You are on page 1of 10

BIOLOGI DALAM AL-QURAN

1. Pendahuluan
Berdasarkan Al-Quran sebagai mukjizat yang terbesar kepada Rasul terakhir Nabi Muhammad SAW, maka kemukjizatannya akan terus abadi hingga hari kiamat yang diwarisi oleh umat Islam, dan ia pasti dibuktikan kecanggihannya tanpa bandingan. Ia adalah panduan dalam segenap aspek kehidupan manusia termasuk biologi (kaji hayat). Allah berfirman :


Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah limpah kurnia yang besar dari Allah semata-mata. (Surah Fatir : 32) (1) Terdapat tiga jenis penerima pusaka : i. Orang yang menyalahgunakan pusaka. ii. Orang yang bersikap sederhana. iii. Ketaqwaan sejati. (2) Menjadikan Al-Quran sebagai mukjizat yang boleh menewaskan musuh-musuh umat Islam sekarang. (3) Al-Quran dijadikan senjata tercanggih di bumi ini. (4) Al-Quran bintang kurniaan agung. (5) Awas! Kehakisan aqidah terhadap kemukjizatan Al-Quran.

22.

Konsep

Secara biasa (lughawiyyah) Biologi ( ) ialah pengetahuan terhadap benda hidup (kehidupan). Ia digunakan sebagai biologikal : , , Di samping itu terdapat : Biogeografi : Biofizik Biokimia : :

Biokejuruteraan dan lain-lain. Secara istilah pula biologi boleh diertikan sebagai suatu cabang ilmu sains yang membahaskan tentang kehidupan binatang (termasuk manusia), pokok dan tumbuhan. Firman Allah Taala :


Dan tidaklah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum sebagai benda yang satu, lalu Kami pisahkan antara kedua-duanya. Dan Kami jadikan daripada air tiap-tiap benda yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?. (Surah Al-Anbiya : 30) Menurut ayat ini, air adalah berperanan dalam pembinaan jisim setiap yang hidup. Air sebenarnya tenaga dan asas dalam kehidupan sesuatu makhluk samada haiwan atau tumbuhan ( , ) . Ilmu hayat ( ) adalah merangkumi segala jisim yang subur ( ) termasuk tumbuh-tumbuhan, binatang dan manusia dalam gejalanya. Ia adalah sebahagian daripada ilmu tabiat (Fizik). Dalam Al-Quran Al-Karim terdapat banyak ayat-ayat yang menjelaskan kedudukan ilmu hayat ini, antaranya : ( ( 1

( 30 :

( ( 2

( 06 : ( 12 ( 38 : ( 22 : ( 39 : ( 02 : ( 5 : ( 9 ( 10 ( 11 ( 1 : )

: ) ( 3
(( 4

( (5

( ( 6

( ( 7

((8

( 12 ( 50 : " " -( 13 ( 2 : )

2.

Kepentingan Biologi Dalam Pertanian


Dalam epoch sains yang bermula pada zaman Pembaharuan, revolusi pemikiran

terbesar ialah revolusi yang terhasil melalui kemajuan yang dilakukan dalam astronomi dan ilmu fizik, alam semesta dan fenomena cakerawala di bawah takluk hukum-hukum mekanik adalah lazim dalam kehdupan harian, maka seluruh teori pendedahan yang telah dibina pasti turut mengakui keEsaan pencipta dan keAgunganNya. Suatu perubahan lengkap pandangan juga terjadi, walaupun banyak tahun berlalu sebelum kesan

sepenuhnya dapat direalisasikan. Konsepsi semasa bahawa bumi sebagai pusat kosmo dan manusia sebagai objek unik dan erti penciptaan pasti menjadi kepercayaan kepada mereka yang berpelajaran. Dalam kemajuan besar yang melanda abad kesembilan belas, bukannya perkembangan luas pengetahuan fizik, dan jauh sekali superstruktur besar industri yang berdasarkan pada pengetahuan itu, yang paling berkesan sekali adalah meluaskan ufuk fikiran manusia dan membawa satu lagi revolusi dalam pemikirannya. Perkara yang menjadi minat sebenar telah beralih daripada astronomi kepada geologi dan fenomena kehidupan. Hipotesis pemilihan alamiah, yang pertama kali memberikan asas yang boleh diterima lagi idea lama tentang evolusi, membawa minda manusia melewati peringkat panjang yang berikut dalam perjalanannya yang tiada berpenghujung, dengan menggelar Darwin sebagai Newton Biologi tokoh utama pemikiran abad kesembilan belas. Pemilihan alamiah sahaja mungkin tidak dapat menjelaskan semua fakta yang banyak yang telah timbul, tetapi teori evolusi itu sendiri bergantung pada asas yang luas yang hanya wahyu Al-Quran dapat mengukuhkannya. Untuk merenung sejarah dan pengertian falsafah evolusi, perlu direnung pengetahuan biologi daripada titik ia ditinggalkan antara ilmu sains yang berdasarkan biologi, ilmu fizik, kimia fizik dan kimia organik yang pertama kali muncul sebagai ilmu sains yang jelas terpisah pada abad kesembilan belas. Ringkasnya setiap kehidupan perlukan bumi, langit, hujan, cahaya, udara dan sebagainya. Setiap hidupan perlu kepada makhluk hidup yang lain. Manusia memerlukan binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Maka begitulah tumbuh-tumbuhan sebagai makhluk hidup perlukan manusia, benih, baja dan lain-lain. Oleh itu manusia yang menjadi khalifah Allah di muka bumi ini perlu megetahui banyak pekara tentang biologi. Petani, nelayan dan juga penternak memainkan peranan penting untuk mengkaji, meguji dan mencari rahsia segala benda hidup. Tanpa pengetahuan biologi, seseorang dari sesebuah negara tidak mampu menjadi maju dalam dunia pertanian dan pemakanan. Firman Allah Taala :

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama dan benda-benda serta kegunaannya kemudian ditunjukkan kepada malaikat lalu berfirman : Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu berada dalam golongan yang benar. (Surah Al-Baqarah : 31) Alangkah bertuahnya jika seorang pakar biologi muslim di Malaysia ini boleh memahami hidupan pokok, sebagai contoh, pokok kelapa yang sesuai di bumi Malaysia ini terutama di pesisiran pantai tentu akan dapat menjadikan sumber pendapatan kepada petani lebih lumayan, malah ekonomi negara akan menjadi lebih stabil kerana usaha yang berlandaskan sains pertanian berasaskan Al-Quran memungkinkan pokok kelapa boleh dijadikan pakaian, ubat-ubatan, susu, gula, minyak, lilin, bekas, tempat tinggal, kain selimut, hamparan, tali, pelbagai jenis perabot, pelbagai jenis senjata dan lain-lain seperti berjenis-jenis makanan. Alangkah bertuahnya Malaysia seandainya ada penternak lebah atau lain-lain binatang yang mempunyai potensi dalam bidang biologi berpandukan Al-Quran dengan rajin menyelidik sehingga penternak muslim ini akan mampu menjadikan binatang lebah itu sebagai tentera, polis, hamba, doktor, pengilang, posmen, pengurus, arkitek, jurutera, guru, pengawal keselamatan, buruh dan lain-lainnya seperti pengedar makanan. Allah memberi bermacam-macam hidupan pokok dan bintang di laut, darat, udara, dalam perut bumi, dalam batang kayu, dalam batu dan sebagainya. Allah berfirman :


Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf dan pada saat itulah Yusuf berkata : Wahai ayahku! Inilah dia tadbir mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan

kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku daripada penjara dan Ia membawa kamu kemari dari desa sesudah syaitan merosakkan perhubungan antaraku dengan saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut pentadbiranNya bagi apa yang dikehendakiNya. Sesunguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (Surah Yusuf : 100) Seterusnya Allah berfirman :


Dan ketahuilah bahawa hikmat Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan dari kalangan malaikat kerana merekalah sekuat-kuat dan sebetul-betul makhluk yang menjalankan perintah Kami dan hikmat Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu supaya orang-orang yang diberi kitab Yahudi dan Nasrani boleh percaya dengan yakin akan kebenaran Al-Quran dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi kitab dan orangorang yang beriman itu tidak ragu-ragu tentang kebenaran keterangan itu dan sebaliknya supaya orang-orang munafik yang mempunyai sedikit penyakit ragu-ragu dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata : Apakah yang dimaksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil itu? Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya menurut undang-undang dan peraturanNya dan memberi hidayah serta petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah jua. Dan ingatlah segala yang diterangkan berkenaan dengan neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. (Surah Al-Mudathir : 31) FirmanNya lagi :


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya melainkan umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka untuk dihisab dan menerima balasan. (Surah Al-Anam : 38) SambungNya lagi :


Kerana sesunguhnya Aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhanmu! Tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. (Surah Hud : 56) Selanjutnya Allah berfirman :


Nabi Musa menjawab : Tuan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu kejadian tabiinya yang sesuai dengannya kemudian memberikan pertunjukan kepadanya akan cara menggunakannya. (Surah Taha : 50) Pentingnya, saintis muslim mestilah melihat kepada segala keajaiban pelbagai binatang dan keajaiban pelbagai tumbuhan dan yakinlah sesunggguhnya ilmu seperti ini adalah di antara perkara yang diperintahkan Allah kepada orang Islam mengetahuinya dan bertindak ( ) dengannya di dunia ini. Allah mengarahkan umat Islam mendaki kemajuan dan kecemerlangan ilmu seperti ini sehingga mereka pandai bersyukur. Selagi umat Islam tidak mengambil berat hal-hal seperti ini, mereka tidak akan tahu, jauh sekali untuk beramal bagi mendapat hasil buah-buahan dan segala kegunaan daripada binatang

dan tumbuh-tumbuhan itu. Mereka sebenarnya kufur terhadap nikmat-nikmat Allah dan terus-menerus tidak pandai bersyukur. Ini semua terkandung dalam firman Allah :


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang dan pada kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia dan demikian juga air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya serta ia biakkan padanya dari pelbagai jenis binatang, demikian juga pada peredaran angin dan awan yang tunduk kepada kuasa Allah terapung-apung di antara langit dan bumi. Sesungguhnya pada semua itu ada tanda-tanda yang membuktikan akan keEsaan Allah, KekuasaanNya, KebijaksanaanNya dan Keluasan RahmatNya bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran. (Surah Al-Baqarah : 164)

4. Pandangan Dan Saranan


1. Ketahuilah dan sedarlah, sesungguhnya agama Islam itu adalah budaya yang dihayati oleh umat pada permulaannya dengan ilmu-ilmu seperti ini sehingga mereka maju dan cemerlang. Firman Allah dalam surah Ali Imran :


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manfaat umat manusia kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang batil (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) Dan kalaulah ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman sebagaimana yang semestinya, tentulah iman itu menjadi baik bagi mereka. Namun di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.

(Surah Ali Imran : 109) 2. Wahai anak buah Nabi Muhammad S.A.W. dan pengikut-pengikutnya!. Marilah kita mentafsirkan Al-Quran menurut objektif-objektif penurunannya semaksima yang mungkin. Kita membawa berita-berita baik kepada ummah dengan masa hadapan yang cerah dan bertuah. 3. Tidakkah kita dapat memahami bahawa makhluk binatang amat berat bekerjasama dalam makhluk tumbuhan. Cukuplah sebagai contoh saya menyebut, betapa hebatnya asyik masyuk antara bunga dan kumbang, betapa rapatnya antara buah dan semut dan betapa kasihnya antara burung dan dahan-dahan kayu. 4. Wahai manusia lupakah kamu menikmati bumi subur menghijau ini. Lupakah kamu menikmati hujan dari langit biru itu. Lalaikah kamu untuk berbudi dengan tanah yang bakal memberi pelbagai ladang, kebun dan taman yang penuh dengan pokok-pokok yang beraneka bentuk, seni, beraneka bau, beraneka rasa, beraneka warna, beraneka bunga, beraneka buah, beraneka ubat dan 1001 macam nikmat Allah sediakan. 5. Kajilah dan selidikilah wahai manusia, nanti kamu kenal kePerkasaan dan keEsaan Allah yang telah memberi pelbagai kemudahan untuk kamu membuat persiapan menuju hari akhirat yang abadi. Perhatikanlah putaran angin dan awan , tidakkah ada hikmatnya awan tidak selamanya rapat di bumi dan tidak meninggi lebih dari 6000 hasta. Tidakkah perlu dicari apa hikmatnya Allah menjadikan hujan banyak di tempattemat tertentu dan sedikit pula di tempat-tempat yang lain. Keajaiban ini semua, tidak dapat difahami kecuali orang-orang yang berakal.


Disediakan oleh : Prof. Madya Hj. Mohd Noor Bin Deris

HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

MANHAL PMRAM 2000

You might also like