You are on page 1of 12

4541/3

KIMIA 3

BENTUK KERTAS SOALAN Kimia Kertas 3 (4541/3) adalah dalam dwibahasa. Setiap soalan di kemukakan dalam Bahasa Inggeris dan mendahului soalan yang sepadan dalam bahasa Melayu. Calon dibenarkan menjawab keseluruhan atau sebahagian soalan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Kertas ini mengandungi tiga soalan dan semuanya mesti dijawab. Soalan 1 dan 2 berbentuk struktur manakala soalan 3 berbentuk perancangan satu eksperimen. Soalan 1: Soalan ini mengandungi 8 ceraian. Setiap ceraian menguji satu aspek kemahiran proses sains. Soalan 2 Soalan ini mengandungi 3 ceraian. Setiap ceraian menguji satu aspek kemahiran proses sains. Soalan 3: Soalan ini memerlukan perancangan dalam 6 aspek kemahiran proses sains seperti yang disenaraikan. Calon diberi masa 1 jam 30 minit untuk menjawab kesemua tiga soalan tersebut. Penskoran setiap aspek dibuat secara analitikal berdasarkan rubrik pada 3 aras. Arahan dan maklumat yang jelas diberikan pada muka surat hadapan dan belakang.

PRESTASI KESELURUHAN Pada keseluruhannya, prestasi calon bagi kertas ini adalah lebih tinggi daripada tahun sudah dengan kebanyakan calon menunjukkan tahap penguasaan kemahiran proses sains yang tinggi. Terdapat sebilangan kecil calon yang memberi jawapan hampir menepati semua kehendak soalan. Namun begitu ada sekumpulan kecil calon yang lemah dalam penguasaan kemahiran proses sains dengan memberi jawapan yang kerap tersasar daripada kehendak soalan.

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Calon Dalam Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan ini dapat menjawab ketiga-tiga soalan dengan cemerlang. Respons calon adalah tepat dan bermutu tinggi seperti mana kehendak soalan. Calon dalam kumpulan ini juga dapat memberi respons tepat dengan tahap kemahiran proses sains yang tinggi. Jawapan calon adalah kemas dan teratur.

KIMIA 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon Dalam Kumpulan Sederhana Calon dapat menguasai sesetengah aspek dalam kemahiran proses sains. Jawapan calon kurang tepat dalam beberapa aspek yang lain. Kadangkala calon menggunakan istilah yang tidak tepat.

Calon Dalam Kumpulan Rendah Calon tidak dapat menguasai hampir semua aspek dalam kemahiran proses sains. Jawapan calon dalam dalam kebanyakan aspek cuma pada peringkat idea. Ada juga calon yang samada tidak menjawab beberapa soalan atau memberi respons yang tidak relevan kepada tugasan.

PRESTASI TERPERINCI Soalan 1(a) [KK0503 Mengukur dan menggunakan nombor] Hampir semua calon memberi jawapan tepat.

Soalan 1(b) [KK0501 Memerhati] Sebahagian calon dapat membandingkan kereaktifan kesemua logam terhadap air. Penggunaan istilah yang kurang tepat kerap ditemui.

Calon harus sebut fumes, bukan soot.

KIMIA 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Tiada api dalam gambar rajah. Jadi burn tidak tepat digunakan.

Perbandingan dengan tertib kereaktifan yang salah

Soalan 1(c) [KK0504 Membuat inferens] Prestasi calon adalah dalam tahap sederhana. Ramai calon dapat memberi dua inferens sahaja.

Ada dua inferens sahaja

Ada juga calon yang tidak memberi inferens tetapi menyatakan pemerhatian atau menerangkan sebab mengapa kalium paling reaktif.

Menyatakan pemerhatian
KIMIA 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Menerangkan kereaktifan

Soalan 1(d) [KK0511 Membuat hipotesis] Sebilangan besar calon dapat memberi hipotesis yang betul. Walaubagaimanapun, masih terdapat sekumpulan calon yang menyebut hipotesis kurang tepat iaitu dengan menyatakan pembolehubah bergerak balas terlebih dahulu. Ada juga calon yang merujuk kepada kereaktifan logam terhadap oksigen.

Merujuk kepada kereaktifan terhadap oksigen Pembolehubah bergerak balas

Hipotesis kurang tepat. Pembolehubah bergerak balas disebut dahulu

KIMIA 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1(e) [KK0509 Memberi definisi secara operasi] Jawapan calon kurang memuaskan. Calon gagal menyatakan maksud kereaktifan secara operasi.

Menyatakan kereaktifan secara konsep. menerangkan kereaktifan

Menyatakan kereaktifan secara operasi

Soalan 1(f) (i) [KK0506 Berkomunikasi] Sebahagian besar calon dapat menyusun ketiga-tiga logam mengikut tertib yang betul. Soalan 1(f) (ii) [KK0508 Mentafsir] Prestasi calon adalah dalam tahap sederhana. Kebanyakan calon dapat memberi satu atau dua fakta sahaja bagi menerangkan tertib kereaktifan.

Menyatakan dua fakta sahaja. Tarikan nukleus ke atas elektron valens tidak disebut.

KIMIA 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 1 (g) [KK0505 Meramal] Kebanyakan calon dapat meramalkan tiga pemerhatian dengan betul.

Dua pemerhatian betul Soalan 2 (a) [KK0510 Mengawal pembolehubah] Tidak ramai calon dapat memberi ketiga-tiga pembolehubah dengan betul.

Pembolehubah dimanipulasi salah. Sepatutnya Type of solvent

Tidak menyatakan apa yang diperhatikan.

Asid etanoik glasial dimalarkan dan bukan kepekatannya.

KIMIA 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 2 (b) [KK0507 Menghubungkan ruang dan masa] Sebilangan besar calon dapat memberi lakaran yang tepat. Kesilapan yang biasa dijumpa ialah graf garis lurus atau paksi tidak dilabel penuh.

Memberi graf garis lurus.

Unit tidak dinyatakan pada yang dilabel.

KIMIA 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 2 (c) [KK0502 Mengelas] Tidak begitu ramai calon memberi pengkelasan yang betul. Ramai calon menyenarai dua asid bagi setiap kelas.

Asid hidroklorik salah dikelaskan. Soalan 3 (a) [KK051201 Menyatakan tujuan] Prestasi calon sangat baik. Ini menunjukkan hampir kesemua calon dapat menguasai aspek ini. Soalan 3 (b) [KK051202 Menyatakan pembolehubah] Keseluruhan prestasi calon adalah baik. Kesilapan calon biasanya disebabkan oleh pernyataan pembolehubah dimanipulasi dan dimalarkan yang kurang tepat atau salah.

Asid sulfurik tidak dimanipulasi

Pembolehubah dimalarkan kurang tepat. Sepatutnya kepekatan asid sulfurik.

KIMIA 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3 (c) [KK051202 Menyatakan hipotesis] Prestasi calon adalah baik. Calon dapat menghubungkan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas dengan betul. Kesilapan yang biasa berlaku adalah calon menyatakan pembolehubah bergerak balas terlebih dahulu. pembolehubah bergerak balas

Menyatakan pembolehubah bergerak balas terlebih dahulu.

Menggunakan istilah kurang tepat.

Soalan 3 (d) [KK051203 Senarai bahan dan radas] Prestasi calon adalah sederhana. Kebanyakan calon gagal menyenaraikan kesemua bahan dan radas yang diperlukan.

Tiada jam randik dan silinder penyukat

Kepekatan asid tidak dinyatakan

KIMIA 3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Soalan 3 (e) [KK051203 Prosedur eksperimen] Tidak ramai calon dapat memberi kesemua langkah eksperimen yang lengkap. Kelemahan yang kerap ditemui adalah:

Buret berisi air ditelangkupkan dalam basin berisi air dan bacaan awal buret direkodkan tidak dinyatakan.

KIMIA 3

10

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Isipadu asid dan kuprum (II) sulfat melebihi muatan bekas yang digunakan. Tidak menyatakan jam randik dimulakan.

Soalan 3 (f) [KK051203 Penjadualan Data] Ramai calon tidak menguasai sepenuhnya dalam aspek ini. Kesilapan biasa adalah tidak menyatakan tajuk iaitu isipadu gas dalam cm 3 atau masa dalam saat atau minit.

Tajuk terlalu umum.

KIMIA 3

11

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA CALON 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Mempertingkatkan penguasaan pengetahuan kimia. Mempertingkatkan teknik menjawab seperti kehendak soalan: Jawapan hendaklah ringkas tetapi tepat dan memenuhi kehendak soalan. Baca soalan dengan teliti serta fahami kata tugas yang terdapat dalamnya sebelum menjawab. Mempertingkatkan penguasaan bahasa (BM atau BI) supaya penyampaian lebih jelas dan teratur. Persembahan jawapan hendaklah sistematik Amalkan cara membuat laporan amali dengan betul serta banyakkan melibatkan diri semasa eksperimen dijalankan. Calon perlu memahami maksud definisi secara operasi dan cara membuat hipotesis yang betul. Calon hendkalah menggunakan terminologi atau istilah kimia dengan tepat. Calon harus dapat bezakan antara aspek pemerhatian dengan inferens. Jawab semua soalan kerana ada markah walaupun idea.

SARANAN KEPADA GURU 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Dedahkan pelajar kepada teknik menjawab Kertas 3. Membimbing pelajar membuat definisi secara operasi bagi sesuatu istilah atau pembolehubah dan menyatakan hipotesis dengan betul. Memberi penekanan kepada penggunaan istilah kimia yang betul semasa menjawab. Membimbing pelajar mengenalpasti kata tugas yang terdapat dalam sesuatu soalan. Membimbing pelajar membuat pemerhatian dan inferens yang relevan. Memberi penekanan ke atas konsep asas kimia semasa pengajaran. Menekankan kaedah saintifik dan kemahiran proses sains semasa menjalankan eksperimen dan membuat pelaporan. Memberi peluan kepada pelajar melakukan eksperimen dan jangan biarkan mereka menjadi penonton sahaja. Mengingati pelajar supaya menjawab semua soalan walaupun soalan itu sukar. Guru harus mencari jalan bagi memantapkan pengajaran dan pembelajaran kimia di bilik darjah serta itizam yang tinggi ke arah kecemerlangan pelajar.

KIMIA 3

12

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

You might also like