You are on page 1of 40

IDEA KEPEMERINTAHAN DAN GAYA KEPIMPINAN MAHATHIR-SUHARTO DALAM MEMAKMURKAN NEGARA SERTA MENJALIN PERSEFAHAMAN SERANTAU MENURUT KACAMATA

LEE KUAN YEW1


Oleh: Lutfan Jaes2 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja Batu Pahat Johor Malaysia lutfan@uthm.edu.my
ABSTRAK

Penulisan ini bertitik tolak daripada wacana pembangunan yang melibatkan idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan berkesan pemimpin menerajui proses pembangunan negara. Lee Kuan Yew (LKY), Mahathir dan Suharto masingmasing negarawan unggul Asia Tenggara yang berjaya menggerakkan tindakantindakan pragmatik demi mencapai misi dan visi yang dirancang. Masing-masing mengambil semangat demokrasi barat namun pelaksanaannya cukup terbatas mengikut acuan sendiri. Keupayaan kepimpinan masing-masing membawa masyarakatnya berkembang maju dari satu tahap ke satu tahap yang lain merupakan pencapaian yang sukar ditandingi oleh mana-mana pemimpin sezaman mahupun pada masa kini. Melihat idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir-Suharto dalam kaca mata LKY dianggap pendekatan unik. Ini kerana LKY memiliki pengalaman politik hampir 60 tahun (1955-2011) menjadikannya sebagai tokoh politik merentas zaman melangkau abad. Setiap pemimpin dunia di eranya tidak terlepas dari pemerhatian dan pendapatnya sama ada bagi tujuan rasmi ataupun secara peribadi. Mahathir dalam Tom Plate (2012; hal 110) sinis menyatakan bahawa orang memandang LKY sebagai intelek dan bukan sebagai ahli politik biasa, beliau sering dijemput berkongsi pandangan dalam pelbagai perkara malah ke peringkat beliau dilihat lebih besar dan penting daripada Singapura!. Beliau membimbing Singapura menjadi negara maju setelah Singapura dipisahkan dengan kawasan pedalaman nya Malaysia. Sesungguhnya sejarah Malaysia dan Indonesia tidak dapat dipisahkan dengan watak ini. Beliau terus releven di arena politik tempatan dan antarabangsa apabila dilantik sebagai Menteri Kanan (1990-2004) dan Menteri Mentor (2004-2011). Michael Vatikiotis (1994) dalam bukunya Indonesian Politics Under Soeharto ketika memperihalkan ketiga-tiga tokoh besar ini; jasa terbesar Suharto adalah menciptakan kestabilan di Indonesia hingga menyebabkan
1

Kertas kerja ini akan di bentangkan di Seminar Antarabangsa Masa Depan Bangsa-Bangsa Melayu Di Tengah Krisis Dan Perubahan Politik Global anjuran Universiti Utara Malaysia-Universitas Sebelas Maret pada 1- 4 September 2012. 2 Lutfan bin Jaes merupakan staf akademik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia (UUM). No telefon yang boleh dihubungi : (H/P) 019-7788034. (Fax) 07-4536090

Singapura dan Malaysia bertambah stabil. Kestabilan negara besar ini secara langsung meningkatkan pertumbuhan ekonomi Asia dan menyebabkan Indonesia, Malaysia dan Singapura digelar East Asia Miracle. Diharapkan melalui pandangan LKY yang unik, satu perspektif baru terkait dengan idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan bakal diperoleh untuk iktibar generasi akan datang. Kata Kunci : Idea Kepemerintahan, Gaya Kepimpinan, Lee Kuan Yew, Mahathir, Suharto

PENGENALAN
LKY negarawan unggul Asia Tenggara. Beliau berjaya menggerakkan tindakan-tindakan pragmatik dengan idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan berkesan demi mencapai visi yang dirancang dalam konteks pembangunan Singapura. Dengan rekod pengalaman politik lebih 60 tahun3, tiada siapa yang mampu menandingi pencapaian dan kredibiltinya sebagai negarawan4 di Singapura khususnya dan di Asia Tenggara umumnya. Keupayaan kepimpinannya membawa masyarakat Singapura berkembang maju ke satu tahap yang lain. Beliau membimbing Singapura terus maju5; dalam keadaan Singapura terputus dengan kawasan pedalaman nya6 Malaysia.

Sejarah Persekutuan Malaysia khususnya dan Indonesia amnya tidak dapat dipisahkan dengan watak ini. Beliau merupakan pengacau tegar ketika berada di dalam parlimen Malaysia (1963-1965). Konsep Malaysian Malaysia nya meresahkan pemimpin-pemimpin parti Perikatan7 ketika itu terutamanya Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Abdul Razak. Mahathir yang ketika itu (1964-1969) pertama kali menjadi ahli parlimen, sentiasa menjadi ayam sabung kerajaan menangkis hujah-hujah bernas LKY yang didaktik.
3

LKY lahir pada 16 September 1923 dan mula terlibat dengan politik seawal April 1955 sebagai Ahli Parlimen Tanjung Pagar di bawah tiket Peoples Action Party (PAP) . Seterusnya menjadi Perdana Menteri Singapura Pertama (5 Jun 1959 28 November 1990), Menteri Senior (28 November 1990 12 Ogos 2004) dan Menteri Mentor (12 Ogos 2004 21 May 2011). 4 Penulis berpendapat Tun Mahathir dari Malaysia dan Presiden Suharto daripada Indonesia sahaja yang mampu menyainginya keunggulannya di Asia Tenggara. Raja Bhumibol Adulyadej dari Thailand juga mempunyai keunggulan tersendiri dalam konstitusi negaranya 5 Sila baca lanjut : - Lee, K. Y. (2000). From Third World To First- The Singapore Story : 1965-2000 Memoirs of Lee Kuan Yew. Singapore : Marshall Cavendish Edition 6 Pada 9 Ogos 1965, Parlimen Malaysia secara rasmi mengeluarkan Singapura daripada menjadi sebahagian daripada Malaysia. Singapura muncul menjadi sebuah republik yang merdeka dan berdaulat. 7 Parti Perikatan merupakan gabungan parti-parti mewakili kaum dan demografi di Malaysia. Ia dominan serta mendapat kepercayaan terbesar rakyat memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia daripada penjajah British. Kini dikenali sebagai Barisan Nasional

Walaupun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1990, LKY terus releven di arena politik Singapura dan antarabangsa. Beliau dilantik sebagai Menteri Kanan (1990-2004) dan Menteri Mentor (2004-2011). Perspektif serta catatan beliau terhadap ramai pemimpin dunia yang terkait dengan tugas-tugas formal mahupun bersifat peribadi secara tidak langsung telah merentas zaman melangkau abad. Sehingga kini, konsep dan ideologi popularnya Malaysian Malaysia, terus lantang diperkatakan walaupun Singapura bukan lagi sebahagian daripada Malaysia. Ia diwarisi serta diperjuangkan oleh sesetengah parti politik di Malaysia hingga kini. Mahathir dalam Tom Plate (2010; hal 110) menyatakan

Orang memandangnya (LKY) sebagai seorang intelek, bukan semata-mata tokoh politik biasa, jadi beliau sering dijemput untuk berkongsi pandangannya tentang pelbagai perkara, malah sampai ke peringkat beliau dilihat sebagai lebih besar dan lebih penting daripada Singapura. Walaupun pada hakikatnya beliau hanyalah seorang Datuk Bandar Singapura.

Penulisan ini cuba melihat dua (2) perkara iaitu a) asas pendirian dan idea kepemerintahan LKY dalam sesebuah negara dan juga b) perspektif LKY terhadap idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir dan Suharto. Melalui pandangannya yang berbeza, satu kesimpulan berkaitan idea kepemerintahan Mahathir-Suharto mungkin diperoleh serta dijadikan panduan pada masa akan datang. Ia juga penting bagi keupayaan pemimpin di Malaysia dan di Indonesia untuk membaca perspektif idea-idea pemimpin Singapura pada masa akan datang. Sesungguhnya mengenali pemimpin kita sendiri menurut kaca mata sahabat dan musuh merupakan sesuatu yang baik.

DEFINISI IDEA KEPEMERINTAHAN


Idea kepemerintahan dikenali sebagai ruling ideas; digunakan oleh Karl Marx dalam The German Ideology (1945). Menurut Marx,8 ruling ideas adalah milik golongan borjuis untuk mempengaruhi pola fikir
8

http://wwsword.blogspot.com/2008/06/ideas-of -ruling-are-in-every.html

golongan proletariat sehingga segala penindasan yang dilakukan oleh mereka itu seolah-olah diizinkan oleh rasional-rasional tertentu. Konsep asalnya dinyatakan oleh Marx seperti berikut:

The ideas of the ruling class are in every epoch the ruling ideas, i.e. the class which is the ruling material force of soceity, is at the same time its ruling intellectual force. The class which has the means of material production at its disposal has control at the same time over the means of mental production, so that thereby, generally speaking, the ideas of those who lack the means of mental production are subject to it. The ruling ideas are noting more then the ideal expression of the dominant material relationships, the dominant material relationships grasped as ideas; hence of the relationships which make the one class the ruling one, therefore, the ideas of its dominance.

Hujah Karl Marx adalah berlandaskan dialektika materialisme, pertentangan kelas pemilik material dengan kelas yang hanya memiliki kudrat perburuhan. Kelas pemilik material melakukan penguasaan dengan cara mengeksploitasi buruh, demi menambahkan lagi kekayaan material dan intelektual mereka (Abdul Rahman, 2009; hal 3). Konsep ruling ideas oleh Karl Marx inilah yang di fahami dan dipegang erat oleh LKY dalam mengurus pandangan dan tindakannya ketika di dalam Persekutuan Malaysia dan setelah Singapura menjadi sebuah negara yang bebas merdeka. LKY sengaja gagal melihat idea kepemerintahan yang perlu disesuaikan dengan latar sejarah awal, pembangunan dan demografi seluruh kepulauan nusantara. Beliau hanya mahu faham latar sejarah Singapura seawal penjajahan British sahaja9, dan mahukan aplikasi idea kepemerintahnnya melangkau nusantara khususnya seluruh Malaysia.

Dalam hubungan ini, keadaan masyarakat Melayu di Malaysia dan Indonesia tidaklah seketat seperti yang dianalisis oleh Marx kerana
9

Sekitar abad ke 14, pulau Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Sriwijaya dan dikenali sebagai Temasek ("Kota Laut")

pemimpin-pemimpin yang muncul, baik semasa pemerintahan kesultanan mahupun setelah mencapai kemerdekaan, kuat dipengaruhi oleh amalan budaya Melayu dan ajaran agama (Hindhu, Budhha, Islam). Mereka memimpin masyarakat dengan tujuan untuk memberikan keselesaan hidup dan peluang masa depan yang lebih baik. Ruling Ideas di Malaysia dan Indonesia seharusnya dilihat dalam acuan sendiri dengan latar sejarah politik, ekonomi dan sosial serta pertimbangan gaya nilai peradaban Nusantara, Melayu-Islam dan Rukun Negara/Pancasila. Panduan agama dan nilai peradaban menjadi alat kawal kepada pemimpin dan kepimpinan di Malaysia dan Indonesia10 sejak sekian lama. Ruling ideas hanya perlu dipinjam istilahnya sahaja (dari Barat) untuk mengupas dan memahami idea pelaku-pelaku utama. Ini kerana idea-idea pelaku utamalah yang menggerakkan pemerintahan.

Manakala Abdul Rahman (2009) menyatakan Ruling Idea atau Idea Kepemerintahan ialah kerangka pemikiran dan tindakan yang dilakukan oleh pemimpin dalam memimpin masyarakatnya untuk menangani permasalahan hidup seharian yang dalam masa yang sama mempersiapkan untuk hari depan. Sebuah hadis Rasullah SAW mengingatkan manusia mestilah dipimpin dengan penuh rasa tanggungjawab.

Semua kamu adalah pengembala dan semua kamu bertanggungjawab atas gembalaannya. Imam bertanggungjawab atas rakyatnya. Lelaki pengembala ahli rumahnya, dan bertanggungjawab atas rakyatnya. Perempuan pengembala rumah suaminya dan bertanggungjawan atas rakyatnya. Khadam pengembala harta benda tuannya dan bertanggungjawab atas rakyatnya. Bahkan seluruh kamu adalah pengembala dan bertanggungjawab atas rakyat gembalaannya. (Hadis riwayat Bukhari-Muslim, dipetik daripada Hamka, 1977; hal 4)

Fitrah kehidupan manusia memperlihatkan wujudnya dua golongan utama dalam masyarakat golongan yang memimpin dan golongan yang dipimpin. Golongan yang memimpin itu tercorak oleh budaya
10

khususnya Mahathir (nilai Melayu) dan Suharto (nilai Jawa)

kelas sosial yang selalunya lebih tinggi daripada golongan yang dipimpin. Bagi orang Melayu pepatah ada menyebut, Pemimpin itu mestilah yang didulukan selangkah, yang ditinggikan seranting, yang dilebihkan serambut, yang dimuliakan sekutu. Dalam rumpun Melayu; ungkapan Jawa mengatakan hakikat kepimpinan itu Ing Ngarsa Sung Tulada, Ing Madya Mangun Karsa, Tut Wuri Handayani (Ghazali Shafie, 2001; hal 155-156). Maksudnya, yang di hadapan menjadi teladan, yang di tengah membangun kehendak, yang dibelakang membimbing atau mempengaruhi.

LKY DAN IDEA KEPEMERINTAHAN


Adalah penting untuk memahami pendirian dan ideologi LKY yang membentuk idea kepemerintahannya di Singapura seterusnya cara beliau melihat idea kepemerintahan Mahathir-Suharto. Idea asas pendirian politik beliau dikenalpasti seawal tindakannya ketika Singapura masih berada di dalam lingkungan Persekutuan Malaysia 1963. Perbezaan-perbezaan asas dari segi idea kepemerintahan dalam membangunkan negara antara LKY dan Tunku Abdul Rahman membawa kepada penyingkiran Singapura daripada Persekutuan Malaysia. LKY dalam biografinya, Lee Kuan Yew-Hard Truth To Keep Singapore Going ( 2011) menegaskan;

My fundamental belief is that whatever your background, you should have an equal chance in life, in education, in helth, in nutrition. So you may not be as well-fed with all the meat and vitamins as a wealthier person, but you should have enough to make sure that youre not stunted, so you can perform and achieve your best in life. Thats the only way a soceity can grow. I am against a soceity which has no sense of nurturing its best to rise to the top. Im against a feudal soceity where your birth decides where you stay in the pecking order. (Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 50)

LKY dalam Jilid I memoirnya The Singapore Storey : Memoirs of LKY (1998) menjelaskan dengan panjang lebar tentang pembangunan tamadun dan bangsa di Singapura. Memetik kata beliau:

There are books to teach you how to build a house, how to repaire engines, how to wright book. But I have not seen a book on how to build a nation out of a disparate collection of immigrants from China, British India and Dutch East Indies, or how to make a living for its people when its former economics role as entrepot of the region is becoming defunct (LKY, 2000; hal 19)

LKY melihat hagemoni politik dan pemerintahan Melayu sebagai sesuatu yang bersifat perkauman dan tidak adil. Beliau melihat keadilan dalam konteks persaingan sempurna antara kaum. LKY tidak mahu memahami konsep Ketuanan Pemerintahan Raja-Raja Melayu yang sudah terasas serta terbudaya seawal kurun ke 2 Masihi.11 Beliau gagal memahami konsep majoriti dan sesetengah kaum perlu diberikan bantuan khas kerana sudah terlalu lama ditinggalkan di belakang daripada kaum yang lainnya dalam arus pembangunan penjajahan.

Peranan, kewujudan, usaha dan sumbangan beliau, bapa (Lee Chin Koon)12 serta datuknya (Lee Hoon Leong)13 di Singapura memberikan beliau rasa dan makna bahawa tiada bezanya beliau dengan kaum lain khususnya orang Melayu. Ia jelas ditunjukkan dalam catatan memoirnya selepas Singapura di keluarkan dari Persekutuan Malaysia seperti berikut:

Saya dibebani rasa bersalah yang amat sangat. Saya berasa bahawa saya telah mengecewakan beberapa juta orang di Malaysia: pendatang Cina dan India, orang Serani, malah sebahagian orang Melayu. Saya telah menyemarakkan harapan mereka dan mereka telah menyertai orang-orang di Singapura dalam menentang hagemoni Melayu, punca perselisihan kami. Saya malu telah membiarkan sekutu-sekutu dan penyokong kami terpaksa membela nasib mereka sendiri, termasuk pemimpin parti dari negeri-negeri lain di Malaysia Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. (LKY, 1998 ; hal 5-6)

11

sekadar menyatakan beberapa kerajaan Melayu lama seperti; Minanga, Kedah, Srivijaya, Dharmasraya, Singhasari, Majapahit, Pagaruyung dan Melaka 12 dilahirkan di Semarang 13 Lee Hoon Leong ialah datuk sebelah bapa LKY yang dilahirkan di Singapura. Manakala datuk sebelah ibunya iaitu Chua Kin Teng juga dilahirkan di Singapura (bersusur galur dari keluarga di Melaka) dan mengahwini Neo Ah Soon dari Pontianak

Pelantar paling berkesan untuk beliau mencetuskan idea awal kepemerintahannya adalah di Parlimen Persekutuan Malaysia pada ketika itu. LKY menyatakan:
Saya menggariskan perbezaan antara persamaan politik dan hakhak istimewa bagi peningkatan ekonomi serta sosial untuk orang Melayu. Saya menerima hak-hak istimewa, tetapi jika rakyat Malaysia yang lain dinafikan persamaan politik dengan orang Melayu, kita tidak akan perlukan Sukarno dan Konfrontasi untuk menghapuskan kita. Sebaik-baik sahaja anda melempar perlembagaan ini ke dalam api dan anda berkata jangan pedulikannya, ia bererti anda melakukannya untuk masa yang panjang dan sejarah merupakan satu proses yang panjang dan tidak mengenal belas kasihan (LKY, 1998 ; hal 717)

Pengalaman beliau sebagai peguam mewakili kesatuan-kesatuan sekerja berbilang bangsa, membantu membentuk sikap dan idea kepemerintahannya. Malah keberaniannya menangani anasir komunis di Singapura sama ada yang berada di dalam mahupun diluar parti (PAP) dianggap sebagai sumbangan besar kepada British, Tanah Melayu (Malaya) dan seluruh rantau Asia Tenggara. Dalam satu ucapan terakhirnya di Parlimen Malaysia sebelum Singapura di singkirkan :

Jika kita mengelirukan rakyat untuk mempercayai bahawa mereka miskin kerana tiada terdapat hak-hak istimewa orang Melayu atau kerana anggota pembangkang menentang hak-hak orang Melayu, apakah yang akan berlaku kepada kita akhirnya? Anda membuat orang-orang kampung percaya bahawa mereka miskin kerana tidak bertutur dalam bahasa Melayu, kerana kerajaan tidak menulis dalam bahasa Melayu, jadi mereka mengharapkan satu keajaiban akan berlaku pada tahun 1967 (apabila bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal). Sebaik-baik sahaja kita semua mula bertutur bahasa Melayu, mereka akan menikmati taraf hidup lebih tinggi, dan jika tidak berlaku apakah jadinya nanti?.....Sementara itu, apabila sahaja terdapat kegagalan dalam dasar-dasar ekonomi, sosial dan pendidikan, anda menoleh dan berkata , oh orang-orang Cina yang jahat ini, orang India dan orang-orang lain telah menentang hak-hak orang Melayu. Mereka tidak menentang hak-hak orang Melayu. Mereka, orang-orang Melayu, mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia untuk mendaki ke paras yang

lebih tinggi dalam latihan serta pendidikan yang telah melahirkan masyarakat bukan Melayu yang lebih berdaya saing. Bukankah ini yang sepatutnya di lakukan? Bukan dengan menyogok mereka dengan doktrindoktrin kabur bahawa apa yang mereka perlu lakukan ialah dengan mendapatkan hak-hak bagi segelintir orang Melayu istimewa dan dengan itu segala masalah mereka akan terhurai.... (LKY, 1998 ; hal 719710)

LKY DAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA


Inilah idea ke pemerintahan yang menjadi rahsia kejayaan masyarakat di Singapura tetapi tidak mungkin di Malaysia;
Secara bersama kami telah menubuhkan Konvensyen Perpaduan Malaysia yang telah mengadakan pertemuan dan menyelaras kegiatankegiatan kami bagi mengerah rakyat untuk menyokong sebuah masyarakat bukan perkauman. Kami telah memutuskan untuk mewujudkan satu perikatan luas yang boleh mendesak kerajaan Perikatan di Kuala Lumpur untuk mewujudkan sebuah Malaysian Malaysia (Malaysia bagi rakyat Malaysia), bukan sebuah Malay Malaysia (Malaysia bagi orang Melayu) ini bukan satu perkara yang mudah memandangkan parti perikatan yang memerintah sendiri dikuasai oleh parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pimpinan Tunku (L KY, 1998 ; hal 5-6)

Malaysian Malaysia membawa gagasan samarata yang pada pendapat LKY ia jauh lebih baik daripada konsep equal soceity yang dianuti dan diimpikan oleh masyarakat komunis. Menariknya, LKY mendatangkan bukti terhadap pengukuhan pencapaian prestasi kaum Melayu di Singapura yang bertambah baik (tetapi tidak mampu menyaingi kaum-kaum yang lain). Hujah beliau;
..I told the Malay leaders they will never close the gap with the Indian and the Chinese, because as they improve, the others also improve. So the gap remains. They are improving but they are not closing the gap. Thats fact of life. Sidek (Saniff) finally accepted that. He never believed it. When he came in he was president of the Malay Teachers Union. So we brough him in. I said Id put you in education, you just see it. .........

Do you think you can create an equel soceity, as the communist believed? After a while they stop believing in it. (Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 206-207)

IDEA KEPEMERINTAHAN LKY; CAPITALIST DAN MANIPULASI NILAI

KIASU,

LITTLE

LKY menggunakan asas logik dan realistik dalam membina semangat patriotisme dan membangunkan negara bangsa Singapura. Selain usaha praktikal seperti National Service, LKY juga menggunakan kaedah ancaman serta rasa takut dan kiasu14 takut gagal. Rakyat juga dibentuk sebagai little capitalist sebagai ganti rasa cinta pada negara. LKY berkata;
So what we are doing is not give welfare, but we give a good education and capital gain. You decide whether youll spend it or you build on it. .....What do we give them? A house. You havent got enough money? Give you a subsidy of up to $80,000 to buy a house. Top up your CPF. Give your bonus shares......You want free bus fares? No. You have trouble? Here I give you this cash or assets. You decide what you will do.........We have created a property-owning democracy, thats why we have stability in Singapore. You want people to defend this country, you must give them a stake. They are not going to defend this country for Far East Properties or Hong Leong or whoever. You own this home. You will fight for your family and yourself (Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 201) Singapore and multiracial merithocracy, not a Malay nation, not a Chinese nation, not Indian nation but a place where everybody will have his place : equal; language, culture, religion (Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 219)

Kunci utama kepada apa juga tindakan dan kepengurusanan negara dan masyarakat majmuk di Singapura terletak kepada pertimbangan faktor keselamatan khususnya berkaitan aspek geopolitik dan kekuatan pertahanan. Singapura tidak boleh mempunyai ruang untuk

14

satu istilah popular masyarakat Hokkien yang memberi maksud takut gagal, takut kalah atau ketakutan terhadap kehilangan (fear of loosing) yang boleh dibincangkan lanjut dalam konteks positif mahupun negatif.

10

membuat sebarang kesilapan. Faktor ini telah dipertimbangkan oleh LKY seawal wujudnya Singapura yang merdeka itu sendiri.
Singapura sebuah pulau kecil seluas 214 batu persegi15 pada waktu air surut. Ia telah berkembang maju kerana merupakan jantung Empayar British di Asia Tenggara; dengan perpisahan, ia menjadi sebuah jantung tanpa tubuh. Tujuh puluh lima peratus penduduk kami yang seramai dua juta adalah orang Cina, segolongan minoriti yang sangat kecil dalam gugusan 30,000 buah pulau yang diduduki lebih daripada 100 juta orang Melayu atau orang Islam Indonesia. Bagaimana kami boleh menakat dalam sekitaran yang bersikap bermusuhan itu? (LKY, 1998 ; hal 13) My purpose is to secure Singapores future and anything that consolidates or increases the stability and security for Singapore. No Ive finished my work. I dont need more achievement for Singapore (Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 35)

Faktor keselamatan yang terkait dengan geopolitik ini mendatangkan ancaman kerapuhan kesan daripada permusuhan serantau khususnya di antara Malaysia dan Indonesia seperti pada pandangan beliau.
Tidak terdapat kesangsian mengenai sikap bermusuhan itu. Untuk menambah kepada masalah kami, Indonesia telah melancarkan Konfrontasi agresif terhadap Malaysia apabila persekutuan itu mula wujud dalam bulan September 1963, satu peperangan peringkat rendah yang merangkumi juga pemulauan ekonomi, tindakan keganasan dengan komando meresap masuk ke Singapura untuk meletopkan bom dan pencerobohan tentera melibatkan penyeludupan askar payung terjun di Johor. Orang Cina di Malaya dan Singapura mengetahui bahawa pemerintah Indonesia bahkan menentang tiga juta orang penduduk kaum Cinanya sediri di Indonesia (LKY, 1998 ; hal 13)

15

membesar kepada 271.8 batu persegi pada masa kini dengan menjalankan projek guna tebus tanah yang diperolehi dari bukit bukau, dasar laut dan negara jiran. Dalam hal ini LKY menyatakan We just want maximum space to be ourselves.(Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 50)

11

Pengalaman-pengalaman di atas menyebabkan LKY merasa begitu terancam dan terkepung. Di awal-awal bab buku biografi Lee Kuan Yew Hard Truth To Keep Singapore Going (LKY-HTTKSG) beliau menyatakan;

If we are not vulnerable, why do we spend 5 to 6 per cent of GDP year after year on defence? Are we mad? (Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 24)

Seterusnya ancaman kerapuhan ini mendatangkan sangka buruk terhadap negara jirannya. LKY dengan jelas berkata;

We have not got neighbours who want to help us prosper. When we prospered, they for many years believed we were living off their resource. It was only when they became aware that our economic policy of welcoming foreign investments made the difference that they were sufficiently convinced to also do likewise. (Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 25)

Jesturu itu LKY menegaskan pentingnya Singapura terus mengekalkan sistem yang kukuh (strong system) meliputi aspek ketenteraan, politik, ekonomi, sosial dan perpaduan bangsa.
We are in upstart in this region because we survive for so long and I belive we can survive easily another 50-100 years given the international environment, provided we have strong system that enables us to maximise our chances. (Han Fook Kwang dan Rakan, 2011; hal 25)

Sistem yang kukuh ini perlu saling bekerjasama antara satu sama lain. Sebagai contoh; untuk membina kekuatan ekonomi, Singapura memerlukan kekuatan pertahanan dan untuk membina kekuatan pertahanan maka Singapura perlukan kekuatan masyarakatnya. Untuk membina kekuatan masyarakatnya, Singapura memerlukan ramai rakyat berbakat dan rakyat yang seperti ini hanya mampu dilahirkan 12

melalui satu fomular gaya Asia Timur yang tersendiri. LKY turut menyatakan (dalam LKY-HTTKSG) bahawa ketakutan utama (greatest fear) bagi Singapura ialah pemimpin dan kepimpinan, rakyat yang mudah lupa sejarah dan kegagalan untuk memahami masalah yang sedang dihadapi.

IDEA KEPEMERINTAHAN DAN GAYA MAHATHIR DALAM KACA MATA LKY

KEPIMPINAN

Sebagai seorang ahli politik sejati, LKY perlu tahu jenis latarbelakang rakan dan lawan politiknya. Ini penting bagi mengurus kepelbagaian keperluan dan kehendak politik. Berkaitan dengan Mahathir LKY menyatakan;

He was different from his predecessors. The Tunku, Razak and Hussein Onn were from the aristocracy or the traditional ruling families associated with the sultans. Like me. Mahathir is a commoner-a trained profesional doctor and self-made politician. I believed I had satisfied him that I was not interested in outmanoeuvring him, that I wanted a businesslike relationship. It was as well I initiated this dialogue and developed a working relationship. Had we carried our old antagonisms into the future, both countries would have suffered. (LKY, 2010; hal 2767)

Dalam banyak hal, Mahathir boleh saja dianggap sebagai seteru politik LKY sama ada ketika Singapura berada di dalam Malaysia mahupun ketika Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia. LKY mengenali Mahathir secara formal pada tahun 1965 apabila satu perbahasan terhadap Yang Di-Pertuan Agong di Parlimen Malaysia dilakukan oleh Mahathir, LKY mencatatkan; 13

......Dr Mahathir bin Mohamad, seorang AP UMNO (kemudian Perdana Menteri Malaysia) mengutuk PAP dalam Parlimen Persekutuan sebagai pro-Cina, berorientasi komunis dan jelas anti-Melayu. Beliau berkata Singapura telah mengamalkan berbilang bahasa dan hanya membuat janji kosong terhadap bahasa kebangsaan, dan bahawa Dibeberapa balai polis, Cina dijadikan bahasa rasmi dan kenyataankenyataan diambil dalam bahasa Cina. Sekolah-sekolah bahasa kebangsaan, kata beliau diberi layanan paling buruk di pulau ini, dan sehingga baru-baru ini, hanya diberikan kemudahan usang. Dalam perusahan dasar PAP ialah menggalakkan orang Melayu menjadi buruh kasar sahaja dan orang Melayu tidak diberi kemudahan untuk melabur. (LKY, 1998 ; hal 715)

LKY menyatakan bahawa Mahathir amat bersahaja dan berterus terang dalam menyatakan anti-Singapura nya.

Mahathir was candid about his deep anti-Singapore feelings. He recounted how, as a medical student in Singapore, he had directed a Chinese taxi driver to the home of a lady friend, but had taken to the servants quaters of this house. It was an insult he did not forget. Singapore Chinese, he said, looked down upon the Malays. (LKY, 2010 ; hal 276)

Dalam satu siri ucapan LKY sempena kemerdekaan Singapura beliau mengucapkan;
He (Mahathir) understands the ideal state: peace, freedom, nutrality (Seow, 2010; hal 313)

Not everybody in Malaysia has got the courage of Dr Mahathir (and) also the sense of reality.

14

(Seow, 2010; hal 313)

LKY dalam satu temubual dengan The Washington Post pula dipetik berkata;
He is a leader with a graps of the realities of superpower politics. (Seow, 313) 2010; hal

LKY mula mengenali dan membaca pemikiran Mahathir dan menjangkakan gaya kepimpinan berbeza dengan pemimpin Malaysia sebelumnya tetapi mewarisi idea kepemerintahannya yang sama dengan Perdana Menteri Malaya sebelumnya. Ia terkait dengan idealisme mempertahankan kedaulatan hagemoni Melayu yang dituduh LKY sebagai lantang, agresif dan ultra. Beliau mencatatkan bahawa pertemuan susulan dan timbal balik lawatan antaranya dan Mahathir diharap positif walaupun tidak mampu mengelak perasaan syak wasangka.

I expected Mahathir to succeed Hussein as Prime Minister and wanted to put our old antagonism behind us. I knew he was a fierce and dogged fighter. I had seen the way he had fought the Tunku when the Tunku was at the height of his power. He had been expelled from UMNO but that did not deter him from carrying on the fight. I was not unwilling to clash with him when we were in Malaysia, but feuding between two sovereign states was different. I initiated this dialogue to clear away the debris of the past. (LKY, 2010; hal 275)

Konsistensi Mahathir dalam memperjuangkan hagemoni Melayu 16 mendapat perhatian LKY dalam catatannya;

16

Isu yang terkait dengan kedaulatan dan hagemoni Melayu dalam penulisan ini merupakan sesuatu yang abstrak sahaja. Isu ini sebenarnya memerlukan satu wacana lainnya yang lebih khusus untuk dibincangkan.

15

In May that year (1999) Malaysian opposition leader, Lim Kit Siang, revived the concept Malaysian Malaysia. Mahathir reacted sharply to say it was a threat to their (Malay) identity, becuse Malaysia was previously called Tanah Melayu (Malay land). (LKY, 2010; hal 286)

Manakala LKY dalam perihal yang terkait dengan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 diantara orang Melayu dan Cina di Malaysia;
Four month after the riots, I called in the Tunku at his high commissioners residence in Singapore. He looked depressed, showing the effect of a harrowing experience. He had been openly attacked in a widely circulated letter by Dr Mahathir Mohamad for having sold out the country to the Chinese. (LKY, 2010; hal 265)

LKY berpendapat bahawa Mahathir di awal pemerintahannya sebagai Perdana Menteri bersikap terlalu berterus terang. Antaranya ialah dengan meminta LKY memindahkan ketumbukan SAF (Singapore Arm Forces) dari pembentungan bekalan air dari Johor ke Singapura 17. Mahathir juga meminta meminta LKY supaya memutuskan hubungan dengan pemimpin Cina di Malaysia khususnya dari DAP (Democratic Action Party). Walaubagaimanapun LKY mengakui bahawa Mahathir mencadangkan hubungan yang lebih erat antara dua buah negara (Malaysia-Singapura) yang berkongsi sejarah ini. Perubahan polisi yang signifikan ini merupakan antara langkah awal Mahathir. LKY menukilkan;

17

LKY menyatakan bahawa keperluan meletakkan askar Singapura di pembetungan bekalan air Johor Malaysia bagi tujuan kotigensi di kemudian hari jika Malaysia tiba-tiba dikuasai oleh golongan pelampau dan Ultra Melayu.

16

During our one meeting (Disember 1981), he (Mahathir) said people in Johor were jealous of Singapore. He advised me to lessen the envy by socialising at an official level. I said his foreign ministry, Wisma Putra, had objected to such fraternising. He said he would tell them this was his proposal. (LKY, 2010; hal 277)

Isu dua hala antara Malaysia dan Singapura di awal pemerintahan Mahathir (1981) dibayangkan oleh LKY sebagai berjalan lancar. Pendekatan duduk dan bincang menjadi formular kepada kedua-dua pemimpin ini. Isu-isu melibatkan Pedra Branca 18, stesyen keretapi Tanjong Pagar19, sistem pertahanan Singapura dan bekalan air ke Singapura dapat diselesaikan dengan baik. Malah LKY turut menyatakan antara langkah terawal yang dilakukan oleh Mahathir ialah menarik balik sekatan eksport barangan binaan kepada Singapura. Perubahan polisi ini tidak diumumkan tetapi Mahathir dikatakan memberitahu pihak berkuasa di Johor tentang perkara ini. 20

Kemudiannya LKY melihat Mahathir menjadi lebih pragmatik. Banyak keputusan-keputusan yang dilakukan oleh Mahathir dilihat seperti merugikan Singapura dan meningkatkan pendapatan Malaysia cara mudah. Tindakan Malaysia mengenakan levi RM100 21 kepada semua kenderaan yang membawa makanan dari Malaysia ke Singapura pada Januari 1984 dilihat melukakan Singapura. LKY juga mempertikai dan mendakwa bahawa Malaysia di bawah Mahathir mengambil tindakan yang tidak menggalakkan penempatan semula industri-industri dari Singapura ke Malaysia oleh syarikat multi nasional Jepun dan
18

juga dikenali sebagai Pulau Batu Puteh yang sejarah awalnya dimiliki oleh kerajaan Johor tetapi akhirnya dimiliki oleh Singapura selepas isu tuntutan bertindih pulau ini di tentukan oleh Mahkamah Antarabangsa. 19 Malaysia di era pemerintahan Dato Seri Najib (Perdana Menteri kini) bersetuju memindahkan stesen Kereta api Tanah Melayu Berhad Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands. 20 bahawa hal ehwal ekport merupakan bidang kuasa Persekutuan dan kerajaan negeri tidak ada kuasa berkaitan. Sila lihat LKY, 2010, hal 277 dan 228 untuk keterangan lanjut. 21 Malah levinya ditingkatkan hingga RM200 dan LKY menuduh ini sebagai usaha tidak menggalakkan pelabuhan Singapura

17

Amerika22. Malah pada Oktober 1984 pula, Malaysia telah menurunkan duti import kepada pelbagai barangan makanan yang diimport langsung terus ke Malaysia (khususnya dari negara China). Keputusankeputusan ini semuanya tidak memihak kepada Singapura yang selama ini sangat bergantung kepada industri tertiar (perbankan, pelabuhan dan lain-lain) serta pemprosesan semula barangan tersebut sebelum menjadi barang siap dan dipasarkan.

LKY menarik perhatian terhadap usaha kerajaan Mahathir dalam memerangi rasuah khususnya dalam pucuk pimpinan parti. Rasuah sesungguhnya memusnahkan agama, bangsa dan negara. Dalam hal ini LKY menyatakan;

In Malaysia, UMNO leaders call it money politics. In his speech to party delegates in October 1996 Prime Minister Dr Mahathir Mohamad noted that some cadidates vying for higher positions had been offering bribes and gifts to delegates in exchange for votes. Dr Mahathir deplored the practice of money politics and was moved to tears as he urge party delegates not to let bribery destroy the Malay race, religion and nation. (LKY, 2010; hal 190)

Ketika Singapura berusaha menjadi negara maju, antara perkara penting yang pertimbangkan oleh LKY ialah gerakan kebersihan dan kehijauan (clean and green movement) persekitaran. Usaha ini menjadi semakin mengujakan apabila Mahathir juga dilihat berusaha bersungguh-sunggu menjadikan bandaraya Kuala Lumpur bersih dan hijau;

Our biggest divident was when Asian leaders decided to compete in the greening of their cities. Malaysias Dr Mahathir, who had stayed at the
22

Syarikat multinasional Jepun dan Amerika mempunyai loji pemasangan elektronik di Malaysia sebelum bahagian-bahagian elektronik terurai tersebut dihantar ke Singapura untuk proses yang lebih kompleks.

18

Istana Villa in he 1970s, asked me how I got the Istana lawns to be so green. When he become prime minister, he greened up Kuala Lumpur. (LKY, 2010; hal 204)

Walaupun umumnya LKY melabelkan Mahathir sebagai ultra Melayu namun dari satu sisi lainnya, beliau menggambarkan Mahathir sebagai seorang yang dinamik dan tidak jumud. Dalam satu perspektifnya yang melibatkan keupayaan orang Melayu, LKY mencatatkan bahawa;

Beliau (Mahathir) menulis, Apa sahaja yang orang Melayu boleh lakukan, orang Cina boleh lakukan dengan lebih baik dan lebih murah, dan mereka (orang Melayu) dihasilkan daripada dua jenis pengaruh keturunan dan sekitaran yang jauh berbeza.. Bertahun-tahun kemudian, dalam tahun 1997, semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir berkata beliau telah mengubah pendiriannya dan tidak lagi percaya apa yang ditulisnya dalam The Malay Dilemma. (LKY, 1998 ; hal 516)

Apabila Mahathir menyeragamkan waktu antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur, LKY turut menyeragamkan waktu di Singapura. 23 LKY mengagumi Mahathir yang mahu belajar perkara-perkara baik dari Singapura. LKY mengenangkan perkara ini dengan menyatakan;

He (Mahathir) had asked his ministers and officers to learn from Singapore. No other Malaysia prime minister or minister had ever publicly said they had anything to learn from Singapore; Mahathir did not suffer from this inhibition. This open minded attitude of learning from anyone whose success he wanted to duplicate in Malaysia distinguished him from his predecessors. (LKY, 2000; hal 277)

23

LKY, 2000; hal 277

19

Shortly after, our high commission in Kuala Lumpur reported a perceptible improvement in attitudes among Malaysian ministers, MPs and civil servant toward Singapore. They were willing to learn from Singapore and were open about it. They praised Changi Airport and hoped that Subang would be half as good. There were increased visits to Singapore to study our productivity, urban planning and other matters. (LKY, 2000; hal 278)

Usaha-usaha Mahathir menyedarkan bangsa Melayunya agar bangun berusaha dengan mengaplikasikan sains dan teknologi serta tidak terperangkap dengan amalan agama yang kabur juga di lihat LKY sebagai sesuatu yang luar biasa;
He had pushed the Malays towards science and technology and away from obscurantism. He had the courage to say in public that lady doctor using a pencil to examine a male patient (which the Muslim religious leaders wanted) was not the way to treat patients.....he had educated younger Malays, open their minds with the vision of the future based on science and technology, especially computers and the internet......The majority of the Malays and all the Chinese and Indians in Malaysia want this future, not a turn towards extreme Islamic practices. (LKY, 2000;hal 290)

Mahathir was ditermined to redress the economic balance between the races.......Only Mahathir had the courage to tell his Malays.... (LKY, 287) 2000; hal

LKY juga mengakui agak sukar berurusan dengan Malaysia di bawah era Mahathir bagi hubungan yang melibatkan kepentingan kedua-dua pihak. Mahathir dikatakan sangat kritis dalam membincangkan sesuatu khususnya yang terkait dengan bidang ekonomi, kepentingan pelabuhan dan keselamatan. Suasana tegang pasti berlaku dan pelbagai pertimbangan perlu di ambil kira.

20

Dalam masa yang sama, kesanggupan Mahathir yang sanggup meminta bantuan dari musuhnya 24 dalam membangunkan ekonomi orang Melayu agak membingungkan LKY. Mahathir dalam hal ini telah meminta Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry Malaysia membantu golongan usahawan bumiputera yang kerugian untuk membangunkan semula perniagaan mereka. 25 Keupayaan Tun Dr. Mahathir membawa Malaysia daripada satu tahap ke satu tahap yang lain (ekonomi pertanian kepada ekonomi industri) dengan pembinaan pelbagai mercu tanda dan infrastruktur bertaraf dunia turut dikagumi LKY.

LKY mengakui tidak ada pemimpin lain sehebat Mahathir (di Malaysia) terutamanya dalam keadaan yang paling sukar. 26 Keberanian dan kelantangan Mahathir di peringkat antarabangsa dalam memperkata serta memperjuangkan sesuatu yang dipercayainya amat dikagumi. Sebagai contoh, LKY mengingati perkara-perkara ini dalam pengalamannya berurusan dengan kepimpinan di Australia dan New Zealand.

.......when Australia and New Zealand wanted to join the Asia side of the Asia Europe Meeting (ASEM) of heads of government in Bangkok in 1996, Prime Minister Mahathir objected, saying they were not a part of Asia. It was his visceral reaction, one not shared by most of the other leaders. (LKY, 2010; hal 445)

Dalam satu seminar yang di adakan di National University Singapore pada 24 Julai 199027 LKY menyuarakan pendapat;

Dr. Mahathir is strong in a different way. From time to time, he deliberately chooses to speak a little louder, and his political opponents have discovered that he wields the stick like a tok guru silat.
24

Dalam hal ini LKY menganggap Mahathir menidakkan peluang sama rata khususnya kepada kaum Cina dalam bidang perniagaan. 25 LKY mendedikasikan hal ini di autobiografinya. Sila baca lebih lanjut Lee. K. Y. (2000). From Third World To First - The Singapore Story : 1965-2000. Singapore : Marshall Cavendish 26 Dalam hal ini LKY merujuk kepada pemecatan dan penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim 27 Seminar tersebut berkaitan dengan Perbezaan Gaya Kepimpinan Antara Tunku Abdul Rahman dan Presiden Suharto

21

(Seow, 313)

2010;

hal

Cara Mahathir mengurus krisis kewangan yang melanda sekitar 19971999 juga menjadi ingatan kekal sepanjang zaman dan diberikan perhatian khusus oleh LKY.

Prime Minister Mahathir of Malaysia was diminished by the Western media headlining his denunciations against currency speculators and Jews like George Soros. (LKY, 2010; hal 384)

As the crisis spread, in July Malaysian Prime Minister Mahathir denounced George Soros as the speculator responsible. Then Bank Negara Malaysia announced changes limiting the amout of Malaysian ringgit that could be swapped into foreign currencies. In September 1997, at an IMF/World Bank meeting of international bankers in Hong Kong, Mahathir said. Currency trading is unnecessary, unproductive and totally immoral. It should be stop. It should be made illegal. Another sell-out of all Asean currencies and stocks followed (LKY, 2010; hal 386)

Idea kepemerintahan era Mahathir juga membolehkan Singapura di bawah LKY terus berkembang dengan baiknya kesan daripada mempunyai rakan saing yang kompetetif. Ini diakui sendiri oleh LKY;
Mahathir wanted Malaysia to excel, with better airport and container port. A bigger financial centre and a Multi-media Super Corridor. He has built up-to-date container wharves at Port Kelang and new super airport 75 kilometres south Kuala Lumpur. This made us reexamine our competitiveness, improve our infrastructure and work smarter to increase our productivity. (LKY, 2010; hal 289)

22

Dalam siri ucapan sempena kemerdekaan Singapura pada 26 Ogos 1990 beliau menukilkan;

Our good fortune has been that Dr Mahathir ....has the strength to override the hang-ups of his politicians and officials that arose out of the separation (of Singapore from Malaysia). (Seow, 2010; hal 313)

Pada tahun 1986, Presiden Israel telah membuat lawatan rasmi ke Singapura atas jemputan Presiden Singapura. Ini menimbulkan rasa kurang senang kerajaan pimpinan Mahathir apatah lagi rakyat Malaysia yang jelas menolak kerajaan Zeonis Yahudi di bumi Palestin. Tunjuk perasaan dan bantahan di adakan oleh rakyat Malaysia. Dalam hal ini kerajaan LKY jelas sekali tidak mengambil kira sentimen negara jirannya;

I (LKY) told our high commissioner to explain that we had announced the visit and could not cencel it without damage to ourselves. Mahathir recalled the Malaysian high commissioner in Singapore for the duration of President Herzog's visit, saying that relations with Singapore were no longer as good, but the ties were far from tense. (LKY, 2010; hal 280)

Akhirnya dari semasa ke semasa, LKY mendakwa apa sahaja isu yang timbul antara Malaysia dan Singapura; Malaysia mahukan gaya penyelesaian abang-adik28 yang memerlukan adik (Singapura) sentiasa mengalah atau menghormati permintaan dari abangnya (Malaysia). LKY secara sinis menyatakan;

28

Dalam hal ini abang ialah Malaysia dan adik ialah Singapura.

23

When non-vital interests were at stake, we were prepared to humour "abang", but not when "adik" had legitimate interests to defend, as in the next issue that arose-Malays in the SAF in Singapore. (LKY, 2010; hal 280)

LKY mendakwa bahawa hubungannya dengan Mahathir mula tegang khususnya dengan lawatan Presiden Israel ke Singapura;

Later, in October 1987, I met Mahathir at the Commonwelth Heads of Government Meeting in Vancouver. He said that all the things he had wanted to do in cooperation with me had gone wrong. (LKY, 281) 2010; hal

IDEA KEPEMERINTAHAN DAN GAYA SUHARTO DALAM KACA MATA LKY

KEPIMPINAN

Keperibadian Suharto di ingati oleh LKY seperti berikut;

I saw him a careful, thoughtful man, the exact opposite of Sukarno. He was no extrovert. He did not set out to impress people with his oratory or his medals, although he had many. He maintained a humble, friendly appearance, but was clearly a tough-minded man who would brook no opposition to what he set out to do. (LKY, 2010; hal 302)

Dalam satu siri ucapan sempena hari kemerdekaan Singapura pada 26 Ogos 1990 LKY menyatakan;

It is our singular good fortune that President Suharto took over from President Sukarno. It would have been totally different Southeast Asia, had we had a second Sukarno.

24

(Seow, 2010; hal 317)

LKY berpendapat bahawa Suharto bukanlah pemimpin yang cenderung untuk membuat mercu tanda ataupun membentuk empayar. Beliau ikhlas memimpin negaranya dengan caranya sendiri. Dalam siri ucapan kemerdekaan bertarikh 26 Ogos 1990 beliau menyatakan ;

One man, his attitude, his approach, his philosophy of development changed the history of Southeast Asia. He was not interested in building an empire. (Seow, 2010; hal 317)

LKY dalam satu temubual bersama wartawan - Abdul Kadir Jasin untuk akhbar New Straits Times Malaysia mencatatkan;

Straight dealing depends on personal chemestry, plus a word, once given it has never been broken by either side. Over the years I can say that there has not been any breach of confidence. This has led to a relationship of trust and confidence. (Seow, 317) 2010; hal

LKY juga mengingati Suharto sebagai seorang pendengar yang baik, sangat faham sejarah dan berperilaku Jawa (quite central Javanese ways). Mereka banyak berkongsi pendapat yang sama khusus melibatkan isu-isu serantau dan antarabangsa. 29 LKY sempat mencatatkan Suharto yang mempercayai kuasa ghaib (supernatural) yang di dalam banyak hal memberikan satu keyakinan terhadap dirinya dan apa juga keputusan yang dilakukannya. 30 Suharto selesa berbahasa Indonesia dengan LKY, jarang mengambil nota dan gemar berbincang dengan konsep empat mata dalam apa juga hal.

29 30

Khususnya campur tangan Amerika di Vietnam dan Cambodia serta isu selat Melaka . Sila rujuk Lee. K. Y. (2010). From Third World To First - The Singapore Story : 1965-2000. Singapore : Marshall Cavendish hal 298-299

25

When we meet, we talked directly and simply, no beating about the bush. Its a four-eyes meeting, that the purpose of a four-eyes meeting. (Seow, 2010; hal 317)

LKY mengagumi kehebatan serta kelicikan Suharto di awal pemerintahannya sebagai tindakan yang cemerlang. Malah transisi pemerintahan antara Sukarno kepada Suharto dinukilkan oleh LKY sebagai sesuatu yang begitu seni dan unik. LKY menukilkan dengan panjang lebar;

Suharto played it out slowly and subtly, like an Indonesian wayang kulit, a performance with puppets shown in silhouette as shadows on the screen. So carefully was this shadow play choreographed, so gradual the moves to strip Sukarno of authority, for some time we did not see that power had already shifted away from Sukarno to Suharto. (LKY, 2010; hal 296)

In March 1966 Sukarno signed a presidential decree that gave General Suharto power to take all necessary steps to guarantee security and preserve stability. I was still not sure that Sukarno was out, such was his charismatic hold on his people . 2010; hal 296) (LKY,

Suharto selalu memperkatakan sesuatu terus dari pemikirannya. Suharto juga dipotretkan oleh LKY sebagai pemimpin yang menumpukan kepada pembangunan Indonesia dan bukannya kepada kesibukan campur tangan antarabangsa. Dengan panjang lebar LKY menyerlahkan keperibadian Suharto seperti berikut;

It was our good fortune that the character, temperament and objectives of President Suharto allowed me to develop good personal relations with him. He is quite man, courteous and punctilious on form and protocol. His character is in keeping with the way he carefully probed and assessed my position before my visit to Jakarta. After our second meeting, we had confidence in each other. As we met over the years, I found him to

26

be a man of his work. He made few promises, but delivered whatever he had promised. His forte was his consistency. He is three years older than me, broad-faced, broad nosed, with somewhat taciturn expression until he got to know one, when he would smile frequently and easily. He enjoys his food, especially desserts, but made an effort to control his weigh through walking and golf. Although he speaks calmly and softly, he became quite animated once he gets going on an important subject. He is not intellectual, but he had the ability to select able economist and administrators to be his ministers. (LKY, 2010; hal 305)

Di era Suharto, LKY mengharapkan kemakmuran ekonomi dan keselamatan yang boleh membawa kesan langsung kepada Singapura. Walaupun secara lahiriahnya LKY lebih menyinga kepada Malaysia tetapi secara halusnya LKY lebih merisaukan apa yang boleh dilakukan Indonesia. LKY tahu kekuatan sebenar Suharto yang tidak terduga. Dalam satu seminar anjuran Persatuan Politik Universiti Nasional Singapura pada 24 Julai 1990, LKY menyatakan bahawa;

Whoever meets him (Suharto) cannot doubt the strength in the men. Behind the gentle, smiling appearance is decisiveness and determination. And it is not necessary for him to carry a big stick because his key ministers and his Armed Forces chief do not allow their Presidents rulings to be flouted. (Seow, 2010; hal 317)

Dalam pelbagai catatan biografi dan autobiografinya, LKY kerap menggambarkan tentang peranan Indonesia dan jaminan Suharto terkait dengan kawasan jajahan, isu diperairan selat Melaka, konsep kepulauan di nusantara (archipelago concept) dan tuntutan minyak dasar laut. Dalam satu kenyataan LKY (daripada banyak kenyataanya) yang sangat berselindung, beliau menukilkan;

Suharto made clear his determination to get Indonesia moving after 20 years of neglect. He said he appreciated that Singapore could assist in this Herculean task of rebuilding Indonesia and recognised the quality of the Singapore leadership. He gave me the impression that he was likely to

27

treat us correctly, even cordially, based on a realistic assessment of the relative strengh and weaknesses of our two countries. (LKY, 2010; hal 301)

......He (Suharto) made clear that Indonesia had no claims to Singapore or Malaysia and claimed only those territories that had belonged to the Dutch East Indies. (LKY, 2010; hal 301)

Pembangunan mampan turut menjadi perhatian LKY terkait dengan Suharto;

President Suharto pushed greening in Jakarta, as did President Marcos in Manila and Prime Minister Thanin in Bangkok, all in the late 1970s. I encouraged them, reminding them that they had a greater variety of trees and similar favourable climate. (LKY, 2010; hal 204)

Dalam konteks pemuafakatan dan keselamatan serantau, peranan Suharto dan Indonesia tidak perlu dipertikaikan lagi. Dalam usaha mengawal keamana pada satu sidang kemuncak mesyuarat ASEAN di Manila (Disember 1987), Indonesia telah memainkan peranan penting dengan menghulurkan bantuan kapal perang meliputi helikopter dan sepasukan komando penyelamat31. Pasukan ini bersiap sedia di Manila Bay khususnya dalam menangani kekacauan yang bakal berlaku termasuk misi menyelamat para pemimpin termasuk LKY sendiri . LKY dalam mengingatkan hal ini mencatatkan;

Without President Suhartos firm support, the summit would have been postponed and confident in Aquinos 32 government undermined. The Philippine government agreed that the responsibility for security should be
31 32

Diketuai oleh General Benny Moerdani Maria Corazon Sumulong Cojuangco lebih dikenali sebagi Corazon Aquino; merupakan Presiden Filipina ke sebelas (11) menggantikan Ferdinand Marcos. Ketika itu kedudukan beliau masih goyah dan banyak menerima ancaman dari luar mahupun dalam negara.

28

shared between them and to the Asean government, in particular the Indonesian government. (LKY, 2010; hal 340)

Di era Suharto, Indonesia meraikan keluarga baru dan keluarga lama dalam Asean tanpa syarat dan buruk sangka. Ini terbukti lebih awal apabila Suharto bertanggungjawab penuh dalam penamatan konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia yang merupakan polisi agresif ketika era kepimpinan Sukarno. Dalam hal penerimaan Brunei pula sebagai ahli baru dalam Asean 33, LKY mencatatkan pengalamanya bersama Suharto seperti berikut;

In 1980 I had raised with President Suharto the question of Bruneis possible membership of Asean when it became independent. Suharto said he would welcome Brunei if it wanted to join. (LKY, 2010; hal 345)

Sebagai sebuah negara besar dan nampak berkuasa, kepimpinan Suharto menyediakan sebuah Indonesia yang selesa dan menyenangkan untuk jiran-jirannya. Asean dan negara Asia Tenggara lainnya tidak merasa terancam dengan kehadiran Indonesia. LKY menukilkan;

The role of Presiden Suharto was crucial for the success of Asean....Under Suharto, Indonesian did not act like hegemon. It did not insist on its point of view but took into consideration the policies and interest of the other members. This made it possible for the others to accept Indonesia as first among equals. (LKY, 2010; hal 370)

Dipentas arena antarabangsa (Asean), kepimpinan Sukarno dijadikan contoh bagaimana kepimpinan ketenteraan boleh berubah kepada kepimpinan sivil untuk mengurus negara. Ini diiktiraf dan di sarankan sendiri oleh LKY. Dalam catatan LKY dalam hal yang terkait dengan negara Mynmar;
33

Pada 4 Januari 1979, Brunei dan United Kingdom telah menandatangani Perjanjian Kerjasama dan Persahabatan. Pada 1 Januari 1984, Brunei Darussalam telah berjaya mencapai kemerdekaan sepenuhnya.

29

When General Than Shwe, the Myanmar prime minister and chairman of SLORC34, visited Singapore in Jun 1995, I suggested that he visit Indonesia to learn how it changed from military leadership, with General Suharto in charge, to an elected presidency. The Indonesian constitution gave the army a direct role in government, with representation in the legislature under a system called dwi-fungsi (two fuctions). The Indonesian army had a constitutional role in ensuring the security and integrity of the country. ......Myanmar had to go in that direction if it wanted to be like the other countries in Southeast Asia. (LKY, 2010; hal 363)

Baik Malaysia mahupun Indonesia, LKY melihat pemimpinnya konsisten dan langsung tidak berkompromi dengan isu-isu yang terkait dengan dunia Islam. Memetik peristiwa era Soviet Union yang menguasai Afghanistan (24 Disember 1979) LKY memetik;

It also changed the attitudes of our two Muslim neighbours, Indonesia and Malaysia. Both President Suharto and Prime Minister Mahathir stiffened their position against the Soviet Union. (LKY, 2010; hal 3)

Kesukaran awal LKY untuk berurusan dengan Suharto ialah mendepani isu kaum (peribumi lawan pendatang Cina), budaya dan bahasa. LKY memperihalkan perkara ini;

Our friendship (LKY-Suharto) overcome the many prejudice between Singaporeans of Chinese descent and Indonesians. Throughout the 1970s and 80s we met almost every year to keep in touch, exchange views and discuss matters that cropped up. I would explain that language and culture were difficult emotional issues I had to handle sensitively. (LKY, 2010; hal 306)

34

State Law and Order Restoration Council (SLORC), yang menggantikan peranan Burma Socialist Programme Party (BSPP) 1988 hingga 1997.

30

Isu komunis seakan-akan menjadi alat perpaduan kepada dua pemimpin besar ini. Mereka berkongsi pendapat yang sama khususnya terkait kelompok Cina Komunis yang memberikan banyak masalah di Indonesia dan Singapura. Ancaman dan idealisme komunis menyatukan pendapat LKY dan Suharto. Malah perbincangan mereka berkaitan isu komunis di Vietnam, Kemboja, Malaysia, Thailand dan Asia Tenggara bersatu atas pendapat yang sama. Dalam peristiwa di mana Malaysia dan Thailand mengiktiraf dan melakukan hubungan diplomatik dengan Beijing dan Phnom Penh, kekecewaan Suharto di nukilkan oleh LKY;
Razak35 has visited Beijing in May 1974 and established diplomatik relations. Malaysia had recognised the Khmer Rouge government in Phnom Penh immediately after they captured it. With disappointment in his voice, Suharto said he had told Razak of Indonesias bad experiences with Beijing, referring to Chinas support for the Indonesian Communist Partys attempted coup in September 1965. (LKY, 2000; hal 638) Then Kukrit36 visited Beijing in June 1975, two month after fall of Saigon, and established diplomatic relations. Suharto saw things getting worse in Malaysia and in Thailand (LKY, 2010; hal 303)

Kebimbangan Suharto dikatakan teserlah dengan situasi di atas. Oleh yang demikian LKY menyatakan sejak itu hubungan Singapura Indonesia semakin akrab khususnya melibatkan risikan (intelligence) demi memastikan pembangunan ekonomi dan keselamatan serantau terjamin.

Berbicara tentang kejatuhan Suharto; LKY mempunyai pandangan yang adil, menarik dan tersendiri. LKY menggambarkan kedudukan Suharto seperti raja Jawa di zaman silam yang memainkan peranannya
35

Perdana Menteri Malaysia ke dua dan merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri Malaysia ke 5 iaitu Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak 36 Kukrit Pramoj merupakan Perdana Menteri Thailand ke 13 (1975-1976)

31

tetapi amat kontra dengan tuntutan demokrasi masa kini. 37 Kegagalan Suharto mengurus imej anak-anaknya38 meliputi harta kekayaan dan pemilikan saham yayasan turut menjadi perhatian LKY. Malah LKY menyatakan I did not understand why his children needed to be so rich 39.

Indonesia was a celebrated example of corruption on such a grand scale that Indonesian media-men coined the acronym KKN for Kolusi (Collusion), Korupsi (Corruption) and Nepotisme (Nepotism). President Suhartos children, friends and cronies set example that made KKN an irreducible part of Indonesian culture. (LKY, 2010; hal 191)

LKY berpendapat KKN menjadi faktor kejatuhan Suharto dan amarah rakyat umumnya. Suharto pernah dibandingkan dengan Marcos 40 oleh Walter Mondale41 dan LKY mempertahankan kredibiliti Suharto dengan menghujahkan;

I (LKY) answered that Marcos might have started off as a hero but ended up as a crook. Suharto was different. His heroes were not Washington or Jefferson or Madison, but the sultans of Solo in central Java. Suhartos wife had been a minor princess of that royal family. As the president of Indonesia, he was a mega-sultan of a mega-country. Suharto believed his children were entitled to be a privileged as the princes and princesses of the sultans of Solo. He did not feel any embarrassment at giving them privileges, because it was his right as a mega-sultan. He saw himself as a patriot. I would not classify Suharto as a crook. (LKY, 2010; hal 314)

37

LKY mencatatkan bahawa Ibu Tien seolah-olah tidak percaya (incredulous) apabila LKY menyatakan hasrat untuk bersara sekitar November 1990 sedangkan LKY masih sihat dan 3 tahun lebih muda dari suaminya.
38

LKY merujuk kepada anak-anak perempuan Suharto yang jelas bermewah dengan pelbagai jauhari ketika menghadiri perkahwinan Diraja Brunei 39 LKY, 2010; hal 318 40 Ferdinand Emmanuel Edralin Marcos yang merupakan Presiden Filipina dari 1965-1986. Terkait dengan pelbagai skandal penyelewengan wang dan harta negaranya. 41 Walter Frederick "Fritz" Mondale (lahir 5 Januari, 1928) ahli politik dari American Democratic Party dan merupakan Naib Presiden Amerika Syarikat ke 42 (19771981) di zaman Presiden Jimmy Carter.

32

Faktor lain yang sangat berkaitan dengan kejatuhan kepimpinan Suharto pastinya disebabkan krisis ekonomi serantau yang melanda sekitar 1997-1999. Kegagalan Suharto dan kroni-kroninya untuk memahami kehendak penyelesaian ekonomi antarabangsa serta kerjasama asing (International Monetary Fund dan kuasa-kuasa besar terkait dengannya) dilihat sebagai kegagalan utama.

Suhartos problem had been compounded by the increasing intrusion of his children into all lucrative contracts and monopolies. The IMF targeted several of them for dismantling, including the clove monopoly and a national car monopoly by his son Tommy, the power station contract to his daughter Tutut, and banking licences to oher sons, to name just a few. Suharto could not understand why the IMF wanted to interfere with his internal affairs. In fact these monopolies and concessions had become major issues with the fund manager. (LKY, 2010; hal 313)

Dalam hal ini LKY mendakwa, Singapura telah melakukan yang terbaik membantu Indonesia menangani krisis matawangnya. Beliau diminta oleh negara jiran lainnya untuk menasihati Suharto dan keluarganya. Beberapa pertemuan dengan Suharto dan anak-anaknya (Tutut dan Titiek) telah di adakan oleh LKY bersama Perdana Menteri Singapura ketika itu (En Goh Chok Tong). LKY berusaha meyakinkan mereka betapa kritikalnya ekonomi Indonesia dan antara langkah utamanya ialah menghapuskan keistimewaan perusahan-perusahan yang terkait dengan kepentingan keluarga.

Pada 13 Januari 2008 ketika beliau menziarahi Suharto di hospital Jakarta, Channel News Asia melaporkan .....Bagi menggambarkan pendiriannya terhadap Suharto di era kejatuhan Suharto

I feel sad to see a very old friend with whom I had worked closely over the last 30 years, not really getting the honours that he deserves. He deserves recognition for what he did. The younger generations both in Indonesia and in the world do not remember where Indonesia started. I do. Thats why I came here to visit him.

33

(Seow, 317)

2010;

hal

Yes, there was corruption. Yes, he gave favours to his family and his friends. But there was real growth and real progress. I think the people of Indonesia are lucky. They had a general in charge, had a team of competent administration including a very good team of economist to built up the country. (Seow, 317) 2010; hal

Im very sad to see his life come to an end without the full glory that he deserves. Theres very few people of his age and my age who can remember the past. And if they can remember the past, they will know that in the 1960s, Indonesia was in very dire economic difficulties hyperinflation like todays Zimbabwe. (Seow, 2010; hal 317)

If President Suhartos successors are like him, following the same basic principles and policies, the Asean will thrive and prosper in peace. (Seow, 2010; hal 316)

LKY dalam BBC (2008) mengatakan:

"Suharto mewariskan Asia Tenggara yang damai dan konstruktif. Dia memusatkan perhatian untuk membangun perekonomian, bukan projek-projek mercu tanda untuk menjadikan Indonesia semata-mata sebagai negara besar. Dia sengaja menghulurkan tangan kepada, negaranegara tetangganya khususnya Malaysia dan Singapura bahawa dia ingin perdamaian, kerjasama dan pertumbuhan ekonomi. Selama 30 tahun, Presiden Suharto memberi stabiliti dan pertumbuhan ekonomi kepada Asia Tenggara,"

GERGASI ASIA : SATU IKTIBAR DAN KESIMPULAN

34

Mahathir menerajui Malaysia ke arah kemodenan yang amat pantas dan kemakmuran di segenap lapisan masyarakat. Pencapaian terbaiknya ialah mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu42. Beliau penganjur gagah nilainilai Asia iaitu kapitalisme autokratik sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire). Dalam bukunya A New Deal of Asia , Mahathir menegaskan Asia tidak boleh dibentuk dengan acuan dan imej Barat. Asia mempunyai nilai dan kekuatan tersendiri. Elemen dan nilai Melayu-Islam merupakan elemen dasar idea kepemerintahnnya. Beliau menjuarai nilai-nilai Asia dengan mengambil kira nilai budaya positif dan negatif dalam komunitinya. Mahathir berpendapat bahawa orang Melayu hanya boleh berjaya jika mengamalkan nilai-nilai yang progresif. Nilai-nilai ini termasuklah rasa hormat kepada orang tua, pentadbiran serta mengamalkan pakaian yang sopan, kelakuan yang baik serta amalan keagamaan, bertanggungjawab ke atas perkahwinan, keluarga, kerja dan sifat-sifat yang bermoral. Antara aspek nilai yang ditekankan oleh Mahathir adalah berorientasikan nilai komuniti dan keluarga daripada kepentingan individu; menghormati pemilik kuasa terutama hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak. Seperti LKY, Mahathir tahu bila mahu berhenti dan menyudahkan kerja pimpinannya. Beliau mengambil pesanan ibunya (Wan Tempawan) Jangan duduk lama sangat sampai orang benci. Mahathir meletakkan jawatannya ketika beliau masih gemilang dan diperlukan. Tetapi beliau tidak secekap LKY43 untuk mengurus dan menempuh sindrom persaraan44nya. Sehingga kini Mahathir terus lantang memperkatakan sesuatu yang difikirkan baik untu Malaysia di luar lingkungan eksekutif mahupun legastatif. Di Indonesia, satu kajian lembaga survei Indonesia Barometer (IB) Barometer Perilaku Masyarakat Indonesia 45 telah menemukan dapatan
42

Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme. Sila baca Plat, T. (2011). Conversation with Mahathir Mohamed: Doctor M: Operation Malaysia (Giant of Asia Series). Singapore : Mashall Cavendish International (Asia) Pte Ltd. 43 LKY terus releven di arena politik tempatan dan antarabangsa apabila dilantik sebagai Menteri Kanan (1990-2004) dan Menteri Mentor (2004-2011). Ia secara langsung terus melibatkan diri dalam sistem pemerintahan perdana Singapura. 44 Sindrom Persaraan merupakan istilah yang digunakan oleh Zainuddin Maidin; seorang bekas wartawan, Tokoh Wartawan Malaysia, Menteri Penerangan Malaysia dan kini merupakan karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir (IPDM) Universiti Utara Malaysia. 45 pada 25 April hingga 4 Mei 2011

35

menarik. Kajian dengan sub tajuk Order Terbaik Dalam Pemerintahan Indonesia 46 menghasilkan dapatan bahawa majoriti rakyat bersetuju era Order Baru di bawah zaman Suharto adalah lebih baik (40.9%) jika dibandingkan era reformasi-masa kini (22.8%) dan era Order Lama di bawah Sukarno (3.3%). Suharto menetapkan pertumbuhan ekonomi sebagai tugas utama dan tujuan pemerintahannya. Kemajuan ekonomi Indonesia pada masa tersebut mendekati negara-negara Industri Baru bersama Malaysia, Filipina dan Thailand. Bagi menyederhanakan kehidupan berpolitik, Suharto melakukan penyatuan parti-parti politik hanya kepada tiga.47 Michael Vatikiotis (1998) dalam bukunya Indonesian Politics Under Soeharto menyebutkan bahawa jasa terbesar Suharto adalah menjadi tokoh yang mampu menciptakan kestabilan di Asia. Suharto berkuasa pada saat Singapura diperintah oleh LKY dan Malaysia dipimpin Mahathir. Keberhasilan Suharto menciptakan kestabilan di Indonesia telah menyebabkan Singapura dan Malaysia bertambah stabil. Kestabilan negara besar ini secara langsung meningkatkan pertumbuhan ekonomi Asia dan memacu Indonesia, Malaysia dan Singapura sehingga digelar East Asia Miracle oleh Bank Dunia. Kegagalan Suharto dipenghujung kariernya ialah kegagalan menjustifikasikan salah satu nilai Asia yang wujud dalam diri pimpinannya iaitu paternalistic (kebapaan). Elemen paternalistic nya yang tebal (sesuai dengan nilai Jawa) tidak setara dengan kehendak dan keperluan rakyat Indonesia pada masa itu yang ditimpa musibah krisis ekonomi (1997-1998) yang dahsyat. Krisis ekonomi yang memerlukan penyelesaian segera tidak diurus dengan serius akibat kegagalan memahami tuntutan semasa dan meramal risiko terancang. Situasi yang begitu genting masih diurus dengan tenang menggunakan kaedah alus, rukun, hormat kalawan Gusti, Guru, Ratu, lan wong atuwo karo, ; antara nilai-nilai Jawa. Sehingga akhirnya kewujudan pelbagai bentuk Yayasan dan Perusahan yang terkait secara langsung dengan Suharto dan kerabatnya 48 dikaitkan dengan kronisme dan nepotise. Sedangkan suatu masa dahulu Yayasan dan Perusahan inilah yang memainkan peranan bekerja dan

46

Indo Barometer (2011). Evualuasi 13 Tahun Reformasi dan 18 Bulan Pemerintahan SBY-Boediono . Dicapai dari http://www.indobarometer.com 47 iaitu Partai Persatuan Pembangunan (PPP), Golongan Karya (Golkar) dan Partai Demokrasi Indonesia (PDI). 48 Isu Yayasan dan Perusahan ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam sebuah biografi - Sila rujuk : Retnowati, A.K . (2007). Soeharto The Life and Legacy of Indonesians Second President. Singapore : Marshall Cavendish Edition .

36

memakmurkan Indonesia atas nama keluarga besar Indonesia (familism) iaitu salah satu lagi elemen nilai Asia bersama. Nilai-nilai Islam perlu juga dilihat sebagai sebahagian daripada idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan Mahathir-Suharto. Islam menjadi teras utama di bawah kepimpinan Mahathir sejak beliau mengambil alih kepimpinan negara. Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia menamakan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Kedudukan Islam dalam Perlembagaan membolehkan Malaysia melakukan perkara-perkara bersifat Islam dan agama lain diberikan kebebasan untuk diamalkan. Mahathir lantang meletakkan Islam sebagai alat untuk mengubah masyarakat secara keseluruhannya. Di Indonesia, konsep dan amalan undang-undang Islam telah dimasukkan ke dalam sistem undang-undang sekular. Memandangkan bilangan penduduk bukan Islamnya yang agak besar, Malaysia sebaliknya telah bergerak ke arah pembentukan dua sistem undang-undang yang berasingan, satu undang-undang Islam dan satu lagi undang-undang sekular (Horowitz, 1994: hal 42). Sama ada suka atau benci, memuja atau mengeji, tiga tokoh serangkai (LKY, Mahathir dan Suharto) ini merupakan tokoh Gergasi Asia. Mereka berkongsi idea kepemerintahan yang hampir sama iaitu mahu melihat masyarakatnya berkembang maju dari satu tahap ke satu tahap yang lain dengan cara i) kepesatan pertumbuhan ekonomi ii) menyederhanakan kehidupan berpolitik dan iii) kesaksamaan sosial terpilih. Gaya kepimpinan mereka yang berbeza-beza di dasari oleh kejayaan memanipulasi nilai-nilai tempatan masyarakat masingmasing. Inilah idea kepemerintahan dan gaya kepimpinan yang sangat asli sifatnya. Dalam mana Malaysia dan Indonesia berpotensi menjadi negara bergolak (disebabkan kepelbagaian kaum yang majmuk), Mahathir dan Suharto membuktikan sebaliknya. Inilah Pemimpin Asia Gaya Asia!!

SEKIAN

37

Rujukan Utama Han Foo Kwang & Rakan (2011). Lee Kuan Yew - Hard Truth To Keep Singapore Going. Singapura: Straits Times Press. Lee. K.Y. (1998). The Singapore Story. Singapore : Times Editions Pte Ltd Lee. K. Y. (2010). From Third World To First - The Singapore Story : 1965-2000. Singapore : Marshall Cavendish (Edisi 3) Seow, Francis T. (2010). The Analect of Lee Kuan Yew. Kuala Lumpur : Berita Publishing Bibliografi Huntington, S. P. (1996). The Clash of Civilizations and the Remarking of World Order. New York: Simon & Schuster. Huntington, S. P. (2008). Pertembungan Tamadun dan Pembentukan Semula Order Baru (Mokhtar Ahmad, Terjemahan). Selangor: Dawama Sdn. Bhd 38

Lee. K.Y. (1998). The Singapore Story. Singapore : Times Editions Pte Ltd Lee. K. Y. (2000). From Third World To First - The Singapore Story : 1965-2000. Singapore : Marshall Cavendish Lee. K. Y. (2012). Lee Kuan Yew My Lifelong Challenge Singapores Bilingual Journey. Singapura: Straits Times Press. Michael, R. J. V. (1993). Indonesian Politics Under Suharto. New York: Routledge Retnowati, A.G.K. (2008). Soeharto The Life and Legacy of Indonesias Second President. Fabulous Printers Sdn Bhd Singapore Sivamurugan, P. (2005). Legasi Mahathir. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd So, Y. K. (2010). Do Asian Values Exits? Empirical Test of the Four Dimension of Asian Values. Journal of East Asian Studies 10, 315344. Tom, P. (2012). Dr M: Operasi Malaysia Wawancara dengan Mahathir Mohamad (Edisi Bahasa Malayu ole Afdhal Lutfi Abd Latif) . Singapura: Marshall Cavendish Tom, P. (2011). Conversations with Mahathir Mohamed Doctor M : Operation Malaysia . Singapura: Marshall Cavendish Tom, P. (2010). Conversations with Lee Kuan Yew. Citizen Singapore: How To Build A nation. Singapura: Marshall Cavendish T.N. Harper. (1997) Asian Values and Southeast Asian History . The Historical Journal, 40, 2, hal. 507 Zainuddin Maidin (2008). Surat daripada Dr Mahathir. Kuala Lumpur: Utusan Publication Zakaria, F. (2002). Asian Values. Foreign Policy, November 1, 38-39

39

40

You might also like