You are on page 1of 3

UCAPAN PENGETUA SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG SMADI TAHUN 2011 Assalamualaikum W.B.

T Terima kasih kepada pengerusi majlis Yang berbahagia Tuan Haji Rozali Bin Hj Hashim, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Yang Berusaha Penolong Kanan 1, Puan Nabilah Binti Ramli, Penolong Kanan Hem, Ustaz Mahmad Bin Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Mohd Yaziz Bin Mohammad, Guru-Guru Kanan, Guru-Guru, Para Waris Dan Para Pelajar Sekalian. Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.r kerana dengan limpah kurnianya, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam majlis yang penuh bersejarah dan amat bermakna ini. Saya selaku pengetua mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas kesudian ketua sektor hadir ke majlis hari anugerah cemerlang Sek. Men. Agama daril Iktisam tahun 2011 pada pagi ini. Sesungguhnya saya dapat merasakan kehadiran tuan memberi erti yang amat bermakna pada majlis hari. Majlis ini pasti bertambah serinya dengan kehadiran tuan dan seterusnya meningkatkan iltizam diri saya dan warga sekolah ini untuk memaju dan membangunkan Sek. Men. Agama. Daril iktisam yang bertuah ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan laporan tentang perkembangan Sek. Men. Agama. Daril iktisam. Dalam melaksanakan program, Sek. Men. Agama daril iktisam telah memberikan keutamaan dalam usaha untuk melahirkan relajar yang cemerlang khususnya dalam bidang akademik. Antara anugerah yang telah diterima ialah anugerah khas lonjakan saujana akademik tahun 2010 PMR, Anugerah khas lonjakan saujana akademik

tahun 2010 spm. Gred purata sekolah melebihi 1.00 ( 1.496) dalam peperiksaan SPM Tahun 2010. Sekolah juga mendapat penghargaan atas kerjasama program pecutan terakhir spm 2010. Peningkatan gred purata kategori sama dan melebihi 0.2 ( 0.28) dalam peperiksaan PMR 2010. Peratus lulus dan peningkatan gred purata dalam peperiksaan PMR. Pelajar terbaik PMR ialah Fatin Nabilah bt Basri, terbaik SMRA , Siti Mariam Binti Abu Bakar Yap Dan Terbaik SPM Ialah Mohd Shahmie Bin Shukran. Tahniah diucapkan kepada para pelajar ini. Peningkatan pencapaian ini memberikan gambaran yang amat positif dan menjadi satu petunjuk bahawa kami mampu melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun ini. Beberapa program telah dilaksanakan sejak awal tahun bagi memastikan cita-cita tersebut tercapai dengan jayanya. Segala kejayaan merupakan hasil daripada usaha gigih daripada para pelajar, bimbingan berterusan daripada guru-guru, sokongan daripada semua pihak seperti persatuan ibu bapa dan guru. Selain memberi tumpuan dalam bidang akademik, sekolah men agama daril iktisam tidak ketinggalan dalam bidang kokurikulum. Dalam bidang kokurikulum, pelajar-pelajar telah terlibat dalam pertandingan kawad kaki peringkat negeri, mewakili daerah dalam tilawah, hafazan, berzanji dan hiwar ke peringkat negeri. Para pelajar juga terlibat dalam forum remaja peringkat daerah. Selain itu, sekolah ini mendapat tempat ketiga dalam pertandingan public speaking peringkat negeri yang diwakili oleh Siti Mariam Binti Abu Bakar Yap dari tingkatan 5 Alim. Sekolah juga turut mendapat anugerah dalam pertandingan berzanji marhaban institusI pendidikan agama IPA peringkat negeri Kedah tahun 2011. Selain itu, sekolah ini juga turut terlibat dalam Majlis Tadarus AlQuran Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Daerah Padang Terap Tahun 2011 Serta Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 1 Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah Tahun 2011. Cabaran besar yang kami hadapi ialah untuk melahirkan para pelajar yang bersungguh-sungguh dalam semua segi, sentiasa bermotivasi tinggi serta

memiliki jati diri yang kukuh di samping memiliki sahsiah yang mantap berbanding dengan pelajar sekolah-sekolah lain.

Terbukti bahawa cabaran ini jelas menjadi tanggungjawab kami untuk memenuhi hasrat negara yang ingin akan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Saya amat yakin bahawa dengan adanya kerjasama antara ibu bapa dan guru hasrat murni ini akan terpupuk di sekolah ini. Saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah lepada semua nak pelajar yang telah berjaya menerima anhugerah dan sijil pada pagi ini. Tidak ketinggalan ucapan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru dan staf sokongan yang telah bekerja sebagai satu pasukan demi kejayaan sekolah ini. Sekian, terima kasih.

You might also like