You are on page 1of 8

Masalah Pendidikan 2005.

Universiti Malaya

MASALAH SOSIO-EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


Ng Sen Fa Sandiyao Sebestian Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

High IQ is regarded as a strong indicator of success and well-being in all fields of life. Nevertheless. gifted children face various socio-emottonat problems which are due to: 1) Characteristics unique in themselves; and 2) Environmental factors, including family lives. school environments and misunderstanding from others. All these obstacles hinder them from developing their potentials to the fullest, which explains why not all gifted individuals can achieve productivity and creativity in their lives. Higher awareness and commitment from educators and decision-makers will ensure they make great contribution to the betterment of our nation. Artikel ini mengupas pelbagai masalah sosio-emosi kanak-kanak pintar cerdas secara umum. Secara spesifik, artike1 ini diharapkan dapat menyumbang ke arah penubuhan program kanak-kanak pintar cerdas dan perkembangan pendidikan golongan pintar cerdas kerana aspek ini telah diabaikan selama ini di negara kita. Objektif berkenaan mungkin hanya akan dapat dicapai sekiranya ada usaha-usaha yang berterusan dilakukan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai masalah yang dihadapi oleh golongan kanak-kanak berkenaan. Idea yang dibincangkan adalah berdasarkan kajian literatur dan pengalamanpenulis sendiri. Sebelum membincangkan apakah masalah-masalah yang di hadapi oleh kanakkanak pintar cerdas, lebih dahuiu kita perlu memahami siapakah kanak-kanak pintar cerdas. Menurut United States Office of Education, pintar cerdas adaIah: Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by regular school programs in order to realize their contribution to self and society. (Marland dIm Davis & Rimm, 1998, ms. 18) Definisi di atas menekankan dua perkara: 1) Kebolehan pencapaian kanak-kanak pintar cerdas yang tinggi; dan 2) Mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkan potensi yang ada pada mereka. Definisi tersebut akan menjadi Iebih jelas jika kita bandingkan dengan definisi kanak-kanak terencat akal berikut: Istilah 'kerencatan akal' membawa berlainan erti kepada berlainan orang. Bagi sesetengah orang, istilah ini merujuk kepada kanak-kanak yang terhalang atau tercacat perkembangan mentalnya, menyebabkan pembelajaran di sekolah dan! atau pengubahsuaian sosialnya terjejas. (Malaysian Council dlm. Chua & Koh, 1992, ms. 116)

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Definisi di atas menggariskan dua perkara penting: 1) Kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan kecerdasan purata; dan 2) Masalah penyesuaian diri (dalam masyarakat dan program sekolah biasa). Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas menunjukkan kepada kita bahawa majoriti kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. Oleh itu, mereka memerlukan pendidikan khas. Bagaimana pun, bagi definisi kanak-kanak pintar cerdas, masalah penyesuaian sosial kanak-kanak tersebut tidak dianggap ciri penting yang membezakan mereka dengan kanak-kanak biasa. Oleh itu, artikel ini menyarankan sebaliknya, iaitu bertujuan mengenal pasti dan memahami kanak-kanak pintar cerdas dari aspek masalah penyesuaian diri mereka. Apatah lagi, persoalan ini sangat penting untuk diketahui dan difahami oleh masyarakat dan para pendidik. Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan rnotivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh kerana itu, artikel ini memberi fokus terhadap masalah sosio-emosi mereka. Perbincangan ini diharap akan dapat memberi kefahaman yang jelas kepada ibu bapa, para pendidik dan pihak-pihak yang terlibat di Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai keistimewaan mereka. Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi bagi kanakkanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya rnemperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sarna, kelebihan ini menimbulkan pula beberapa masalah lain dalam hidup mereka. Sebagai golongan minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri rnereka. Antaranya, konsep kendiri; fobia; perkernbangan nilai/moral; keupayaan yang tidak seimbang; masalah kemahiran bersosial; dan masalah mengembangkan potensi. Pada rnasa yang sarna, faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi; diskriminasi terhadap golongan ini; masalah keluarga; rnasalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistern persekitaran; dan pandangan orang lain terhadap rnereka rnenyebabkan rnasalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Oleh itu, artikel ini juga bertujuan untuk membantu kanak-kanak tersebut mengatasi masalah yang mereka hadapi. lni penting untuk memastikan mereka dapat mengembangkan semua potensi yang ada pada mereka. Bagaimana pun, sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka (Woitaszewski, 2003). Antara kekangan kajian ini adalah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dijadikan sebagai pengukur kejayaan pelajar.
Cirl-ciri Istimewa dan Masalah Pelajar Pintar Cerdas

Bayangkan senario ini: "Joshua yang dianggap pintar cerdas oleh gurunya sebaliknya menjadi punca tekanan kepada gurunya. Guru mencabarnya supaya menjadi pelajar yang paling berjaya di dalam kelas tetapi kesannya tidak seperti yang diharapkan. Dalam aspek sosial dan tingkah laku, beliau sering menimbulkan kebencian rakan sekelas yang dua tahun lebih tua darinya. Mereka telah tidak pedulikannya, Joshua pun membalas dendam

Masalah Pendidikan 2005, Universlti Malaya

dengan mengejek apa sahaja usaha yang dilakukan oleh kawan-kawannya selain menunjuk-nunjuk kebolehannya." Berdasarkan senario tersebut, Joshua tidak disenangi kawan-kawannya di sekolah. Keadaan ini berlaku kerana beliau amat berbeza daripada kawan-kawannya, selain beliau juga merupakan suatu cabaran bagi gurunya - yang tiada pengalaman dan kemahiran mengajar kanak-kanak sepertinya. Joshua pun menjadi seorang yang sinis kerana sering merasa tidak puas hati. Oleh kerana itu, Joshua suka menyakiti hati kawan-kawannya dan juga bersikap suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian dan penghargaan daripada orang lain. Dengan memiliki kepintaran berbahasa yang tinggi, Joshua telah menggunakan kelebihan tersebut untuk mengejek kawan-kawannya dengan tujuan untuk memuaskan hatinya. Sepertimana yang kita fahami, penerimaan sosial dan penghargaan adalah keperluan asas manusia. Bagaimana pun, cara yang dilakukan oleh Joshua telah mendatangkan lebih banyak kesan negatif daripada kesan positif. Cara Joshua tersebut sememangnya akan dapat menarik perhatian tetapi kawan-kawannya di sekolah telah mengasingkan diri daripadanya. Kelakuan Joshua tersebut tidak membantunya mendapat persahabatan sejati. Joshua terbawa-bawa sikap buruknya itu sehingga beliau sukar untuk mengambil pengajaran daripada sikap tersebut. Perkara ini akan lebih jelas apabila dirujuk kepada teori behaviorisme - Joshua memperoleh pengukuhan positif (reaksi kawan-kawan yang marah kepadanya) daripada perbuatannya. Perhatian yang negatif pula merujuk kitaran buruk (vicious cycle) (sikap buruk Joshua terhadap kawan-kawannya) berulangan. Joshua merasa orang lain tidak suka kepadanya kerana mereka dianggap tidak cerdik dan hina. Berdasarkan senario ini, kita perlu merenung beberapa isu penting berikut yang sukar untuk diatasi dalam pendidikan pintar cerdas: 1. Mengapa kanak-kanak pintar cerdas dikatakan tidak disenangi oleh orang lain? 2. Adakah biasanya pelajar yang tinggi tahap kecerdasannya memiliki kelemahan dalam kemahiran bersosial? Apakah punca masalah mereka? 3. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk membantu mereka? Apakah faktor resiliensi bagi kanak -kanak ini untuk menghadapi cabaran ini? Biasanya, semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm, 1998). Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu golongan yang heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain (Bee, 1999). Keadaan ini hanya akan dapat difahami apabila kita lebih kerap mendampingi mereka (yang juga memiliki persamaan ciri-ciri seperti orang dewasa) seperti yang disebut dalam peribahasa:"birds ofafeather flock together." Contohnya, jika anda adalah seorang yang bersikap mengharapkan sesuatu hasil kerja yang dilakukan adalah tinggi (kerja yang lakukan memperoleh hasil yang maksimum) dan anda juga seorang yang menghargai kesungguhan, anda akan merasa janggal ketika berada dalam sebuah organisasi di mana budaya anggota-anggota organisasi tersebut bercanggah dengan sikap anda. Ketika berdepan dengan masalah perbezaan tersebut, kanak-kanak jenis ini mungkin menggunakan pelbagai strategi termasuk: menafikan kecerdasan mereka; mengelak bergaul dengan orang lain; dan meninggalkan keperluan sosialnya (Chan, 2003). Keadaan ini membawa kepada satu masalah sosial/pendidikan iaitu:

Masalab Pendidikan 2005, Universiti Malaya

golongan pintar cerdas juga adalah golongan yang berpotensi memberi sumbangan besar kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat. Sebagaimana yang kita fahami, fungsi pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi yang ada pada setiap pelajar selain memenuhi keperluan setiap individu pelajar untuk berkembang. Jika kita melihat dari perspektif pendidikan Berpusatkan-pelajar (student-centered), kita akan mendapati pendidikan adalah usaha-usaha untuk memenuhi keperluan perkembangan diri pelajar - dan dalam aspek inilah pelajar pintar cerdas memerlukan bantu an dan bimbingan pendidik. Leta Hollingworth, pengkaji yang telah memberi sumbangan penting di dalam pendidikan pintar cerdas khususnya, pendidikan emosi golongan tersebut, telah memberi gambaran terperinci lima masalahlcabaran yang terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak ini (Gallagher & Gallagher, 1994) iaitu: 1. Mendapatkan tugasan yang mencabar di sekolah; 2. Bersabar dengan orang yang tidak secerdiknya (to suffer fools gladly); 3. Mengelakkan sikap sinis/negatif terhadap autoriti; 4. Menentang kecenderungan mengasingkan diri (daripada orang lain yang tidak secerdiknya); dan 5. Mengelakkan pembentukan sikap suka menipu dan memanipulasikan orang lain. Item-item 1 dan 2 adalah merujuk senario Joshua sebelum ini. Item 3 mungkin berlaku ke atas Joshua walaupun tidak dinyatakan denganjelas. Contohnya, Joshua mungkin pernah mempersoal atau mencabar autoriti guru dalam hal-hal akademik. Beliau juga mungkin merasa benci kepada pelajar lain yang popular. Khususnya item 2, menggambarkan tingkah laku golongan ini yang sering disalah anggap oleh orang lain. Mereka perlu bersabar walaupun tidak difaharni. Item-item 4 dan 5 mungkin berlaku apabila usia Joshua meningkat. Jika golongan ini menambah perasaan benci terhadap pergaulan sosial, mereka mung kin dapat mengelak diri daripada bergaul dengan orang lain seperti yang digambarkan oleh item 4. Hollingworth juga mendapati kebanyakan pelajar pintar cerdas bersikap ding in (apathetic) kerana mereka merasa kecewa dengan persekitaran sekolah (Davis & Rimm, 1998). Berpunca daripada perkembangan yang terJalu awal dalam lokus-kawalan-dalaman dan kepuasan hasil kerja sendiri, mereka menghadapai masalah untuk patuh kepada norma; menafikan pengiktirafan luaran; dan memilih untuk menjalani hidup mengikut nilai sendiri. Semua tingkah laku terse but dianggap oleh orang lain sebagai mencabar autoriti dan tradisi (Clark & Callow, 2002). Item 5 mungkin disebabkan mereka memiliki keupayaan memanipulasikan orang lain, dan memperoleh kepuasan dengan berbuat demikian - gambaran satu keadaan yang membimbangkan. Golongan ini tidak semestinya mencapai tahap yang tinggi dalam perkembangan nilai dan moral sepertimana yang telah dibuktikan dalam kajian Terman di mana pada keseluruhannya golongan ini telah menunjukkan perkembangan yang lebih baik dalam semua domain termasuk domain moral (Davis & Rimm, 1998; Gallagher & Gallagher, 1994). Tidak terdapat bukti yang kukuh bahawa kanak-kanak pintar cerdas ini banyak mengalami masalah tingkah laku (Gallucci, Middleton, & Kline, 1999). Nik Azis Nik Pa (1990) menyarankan supaya golongan ini diberi bimbingan dalam perkembangan nilai dan moral. Golongan ini tidak semestinya memiliki keyakinan, apatah lagi, perasaan rendah diri

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

bukannya satu masalah luar bias a (Gallagher & Gallagher, 1994) kerana sikap ini boleh difahami di mana kebolehan yang tidak seimbang menjadi punca kepada masalah mereka. Contohnya, seorang yang kreatif selalunya tidak teratur. Oleh itu, seorang yang pintar cerdas perlu memahami masalah dirinya selain cuba mengatasi cabaran ini kerana kelebihan yang ada pada mereka tidak banyak membantu keyakinan diri mereka. "Saya masih belum cukup lagi" dan rasa bersalah adalah dua perkara yang menguasai diri mereka. Oleh itu, mereka mungkin menganggap mereka perlu memikullebih tanggungjawab - keadaan ini adalah petanda sikap idealistik wujud dalam diri mereka. Mereka menjangka tinggi terhadap hasil kerja mereka; dan ekstrim yang satu lagi juga mungkin berlaku apabila mereka menganggap semua masalah yang mereka hadapi adalah akibat tindakan orang lain. Contohnya, mereka sukar menerima kritikan orang lain; dan faktor inilah yang menyebabkan mereka boleh menyerang orang lain atas kegagalan dan masalah mereka sendiri. Sikap terlampau kritikal juga telah menjadikan mereka menafikan nilai yang ada pada did mereka (Davis & Rimm, 1998). Faktor Persekitaran Biasanya, sekolah gagal memberi perhatian yang wajar kepada pelajar pintar cerdas kerana menganggap mereka tidak perlu diberi program pendidikan dan bimbingan yang khusus (Gallagher & Gallagher, 1994). Berikut adalah gambaran keadaan guru yang merasa tertekan untuk mengakui keupayaan kanak-kanak pintar cerdas: Guru biasanya berasa ragu-ragu kepada kemahiran matematik yang luar biasa pada tahap ini. Mereka mungkin menganggap kebolehan memanipulasikan nombor ini tidak berpadanan dengan pemahaman yang secukupnya. Mereka juga berasa gelisah tidak menyediakan latihan secukupnya kepada pelajar tersebut dan takut dipersoalkan oleh ibu bapa.lni menjadikan guru tetap memberi latihan yang sama kepada semua pelajar. Walaupun ini bermakna pelajar pintar cerdas hanya mengulangi sesuatu yang telah sedia dikuasai (Leyden, 1998, ms. 36) Kebanyakan masalah emosi kanak-kanak pintar cerdas sarna ada dalam bidang akademik mahupun persekolahan adalah disebabkan kegagalan pendekatan pendidikan sedia ada dan juga kurangnya kesedaran guru. Biasanya, guru kurang senang terhadap kanak-kanak yang kreatif. 01eh itu, jika kanak-kanak pintar cerdas tidak diberi pendedahan yang sepatutnya bermakna potensi yang ada pada mereka sukar untuk dikembangkan. Di sekolah, terdapat sebilangan guru tidak memiliki semangat akademik yang baik, antaranya, guru tersebut mungkin memberi golongan pelajar ini maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dan tidak memberangsangkan, selain tugasan yang diberi menjadikan golongan pelajar ini lebih derita seperti kerja salin-menyalin; menghafal fakta yang tidak dapat dikaitkan dengan pengalaman pelajar. Tugasan salin-menyalin sebenarnya merupakan suatu bentuk penyeksaan mental yang baharu terhadap golongan pelajar tersebut kerana tugasan seumpama itu hanya melatih kemahiran-motor-halus mereka dan bukannya kemahiran berfikir mereka. Kadang-kadang, tugasan yang diberi guru tidak sesuai dengan keperluan (motivasi intrinsik) mereka yang sentiasa ingin tahu/mengkaji sesuatu topik dengan lebih mendalam. Faktor tersebut menjadikan pelajar pintar cerdas tidak suka kepada sekolah. Kadang-kadang, guru menambah jumlah tugasan pelajar lebih daripada biasa. Se-

10

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

benarnya, cara ini tidak sesuai dilakukan terhadap golongan pelajar ini kerana mereka memerlukan cabaran kualiti (antaranya, sesuatu konsep yang lebih mencabar) dan bukannya cabaran kuantiti. Contohnya, jika guru meminta pelajar ini menulis lima artikel mengenai lima topik-sudah pasti tugasan sebegini membosankan dan menjadikan mereka serba salah - kerana mereka perlu memberi fokus terhadap setiap topik, selain terpaksa membuat kajian terperinci atau intensif. Bagaimana pun, tugasan yang lebih sesuai antaranya meminta mereka menulis satu artikel mengenai satu tajuk yang memang menarik minat mereka. Dalam soal menyiapkan tugasan, selain memberi mereka galakan supaya menyiapkan tugasan mereka dengan sebaik mungkin, golongan pelajar ini perlu diberi kebebasan dalam menentukan had masa menyiapkan tugasan. Ini kerana motivasi intrinsik adalah pendorong yang kuat terhadap tingkah laku mereka: "Kanak-kanak pintar cerdas perlu menikmati autonomi, autoriti dan kebebasan untuk membuat keputusan sendiri. Namun kebebasan ini perlu digabungkan dengan amanah" (NikAzis Nik Pa, 1990, ms. 61). Di negara-negara timor, biasanya hubungan kekeluargaan adalah rapat; dan ini menyebabkan ibu bapa lebih cenderung untuk mengawal kebebasan anak-anak mereka. Ciriciri masyarakat timur juga lebih mementingkan pencapaian akademik, misalnya, dalam budaya Asia Timur, pelajar didesak oleh ibu bapa supaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dengan kata lain, mengawal kebebasan anak-anak supaya mereka memperoleh keputusan cemerlang dalarn peperiksaan bertujuan memenuhi kehendak ibu bapa. Sementara ibu bapa kepada kanak-kanak pintar cerdas yang tidak memiliki kesedaran mengenai keadaan anak-anak mereka mungkin lepas tangan dalam mengikuti perkembangan anak mereka. Keadaan mungkin lebih serius di kalangan kanak-kanak pintar cerdas yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi yang rendah. Kanak-kanak sebegini mungkin juga menghadapi masalah dengan adik-beradik. lni berlaku terutamanya dalam budaya/keluraga yang lebih mementingkan persaingan dan individualistik. Kanak-kanak sebegini akan menghadapi masalah dengan keluarga mereka sekiranya keluarga mereka arnat berbeza dengan lain-lain keluarga. Contohnya, perkembangan moral dan nilai universal yang matang awal (precocious) mungkin mendorong seorang kanak-kanak menjadi vegetarian (orang yang tidak makan sumber makanan daripada haiwan) yang mungkin menjadi punca konflik dalam keluarga. Sementara pencapaian akademik yang tinggi kanak-kanak sebegini menjadikan adikberadik yang lain merasa rendah diri. Kebanyakan konflik seumpama itu belaku kerana wujud salah faham orang lain terhadap golongan kanak-kanak ini - disebabkan hanya wujud sedikit kesedaran masyarakat terhadap golongan kanak-kanak ini; selain faktor salah faham golongan ini terhadap diri mereka sendiri. Sebilangan besar golongan pintar cerdas tidak memahami diri mereka sendiri kerana ibu bapa mereka dan guru-guru tidak mendapat pendedahan mengenai golongan ini. Misalnya, kita selalu mengaitkan golongan pintar cerdas dengan pencapaian akademik yang tinggi sedangkan sebahagian daripada mereka tidak menunjukkan pencapaian yang baik dalam pelajaran berbanding dengan potensi yang sedia ada pada mereka. Oleh itu, pencapaian mereka menjadi di bawah-pencapaian-pintar-cerdas (gifted underachiever). Satu lagi tanggapan yang salah dewasa ini ialah dakwaan kononnya golongan ini sangat jarang ditemui. Sebenarnya, jika kita menggunakan kiraan statistik yang terperinci dan konservatif iaitu: 0.01% darab dengan 26 juta penduduk Malaysia bermakna kini terdapat lebih kurang 2500 individu pintar cerdas di negara ini. Apatah lagi, jika kita mengikut

Masalah Pendidikan 2005, Universitt Malaya

11

kriteria yang lebih longgar iaitu 2%, misalnya, kriteria keah-lian MENSA adalah 2%. lni bermakna mana-mana negara di mana 2% populasinya berkecerdasan lQ lebih tinggi daripada 98% boleh menjadi ahli MENSA. Bagi mereka yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi dan menyedari apa yang berlaku terhadap diri mereka sentiasa berusaha mengatasi masalah tersebut walaupun perubahan yang mereka alami hanya sedikit, Kesunyian menjadi perkara biasa dalarn hidup mereka kerana idea-idea mereka tidak dapat dikongsi atau diterangkan oleh orang lain. Masalah komunikasi yang serius seperti ini berlaku terutamanya pada mereka yang sangat berlainan daripada orang kebanyakan Biasanya, idea-idea radikal mereka - yang menjadikan orang lain terpaku apabila mendengarnya, sukar diterima orang lain. Kelainan mereka menyebabkan orang ramai menjauhi mereka. Sebenarnya, golongan pintar cerdas adalah tergolong dalam kalangan heterogeneous - mereka tidak semestinya boleh cepat menjadi kawan walaupun di kalangan golongan mereka sendiri, sekalipun mereka mungkin lebih memahami satu sarna lain. Sebagai golongan heterogeneous, kanak-kanak pintar cerdas yang berada dalam kategori yang lain (sub-kategori heterogeneous) menghadapi masalah yang berbeza daripada apa yang te1ah dibincangkan sebelum ini. Misalnya, seorang kanak-kanak pintar cerdas yang kurang upaya dari aspek fizikal mungkin kecerdikan yang dimilikinya tidak dipedulikan orang lain kerana dilabel orang kurang upaya. Begitu juga keadaan seorang kanak-kanak yang pintar cerdas dalam bidang seni visual mungkin ia tidak diberi bimbingan dan galakan yang sewajamya kerana ia mengalami masalah ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). Apatah lagi, bagi kanak-kanak pintar cergas yang memiliki kepelbagaian kepintaran, sudah pasti merumitkan lagi keadaan. Dapatan kajian Moon, Zentall, Grskovic, Hall, dan Stormont (2001) menunjukkan sampel yang mengalami masalah kepintarcerdasan dan ADHD menghadapi masalah emosi, pergaulan sosial, dan keluarga. Kepintarcerdasan telah memburukkan lagi masalah sosial/emosi yang ada kaitannya dengan ADHD. Satu lagi sub-kategori heterogeneous di kalangan pelajar pintar cerdas adalah mereka yang mengalarni masalah pembelajaran (learning disability) bahasa (disleksia) atau matematik. Guru mungkin menganggap pelajar sebegini lembab. Ini menyebabkan bakat yang sedia ada pada mereka terkubur begitu sahaja sedangkan seorang pelajar yang bermasalah dalam pengiraan matematik mungkin pada masa yang sarna memiliki kefahaman yang tinggi dalam matematik. Sekiranya, pendekatan mengatasi masalah pembelajaran sebegini tidak didedahkan kepada ibu bapa dan guru-guru bermakna akan hilanglah seorang pakar dalam bidang matematik. Sementara seorang kanak-kanak yang bermasalah ejaan pula mungkin memiliki bakat yang tinggi dalam bidang kesusasteraan. RUMUSAN Sosial adalah sebahagian daripada keperluan asas manusia dan juga suatu aspek penting dalarn kehidupan bermasyarakat. Masalah sosial yang sangat serius memberi impak buruk kepada kesejahteraan hidup seseorang individu. Oleh itu, seseorang individu yang menghadapi tekanan sosial yang sangat serius tidak mungkin dapat menumpukan perhatiannya kepada usaha-usaha untuk memajukan masyarakat. Jelas sekali masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan pintar cerdas dewasa ini adalah berpunca daripada dua faktor utarna iaitu: 1) Keistimewaan yang ada pada diri

12

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya

mereka; dan 2) Faktor luaran. Adalah tidak tepat untuk mengandaikan golongan pintar cerdas ini akan dapat mencapai kejayaan hidup dengan begitu mudah. Pada hakikatnya, golongan ini perlu mengatasi pelbagai halangan yang mereka hadapi supaya mereka dapat mengembangkan sepenuhnya potensi yang sedia ada pada diri mereka. Peranan pendidik adalah untuk membantu mereka mengatasi halangan-halangan tersebut. Selain motivasi, perhatian juga perlu diberi kepada keperluan mereka yang unik. Diharapkan artikel ini dapat meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan pendidikan pintar cerdas. Pengetahuan yang ada kaitannya dengan kanak-kanak pintar cerdas ini wajar disalurkan pada waktu yang terdekat ini kepada ibu bapa, guru-guru dan bakal guru supaya mereka lebih sensitif terhadap keperluan unik golongan ini. RUJUKAN Bee, H. (1999). The growing child: An applied approach (2nd ed.). New York: Longman. Chan, D. W. (2003). Dimensions of emotional intelligence and their relationships with social coping among gifted adolescents in Hong Kong. Journal 0f Youth and Adolescence, 32(6),409. Chua, T. T., & Koh, B. B. (1992). Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan asas. Kuala Lumpur: DBP. Clark, C., & Callow, R. (2002). Educating the gifted and talented: Resource issues and processes for teachers (2nd ed.). London: Fulton. Davis, G. A, & Rimm, S. A (1998). Education of the gifted and talented (4th ed.). Boston, MA:Allyn. Gallagher, J. J., & Gallagher, S. A. (1994). Teaching the gifted child (4th ed.). Boston, MA: Allyn. Gallucci, N. T., Middleton, G., & Kline, A. (1999). Intellectually superior children and behavioral problems and competence. Roeper Review, 22(1), 18-21. Leyden, S. (1998). Supporting the child a/exceptional ability (2nd ed.). London: Fulton. Moon, S. M., Zentall, S. S., Grskovic, 1. A., Hall, A., & Stormont, M. (2001). Emotional and social characteristics of boys with ADHD and giftedness: A comparati ve case study. Journal/or the Education a/the Gifted, 24(3), 207-247. Nik Azis Nik Pa (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik. Petaling Jaya: Pustaka Islam. Woitaszewski, S. A. (2003). Recent dissertation research in gifted studies: The contribution of emotional intelligence to the social and academic success of gifted adolescents. Roeper Review, 26(1), 53.

You might also like