You are on page 1of 2

1.

Pengaruh Tamadun China dan tamadun lain khususnya Melayu telah berlaku kerana terdapat bukti-bukti interaksi dan asimilasi antara tamadun-tamadun tersebut. Nyatakan lima unsur tamadun China yang banyak mempengaruhi tamadun Melayu dengan lengkap?

Negara-negara Asia Tenggara merupakan kedudukan yang agak dekat dan dapat berinteraksi dengan kebudayaan Cina seawal zaman

pemerintahan dinasti Han (206-220TM) terutamanya tamadun Melayu. Kerajaan Dinasti Han telah menghantar utusan ke Funan (Kampuchea) dan negara-negara Asia Tenggara lain dalam usaha mencari jalan untuk menembusi Tamadun Rom dan Parsi. Penghijrahan orang Cina ke Negaranegara Asia Tenggara secara tidak langsung juga menyumbang kepada interaksi antara budaya. Dalam kurun ke-19, kemasukkan beramai-ramai orang Cina dan India oleh penjajah Barat dalam usaha mereka untuk memenuhi permintaan tenaga buruh telah mewujudkan satu kolompok masyarakat Cina dan India di Negara-negara Asia Tenggara. Budaya dan pegangan kehidupan pendatang ini telah mempengaruhi kehidupan penduduk tempatan.

Unsur pertama tamasun China mempengaruhi tamadun Melayu adalah unsur budaya. Hubungan Malaysia dengan China dipercayai telah bermula sebelum kegemilangan kerajaan Parameswara Melaka, tetapi hubungan ini bertambah baik apabila Laksaman Ho Chi Ming, yang di hantar Maharaja China untuk berdagang dengan kerajaan Melaka diterima baik oleh sultan Melaka. Asalnya hubungan perdagangan ini telah bertukar kepada hubungan perkahwinan apabila Puteri Hang Li Po berkahwin dengan Sulatan Melaka.Tamadun Cina dan tamadun India dikatakan bertembung di Asia Tenggara. Kedua-dua tamadun ini mempunyai keagungan masing-masing. Satu contoh yang dapat menunjukkan budaya boleh berubah adalah budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Baba dan Nyonya ialah segolongan kaum Cina yang ramai terdapat di negeri Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai Baba atau Peranakan kerana kebudayaan mereka berasal

daripada warisan kebudayaan tradisi Cina dan mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Hal ini berlaku melalui penyesuaian dan resapan budaya merekan terhadap sosiobudaya persekitaran mereka pada zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur antara kaum Cina dengan Melayu. Hal ini jelas membuktikan bahawa budaya itu akan berubah mengikut perubahan masa ataupun tempat.

Interaksi antara dua tamadun ini, telah membuka lembaran baru dari segi unsur agama dan kepercayaan iaitu dalam konsep kepercayaan buddha. Ajaran buddha yang konsepnya hampir menyerupai konsep Daoisme senang diterima masyarakat Cina, sehinggakan dalam tempoh yang singkat, orangorang Cina telah berjaya menyusun doktrin buddha dalam satu koleksi yang dinamakan Tripikata yang terdiri dari kandungan kitab Mahayana dan Hinayana. Selain itu, Masyarakat Cina turut mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Pada zaman kini, budaya kepercayaan pantang larang dan nilai murni dalam ajaran agama islam telah membentuk atau menjadi sesuatu kebudayaan Malaysia.

Unsur seterusnya adalah perayaan, perayaan yang diamalkan oleh tamadun China diserikan lagi dengan amalan pelbagai perayaan keagamaan seperti Tahun baru Cina, Festival Moon Cake, dan sebagainya. Masyarakat Cina juga mengamalkan sikap toleransi dan menghormati upacara keagamaan kaum-kaum lain. Sebagai contoh, bangsa Cina memberikan angpau kepada orang yang belum kahwin semasa meraikan Tahun Baru Cina. Ia merupakan adat resam masyarakat Cina tetapi budaya ini telah diamalkan oleh bangsa lain kerana adat resam tersebut sudah menjadi sesuatu keniasaan yang diwarisi dalam sesebuah masyarakat. Ia turut mempengaruhi kaum lain.

You might also like