You are on page 1of 2

http://zuyyinqiraat79.blogspot.com/2010/07/toko h-ulamak-tajwid-di-malaysia.

html TOKOH ULAMAK TAJWID DI MALAYSIA


Tokoh-Tokoh Ulamak Tajwid yang memberi sumbangan besar terhadap perkembangan Ilmu Tajwid dalam Pengajaran dan Pendidikan di Malaysia. Nukilan dari balliqul-ilm.blogspot.com oleh Ibnu Shahr As-saalanuri Dalam penulisan ilmu tajwid terdapat beberapa tokoh yang telah banyak memberi sumbangan dalam pengajaran dan pendidikan. Tokoh-tokoh ini telah bertungkus lumus mengembeling tenaga dan buah fikiran untuk memajukan perkembangan ilmu tajwid yang begitu malap perkembangannya terutama di Malaysia. Mereka telah menulis buku-buku yang berkaitan dengan tajwid sebagai panduan dan pembelajaran kepada umat islam dan pembaca-pembaca al-Quran. Antara tokoh yang banyak memberi sumbangan kepada bidang ini ialah : 1. Tuan Syaikh Musa. Di Kelantan terdapat seorang anak tempatan yang mahir di bidang tajwid dan ilmu tarranum, beliau ialah Tuan Syaikh Musa, yang dilahirkan di Kampung Apa-Apa , daerah Pasir Mas Kelantan. Beliau dilahirkan sekitar Tahun 1840 dan telah melanjutkan pelajaran di Mekah. Semasa beliau berada di Mekah, beliau telah mempelajari ilmu al-Quran dan akhirnya menjadi guru di Masjidil Haram. Setelah itu beliau juga menguruskan kebajikan orang-orang yang menunaikan haji sehingga beliau digelar Syaikh. Beliaulah juga yang dikatakan menjadi pelopor tarannum Hijazi yang pertama di Kelantan.Setelah begitu lama di Mekah, beliau pulang ke Kelantan dan membuka pondok di Kampung Apa-Apa, iaitu di tapak masjid kampung Apa-Apa sekarang. Beliau telah berkahwin dengan Mek Kecik bt Ibrahim dan memperolehi tiga orang anak iaitu Muhammad , Zainab dan Haji Awang. Belaiu telah meninggal dunia pada tahun 1891 dan meninggal ramai anak murid dalam bidang alQuran, antaranya anaknya sendiri yang mewarisi kemahiran yang ada pada tuan syaikh. Dari segi penulisan pula, beliau bukanlah seorang penulis, ini kerana tidak dinyatakan tajuktajuk buku tajwid yang ditulis oleh beliau seperti tokoh-tokoh yang lain. 2. Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz. Beliau anak kelahiran Sanglang, Perlis, dilahirkan pada 11 september 1948. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab di Arau, Perlis, kemudian melanjutkan pelajaran ke Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Negara, Kuala Lumpur (1970 -1973), Pengajaran ilmu Qiraat secara mushafahah dan talaqqi di Maahad Qiraat Shubra, Qahirah, Mesir dalam ilmu Qiraat dan Tajwid, Universiti al-Azhar, Jabatan Usuluddin, dengan pengkhususan dalam ilmu tafsir sehingga mendapat Sarjana Muda (B.A) dalam bidang tersebut.Kini beliau bertugas di Pusat Islam Malaysia, aktif berceramah di jabatan-jabatan Kerajaan, pernah diundang sebagai hakim musabaqah Tilawah al-Quran dan tahfiz sekaligus sebagai Qari jemputan peringkat antarabangsa. 3. Datuk Hassan Azhari Seorang lagi ilmuan tajwid yang tersohor di Malaysia ialah Datuk Hassan Azhari, 80, atau dikenali juga sebagai Ustaz Hassan. Beliau dilahirkan di Mekah oleh ibunya Fatmah binti Abdul Hakim dan ayahnya Azhari bin Abdul Khaliq seorang tokoh Agama yang terkenal di Selangor. Beliau telah berhijrah bersama keluarga ke Selangor ketika berusia lapan

tahun.Ustaz Hassan dibesarkan dalam suasana dan persekitaran keluarga dan masyarakat Arab yang berilmu dan beragama, ini memudahkan lagi beliau menguasai ilmu agama dan juga kemahiran membaca al-Quran. Beliau mempelajari al-Quran secara formal sejak kecil di Mekah iaitu di peringkat rendah di Madrasah Dar al-Ulum, Mekah. Antara guru al-Quran beliau di sini ialah Sheikh Yasin al-Fadani dan di Masjidil Haram, gurunya ialah Sheikh Ismail Tamim (salah seorang imam masjid di Mekah). Selain itu, beliau juga mempelajari alQuran secara tidak formal melalui guru-guru agama dari Indonesia dan Patani. Datuk Hassan dapat menghafaz 10 juzuk al-Quran semasa beliau berusia 10 tahun di bawah bimbingan Sheikh Ismail. Beliau mula mempelajari tarannum dan qiraat di Mesir pada tahun 1948. Gurunya dalam tarannum antaranya ialah Sheikh Saiyid Mahmud Lutfi Amir dan Sheikh Mahmud Amin Tantawi. Berkat usaha beliau yang gigih beliau telah menguasai pengajian tajwidnya dengan cemerlang sehingga beliau telah dilantik sebagai hakim tilawah al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Atas keikhlasan menabur bakti itulah, Ustaz Hassan diberi anugerah pada tilawah antarabangsa ke- 50 yang lalu kerana telah 50 kali bertugas sebagai hakim tilawah. Ia boleh disamakan dengan sambutan Jubli Emas sebagai hakim tilawah antarabangsa. Di peringkat kebangsaan pula, Hassan telah menjadi hakim selama 51 tahun iaitu sejak ia mula diperkenalkan. Atas sumbangan dan khidmat dalam bidang pembacaan al-Quran, Hassan dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1423H bersamaan tahun 2002 selain beberapa anugerah seperti Tokoh Guru Agama Negeri Selangor tahun 1989 dan Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan pada tahun 1990.

You might also like