You are on page 1of 3

PENGENALAN APA ITU RAGBI SENTUH?

?Asal-usul ragbi sentuh boleh ditelusuri kembali ke Australia pada 1960-an di mana ia digunakan sebagai permainan pemanasan untuk code rugby. Kesederhanaan dari permainan ini adalah unik; anda cuma memerlukan bola ragbi, padang untuk bermain dan beberapa orang rakan.Ragbi sentuh adalah permainan yang pantas, melibatkan se ntuhan yang minimum dan tidak merbahaya.

Permainan ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada tua atau muda dan lelaki mahupun perempuan. Permainan ini hamper sama dengan rugby union, tetapi tanpa lineouts, scrum, rucking dan tackle.Ia cepat, mudah dan permainan ini menarik unt uk meningkatkan kemahiran asas larian(running), pengendalian bola(handling), mengelak(evasion) dan memberi sokongan(support), sementara mengembangkan prinsip-prinsip asas serangan(attacking) dan pertahanan(defensive), tanpa takut tercedera kerana perma inan ini memang tidak merbahaya.BAHAGIAN 1 - MENGAPA MEMILIH RAGBI SENTUH?Fleksibiliti: Ragbi sentuh sangat sesuai untuk pemain baru dan pemain berpengalaman. Anda boleh bermain sama ada lelaki, wanita atau dicampurkan lelaki dan wanita dalam satu kumpulan.Ragbi Sentuh adalah permainan yang melibatkan pelanggaran/sentuhan yang minimum(tidak merbahaya), ia juga merupakan sukan rekreasi kerana boleh dimainkan di padang dan juga ketika aktiviti sosial.

Ragbi Sentuh adalah permainan yang mudah dimainkan di mana-mana. Ia bole dimainkan di padang mahupun di pantai. Permainan ini sangat mudah untuk dipelajari dan dimainkan. Ragbi Sentuh juga boleh digunakan untuk melatih pemain untuk mengelak dengan mudah, mengejar dan sebagai aktiviti pemanasan.BAHAGIAN 2 - MEMAHAMI PERMAINANObjektif permainan:Objektif permainan ini kepada setiap pasukan adalah untuk mendapatkan nilai 'touchdown' dan untuk mengelakkan pihak lawan daripada melakukan touc hdown. Bola mungkin akan dihantar kepada pemain lain, mungkin akan terjatuh ke hadapan dan mungkin juga dipintas oleh pihak lawan ketika pemain membuat hantaran. Selain itu, bergerak bersama-sama bola akan member kelebihan untuk mendapatkan kawasan padang dan untuk mendapatkan peluang mendapatkan skor.
Pemain pasukan yang bertahan perlu mengelakkan pemain dari pasukan menyerang memperolehi kelebihan kawasan padang dan juga

mata. Sama ada pasukan menyerang atau bertahan kedua-duanya boleh memulakan sentuhan. Permulaan Permainan:Pasukan yang memenangi balingan syiling akan memilih kawasan padang atau pasukan mana yang akan memulakan permainan dengan tab dari tengah kawasan padang. Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan ke pihak lawan yang bertahan.Jika sentuhan dianggap terlalu kuat, hukuman/ penalti akan diberikan kepada pihak yang melakukan sentuhan. Pasukan yang mendapat hukuman perlu kembali 10meter ke belakang untuk meneruskan permainan. DUMMY HALF boleh membawa bola tetapi tidak dibenarkan untuk disentuh ketika membawa bola. Jika disentuh ketika membawa bola, bola akan diserahkan kepada pasukan yang bertahan dan dimulakan dengan Rollball .Tempoh Permainan:Tempoh permainan boleh divariasikan supaya sesuai dengan keadaan tempatan. Tapi sebagai panduan cuba 2 x 10 minit.

RollballRollball ini dipengaruhi oleh bahagian.Posisi pemain yang menyerang mestilah berhadapan dengan garisan skor(scoreline) pih ak lawan(bertahan) , berdiri selari dengan garisan tepi, dan bola digulingkan ke belakang di atas tanah. Ia mesti digulingkan di antara kaki dan jarak digulingkan tidak lebih dari satu (1) meter. Apabila bola berada pada tandanya, pasukan penyerang perlu melangkah melebihi bola tersebut.

Jika bola yang digulingkan melebihi dari 1 meter, hukuman akan diberikan kepada pasukan bertahan.'Voluntary Rollball' terjadi apabila seorang pemain tidak menyentuh dan tidak menggulingkan bola di antara kakinya. Ini tidak dibenarkan dan akan mengakibatkan pihak pembangkang mendapat kelebihan penalti.

Ukuran Padang:Ukuran Padang boleh berbeza-beza, tetapi permainan kebiasaannya akan dimainkan pada ukuran setengah padang ragbi iaitu 50x70meter. Goal Post tidak diperlukan untuk memainkan permainan ragbi sentuh.Jumlah pemain:Pasukan boleh terdiri daripada maksimum pemain sehingga14 pemain, iaitu 6 pemain di atas padang pada satu-satu masa. Sebagai cadangan, satu pasukan terdiri dari 8 hingga 10 orang pemain untuk penglibatan maksimum dan aktiviti kepada setiap pemain.Kaedah penilaian:Satu skor diberikan pada pemain menyerang jika menyentuh bola di tanah selepas garisan skor pihak lawan. Satu skor bernilai 5 mata.Orang yang mengambil peranan 'DUMMY HALF' (orang yang menerima bola dari pihak lawan untuk memulakan perma inan) boleh melepasi garisan skor pihak lawan, tapi tidak boleh skor.Penalti:Jika seorang pemain diberi penalti, pasukannya harus mundur 10 meter.Penalti diambil dengan menempatkan bola di tanah, melepaskan bola, menyentuh bola dengan kaki dan mengangkat bola kemudian meneruskan permainan.Setelah skor dibuat oleh mana-mana pasukan, permainan akan dimulakan semula dengan tab di tengah padang oleh pasukan non-scoring. BAHAGIAN 3 - ASAS PERMAINANHantaran(Passing):Forward Pass berlaku ketika bola di lempar oleh pembawa bola dan ketika b ola tersebut dilemparkan ia berada di hadapan pemain yang melemparkan bola. Dalam situasi ini, penalty akan diberikan.Sentuhan:T ouch and Pass terjadi ketika seseorang yang telah disentuh kemudian membuat hantaran. Jika berulang kali melakukankannya, penalti akan diberikan. Pemain dari kedua-dua pasukan mempertahan dan penyerang akan menggunakan kuasa minimum untuk cuba mengelak dari disentuh dan menyentuh.Sentuhan 'boleh dilakukan pada setiap bahagian badan pemegang bola,sama ada pakaian mereka atau bola.Setelah disentuh, pembawa bola dikehandaki untuk berhenti serta merta dan kembali ke tanda di mana ia disentuh. Kemudian

Offside: Pemain menyerang adalah offside ketika pemain ketika pemain tersebut melebihi dari pemain lain yang menyerang yang memiliki bola atau orang terakhir yang memegang bola. Seorang pemain bertahan akan offside jika tidak mundur 10meter(sewaktu Rollball) atau 10meter(ketika penalti atau permulaan semula selepas membuat skor)
Seorang pemain bertahan akan offside jika terdapat pemain yang tidak mundur 10meter (ketika Rollball) atau 10 meter (ketika penalti

dan ketika memulakan permainan selepas melakukan skor).Untuk semua insiden offside, pihak lawan akan diberikan hukuman.BAHAG IAN 4 - PERATURAN UMUMUmum: 'Overstepping' atau off the mark' terjadi ketika pemain yang telah disentuh berjalan melebihi titik/tanda di mana mereka disentuh. Dala m kes ini, penalti akan diberikan kepada pasukan pembawa bola yang disentuh tersebut.Jika bola jatuh ke tanah atas sebarang sebab, perubahan pemilikan dan permainan akan berlaku dan permainan akan dimulakan kembali dengan sebuah Rollball.Penggemb alaan atau Obstruction akan menyebabkan penalti diberikan kepada pihak pembawa bola.Penyimpangan(Deviation) yang terjadi disarankan dengan meneruskan permainan apabila pasukan bertahan tidak mundur 10meter dan jika pasukan bertahan menghalang pergerakan pemain menyerang. Penalti akan diberikan kepada pasukan bertahan. Untuk pertelingkahan kecil, misalnya bertengkar dengan pengadil, memukul, melanggar dengan sengaja menggunakan bahu, menyepak kaki pihak lawan yang sedang berlari, dan sebagainya, pemain boleh mendapat sin-binned selama 5 minit tanpa penggantian.Pengadil menjadi hakim tunggal(Foul play of any nature) yang akan mengeluarkan pemain yang bersalah dari padang tanpa pengganti.BAHAGIAN 5 - PRINSIP UMUM PERMAINAN1. Maju:Ketika Menyerang: Objektif permainan ini adalah untuk melakukan skor lebih daripada pasukan bertahan. Untuk mencapai matlamat ini, pemain perlu membawa bola menghampiri garisan skor pasukan bertahan. Ketika ini, taktikal yang dicipta oleh pasukan menyerang akan menambah lagi peluang untuk bergerak ke hadapan dan seterusnya menghampiri garisan skor pihak bertahan. Dalam pertahanan: Ketika bertahan, pemain bertahan perlu berusaha untuk memintas masa dan ruang pihak lawan dengan bergerak ke hadapan untuk mengelakkan pasukan menyerang dari menghampiri dan menguasai kawasan skor.

2. Menyokong(Support) pembawa bola pada setiap masa: Sokongan yang rapat daripada pembawa membolehkan pihak menyerang mempunyai pilihan yang banyak untuk menyerang dan mengekalkan kedudukan. Sokongan yang rapat juga bermaksud ka wasan tanah sendiri tidak harus hilang ketika membuat hantaran bola ke belakang untuk rakan sepasukan. Ingat, hantaran langsung ke sisi dibenarkan dan merupakan hantaran paling berkesan.3. Penukaran pemain sebanyak mungkin:Seorang pemain baru di padang dapat memberi kesan kepada pasukan sama ada menang atau kalah. Lihat dan lakukan pertukaran pemain ketika pasukan anda menyerang dan ketika berada di kawasan pertukaran pemain.Apabila anda telah membuat skor(touchdown), idea yang baik adal ah dengan menukarkan pemain baru di padang untuk menjaga potensi pasukan.PengadilSeperti di dalam permainan, peranan pengadil sangat penting untuk memastikan bahawa peraturan-peraturan yang ditetapkan diikuti oleh pemain-pemain supaya semua pemain berpuas hati.Siapapun boleh menjadi pengadil ragbi sentuh pada peringkat sosial dengan menyediakan asas-asas peraturan yang mudah untuk di fahami(sila lihat Peraturan Ringkas di bawah). Pengadil harus mampu mengendalikan permainan di padang dengan tegas tapi mesra. Persatuan pengadil dan juga kelab-kelab ragbi di kawasan anda adalah tempat yang terbaik untuk mendapatkan pengadil dan untuk mendapatkan rujukan dan pendapat. Peraturan Ringkas1. Peraturan permainan ini sebagaimana yang ditentukan oleh Federation of International Touch (F.I.T) dan akan digunakan, kecuali terdapat perubahan.
2.Padang permainan ragbi sentuh dikurangkan daripada saiz standard antarabangsa.3. Pasukan menyerang harus bermula dengan

sekali tab dari tengah padang.4. Pasukan bertahan harus kembali 10 meter untuk memulakan permainan, dan setelah gol masingmasing. 5.Setelah mana-mana pasukan melakukan skor, permainan bermula lagi dengan tab di tengah-tengah padang.

6. Orang yang mengambil peranan sebagai dummy half boleh melebihi garisan skor(try-line),tetapi tidak boleh membuat skor.7. Jika d ummy half disentuh ketika memegang bola, pasukan dummy half akan hilang giliran. Permainan akan dimulakan semula dengan Rollball . 8. Setelah disentuh, pemain yang disentuh perlu menggulingkan bola di antara 2 kakinya.9. Pasukan penyerang boleh bermain sehingga mereka disentuh sebanyak 6 sentuhan. > Pemain wajib berhenti serta merta selepas disentuh. > 3-langkah atau. 3saat adalah peraturan untuk ragbi rimau dan bukanlah untuk ragbi sentuh. 10. Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan kepada pihak lawan. Permainan akan dimulakan semula dengan Rollball.

11. Setelah menyentuh pemain menyerang yang memegang bola, semua ahli pasukan bertahan harus mundur 10 meter dengan

.12. Bola ke tanah(Ball to ground): Ketika bola jatuh di tanah, bola akan bertukar tangan kepada pihak lawan.13. Hila ng giliran(turn over): Berlaku apabila pasukan menyerang hilang giliran dengan sebarang sebab. Maka, bola perlu diberi kepada pasukan bertahan.14. Tidak ada kawalan(No control): Ketika bola dilemparkan(forward pass), dijatuhkan(dropped), mengetuk/ jatuh(knock on), dalam sentuhan(in a touch).Rollball kepada pasukan yang bertahan.15. Ketika seseorang diberi penalti/hukuman, seluruh ahli pasukannya ketika itu harus mundur 10 meter ke belakang dengan kadar yang segera.PENALTI/HUKUMAN: Bola di tanah, lepaskan bola, menyentuh bola dengan kaki anda, angkat bola dan meneruskan permainan.16. Jika para pemain bertahan tidak mundur, mereka telah melakukan kesalahan offside. Maka Penalti/Hukuman diberikan. 17. Jika sentuhan dianggap terlalu kuat. Penalti/Hukuman akan diberikan.

18. Offside: Terjadi apabila pemain bertahan tidak mundur 10 meter. Penalti/Hukuman diberikan.19. Forward Pass: Berlaku ketika bola melepasi di depan pemain yang membawa/memegang bola. Penalti/Hukuman diberikan.20. Touch and Pass: Berlaku ketika pemain ya ng disentuh kemudian terus membuat hantaran tanpa berhenti. Penalti/Hukuman boleh diberikan.21. Overstep or off the mark: Apabila pemain yang telah disentuh berjalan meninggalkan tanda di mana mereka disentuh. Penalti/Hukuman boleh diberikan.22. Voluntary Ro llball atau tidak disentuh(no touch): Apabila pemain tersebut tidak disentuh dan menggulingkan bola antara kaki mereka. Penalti/ Hukuman akan diberikan. 23. Lebih dari satu meter: Bola tidak boleh digulingkan lebih dari satu meter. Penalti/Hukuman akan diberikan.24. Gembala atau obstruksi (Shepherd or obstruction): Menghalang pihak lawan daripada menyentuh pemain yang memegang bola. Penalti akan diberikan.

25. Deviation: Ketika pemain bertahan membuat pertukaran arahnya sebelum berundur 10meter ke belakang. Penalti/Hukuman akan diberikan.26. Untuk pertelingkahan kecil, misalnya bertengkar dengan pengadil, memukul, melanggar dengan sengaja menggunakan bahu, menyepak kaki pihak lawan yang sedang berlari, dan sebagainya, pemain boleh mendapat sin-binned selama 5 minit tanpa penggantian. 27. Foul play of any nature (pengadil menjadi hakim tunggal) akan mengeluarkan pemain yang bersalah dari padang tanpa pengganti.

28. Sepakan boleh dilakukan, tetapi sepakan tersebut perlulah ditangkap semula oleh pemain yang menyepak bola tersebut. Jika bola jatuh ke tanah sebelum berjaya ditangkap, pasukan bertahan akan memulakan permainan dimana bola tersebut disepak dengan rollball atau dengan tab di tempat bola tersebut jatuh.
29. Jika keputusan permainan adalah seri. Masa tambahan akan diberikan, ketika itu setiap 2minit seorang pemain akan dikeluarkan

sehingga tinggal 3 orang pemain sahaja di atas padang di mana permainan akan diteruskan dengan 3 lawan 3.

You might also like