You are on page 1of 32

3756/2

PRINSIP PERAKAUNAN 2

BENTUK KERTAS SOALAN Kertas soalan Prinsip Perakaunan 3756/2 mengandungi 6 soalan dan dibahagikan kepada bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi 4 soalan yang wajib dijawab sementara bahagian B, terdapat 2 soalan pilihan dan calon boleh memilih mana-mana satu soalan yang dikehendaki. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2010 adalah: BAHAGIAN A Soalan 1 - Dokumen perniagaan Soalan 2 - Penyata Kewangan Rekod Tak Lengkap Soalan 3 - Pelarasan Hutang Lapuk, Hutang Lapuk Terpulih dan Peruntukan Hutang Ragu Soalan 4 - Buku Tunai Runcit BAHAGIAN B Soalan 5 - Syarikat Berhad Soalan 6 - Analisis Nisbah dan Tafsiran Penyata Kewangan Masa yang diperuntukkan kepada calon ialah 2 jam 30 minit. PRESTASI KESELURUHAN Prestasi keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah di peringkat sederhana. Mereka dapat menguasai prinsip-prinsip asas dalam perakaunan dan berkemampuan menyediakan format penyata kewangan mengikut Prinsip Perakaunan Diterima Umum. Seterusnya mereka berkemampuan mengaplikasikan prinsip-prinsip asas ini dalam kitaran perakaunan. Namun begitu calon masih tidak menguasai catatan pelarasan dan tidak berupaya membuat analisis maklumat perakaunan dengan baik.

Prinsip perakaunan 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon berkemampuan mengenalpasti urus niaga berdasarkan dokumen perniagaan, menyediakan rekod-rekod perakaunan daripada catatan di Buku Catatan Pertama, pengeposan ke akaun lejar dan penyediaan Imbangan Duga. Seterusnya calon kumpulan ini dapat menyediakan penyata kewangan dengan baik dan tepat. Mereka juga dapat membuat analisis maklumat kewangan bagi penyediaan pelarasan yang diperlukan. Calon juga berupaya menghitung analisis nisbah dan membuat tafsiran tentang prestasi kewangan. Kumpulan Sederhana Calon kumpulan ini menguasai kemahiran dalam merekod semua urus niaga mengikut kitaran perakaunan. Mereka juga berkemahiran sederhana dalam menyelesaikan pelarasan bagi entiti perniagaan yang tidak menyimpan rekod yang lengkap, namun berupaya mempersembahkan format penyata kewangan. Calon kumpulan ini berkemampuan dalam mengira analisis nisbah dan mentafsir prestasi kewangan serta pengiraan saham diterbitkan dan dividen syarikat berhad. Walau bagaimanapun mereka tidak dapat menjurnalkan transaksi penerbitan saham dengan baik. Sebahagian besar calon berupaya menyediakan Buku Tunai Runcit dengan baik tetapi lemah dalam pengeposan ke akaun lejar. Kumpulan Rendah Calon hanya dapat menguasai sebahagian kecil kemahiran dalam kitaran perakaunan. Mereka tidak dapat menyediakan pelarasan-pelarasan perakaunan. Format penyata kewangan tidak dapat dipersembahkan dengan lengkap. Kumpulan ini tidak mampu membuat sebarang analisis terhadap maklumat kewangan. Calon juga tidak dapat mengira nisbah dan mentafsir nisbah.

Prinsip Perakaunan 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

PRESTASI TERPERINCI MENGIKUT SOALAN

Soalan 1 (a) Calon cemerlang dapat mengenalpasti urus niaga berdasarkan kesemua dokumen yang dikemukakan di dalam soalan. Calon kumpulan ini berjaya menyediakan format Buku Catatan Pertama yang terdiri daripada Jurnal Am, Jurnal Khas (Jurnal Jualan, Jurnal Belian dan Jurnal Pulangan Belian) dan Buku Tunai dalam format yang betul dengan tepat. Calon juga berjaya merekod kesemua urus niaga ke dalam Buku Catatan Pertama yang berkaitan dengan tepat dan lengkap. Contoh catatan Jurnal Am yang tepat

Contoh catatan Jurnal Khas yang tepat

Prinsip Perakaunan 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh catatan Buku Tunai (bahagian kredit sahaja)

Calon kumpulan ini berjaya menentukan Buku Catatan Pertama yang terlibat berdasarkan dokumen-dokumen perniagaan yang dikemukakan dalam soalan. Kebanyakan calon dapat menyediakan Jurnal Khas dalam format yang tepat . Bagaimanapun terdapat sebahagian calon yang tertinggal menulis tarikh urus niaga, jumlah besar bagi Jurnal Khas serta catatan diskaun di Buku Tunai. Terdapat juga calon yang tidak mengimbang Buku Tunai dengan sempurna. Kesilapan tarikh dalam Buku Tunai

Prinsip Perakaunan 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Butiran salah dalam Jurnal Am

Calon kumpulan ini hanya merekodkan sebahagian kecil urus niaga. Terdapat juga jawapan yang tidak lengkap di Jurnal Khas dan di Buku Tunai, contohnya calon tertinggal tarikh dan menulis butir dalam bentuk ayat. Angka jumlah yang dipindahkan daripada dokumen perniagaan ke dalam Jurnal Khas juga tidak tepat Kesilapan mengenalpasti urus niaga dalam dokumen sumber : Jurnal Pulangan Belian direkod dalam Jurnal Pulangan Jualan

Catatan terbalik dalam Jurnal Am

Prinsip Perakaunan 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1 (b) Calon telah membuat catatan pengeposan daripada Buku Catatan Pertama (termasuk Buku Tunai) ke akaun-akaun yang berkaitan dalam lejar dengan betul. Pengeposan menepati peraturan Sistem Catatan Bergu. Setiap akaun-akaun lejar direkod dengan tepat dan lengkap iaitu mengandungi tarikh, butir dan amaun yang betul. Kesemua akaun telah diimbangkan mengikut aturan pengimbangan yang betul (terdapat baki h/b dan baki b/b) Contoh pengeposan diskaun ke Lejar

Contoh pengeposan jumlah dari Jurnal Khas ke Lejar

Prinsip Perakaunan 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh pengimbangan akaun lejar

Calon membuat pengeposan sebahagian akaun sahaja. Terdapat jawapan yang pengeposannya tidak mematuhi prinsip catatan bergu. Kesilapan lain meliputi kesilapan butiran atau amaun. Kesalahan merekod modal tambahan Akaun Perabot tidak didebitkan dengan modal tambahan

Prinsip Perakaunan 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Butiran dalam Akaun Modal tersilap (butiran yang betul ialah Perabot bukan Lengkapan)

Calon hanya membuat pengeposan sebahagian kecil urus niaga ke dalam lejar. Terdapat juga akaun-akaun lejar yang disediakan dengan catatan bergu yang tidak tepat. Butir dan tajuk akaun salah

Prinsip Perakaunan 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1 (c) Penyediaan Imbangan Duga Imbangan Duga disediakan dengan format yang betul, kemas dan teratur dengan nama perniagaan dan tajuk. Kesemua baki akaun lejar telah dipindahkan ke Imbangan Duga dengan betul. Jumlah debit dan kredit Imbangan Duga juga seimbang. Contoh Imbangan Duga tepat (petikan)

Calon menyediakan Imbangan Duga dengan format yang tepat dan kemas. Namun begitu, terdapat sebahagian baki akaun yang tidak disenaraikan dengan tepat. Kesilapan butir dan angka tetapi jumlah Imbangan Duga seimbang (petikan) Contohnya perabot yang dibawa masuk sebagai modal tambahan telah direkodkan ke dalam Akaun Belian dan baki Akaun Belian ini telah dipindahkan ke dalam Imbangan Duga

Prinsip Perakaunan 2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon Duga. Duga. kredit.

tidak menguasai pengetahuan dan kemahiran penyediaan Imbangan Sebahagian kecil sahaja baki akaun yang disenaraikan dalam Imbangan Terdapat juga angka-angka di Imbangan Duga yang tersalah debit dan Format Imbangan Duga yang disediakan tidak tepat.

Butir dan angka salah

Prinsip Perakaunan 2

10

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 2 (a) Calon dapat menyediakan Penyata Pendapatan dengan format yang lengkap dan tepat. Butiran hasil dan belanja telah dibuat pengkelasan yang betul. Calon berjaya menghitung jumlah belian dan jumlah jualan berdasarkan maklumat dalam soalan sama ada dengan menyediakan Akaun Kawalan atau secara pengiraan matematik. Pelarasan akruan dan terdahulu ditulis dengan tepat beserta dengan jalan kerja yang diperlukan untuk menyokong angka jawapan. Jalan kerja menggunakan Akaun Kawalan

Prinsip Perakaunan 2

11

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon telah menyediakan Penyata Pendapatan dengan sebahagian sahaja item yang betul. Sebahagian calon tidak dapat membuat pelarasan untuk jualan dan belian dengan betul. Sebahagian calon yang lain telah menyediakan Akaun Kawalan dengan betul dan tepat tetapi angka jualan dan angka belian di Penyata Pendapatan telah ditambah dengan angka jualan dan belian aset bukan semasa iaitu peralatan. Calon telah menghitung susutnilai peralatan dengan tepat tetapi penggunaan istilah yang salah iaitu menggunakan rugi peralatan menggantikan rugi pelupusan. Jalan kerja juga tidak ditunjukkan bagi angka-angka pelarasan. Angka belian dan jualan tidak merujuk angka di Akaun Kawalan

Prinsip Perakaunan 2

12

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon tidak mempunyai dan menguasai kemahiran menganalisis jualan dan belian. Sebagai contoh untuk menghitung jualan dan belian, calon tidak menguasai pengkelasan item antara barang niaga dan aset bukan semasa. Calon kumpulan ini juga tidak mempunyai kemahiran untuk membuat pelarasan ke atas belanja yang diperlukan untuk menjawab soalan. Calon cuma berupaya menulis sebahagian item sahaja dalam Penyata Pendapatan Angka belian dan jualan menggunakan angka belum terlaras

Prinsip Perakaunan 2

13

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 2 (b) Calon menyediakan Kunci Kira-kira dalam format dan pengkelasan yang lengkap dan tepat. Calon berkemahiran menghitung modal awal dan mempersembahkan item-item dalam Ekuiti Pemilik mengikut susunan, lengkap dan tepat. Calon juga berjaya menyenaraikan item-item dalam komponen yang betul bagi aset bukan semasa, aset semasa dan liabiliti semasa. Kesemua item telah ditulis dengan istilah perakaunan yang tepat. Bahagian Ekuiti Pemilik lengkap dan tepat

Jawapan yang disediakan oleh calon adalah mengikut format yang betul tetapi sebahagian kecil jawapan menggunakan istilah yang tidak tepat. Sebagai contoh istilah susutnilai menggantikan istilah peruntukan susutnilai. Calon telah menunjukkan item-item di dalam komponen Ekuiti Pemilik mengikut susunan yang lengkap dan tepat tetapi angka modal awal tidak dihitung dengan tepat. Angka modal kerja yang ditunjukkan tiada butirannya. Bahagian Ekuiti Pemilik kurang tepat

Prinsip Perakaunan 2

14

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Item-item di dalam Kunci Kira-kira tidak ditulis di dalam komponen yang betul malahan terdapat jawapan yang tidak disusun di dalam komponen Aset Bukan Semasa, Aset Semasa dan Liabiliti Semasa. Calon telah mencatatkan pinjaman berkadar 10% sebagai Liabiliti Bukan Semasa walaupun telah dinyatakan di dalam soalan bahawa pinjaman tersebut berjangka pendek. Ramai calon hanya menyediakan sebahagian Kunci Kira-kira sahaja. Calon tidak cuba menghitung modal awal. Ekuiti Pemilik disediakan dengan tidak tepat

Prinsip Perakaunan 2

15

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3 (a) Calon menguasai kemahiran menghitung Peruntukan Hutang Ragu dengan mengambil kira Hutang Lapuk. Calon dapat menunjukkan jalan kerja yang tepat untuk menghitung Peruntukan Hutang Ragu bagi menyokong angka jawapan. Pengiraan tepat dan jalan kerja

Calon dapat menghitung dengan tepat tetapi tidak menunjukkan jalan kerja

Prinsip Perakaunan 2

16

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon tidak dapat menghitung dengan tepat dan tidak menunjukkan jalan kerja. Tidak menguasai kemahiran dalam perkara yang berkaitan dengan Peruntukan Hutang Ragu

Soalan 3 (b) Kesemua akaun-akaun yang dikehendaki telah disediakan dengan tepat dan betul dengan mematuhi format serta peraturan catatan dalam lejar. Akaunakaun lejar direkodkan dengan tarikh, butiran dan angka yang tepat. Akaun Peruntukan Hutang Ragu disediakan dengan lengkap dan tepat

Prinsip Perakaunan 2

17

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Akaun Hutang Lapuk dan Akaun Hutang Lapuk Terpulih disediakan dengan catatan sama ada di bahagian debit atau kredit sahaja kerana tidak dibuat catatan penutupan (pindahan ke Akaun Untung Rugi). Peruntukan Hutang Ragu telah disediakan tetapi tidak mengikut tatacara penyediaan yang lazim. Kedudukan Baki h/b dalam Akaun Peruntukan Hutang Ragu tidak tepat

Calon tidak menguasai kemahiran asas dalam penyediaan Akaun Hutang Lapuk, Akaun Hutang Lapuk Terpulih dan Akaun Peruntukan Hutang Ragu yang tepat. Kesilapan prinsip dalam penyediaan Akaun Hutang Lapuk, Akaun Hutang Lapuk Terpulih dan Akaun Peruntukan Hutang Ragu

Prinsip Perakaunan 2

18

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3 (c) Calon menguasai kemahiran yang tinggi dalam penyediaan Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira. Persembahan petikan Akaun Untung Rugi dan Kunci Kirakira tepat dan tersusun dengan angka-angka yang betul. Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira yang lengkap dan tepat

Prinsip Perakaunan 2

19

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Persembahan Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira yang teratur, tersusun tetapi terdapat angka yang tidak dicatatkan dengan tepat. Walaubagaimanapun, angka yang dicatatkan adalah merujuk kepada angka jawapan dalam akaun lejar yang disediakan dalam soalan 3 (b)

Prinsip Perakaunan 2

20

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Catatan angka tidak tepat dalam Akaun Untung Rugi

Calon tidak dapat menyediakan petikan Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira yang betul. Calon mencatatkan butiran dan angka yang salah.

Prinsip Perakaunan 2

21

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 4 (a) Buku Tunai Runcit disediakan dengan format yang lengkap dan tepat iaitu dicatatkan tarikh, butir dan angka yang betul. Lajur analisis telah dinamakan dengan kemas dan tersusun dan jawapan yang disediakan mengikut perekodan sistem panjar. Penggunaan butiran yang sesuai dan Buku Tunai Runcit telah diimbangkan dengan sempurna pada akhir bulan.

Calon menyediakan Buku Tunai Runcit dengan format yang betul bagaimanapun sebahagian kecil calon menggunakan butiran yang tidak tepat. Terdapat kesalahan pengkelasan pada lajur analisis. Terdapat juga kesalahan menamakan lajur analisis. Contohnya, Belanja Pejabat hanya dituliskan sebagai Pejabat sahaja. Kesalahan lain ialah Buku Tunai Runcit tidak diimbangkan dengan sempurna pada akhir bulan.

Prinsip Perakaunan 2

22

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Buku Tunai Runcit disediakan dalam format yang tidak lengkap. Jawapan telah ditulis tarikh yang betul tetapi butiran yang digunakan serta pengkelasan lajur analisis yang salah. Terdapat jawapan yang tidak disediakan lajur analisis dan tidak diimbangkan pada akhir bulan. Calon tidak menguasai format Buku Tunai Runcit dan penggunaan Sistem Panjar.

Soalan 4 (b) Jawapan disediakan mengikut kehendak soalan iaitu dengan mengeposkan catatan ke lejar dengan betul dan tepat.

Prinsip Perakaunan 2

23

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon membuka akaun-akaun lejar yang betul tetapi butiran yang digunakan adalah salah. Calon tidak menguasai kemahiran memindahkan catatan ke akaun-akaun lejar. Tajuk-tajuk akaun, butir dan amaun direkodkan dengan salah dana jawapan yang dipersembahkan tidak menepati kehendak soalan.

Soalan 4 (c) Jawapan disediakan dengan memberikan maksud sistem panjar yang tepat. Calon memberikan jawapan yang menepati sebahagian maksud sistem panjar.

Prinsip Perakaunan 2

24

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon tidak memberikan maksud sistem panjar yang tepat.

Soalan 5 (a) Calon menjawab dengan menulis rumus yang lengkap, pengiraan dan jawapan akhir yang tepat

Rumus dan pengiraan yang ditulis oleh calon adalah betul dan tepat tetapi jawapan akhir yang tidak tepat

Prinsip Perakaunan 2

25

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Terdapat kesilapan pada jawapan akhir dan pengiraan. Hanya sebahagian kecil calon menulis rumus yang betul.

Soalan 5 (b) Penyediaan catatan Jurnal Am untuk merekod terbitan modal saham telah dibuat dengan format yang betul dan tepat.

Format jurnal am telah disediakan dengan betul tetapi sebahagian butiran dan angka direkodkan adalah salah

Prinsip Perakaunan 2

26

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon tidak menyediakan jawapan menggunakan format jurnal am yang betul. Tarikh, butiran atau angka yang diberikan salah.

Prinsip Perakaunan 2

27

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 5 (c) Jawapan yang diberikan dapat menjelaskan maksud dividen interim dan dividen akhir yang betul

Calon tidak dapat menjelaskan maksud dividen interim dan dividen akhir dengan tepat.

Calon tidak dapat menjelaskan maksud dividen interim dan dividen akhir seperti yang dikehendaki soalan.

Prinsip Perakaunan 2

28

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 6 (a) Jawapan telah ditulis dengan menunjukkan jawapan akhir, pengiraan dan rumus yang tepat.

Jawapan akhir tidak tepat tetapi telah menuliskan pengiraan dan rumus dituliskan betul.

Jawapan akhir salah. Sebahagian calon telah dapat memberi rumus yang betul.

Prinsip Perakaunan 2

29

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

soalan 6 (b) Jawapan telah ditulis dengan mengemukakan nama perniagaan yang tepat dan memberikan alasan yang betul serta mengikut kehendak soalan.

Jawapan telah ditulis dengan mengemukakan nama perniagaan yang tepat dan tetapi hanya memberikan sebahagian alasan yang sesuai. Jawapan telah ditulis dengan mengemukakan nama perniagaan yang tepat tetapi tidak ada alasan atau menulis alasan yang salah. Terdapat juga yang memberikan nama perniagaan yang tidak tepat dan tiada alasan diberikan.

Prinsip Perakaunan 2

30

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA CALON 1. Membaca soalan dengan teliti. 1.1 Calon perlu mengenalpasti dengan jelas perkara yang dikehendaki dalam soalan contohnya akaun yang perlu dibuka, pengiraan yang perlu ditunjukkan. 1.2 Calon perlu mengenalpasti arahan-arahan khusus dalam soalan seperti bilangan titik perpuluhan yang dikehendaki, menunjukkan bayaran balik Buku Tunai Runcit. 2. Menguasai format 2.1 Mengenalpasti format jurnal, Buku Tunai, Lejar, Imbangan Duga, Penyata Pendapatan, Kunci Kira-Kira dan sebagainya dengan betul. 2.2 Menulis butiran seperti tajuk, tarikh, butir dan angka dengan betul dan tepat tanpa ada butiran yang tidak berkaitan. 2.3 Menggunakan lajur mengikut format yang betul. 3. Menguasai rumus 3.1 Menulis rumus dalam perkataan dengan lengkap beserta simbol-simbol yang diperlukan dalam rumus angka. 3.2 Menunjukkan jalan kerja pengiraan angka dengan sistematik dan kemas. 4. Menguasai Sistem Catatan Bergu dan Peraturan Penyediaan Akaun 4.1 Menuliskan nama akaun yang betul, tarikh, butiran dan amaun dengan tepat. 4.2 Menulis di sebelah debit dan kredit dengan betul. 4.3 Mengimbangkan akaun dengan betul dan tepat, seterusnya menunjukkan baki b/b. 5. Menunjukkan kesemua jalan kerja bagi angka yang melibatkan pelarasan dan angka yang memerlukan analisis 6. Menguasai Pelarasan 6.1 Mempunyai kemahiran membuat pelarasan dan merekod ke dalam jurnal dan lejar berkaitan. 6.2 Berkeupayaan mempersembahkan pelarasan di Penyata Kewangan dengan betul. 7. Mengetahui tujuan penyediaan akaun-akaun dan penyata-penyata dalam perakaunan serta mampu mentafsir analisis-analisis kewangan. 8. Menulis jawapan secara sistematik dan menyusun jawapan mengikut urutan soalan.

Prinsip Perakaunan 2

31

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA GURU 1. Memulakan Pengajaran & Pembelajaran dengan menekankan tujuan dan aplikasi setiap topik. 2. Memperbanyakkan latihan untuk tajuk pengelasan akaun,dan sistem catatan bergu untuk membina asas perakaunan yang kukuh dalam diri murid. 3. Memperbanyakkan latih tubi daripada pelbagai topik supaya murid dapat menguasai format-format jurnal, Buku Tunai, Lejar, Imbangan Duga dan pelbagai penyata dengan betul serta dapat menguasai soalan yang menggunakan rumus dan pengiraan. 4. Melatih pelajar membaca soalan dengan teliti untuk mengenalpasti perkara yang dikehendaki, peka terhadap arahan-arahan khusus serta mencari kata kunci dalam soalan. Melatih murid menjawab soalan dalam masa yang peruntukan. 5. Melatih murid menjawab soalan menggunakan teknik menjawab soalan yang betul. 6. Mengajar semua tajuk tanpa menyenarai pendekkan tajuk-tajuk yang dianggap penting bagi sesuatu tahun. 7. Memberi pendedahan kepada murid soalan-soalan yang biasa dikemukan oleh badan profesional yang setaraf. 8. Menggalakkan perkongsian ilmu di kalangan rakan-rakan guru.

Prinsip Perakaunan 2

32

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

You might also like