You are on page 1of 28

1.

PENGENALAN Penerapan nilai-nilai etika alam sekitar amat penting dalam merealisasikan

pembangunan lestari. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, penerapan bermaksud perbuatan mempraktikkan. Nilai-nilai etika bermaksud prinsip-prinsip akhlak atau moral manakala alam sekitar adalah keadaan sekeliling atau lingkungan. Merealisasi pula ialah menjadikan sesuatu kenyataan, pembangunan bermaksud perihal membangun dan perkembangan dan lestari bermaksud konsep kemajuan yang megekalkan sumber alam semulajadi. Secara umumnya, tafsiran holistik berkenaan penerapan nilai-nilai etika alam sekitar dalam merealisasikan pembangunan lestari ialah ; perbuatan mempraktikkan prinsip moral dan akhlak terhadap keadaan sekeliling untuk memastikan kemajuan dapat dikecapi tanpa mengenepikan kepentingan alam semulajadi. Nilai-nilai etika adalah prinsip akhlak yang baik serta positif seperti sikap

bertanggungjawab, mematuhi peraturan, berakhlak mulia, dan berdisiplin. Nilai etika sangat penting dititikberatkan kepada manusia khususnya terhadap penduduk di kawasan yang mengalami pembangunan seperti di bandar-bandar. Terdapat banyak kepentingan penerapan nilai etika dalam membentuk alam sekitar yang bersih dan nyaman seperti ia dapat memastikan keberlangsungan wujudnya alam sekitar yang sihat dan bersih. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan sebarang pengeksploitasian seperti pencerobohan hutan demi kepentingan kewangan, penggunaan bahan-bahan kimia yang boleh menipiskan lapisan ozon dan menyebabkan pencemaran seterusnya dapat memastikan masyakat sentiasa hidup dalam keadaan kesihatan yang baik. Disebabkan era globalisasi yang dihadapi dunia masa kini menuntut proses perbandaran berlaku dengan pesat, pembangunan lestari adalah salah satu perkara yang harus dititikberatkan. Masyakat perlu sedar bahawa alam merupakan khazanah yang tidak ternilai dan perlu dipelihara untuk warisan sejagat dan tinggalan untuk generasi akan datang. Dalam sudut yang lain pula, alam terpaksa diterokai secara terkawal untuk pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial. Usaha dalam mengurus alam sekitar untuk kepentingan masyarakat masa kini dengan tidak mengabaikan kepentingannya untuk generasi akan datang. Antara kaedah yang paling berkesan dalam menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan pembangunan lestari ialah dengan penerapan nilai-nilai etika alam sekitar secara berterusan.

2.0

PENGURUSAN ALAM SEKITAR Penilaian ke atas penerapan kesedaran terhadap pembangunan lestari kepada

masyarakat umum adalah lebih sukar sekiranya masyarakat itu belum pernah didedahkan kepada pendidikan mengenai pembangunan lestari (Jamaludin, 1996). Perkara ini perlu diambil serius kerana pembangunan lestari akan menjadi lebih sukar dilaksanakan sekiranya pengurusan alam sekitar tidak diberi penekanan. Terdapat pelbagai cara pengurusan alam sekitar yang telah digalakkan untuk dilaksanakan terutama kepada masyarakat Malaysia. Pengurusan alam sekitar ialah sebarang langkah-langkah yang diambil bagi memastikan alam sekitar sentiasa dipelihara untuk kesejahteraan masyarakat dan negara. Antara pengurusan alam sekitar yang sering diambil berat oleh pihak kerajaan dan pihak-pihak lain yang bertanggungjawab adalah seperti berikut ; 2.1 Kitar Semula

Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di pusat membeli belah Mid Valley oleh YB Menteri perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tanggal 11 November pada setiap tahun telah ditetapkan sebagai Hari Kitar Semula Kebangsaan. Kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Pengurangan penghasilan sisa pepejal yang lazimnya terdiri daripada sampah sarap dapat dicapai melalui kaedah yang efektif dengan memfokuskan kepada 3R iaitu (reuse) penggunaan semula, (recycle) kitar semula dan (reduce) pengurangan. Antara contoh cara untuk melaksanakan kaedah mengitar semula ialah dengan mengasingkan jenis-jenis sampah kepada plastik, kertas, kaca dan aluminium. Kemudian, pengguna boleh membuang sisa pepejal tersebut ke dalam tong kitar semula mengikut warna iaitu warna tong biru untuk menyimpan kertas, warna coklat untuk menyimpan kaca manakala tong berwarna jingga digunakan untuk menyimpan tin aluminium dan plastik. Sekiranya masyarakat diterapkan dengan nilai-nilai etika yang sewajarnya, penyediaan tong-tong kitar semula yang telah disediakan oleh pihak kerajaan pastinya dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan alam sekitar. Selain itu, penggunaan semula juga amat digalakkan untuk dilaksanakan oleh penduduk Malaysia khususnya dalam menyelamatkan alam sekitar daripada dicemari sampah sarap.

Sebagai contoh, tin biskut, tin kopi atau bekas-bekas makanan boleh digunakan semula sebagai bekas. Selain itu, jualan garaj juga boleh dilakukan dengan menjual barangan terpakai atau sebagai alternatif lain, masyarakat juga boleh menderma barang-barang terpakai mereka kepada golongan yang memerlukan seperti pakaian bukan sahaja kepada masyarakat miskin dalam negara tetapi juga boleh diberikan sebagai bantuan kepada negara-negara miskin terdekat. 2.2 Mengurangkan Penggunaan Bahan-Bahan Yang Mengandungi Gas

klorofuorokarbon (CFC). Gas CFC atau juga disebut sebagai gas klorofluorokarbon iaitu salah satu gas yang sangat berbahaya kepada alam sekitar. Bahan-bahan yang selalu digunakan oleh manusia yang mengandungi gas klorofuorokarbon ialah penyembur rambut, pendingin hawa serta peti sejuk. Cara ia bertindak dalam memusnahkan alam sekitar ialah dengan menipiskan lapisan ozon melalui pergerakan gas tersebut dalam udara. Lapisan ozon bertindak sebagai pelindung serik matahari yang sampai ke bumi. Apabila lapisan ozon semakin menipis, lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan kanser kulit. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan suhu bumi sehingga menjadikan masalah bencana alam apabila ais di kawasan Antartika semakin banyak yang mencair. Dari satu sudut, penggunaan bahan-bahan yang menyebarkan gas CFC sering dianggap mudah oleh masyarakat. Tetapi kebanyakannya tidak sedar bahawa perkara yang diambil ringan ini apabila berlaku dalam kadar kuantiti yang banyak dan berterusan akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada alam sekitar seperti berlakunya kesan rumah hijau. Kehadiran gas-gas rumah hijau yang memanaskan bumi ini adalah hasil daripada aktiviti manusia sendiri demi pembangunan global. Selain daripada gas CFC, terdapat juga gas-gas lain yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau sekaligus memusnahkan alam sekitar iaitu gas karbon dioksida (CO2) daripada pembakan bahan api fosil, gas nitrat oksida daripada aktiviti perladangan, dan pelbagai lagi. Disebabkan itulah nilai etika alam sekitar harus dijadikan satu isu penting dalam kalangan masyarakat bagi memastikan pembangunan lestari boleh dijadikan kenyataan dengan mengurangkan penggunaan bahan yang menyebarkan gas berbahaya terhadap bumi.

2.3

Perguatkuasaan Undang-Undang

Undang-undang adalah cetusan kuasa kenegaraan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan dan pada amnya kebaikan sejagat manusia. Tanpa undang-undang, manusia yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika akan melakukan sesuatu mengikut sesuka hati. Undang-undang mampu melindung bukan sahaja manusia tetapi juga alam sekitar. Sebagai contoh, sampah sarap yang tidak dikutip oleh pihak berkuasa tempatan mengikut jadual yang diperaturkan adalah satu contoh penyelewengan dari segi undang-undang. Manusia perlu dikawal menerusi undang-undang kerana dokumen dan bicara undang-undang yang menjadikan suatu peraturan itu boleh dipatuhi. Dalam melindungi alam sekitar daripada sebarang pencemaran, terdapat akta yang melindunginya iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan akta yang berhubung dengan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Antara pencemaran yang diperincikan tentang had dan dendaan bagi setiap kesalahan ialah sekatan mengenai pencemaran udara, tanah tanih, perairan daratan, bunyi bising, larangan terhadap pembakaran terbuka dan banyak lagi. Dengan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat iaitu dengan mengenakan denda, penalti atau hukuman bagi setiap kesalahan yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjwab, ia boleh dijadikan pedoman bagi orang lain yang mungkin cenderung untuk melakukan kerosakan terhadap alam sekitar. Dengan cara penguatkuasaan undang-undang ini juga, penerapan nilainilai etika boleh dilatih untuk diserap kedalam diri masyarakat terutama dalam kalangan golongan orang dewasa.

3.0

PANDANGAN AGAMA TENTANG ETIKA ALAM SEKITAR Menurut Mardzelah Makhsin (2006) etika alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai suatu

displin pengajian yang membahaskan tentang baik atau buruk ke atas alam sekitar. Hal ini dapat difahami bahawa aspek tentang nilai itu penting bagi menentukan setiap tindakan yang dilakukan oleh manusia. Melalui sistem nilai ini ianya dapat mengkategorikan sesuatu perbuatan itu sama ada baik atau buruk sekaligus ianya dapat memudahkan setiap individu mengetahui justifikasi setiap perbuatan yang dilakukan oleh mereka ke atas alam sekitar. Sesebuah masyarakat itu lebih mudah menerima sesuatu sistem nilai itu apabila ianya telah diaplikasikan dalam kod etika atau panduan dalam kehidupan mereka. Kebanyakkan kod etika yang diguna pakai ini akan berkembang sehingga menjadi soal perundangan dan polisi bagi menjamin kesejahteraan alam sekitar dan ekologi. Kod etika dan panduan alam sekitar yang ditentukan bagi setiap agama adalah salah satu cara paling mudah dan berkesan bagi menjaga alam sekitar daripada berlakunya kemusnahan dan pencemaran yang serius. Namun terdapat pelbagai perbezaan dan persamaan pendapat tentang etika alam sekitar bagi sesuatu agama itu. Antara contoh agama yang menerapkan etika alam sekitar dalam diri setiap penganutnya adalah agama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Walaupun cara dan pendapat etika alam sekitar sesuatu agama itu berbeza tetapi kesemua agama ini mahu akan kebaikan kepada alam semesta itu. 3.1 Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Islam

Menurut pandangan agama Islam, alam semulajadi yang telah dicipta oleh Allah ini adalah kurniaan kepada manusia. Atas kurniaan ini, manusia itu diberikan amanah oleh Allah bagi menjaga dan mentadbir alam semula jadi. Kepelbagaian alam ini memanifestasikan kekuasaan Allah dalam meneroka dan mengguna setiap kurniaan yang wujud di dalamnya. Oleh hal yang demikian setiap manusia itu haruslah bersederhana, tidak bersifat mementingkan diri sendiri, jujur dan tidak mengeksploitasi, serta menjauhi diri daripada melakukan monopoli, dan. Malah setiap umat islam itu perlulah mensyukuri nikmat yang diperolehi daripada alam semulajadi ini. Walaupun alam sekitar itu dikurniakan untuk manusia maka manusia itu tidak boleh melakukan sesuka hati perbuatan yang boleh menimbulkan kerosakan ke atas alam sekitar ini. Mereka perlulah sentiasa menyedari bahawa alam sekitar adalah milik mutlak Allah dan ianya

perlulah dipelihara supaya sentiasa berkeadaan baik sahaja. Contohnya Allah menurunkan sumber air bagi membolehkan manusia itu melakukan pelbagai kegunaan seperti untuk bersuci dalam proses melakukan ibadat kepadanya dan dijadikan minuman. Tujuan lain Allah menurunkan air juga adalah untuk menguji tahap keimanan manusia. Iman seseoarang itu dapat ditentukan oleh setiap perlakuannya sama ada baik atau buruk. Contohnya perbuatan melakukan pencemaran ke atas air adalah salah satu tanda manusia yang tidak mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah. Sekiranya iman seseorang itu tinggi maka segala perbuatan yang boleh mengakibatkan kemusnahan alam sekitar akan segera dijauhi olehnya. Menurut perspektif Islam, sifat-sifat alam ini boleh dibahagikan kepda tujuh bahagian iaitu tawazun,nassim, jamal, qanaah, mahabbah, ihsan, taawun. Sifat alam yang pertama ialah tawazun. Tawazun dapat didefinasikan sebagai keseimbangan iaitu sesuatu fenomena yang tidak melampau atau berlebih-lebihan. Keseimbangan yang wujud itu adalah penting bagi menghasilkan keharmonian alam. Sememangnya peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah adalah bertujuan mencapai keamanan dan mengelakkan berlakunya gangguan kepada keseimbangan alam semesta. Maka setiap umat islam itu diajar untuk tidak melakukan sebarang perbuatan yang mendatangkan keburukan kepada alam sekitar serta mengunakan sumber alam secara harmoni dan seimbang. Sifat alam yang kedua ialah nassim. Nassim dapat dimaksudkan sebagai segar. Bagi pendapat ajaran Islam, seluruh alam semesta ini mempunyai nassim sebagai lambang rahmat Allah kepada kehidupan. Hal ini dapat dibuktikan oleh Al-Quran melalui penjelasan tentang kesuburan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kepelbagaian jenis dan sifat. Tumbuhtumbuhan yang subur ini perlulah dijaga dan dipelihara dengan baik dan manusia tidak boleh memaksimum kegunaan sumber ini untuk kepentingan diri sendiri. Sifat alam yang ketiga ialah jamal. Jamal membawa maksud keindahan kejadian alam semesta. Keindahan ini akan dapat membawa ketenangan kepada setiap manusia yang tahu menilainya. Maka sifat keindahan ini mempunyai kaitan yang rapat dengan kejadian alam semesta yang mempunyai keajaiban dan keistimewaannya yang tersendiri. Maka dengan ini umat itu diajar untuk mengekalkan keindahan dan ketenangan yang ada di dalam alam sekitar ini supaya tidak menjadi buruk.

Sifat alam yang keempat ialah qanaah. Qanaah memberi pengertian tentang sikap meredai segala kurnian yang diperolehi daripada Allah untuk keperluan hidup. Dengan ini dapat difahami bahawa mereka yang mempunyai sifat ini terhindar daripada ketamakan dan sentiasa mensyukuri pada setiap rezeki yang diperolehinya. Dalam perbincangan pemuliharaan alam sekitar, sifat ini amat penting bagi mengawal perbuatan manusia yang suka akan mengeksploitasikan sumber alam secara melampau. Oleh itu, agama Islam menerapkan dalam diri setiap umatnya untuk bersifat qanaah. Dengan adanya sifat qanaah ini maka mereka akan menggunakan sumber alam sekadar untuk hidup sahaja dan mereka ini juga akan sentiasa menghargai setiap nikmat yang diperolehi. Sifat alam yang kelima ialah Mahabbah. Mahabbah diertikan sebagai sikap mengasihi manusia dan mahluk lain. Oleh itu setiap manusia diseru agar memupuk perasaan kasih sesama manusia kerana seperti sedia maklum mereka ini adalah berasal daripada keturunan yang sama. Di dalam skop ini, Allah menuntut manusia untuk mengasihi komponen alam semulajadi yang lain kerana semuanya itu adalah lambang kebesaran Allah dan rahmat daripadanya. Seperti sedia maklum setiap komponen alam semulajadi itu akan sentiasa berzikir memuji Allah tanpa henti maka umat islam ditegah daripada melakukan kekejaman ke atas alam sekitar. Sekiranya mereka memahami konsep mahabbah ini dengan jelas maka kerosakan ke atas sekitar tidak akan berlaku. Sifat alam yang keenam menurut agama Islam ialah ihsan. Ihsan ini dapat dilihat melalui sikap manusia yang sentiasa berjaga-jaga di dalam melakukan apa jua tindakan kerana merasai Allah itu sentiasa mengawasinya dan percaya bahawa Allah itu maha melihat. Dengan adanya sikap sebegini, seseorang itu akan sentiasa melakukan perbuatan yang baik serta mengelakkan diri daripada melakukan tindakan yang jahat. Jika dilihat dalam konteks pemuliharaan alam sekitar, sifat sebegini amat diperlukan bagi membolehkan setiap manusia tidak melakukan perbuatan yang boleh memusnahkan alam sekitar walaupun perbuatannya itu tidak dilihat atau diketahui oleh orang lain. Contohnya seseorang itu tidak akan membuang sampah ke sungai kerana ianya pasti Allah itu sentiasa mengawasinya walaupun ianya pasti orang lain tidak akan mengetahui sekiranya ia membuang sampah itu ke sungai. Sifat alam yang terakhir ialah taawun. Taawun bermaksud sikap tolong-menolong dalam kalangan anggota masyarakat bagi memperolehi kebaikan serta menghindarkan keburukan. Lantaran itu, sifat taawun adalah bersesuaian untuk direalisasikan ke arah

membentuk masyarakat mapan. Malah dengan adanya masyarakat yang sentiasa tolong menolong sudah semestinya keharmonian alam sekitar dapat dikekalkan. Tambahan pula pengurusan alam sekitar dapat ditadbir dengan baik sekiranya semua manusia saling tolongmenolong. 3.2 Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Agama Kristian

Agama Kristian menetapkan bahawa pengurus kepada alam sekitar adalah di bawah tanggujawab manusia. Di dalam etika alam sekitar, agama Kristian berpendapat bahawa manusia itu adalah makhluk yang sempurna dan sesuai untuk diberikan tanggungjawab bagi mengawal selia alam sekitar ini. Konsep tanggungjawab yang ditekankan di dalam persoalan ini adalah lebih dikenali sebagai stewardship. Konsep stewardship bermaksud manusia ialah wakil Tuhan yang diberikan tanggungjawab bagi menguruskan seluruh ciptaan Tuhan di atas muka bumi. Dengan erti kata lain tanggungjawab yang diberikan itu merupakan satu amanah kepada setiap manusia supaya menguruskan seluruh ciptaan tuhan di atas muka bumi ini dengan baik. Dengan adanya amanah dari Tuhan ini maka manusia akan memikul tanggungjawab menguruskan bumi dengan baik dan secara langsung ianya dapat menghalang manusia daripada melakukan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan alam sekitar. Di samping itu, untuk menjamin keberkesanan pelaksanaan tanggungjawab stewardship ini, setiap penganutnya perlulah memahami dan mengikuti segala peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan berkaitan dengan alam semula semula jadi ( natural law). Apabila para penganutnya memahami peraturan-peraturan yang telah digariskan ini maka mereka akan mempunyai kesedaran tinggi untuk memelihara alam sekitar daripada tercemar. Dengan ini isu-isu kerosakan alam sekitar dapat dihindari sekaligus dapat menjamin kualiti alam sekitar untuk terus dalam keadaan baik. 3.3 Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Hindu.

Menurut etika alam sekitar bagi agama Hindu penciptaan, pemuliharaan dan pemusnahan seluruh alam semesta ini adalah ditentukan oleh suatu kuasa pencipta. Hal ini dapat difahami pencipta itu berkuasa tinggi dalam segala proses perubahan yang berlaku ke atas keseluruhan alam semesta ini. Keseluruhan alam semesta ini adalah tertakluk di bawah kuasa pencipta dan alam semesta ini merangkumi bumi, langit, spesis hidupan, lautan dan

komponen-komponen alam semulajadi. Apa-apa perkara yang terjadi ke atas alam semesta ini adalah di bawah pengawasan pencipta kerana Tuhan itu mempunyai nilai mutlak ke atas alam semesta ini. Oleh hal yang demikian maka manusia itu mempunyai apa-apa keistimewaan ke atas apa jua komponen yang terdapat alam sekitar ini. Di samping itu juga manusia dilarang sama sekali daripada melakukan kemusnahan dan kerosakan ke atas hidupan yang ada di muka bumi seperti fauna, flora dan organisma-organisma. Maka jelaslah bahawa agama Buddha turut mengajar penganutnya untuk memelihara dan menguruskan alam sekitar dengan baik supaya kualiti alam sekitar itu tidak merosot dari hari ke hari. Selain itu juga, menurut doktrin Ahimsa para penganut Hindusime ditegah daripada melakukan apa jua kekejaman ke atas haiwan. Apatah lagi berlaku kejam ke atas sesama manusia itu sendiri. Oleh sebab itu, doktrin ini mengalakkan penganutnya supaya bersikap vageterian di dalam pemakanan. Secara umumnya penganut agama Hindu ini tidak akan memakan daging lembu kerana bagi lembu disisi agamanya adalah binatang suci dan diharamkan untuk membunuhnya. Tambahan lagi para penganut agama Hindu ini diajar untuk memuja pokok kerana pokok adalah simbol kepada pelbagai sirat ketuhanan. Malah setiap pokok yang dipuja itu mempunyai dewanya yang tersendiri. Di samping itu juga, agama Hindu mengatakan bahawa kawasan hutan adalah kawasan kediaman bagi dewa Krishna. Lantaran itu setiap penganut agama Hindu dilarang menebang pokok-pokok yang ada di hutan secara berleluasa. Hal ini demikian kerana kawasan berhutan itu perlulah dikekalkan bagi menjamin kediaman yang sempurna bagi dewa Krishna mereka.. Maka dengan ini agama Hindu telah menyuruh agar para penganutnya bertindak secara beretika dan bermoral ke atas sekitar sebagai menghormati alam semesta yang telah dicipta oleh Tuhan. Dengan ini jelaslah bahawa agama Hindu meminta setiap penganutnya agar memelihara alam sekitar ini dengan baik dan mengawal setiap perbuatan mereka daripada melakukan kemusnahan ke atas alam sekitar ini. 3.4 Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Agama Buddha.

Menurut agama Buddha, etika alam sekitar dapat difahami bahawa alam semulajadi ini adalah hidup walaupun hakikatnya pada pandangan manusia ianya tidak bergerak atau mati. Selain itu juga, agama Buddha menghujahkan bahawa alam semulajadi ini mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan kepada bumi dan langit sebagai ibubapa kehidupan. Oleh hal yang demikian, manusia harus menjaga dan memelihara alam sekitar ini sebagai tanda mengasihi dan menghormati ibu mereka iaitu bumi ini. Di samping itu juga, agama Buddha mengajar para

penganutnya supaya sentiasa menyedari bahawa alam semulajadi ini adalah sensetif terhadap sebarang tindak-tanduk manusia ke atasnya. Hal ini dapat difahami bahawa alam semulajadi dan tindakan manusia mempunyai hubungan secara tidak langsung dan manusia itu sendiri perlu menguruskan alam sekitar ini dengan baik tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar. Antara etika alam sekitar lain bagi agama Buddha ialah agama Buddha menyatakan bahawa alam semulajadi ini wujud dalam keadaan dinamik dan apa-apa perkara yang berlaku ke atas alam semulajadi ini adalah hasil daripada proses perubahan yang berterusan. Sememangnya alam sekitar itu tidak berbentuk dalam keadaan stastik kerana alam sekitar akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa akibat daripada perlakuan manusia mahupun faktor-faktor semulajadi. Lantaran hal tersebut penganut-penganut Buddha diajar untuk menjaga dan menyedari setiap perlakuaan mereka bagi mengelakkan berlakunya perubahan alam secara serius sekaligus mencegah mereka daripada membuat sesuatu perkara yang boleh mengancam ekosistem hidupan bumi yang lain. Dengan ini agama Buddha menyuruh para penganutnya supaya tidak mengeksploitasikan sumber alam secara sewenangwenangnya kecuali untuk keperluan hidup mereka. Malah mereka ditegah daripada melakukan perkara-perkara yang memudaratkan hidupan lain bagi kepentingan diri sendiri. Selain itu, agama Buddha tidaklah menggariskan persoalan pandangan alam sematamata malah agama Buddha juga turut menekankan kepada pembentukan moral individu sebagai teras kepada aktiviti kehidupannya. Dengan adanya pembentukan moral individu dari agama Buddha maka peratusan keberkesanan sesuatu perkara itu adalah tinggi kerana penganut-penganutnya akan diberikan segala panduan untuk menjaga alam persekitaraan. Di samping itu juga, panduan yang diberikan oleh agama Buddha ini adalah merangkumi segala jenis perbuatan yang baik dan buruk yang dilakukan oleh manusia ke atas alam sekitar. Maka dengan ini para penganutnya akan berhati-hati dalam melakukan setiap tindakan bagi memelihara ibu mereka iaitu bumi daripada berlaku kemusnahan.

10

4.0

SISTEM MAKLUMAT PERHUTANAN/ RANCANGAN PENGURUSAN HUTAN Projek ini bertujuan untuk mewujudkan satu rancangan pengurusan hutan dari tahun

2001 hingga 2010 yang lebih sistematik, komprehensif dan dalam penyediaan yang berdigital untuk menyesuaikan dengan perancangan dan penggunaan semasa. Rancangan Pengurusan Hutan ini termasuklah bagi kawasan hutan darat dan hutan paya bakau. Satu contoh pengurusan hutan secara mapan dapat diperhatikan di negeri Sabah. Sabah mengimplementasikan Sistem Pengurusan Hutan (FMS) yang akan meletakkan hutan komersil di negeri ini di bawah amalan-amalan hutan berkekalan atau mapan. Hutan simpan komersil di negeri ini telah dibahagikan kepada 27 unit pengurusan hutan (FMU). Setiap FMU terdiri daripada sekurang-kurangnya 100 000 hektar dan dibahagikan lagi kepada kompatmenkompatmen operasi bersaiz 200-600 hektar. Pada peringkat FMU, rancangan jangka sederhana perlu dibuat. FMP mempunyai tempoh minimum 10 tahun dan tempoh maksimum 20 tahun. Tempoh ini dapat menjamin kestabilan jangka sederhana yang diperlukan untuk membantu pelaksanaan yang konsisten keatas aktiviti-aktiviti pengurusan hutan mapan seperti yang dinyatakan dalam FMP. FMP juga mengandungi saranan untuk mengawal kesan ke atas alam sekitar akibat daripada aktiviti-aktiviti perhutanan seperti yang dikehendaki dalam penilaian kesan kepada alam sekitar (EIA). Pelaksanaan aktiviti-aktiviti perhutanan (penuaian, silvikultur dan rehabilitasi utan) seperti yang dijelaskan kepada FMP, perakaunan sumber dan kawalan dilaksanakan pada peringkat kompatmen. Pelan tahunan operasi (AWP) pula hendaklah disediakan untuk tempoh masa setahun. Pelbagai langkah boleh dilakukan dalam pengurusan hutan yang lestari. Salah satunya ialah pemuliharaan hutan. Selain daripada menstabilkan alam sekitar, hutan asli merupakan suaka hidupan liar dan menjadi satu gedung sumber genetik yang belum diterokai dan akan diguna untuk meningkatkan pengeluaran seperti pokok, rotan, buah-buahan dan binatang ternakan. Hutan ini juga penting bagi penduduk desa sebagai sumber mendapatkan makanan. Sehubungan dengan ini, Semenanjung Malaysia telah mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan untuk pemeliharaan kepelbagaian hayat dengan penubuhan Taman-taman negara, rezab hidupan liar, suaka burung dan taman marin sejak tahun 1930an lagi. Taman Negara yang terbesar di Semenanjung malaysia meliputi kawasan seluas 434,351 hektar dan telah diwartakan pada awal tahun 1939 yang kebanyakannya berada dalam hutan dara. Seluas

11

0.74 juta hektar di Semenanjung Malaysia telah dilindungi mengikut undang- undang sebagai kawasan pemeliharaan di mana 0.55 juta hektar berada di luar HSK dan 0.19 juta hektar berada di dalam HSK. Dalam usaha-usaha untuk melindungi dan mengekalkan jenis-jenis hutan dalam keadaan semulajadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkan Hutan Simpanan dara (VJR) sebagai rezab semulajadi. Hutan Simpanan Dara ini berperanan sebagai contoh untuk membuat perbandingan ekologi dan biologi dengan kawasan hutan yang telah dibalak atau kesan rawatan silvikultur. Ianya juga merupakan hutan asli semulajadi untuk kajian. Semenjak tahun 1950, sebanyak 72 buah VJR telah ditubuhkan di seluruh Semenanjung Malaysia yang meliputi keluasan 21,284 hektar. kawasan- kawasan VJR ini merupakan contoh dari berbagai jenis hutan dara yang terdapat di negara ini termasuklah Hutan Paya Laut, Hutan Pantai, Hutan Rawa (Heath forest), Hutan Paya Gambut, Huatn Pamah Dipterokarpa, Hutan Bukit Dipterokarpa, Hutan Bukit Tinggi Dipterokarpa dan Hutan Pergunungan. Sehubungan itu, perhatian adalah ditumpukan kepada aspek perlindungan terhadap spesies-spesies yang luar biasa dan yang menghadapi kepupusan. Beberapa spesies hidupan liar yang menghadapi kepupusan telah dikenalpasti dan sedang dilindungi di bawah undangundang seperti harimau, badak sumbu, kongkang dan beberapa jenis rama-rama. Akta Taman Negara 1980 (Pindaan 1985) dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Pindaan 1976 & 1988), memastikan pemeliharaan Taman Negara dan burung-burung dan hidupan liar yang menghadapi bahaya kepupusan. Kawasan hutan perlindungan yang terletak di kawasan HSK seluas 1.90 juta hektar telah dijadikan kawasan perlindungan kepelbagaian hayat di Semenanjung Malaysia yang sekarang berjumlah 2.45 juta hektar atau 18.6% daripada keluasan tanah negara ini. Selain itu, ialah pemeliharaan hutan juga salah satu langkah dalam pengurusan hutan. Pemeliharaan hutan dan perlindungan alam sekitar adalah penting bagi Semenanjung Malaysia. Pengurusan hutan secara berkekalan, termasuk penubuhan HSK adalah untuk memastikan keluasan hutan asli yang mencukupi bagi mengekalkan kualiti dan kestabilan alam sekitar. Undang-undang hutan bagi negeri dan persekutuan, ada memperuntukkan peraturan bagi mewartakan kawasan hutan sebagai HSK. Pewartaan pertama mengikut undang-undang negeri bermula sejak awal tahun 1900an. Sejak berkuatkuasanya Enakmen Hutan 1934, kebanyakan hutan-hutan berhasil telah diwartakan sebagai HSK. Perlindungan kawasan

12

berhutan sebagai tadahan air adalah penting. Ini adalah untuk meminimumkan kesan kerosakan ekoran dari pengusahasilan hutan. Maka dengan itu segala bentuk penerokaan kawasan hutan dan pembangunan infrastruktur yang lain, baik dalam HSK ataupun tanah kerajaan, perlu diawasi dan dikawal dengan sepenuhnya mengikut rancangan pengurusan dan pengusahasilan yang telah ditetapkan bagi menjamin pengeluaran balak yang mencukupi di samping memelihara kualiti alam sekitar dan kestabilan ekologi. Selain dari Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, yang dipinda bagi memasukkan Impak Alam Sekitar (EIA) yang berkuatkuasa pada 1987 mensyaratkan juga semua aktiviti melibatkan kawasan berhutan memerlukan kepada EIA seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) Skim pembangunan tanah yang melibatkan kawasan seluas 500 ha atau lebih kawasan tanah berhutan kepada kegunaan tanah yang lain; Sistem perparitan kawasan berpaya, Kawasan hidupan liar atau hutan dara yang meliputi kawasan seluas 100 ha atau lebih; Projek akuakultur darat yang melibatkan pembersihan Hutan Paya Laut seluas 50 ha atau lebih; Penukaran tanah hutan bukit kepada kegunaan lain-lain yang meliputi kawasan seluas 50 ha atau lebih; penukaran tanah hutan kepada kegunaan lain-lain dalam kawasan tadahan air atau empangan air untuk bekalan air tempatan,pengairan atau penjanaan kuasa elektrik atau kawasan yang berhampiran dengan taman-taman negeri dan negara dan taman marin negara; (vi) (vii) (viii) (ix) Pembalakan meliputi kawasan seluas 500 ha atau lebih; Penukaran tanah Hutan Paya Laut kepada industri, perumahan atau pertanian yang meliputi kawasan seluas 50 ha atau lebih; Pembersihan Hutan Bakau di pulau-pulau yang berhampiran dengan taman marin negara;dan Lain-lain aktiviti yang mempengaruhi hutan, seperti penambakkan tanah pantai, tebus guna-tanah dan projek penjanaan kuasa elektrik.

Jabatan Perhutanan bersama-sama dengan institusi dan jabatan-jabatan lain telah melancarkan kajian yang komprehensif untuk mengendali dan mengkaji kekesanan pengusahasilan hutan terhadap pengeluaran sumber air di hutan bukit dan hasil endapan

13

(sediment yeild) di hilir sungai.Kawasan- kawasan kajian ini terletak di kawasan lembah Hutan Simpan Sg. Tekam bagi Hutan Pamah yang ditubuhkan pada 1973 dan Lembangan Kajian Jengka/Bukit Berembun bagi Hutan Bukit yang ditubuhkan pada tahun 1978. Keputusan awal dari kajian ini menunjukkan bidang parameter hidrologi seperti sumber air, kualiti air dan hasil endapan akan pulih kepada keadaan asal dalam tempoh tiga ke empat tahun selepas pembalakan Dibawah Akta Perhutanan negara 1984, hutan perlindungan dalam Hsk dikelaskan sebagai hutan perlindungan tanah, hutan kawalan banjir dan hutan tadahan air. Dua program kajian pengurusan tadahan air telah dimulakan bagi membekalkan data hidrologi bagi pelbagai kegunaan tanah. Ini adalah Program Negara bagi Experimental and Representative basins dan Hidrologi hutan dan Program Pemeliharaan dalam konsep dan pendekatan meluas dan pelbagai disiplin (multi-disiplinary). Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelaksanaan Program Hidrologi Antarabangsa dan beberapa seminar dan bengkel bagi peserta-peserta dari rantau Asia-Pasifik telah diadakan. Di samping ini, Jabatan Perhutanan telah menjadi agensi yang menyelaraskan Projek Pengurusan Legeh Asean-US di negara FIlipina yang telah ditamatkan pada tahun 1989 setelah aktif selama enam (6) tahun. Matlamat utama projek ini ialah meningkatkan kerjasama di kalangan negara-negara ASEAN dalam pemeliharaan tadahan air dan aktiviti pengurusan dengan objektif untuk meningkatkan gunatenaga, kepakaran dan kemahiran. Lebih kurang 200 pegawai dari Malaysia telah mendapat faedah daripada projek ini melalui penglibatan dalam beberapa kursus, latihan, seminar, simposium dan bengkel yang telah dikelolakan di bawah projek ini. Selain daripada itu Malaysia juga menerima bantuan berjumlah RM 208,000 dalam bentuk alat-alat penyelidikan bagi mengendalikan kajian hidrologi. Sebagai contoh di Sabah telah diadakan Kursus Pendidikan dan saintifik. WWF Malaysia memandang pendidikan sebagai kunci kepada asas pemuliharaan jangka panjang. WWF Malaysia telah membantu Yayasan Sabah untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan penubuhan Skim Kelab Alam Semulajadi di sekolah-sekolah. Skim ini kemudiannya dilancarkan pada tahun 1988, kelab ini merupakan organisasi bukan kerajaan yang terbesar sekali di Malaysia dengan keahlian seramai 28,000 ahli dan terdapat 70 buah kelab yang aktif di sekolah-sekolah. Pada pencapaian awal, ianya telah berjaya memfokuskan kepentingan pendidikan dalam pemuliharaan, satu lagi projek yang giat dijalankan sekarang ialah Projek Pendidikan Alam Pesekitaraan. Pada masa ini WWF Malaysia bertindak sebagai pakar

14

perunding kepada Jabatan Hidupan Liar di Sabah bagi menyusun Plan Pembangunan dan Pengurusan untuk Kawasan Perlindungan Burung, Bandar K.K.(KK City Bird Sanctuary/ KKCB) (24hektar) dan Lagun Likas (Likas Lagoon) (26 hektar).Matlamat utama projek ini adalah untuk melindungi dua habitat ini daripada kesan pembangunan bandar selanjutnya dan untuk mempromosikan kesedaran awam tentang kepentingan tanah paya dengan mewujudkan sebuah kawasan perlindungan contoh Bandar tanah Paya yang sistematik (kawasan ini terletak lebih kurang 4km daripada bandar KK). Adalah menjadi harapan untuk memberi perlindungan yang sama kepada tanah-tanah paya yang mempunyai habitat yang peka kepada perubahan di Sabah seperti pada kawasan Dataran Banjir di Kinabatangan. Daripada kajian yang baru dijalankan, 80 jenis spesis burung telah dihantar ke kawasan perlindungan burung di "KK City Bird Sanctuary" dan "Likas Lagoon." Kawasan Paya bakau ini menyediakan kawasan pembiakan utama bagi burung-burun Pucung Malam, ianya juga dapat menampung hidupan akua yang berbeza-beza. Alam persekitaran lagun menyediakan sumber dan tempat perlindungan yang sesuai bagi pelbagai spesis burung. Ada jenis spesis-spesis burung yang boleh didapati dalam kumpulan yang besar, seperti "moorhens", namun begitu terdapt juga jenis spesis yang jarang-jarang dijumpai seperti Burung Puyung Unggu dan sekalisekala kawasan ini dilawati oleh kumpulan itik-itik yang berhijrah. Fokus utama KKCB adalah pembinaan Pusat Pendidikan Alam Sekitar yang akan dihubungkan dengan litar titian dan kawasan terlindung bagi pengkaji burung. Daripada titian yang dibina itu para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat keunikan habitat paya dan hidupan liarnya. Oleh kerana saiznya (26 hektar) dan rupa bentuk buminya yang berbentuk linear maka pembangunan yang dijalankan pada "Likas Lagoon" hanya terhad kepada pembinaan dua kawasan terlindung untuk pengkaji burung dan disebelahnya dibina medan letak kereta. Proses pemuliharaan pada tumbuh-tumbuhan dikedua-dua kawasan ini akan dijalankan dan akan memastikan kawasan ini akan kembali seperti sebelum ianya mengalami perubahan kesan daripada aktiviti perkampungan setinggan. Apabila Pusat Pendidikan Alam Persekitaran ini berjaya ditubuhkan, pihak KKCB disarankan untuk memulakan pendidikan, pelancongan dan program penyelidikan sebagai antara kemudahan yang disediakan. Program-program ini juga akan diperkembangkan dan diperbaiki /baikpulih oleh kakitangan di kawasan Perlindungan dari semasa ke semasa.

15

5.0

LANGKAH MELALUI PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG ATAU AKTA Penerapan nilai-nilai etika dalam merealisasikan pembangunan lestari turut

mengambilkira aspek penguatkuasaan akta yang berkaitan. Sebagai contoh, keprihatinan kerajaan melalui pemuliharaan hutan juga terserlah apabila kerajaan mewujudkan Dasar Hutan Kebangsaan pada tahun 1978 disusuli dengan Akta Perhutanan Negara 1984 bagi memulihara khazanah hutan tempatan. Hal ini bertujuan untuk menjamin pengurusan hutan tidak dipandang remeh dan diabaikan oleh setiap individu. Pada tahun 1993, Akta Perhutanan Negara telah dipinda bagi meningkatkan kadar denda serta hukuman penjara. Hukuman maksimum bagi kesalahan mengikut seksyen 15 akta itu dinaikkan kepada denda RM500 000 atau 20 tahun penjara atau kedua-duanya sekali selain mewajibkan pembayaran royalti 10 kali ganda. Hukuman yang dikenakan sebelumnya ialah denda maksimum RM10 000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali selain mewajibkan pembayaran royalti lima kali ganda nilai hasil hutan yang dikeluarkan. Seksyen 15 akta tersebut adalah berhubung dengan pengawalan dan pengeluaran lesen bagi pengambilan hasil rimba daripada hutan simpanan atau tanah milik kerajaan. Seksyen 47 pula merangkumi syarat memperoleh permit bagi memasuki hutan simpanan. Kesalahan mengikut Seksyen 47 akan dikenakan denda maksimum RM10 000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali berbanding hukuman sebelumnya, iaitu denda RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Seksyen 32, pula menggariskan syarat mengeluarkan permit bagi melakukan kegiatan tertentu dalam sempadan kawasan hutan simpanan. Hukuman maksimum bagi kegagalan mematuhi Seksyen 32 ialah denda maksimum RM50 000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun, semua kesalahan itu boleh dikompaun dan lazimnya lebih rendah daripada kadar yang telah ditetapkan dalam seksyen terbabit, selain dikenakan tuntutan bayaran lain yang berkenaan umpamanya royalti. Pencemaran sungai merupakan satu isu yang amat mendesak dan memerlukan usaha holistik daripada pelbagai pihak ke arah penyelesaiannya. Kualiti air sungai-sungai di Malaysia semakin terancam dengan pencemaran. Punca pencemaran sungai atau secara khususnya air terbahagi kepada dua iaitu punca dikenalpasti dan punca kurang pasti. Punca dikenalpasti merujuk kepada sumber yang boleh ditentukan puncanya dan dikenalpasti lokasinya iaitu dengan mengesan dari mana bahan pencemar berpunca misalnya sisa dari kilang dan sisa

16

haiwan dari kandang ternakan. Punca kurang pasti merupakan punca pencemaran yang tidak jelas dan tidak boleh ditentukan puncanya secara tepat seperti pencemaran dari kawasan bandar, kawasan pertanian dan kawasan pembalakan. Di Malaysia, terdapat dua punca utama bahan pencemar sungai, iaitu, aktiviti pembangunan tanah serta sumber asli dan pembuangan sisa-sisa ke dalam air. Aktiviti pembangunan tanah dan sumber asli melibatkan pembukaan kawasan penempatan dan pertanian baru, pembalakan, pembinaan infrastruktur fizikal seperti jalan raya, pembangunan bandar dan pembinaan projek-projek fizikal seperti perumahan dan perindustrian. Semua aktiviti ini menimbulkan masalah hakisan tanah yang mencemar air sungai dari segi kandungan bahan terampai, warna, kekeruhan, bahan organik dan masalah pemendapan sungai. Isu pengurusan sungai menjadi sangat penting sejak kebelakangan ini akibat meruncingnya masalah pencemaran sungai. Pengurusan sungai merupakan usaha memelihara dan memulihara sungai supaya kualitinya tidak terus merosot. Dalam kata lain, pengurusan sungai menyediakan cara bagaimana mengawal dan memandu hubungan manusia dengan komponen alam sekitar ini agar kualiti sungai tersebut dan kepentingan organisma hidup khususnya manusia sentiasa terpelihara. Objektif utama pengurusan sungai ialah untuk memelihara sungai sedia ada untuk kegunaan semasa dan masa hadapan, meminimumkan impak terhadap sungai kesan daripada pelbagai aktiviti pembangunan selain meningkatkan kualiti sungai dan kehidupan sekitarnya. Agensi yang dianggap bertanggung jawab dalam hal ehwal pengurusan sungai ialah Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar. Kaedah perundangan melibatkan penggunaan polisi dan perundangan dalam

pengurusan sungai antaranya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Kaedah bukan perundangan pula antara lain membabitkan penglibatan orang ramai dalam projek pemeliharaan sungai, penglibatan Organisasi Bukan Kerajaan dan media massa dalam menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai peri pentingnya penjagaan sungai serta peranan institusi pendidikan melalui pendidikan secara formal mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada kawalan menyeluruh berkaitan dengan sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan dengan dengan tanah, hutan, sumber air, kawasan Kerajaan tempatan, perikanan dan pertanian adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri

17

seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, konflik sering berlaku antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan dengan pengurusan alam sekitar. Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling ( Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih dalam kawalan Kerajaan Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung kepada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala kerjasama ini susah dicapai jika berkait dengan kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes pembalakan di Endau- Rompin. Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan Endau-Rompin akan dijadikan Taman Negara. Taman Negara ini terdiri daripada kawasan seluas 500 000 ekar dan termasuk 90 000 ekar di Pahang dan 120 000 ekar di Johor. Pada tahun kedua Rancangan ini, Kerajaan Negeri Pahang telah menggunakan 30 000 ekar daripada kawasan tersebut untuk pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan daripada badan bukan kerajaan dan orang awam, kerajaan Negeri menyatakan mereka amat memerlukan hasil daripada pembalakan tersebut. Walaupun mendapat pelbagai tentangan dan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang bercadang mengeluarkan lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya dapat diselesaikan selepas pilihan raya pada tahun 1978 di mana Menteri Besar Pahang yang baru dilantik. Dalam berhadapan dengan pelaksanaan dasar yang buruk, kebanyakan masyarakat yang terjejas telah menjadikan mahkamah sebagai saluran untuk mendapatkan keadilan alam sekitar. Apa yang menyedihkan ialah ahli-ahli di bidang kehakiman juga telah menafikan hak rakyat Malaysia untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih, sihat, dan selamat meskipun hak untuk hidup terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Pada tahun-tahun kebelakangan, telah menyaksikan kejayaan kepada penduduk Kampung Baru Kuala Kuang, Chemor selepas berjuang selama 15 tahun untuk mendapatkan keadilan alam sekitar dalam menentang pencemaran hidrogen sulfida yang beracun dari kilang getah. Dasar, standard dan pelaksanaan yang betul yang disertai dengan budaya pertanggungjawaban dan akauntabiliti daripada sektor swasta boleh mengelakkan kesukaran daripada berlakunya kejadian sama berulang. Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan

18

sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun adalah penting memasukkan peruntukkan melantik badan yang bebas untuk mengawasi tindakan kerajaan dalam menguruskan alam sekitar. Hanya dengan cara ini masalah pertindihan kuasa dan pertelingkahan dapat diselesaikan di samping memastikan Kerajaan Persekutuan tidak bertindak sesuka hati dalam pengurusan alam sekitar negara dengan melantik badan pemerhati bebas untuk mengawasi mereka. Sesungguhnya, jika pihak kerajaan betul-betul mengutamakan alam sekitar mereka haruslah megetepikan kepentingan politik dan ekonomi dan melaksanakan pembangunan terancang (substainable development) seperti yang diperuntukkan dalam rancangan Malaysia Ketiga hingga kini ( Rancangan Malaysia Ke- 9 ). Mengenai masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai keistimewaan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri kedua buah negeri perlu juga mengambil kira kebaikkan undang-undang tersebut terhadap pembangunan alam sekitar di negeri masing-masing. Tiada salahnya mengguna pakai undang-undang tersebut dengan menggubal undang-undang yang sama dengan undang-undang tersebut dan menguatkuasakannya di negeri masing-masing jika ia betul-betul merupakan pilihan terbaik disebabkan kekangan yang ada untuk menggunakan undang-undang persekutuan. Ternyatalah dasar alam sekitar menekankan aspek pemuliharaan alam sekitar dan keseimbangan ekologi bagi menjamin pertumbuhan berterusan sejajar dengan hasrat menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020. Perhatian harus diberikan agar pembangunan pada masa hadapan tidak menjejaskan mutu alam sekitar. Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan), 1985 dan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti-aktiviti yang ditetapkan), 1987 mewajibkan penilaian kesan terhadap alam sekitar (PKAS) dilaksanakan terhadap 19 kategori aktiviti yang ditetapkan. PKAS yang merupakan suatu proses pencegahan dilaksanakan untuk mengkaji kesan projek yang dicadangkan terhadap alam sekitar dan menentukan kos bagi melaksanakan langkah-langkah mencegah kerosakan alam sekitar. Bagi melaksanakan tujuan PKAS, Jabatan Alam Sekitar telah menetapkan prosedur penilaian seperti yang terkandung dalam buku Garis Panduan Penilaian Kesan Alam Sekitar,1989. Sebelum suatu projek yang dicadangkan itu dimulai dan diluluskan kerajaan, pemaju projek aktiviti yang ditetapkan dengan bantuan pakar perundingan dikehendaki menyediakan suatu laporan penilaian projek yang dicadangkan untuk dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar.

19

6.0

PERANAN KERAJAAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN 6.1 Badan Kerajaan

Badan kerajaan merupakan badan yang berperanan besar dalam memastikan pembangunan lestari terus berlangsung. Kerajaan mempunyai kuasa yang luas dalam membuat dasar-dasar atau peraturan-peraturan yang berkaitan dengan alam sekitar. Tindakan boleh dikenakan bagi pihak yang melanggar peraturan dan ia secara tidak langsung dapat mengawal pencamaran alam sekitar dan mengawal penggunaan alam semulajadi. Kementerian yang berkaitan dengan alam sekitar ialah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Selaras dengan visi kementerian berkenaan yang mahu menerajui pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar secara lestari ke arah pencapaian wawasan negara. Selain itu, kementerian ini harus memastikan sumber asli dan alam sekitar diurus dengan seimbang bagi menjamin pembangunan lestari dengan cara penyediakan inventori sumber, perancangan pembangunan sumber dan pelan pemuliharaan, peningkatan pengetahuan saintifik, pengukuhan mekanisme pentadbiran dan institusi. Seterusnya, kementerian ini perlu memastikan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan sumber asli dan alam sekitar yang cekap dan berkesan dengan mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan tenaga kerja serta menyediakan mekanisme dan sistem penyebaran maklumat yang cekap. Bagi pembangunan yang dijalankan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar perlu memastikan perlaksanaan projek-projek pembangunan berjalan dengan cekap dan berkesan. Hal ini kerana ia dapat mengawal sebarang masalah pencemaran yang bakal berlaku. Selain itu, kementerian ini boleh menyediakan latihan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai pemangkin terokaan inovatif dalam pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar. Sebagai kementerian yang bertanggungjawab, badan ini perlu sering menjalankan program-program dan aktiviti kesedaran alam sekitar sebagai langkah pencegahan. Selain Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, terdapat beberapa agensi-agensi yang mempunyai peranan yang sama dengan kementerian ini dalam memastikan alam sekitar serta pembangunan lestari berjalan dengan jayanya. Agensi-agensi tersebut ialah seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (PERSEKUTUAN),

20

Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Taman Laut Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). 6.2 Badan Bukan Kerajaan

Tidak semua masyarakat yang boleh mengaplikasikan pemeliharaan alam sekitar di dalam kehidupan mereka. Begitu juga dengan pihak kilang-kilang atau pihak swasta khususnya yang sentiasa terlibat dengan alam sekitar. Pihak swasta yang menjalankan pelbagai aktiviti yang beroperasi mencemarkan alam sekitar fizikal perlu beroperasi di bawah penguasaan pihak berkuasa. Sebahagian besar daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di negara ini mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dari segi perundangan. Selain itu, bagi menyahut seruan kerajaan dalam menjaga alam sekitar, terdapat syarikat-syarikat yang tampil dan melibatkan diri menyokong pihak kerajaan. Salah satu langkah yang diambil oleh pihak swasta ialah dalam menyediakan laporan tentang penilaian impak alam sekitar projek mereka walaupun pada masa itu keperluan untuk penilaian impak alam sekitar belum dikuatkuasakan. Sesetangah syarikat pula mewujudkan bahagian khas yang diketuai oleh ahli alam sekitar bagi mengendalikan masalah berkaitan alam sekitar, di samping mengadakan penyelidikan mengenai teknologi yang tidak mencemarkan. Terdapat beberapa agensi bukan kerajaan yang aktif dalam menjalankan aktivitinya di Malaysia. Antara agensi-agensi tersebut ialah Persatuan Pencinta Alam, Persatuan Teknologi Malaysia, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Gabungan Organisasi Pengguna Antarabangsa, Institut Pengurusan Malaysia, Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia, Sahabat Alam Malaysia, Institut Masyarakat, Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar Malaysia dan Pusat Teknologi Alam Sekitar dan Pembangunan Malaysia. Persatuan Pencinta Alam contohnya, merupakan salah sebuah daripada agensi atau organisasi bukan kerajaan yang tertua di Malaysia yang melibatkan diri dengan alam sekitar. Persatuan ini yang mewujudkan forum bagi kajian alam semula jadi juga bertindak melahirkan kesedaran awam mengenai nilai alam semula jadi. Selain menggalakkan ahlinya menghayati alam semula jadi melalui aktiviti luar, persatuan ini juga, menganjurkan ceramah dan forum serta bergiat dalam kempen bagi pemuliharaan warisan alam semula jadi. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah seperti kempen anti-pembalakkan dan menentang pembinaan Empangan

21

Tembeling serta kempen untuk menjadikan Hutan Simpan Endau-Rompin sebagai sebuah taman negara. Bagi pihak massa pula, sama ada media cetak atau media elektronik juga penting mengimbau dan menghebahkan tentang kepenting menjaga alam sekitar. Hal ini kerana masyarakat lebih rapat dengan media massa kerana fungsi media massa itu sendiri sebagai saluran komunikasi dan hiburan kepada masyarakat. Sejak rakyat mula prihatin terhadap pencemaran alam sekitar, pihak media massa telah meningkatkan liputan mereka mengenai masalah-masalah alam sekitar yang nyata seperti pencemaran sungai, jerebu, pembakran terbuka, pembuangan sisa toksik dan pembuangan efluen penternakan khinzir. Malah, jika sesuatu peristiwa yang melibatkan alam sekitar seperti kejadian tanah runtuh dan pembakaran terbuka turut akan disiarkan di dada akhbar, televisyen atau radio.

7.0

LANGKAH

PROGRAM-PROGRAM

KERJASAMA

SERANTAU

DAN

ANTARABANGSA Terdapat pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar khususnya dalam bidang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Selain dari pelbagai projek pembangunan hutan yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan, Jabatan Perhutanan Malaysia turut terlibat secara aktif di dalam beberapa bidang perhutanan di peringkat serantau dan antarabangsa. 7.1 Institut Pengurusan Hutan Asean (IPHA)

IPHA telah melaksanakan program komersial yang telah pun dilaksanakan sejak tahun 1995 lagi. Sepanjang penubuhan, institut ini telah berjaya menganjurkan dua kursus mengenai Sistem Maklumat Geografi (GIS), dua kursus mengenai pengurusan hutan secara berkekalan dan satu bengkel perpustakaan dalam tahun 1997. Di samping itu juga, melaksanakan projek serantau ITTO (1996-1999) yang bertajuk Perancangan Praktikal dan Strategi-strategi Keberkesanan Kos bagi Pemeliharaan Sumber Genetik Pokok-pokok Berjenis Komersial di Tropika Asia dan Pasifik dipertingkatkan lagi dalam tahun 1997. 7.2 Kesedaran dan Promosi Alam Sekitar

22

Dalam tempoh Rancangan, usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar dipergiat di peringkat sekolah, komuniti dan kebangsaan. Pada tahun 2002, Pertubuhan NGO Alam Sekitar Malaysia (MENGOs) diwujudkan bagi usaha menggabungkan 18 badan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan alam sekitar. Hal demikian bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dan integrasi dalam usaha mereka bagi meningkatkan tahap kesedaran terhadap isu-isu alam sekitar dan sumber asli serta memberi input, komen dan maklum balas kepada kerajaan. Usaha ini sangat penting bagi merealisasikan penggunaan nilai etika dalam pemeliharaan alam sekitar. Oleh itu, bagi menggalakkan pihak berkuasa tempatan mengguna pakai amalan mesra alam, program Bandar Lestari-Anugerah Alam Sekitar dilancarkan pada tahun 2005 dan Kuantan, Pahang muncul sebagai penerima pertama anugerah tersebut. 7.3 Inisiatif Alam Sekitar Antarabangsa

Malaysia terus memainkan peranan yang aktif dalam pelbagai inisiatif alam sekitar di peringkat pelbagai hala dan khususnya menganjurkan Persidangan Ke-7 Parti-Parti Konvensyen. Kepelbagaian Biologi dan Mesyuarat Pertama Parti-Parti Protokol Cartagen pada Februari 2004. Dalam tempoh Rancangan, beberapa perjanjian pelbagai hala mengenai alam sekitar dan pindaan berkaitan telah ditandangani termasuk Konvensyen Stockholm Mengenai Pencemar Organik Yang Berkekalan. Di samping itu, Protokol Montreal Bahan-Bahan Yang Memusnahkan Lapisan Ozon, Konvensyen Basel Mengenai Kawalan Pergerakan Buangan Berbahaya Merentasi Sempadan dan Pelupusannya, Konvensyen Rotterdam Mengenai Peraturan Persetujuan Pemberitahuan Terlebih dahulu Bagi Bahan Kimia Berbahaya dan Racun Perosak tertentu dalam Perdagangan Antarabangsa, Protokol Kyoto kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim dan Protokol Cartagen berkenaan. 7.4 Pembangunan sistem pemetaan pengurusan, dan maklumat geografi untuk

keberkesanan

perancangan,

pemeliharaan

dan

pembangunan

sumber hutan secara berkekalan di Semenanjung Malaysia Projek ini adalah atas inisiatif kerajaan Malaysia dengan menerima bantuan teknikal dan kewangan daripada Kesatuan Eropah. Program yang dilaksanakan ini bertujuan untuk membangunkan sistem maklumat pemetaan dan geografi perhutanan bagi perancangan,

23

pengurusan dan pemeliharaan sumber perhutanan secara lebih sistematik dan dinamik. Sepanjang tahun 1997, kerja-kerja adalah lebih berfokus kepada tiga isu yang utama iaitu analisis keperluan, pengumpulan maklumat dan rekabentuk sistem. Tahun tersebut merupakan tahun pertama projek ini beroperasi. Dua aspek utama projek ini telah dilaksanakan secara serentak iaitu projek Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Sistem Maklumat Pengurusan (MIS) yang masing-masing mempunyai perkaitan yang tersendiri. Selain itu, terdapat beberapa bidang dilaksanakan secara berdigit seperti bidang perancangan, operasi, sumber, pentadbiran, pemetaan dan remote sensing. Sebagai contoh, pada penghujung tahun 1997 iaitu tahun pertama projek ini dilaksanakan struktur reka bentuk MIS telah hampir siap dibina bagi fasa pembangunan program komputer pada tahun 1998. Di samping itu, pihak Agensi Angkasa Lepas Eropah telah mengeluarkan geran tambahan kepada kerajaan Malaysia bagi penggunaan imej satelit beradar. Penggunaan imej satelit tersebut amat bersesuaian digunakan di dalam awan dan langit yang berjerebu serta memantau perubahan kegunaan tanah. Projek ini memainkan peranan yang penting dan utama dalam mempelopori kemajuan teknologi maklumat (IT) dalam Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Secara keseluruhannya, projek ini dapat menghasilkan modular, intergrated software yang akan menggantikan pangkalan data dan reka bentuk yang lama. 7.5 Menangani masalah alam sekitar (Kes Jerebu 1997)

Jerebu membawa kepada pelbagai kesan negatif. Kedatangannya setiap tahun menjadikan Malaysia kini seolah-olah mempunyai tiga musim selain musim tengkujuh dan musim kemarau yang saban tahun melanda negara ini. Masalahnya ialah kedatangan tidak diundang musim terbaru dalam kalendar musim-musim di Malaysia ini bukanlah fenomena biasa. Punca sebenarnya bukan dari dalam negeri tetapi dari luar, lebih tepat, Indonesia. Sebagai contoh, pada tahun 1997 Malaysia mengalami masalah jerebu yang teruk bukan berpunca daripada Malaysia tetapi berpunca daripada Indonesia yang melakukan pembakaran secara terbuka. Kaedah pertanian di negara jiran itu yang mengizinkan pembakaran terbuka seperti di Sumatera, Riau dan Kalimantan menjadikan Malaysia khususnya Lembah Klang dan kawasan-kawasan sekitarnya sebagai kawasan tadahan asap dan segala macam pencemaran daripada kerja-kerja pembakaran itu.

24

Disebabkan hubungan yang baik dalam kalangan anggota ASEAN, Malaysia telah menghantar satu pasukan yang besar bagi membantu mengawal kebakaran hutan paling buruk di Indonesia ketika itu. Semangat ASEAN perlu direalisasikan kerana jiran yang baik ialah yang bukan sahaja tidak menyusahkan jiran yang lain, tetapi turut menyumbang kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka. Pelan tindakan menangani jerebu yang dipersetujui oleh Malaysia, Singapura dan Indonesia pada 1997 perlu dipupuk semula. Pelan itu dilaporkan mendapat bantuan RM4.56 juta dari Bank Pembangunan Asia. ASEAN juga mempunyai kesepakatan di bawah Perjanjian Asap Antara Negara Sempadan ASEAN yang ditandatangani pada November 2003 antara Malaysia, Singapura, Brunei, Vietnam, Thailand dan Myanmar. Oleh hal yang demikian, kerjasama serantau yang melibatkan keanggotaan negara-negara ASEAN amat penting dalam melakukan kerjasama bagi membanteras masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. 7.6 Program Perolehan Bahan Tanaman Perhutanan Malaysia-Jerman

Projek Kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan The Deutsche Gesselschaft fur Technische Zusammenarbeit (GTZ) ini bertujuan meningkatkan atau menggalakkan sistem pengendalian, pengutipan dan penyimpanan biji benih dan stok tanaman dari spesies tempatan melalui tranformasi teknologi di samping memperkukuhkan lagi kerjasama dan hubungan antara agensi berkaitan (Jabatan Perhutanan Negeri). Projek ini penting kerana mengekalkan kualiti yang tinggi terhadap bekalan bijih timah dan stok tanaman dari spesies tempatan untuk membangunkan projek-projek perhutanan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mengadakan kursus-kursus latihan yang masing-masing mengenai Penyelenggaraan Alat-alat Memanjat Pokok, Bilik biji benih/anak benih Bergerak dan kajian semula program FGRID telah diadakan khusus untuk 63 orang pegawai luar. Selain itu, terdapat dua manual kerja luar bertajuk Guidelines on Management and Nursery Technique dan Guidelines on Seeds Handling telah disiapkan dan dihantar kepada semua negeri. 7.7 Projek pengurusan hutan secara berperingkat

Projek ini adalah projek kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan Jepun. Tujuan utama pelaksanaan projek ini adalah berkaiatan dengan usaha untuk mengumpul data dan maklumat-maklumat yang perlu bagi melahirkan atau mencipta sistem pengurusan hutan pelbagai tahap melalui beberapa kajian ke atas tanaman ladang secara percubaan. Kemudian

25

akan dijadikan model untuk penubuhan ladang hutan secara besar-besaran

di samping

menggalakkan atau menggiatkan aktiviti pemeliharaan hutan selaras dengan objektif pengurusan hutan secara berkekalan bagi Semenanjung Malaysia. Sebagai contoh, tahun 1997 seluas 160 hektar dan 14 hektar masing-masing di Hutan Simpan Chikus dan Hutan Simpan Kinta berjaya diselenggara dengan baik mengikut perancangan sementara sejumlah 30 000 anak benih jenis spesies tempatan telah pun disemai. Sebanyak tiga percubaan yang mengambil jangka masa pendek berkaitan Overstorey Felling Technique, Mychorrizal Survey dan Nursery Management telah dijalankan dan disiapkan dalam tahun 1997. Oleh hal yang demikian, semua kos perbelanjaan projek ini yang dikeluarkan adalah sebanyak RM540 713.

26

8.0

KESIMPULAN Terdapat pelbagai langkah yang dilaksanakan oleh badan kerajaan dan bukan kerajaan

dalam memastikan alam sekitar sentiasa kelihatan bersih dan pembangunan lestari dapat dicapai. Sebagai contoh, kempen, kerjasama serantau dan kemudahan-kemudahan seperti tong sampah disediakan bagi memastikan alam sekitar tidak mudah dicemari. Namun, tanpa adanya penyerapan nilai-nilai etika dalam diri setiap manusia terhadap kesedaran pengurusan alam sekitar yang baik, pengekalan sumber seperti hutan dan udara yang bersih amat sukar untuk dikecapi. Dalam semua agama tidak kira agama Islam, Budha, Hindu mahupun Kristian sentiasa menyarankan agar manusia harus mengamalkan nilai-nilai murni untuk jaminan masa hadapan yang baik seperti menyerapkan sikap mengambil berat, berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan mematuhi peraturan. Jika setiap manusia patuh dengan ajaran agama masing-masing, pastinya alam sekitar juga menerima impak positif hasil daripada ketaatan manusia pada agama dan pegangan masing-masing. Tidak dapat dinafikan bahawa keupayaan untuk mengatasi halangan-halangan ini adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh manusia yang menuju ke arah alaf baru. Gesaan atau arahan kepada masyarakat secara mengejut untuk melakukan perubahan dari segi cara hidup, prinsip pemikiran dan tindakan lazimnya pasti akan menghadapi masalah dan tentangan. Oleh itu, pendidikan tentang penerapan nilai murni, etika penjagaan alam sekitar dan pengadaptasian secara berkesan tentang pembangunan lestari seharusnya dilakukan dari institusi sekolah lagi. Kanak-kanak dan pelajar sekolah harus dididik dan diberi pendedahan untuk menyedari istilah dan pembangunan lestari dan kepentingannya pada masa panjang. Tidak mustahil bahawa langkah-langkah sewajarnya yang diambil dari istitusi pendidikan dapat membentuk modal insan yang bertanggungjawab pada alam sekitar. Ibarat kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Secara kesimpulannya, langkah-langkah sewajarnya perlu dimantapkan selain daripada menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat bagi mengelakkan berlaku sebarang eksploitasi terhadap alam sekitar. Penerapan nilai-nilai etika harus dijadikan satu perkara yang sangat penting terutama dalam kalangan pelajar sekolah dan remaja. Dengan adanya kesedaran masyarakat menerusi penerapan nilai-nilai etika dalam diri masing-masing, kejayaan pembangunan lestari pastinya dapat dicapai. Oleh itu, dapatlah generasi akan datang merasai udara yang nyaman, sungai dan laut yang bersih, hidupan flora fauna yang masih terlindung serta persekitaran yang sihat.

27

BIBLIOGRAFI

Abdul Samad Hadi & Sulong Mohamad (1990) Pembandaran dan Transformasi Negeri Alam pemuliharaan. Diperoleh pada Febuari 10,2011 daripada http://www.sabah. org.my/ Ahmad Badri Mohamed (1984). Manusia dan pembangunan terhadap alam sekitar. Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Fatimah Said dan Saad Mohd Said (1999). Ekonomi Perindustrian : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Jamaluddin Md. Jahi, 1995. Kesedaran terhadap alam sekitar dan pengurusannya di Malaysia. Dlm. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Geografi di Malaysia : Isu, Cabaran dan Prospek, anjuran Persatuan Geografi Kebangsaan dan Jabatan Geografi, FSKK, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 30-31 Oktober, 1995. Mardzelah Makhsin (2006). Sains pemikiran dan Etika.Selangor: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Ong Swee Kang (1993). Kemahiran Geografi dan Geografi Fizikal. Selangor: Delta. Sabah. Penerbit UKM: Bangi Sham Sani, Abdul Samad Hadi & Jamaluddin Md.Jahi (2001). Alam sekitar dan pengurusannya di Malaysia : Kuala Lumpur. Isu dan pengurusannya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990 Sham Sani, Abdul Samad Hj. Abdul Hadi (2006). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia : Siri Memacu Ekonomi Negara . Alam Sekitar : Penerbitan Hartamas, Segambut Kuala Lumpur

28

You might also like