lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggidalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagaiburuh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomiorang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkankedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah danketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yangberbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yangmembawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistempendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empataliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empataliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankankemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja.Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeriasal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawadari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaankeperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmatioleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
4.Pertelingkahan Parti Politik
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turutserta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee KuanYew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akanmenyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telahmeletak calonnya seramai sembilan orang .Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetapmengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 maka PAP yang gagal untukmenyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO danorang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu,soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpamenghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telahdipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkanKonvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyatdan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysiahak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orangMelayu atau bumiputera dihapuskan .
5.Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebutsebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak