pindahan Akaun dagangan
B
RM 7.9 bilion + RM 0.7 bilion + RM 5.1 bilion
Akaun modal Akaun dagangan Akaun perkhidmatan
C
– RM 2.7 bilion + RM4.2 bilion + RM 15.2 bilion
Akaun pindahan Akaun perkhidmatan + RM 5.8 Akaun dagangan
D
+ RM 5.1 bilion bilion + RM 2.8 bilion

Panitia Ekonomi Asas SMK Tanah Putih


Bab 8 Perdagangan Antarabangsa

Soalan 27 dan 28 berdasarkan maklumat di bawah

Imbangan Pembayaran Bagi Negara Y (RM juta)


Butiran / Tahun 1994 1995 1996 1997
Imbangan dagangan 10 352 11 879 12 030 11 998
Imbangan perkhidmatan - 6 465 - 12 929 - 12 928 - 10 783
Pindahan bersih 354 560 597 685
Modal bersih 5 000 7 000 8 500 11 000

27. Antara butiran di atas yang manakah tidak termasuk dalam akaun semasa ?
A Modal bersih
B Pindahan bersih
C Imbangan dagangan
D Imbangan perkhidmatan

28. Negara Y mengalami kurangan dalam akaun semasa pada tahun


A 1994 dan 1996
B 1995 dan 1996
C 1995 dan 1997
D 1996 dan 1997

29. Sekatan perdagangan antarabangsa yang tidak memberi kesan terhadap harga di
pasaran tempatan ialah
A tariff
B kuota
C embargo
D cukai import

30. Encik Robert dari Amerika Syarikat ingin membeli sebuah kereta Proton Wira yang
berharga RM 38 000. Jika kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar
Amerika Syarikat ialah US$1 = RM 2.50 , berapakah yang perlu di bayar untuk
memperoleh kereta tersebut ?
A US$15 200 C US$95 000
B US$38 000 D US$73 461

31. Antara berikut yang manakah bukan menyebabkan perdagangan antaragangsa


berlaku?
A Setiap Negara tidak mampu memenuhi semua kehendaknya
B Setiap Negara mempunyai faktor pengeluaran terhad dan kehendak yang tidak
terhad
C Setiap Negara mempunyai tukaran asing yang cukup untuk perdagangan
antarabangsa
D Setiap Negara berkehendakkan kepada pasaran yang lebih luas untuk barang
keluarannya.

Sumber Soalan: Panitia Ekonomi Asas Daerah Kuantan, 2008

Panitia Ekonomi Asas SMK Tanah Putih

You might also like