You are on page 1of 2

Nasi Tomato Oleh:Surianti Ramli cc:www.facebook.

com/bukuresepi Bahan-bahan : 4 cawan beras (boleh gunakan beras biasa atau basmathi) 1 labu bawang besar dipotong dadu 1 inci halia diracik 2 helai daun pandan disimpul Rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga) 2 sudu besar penuh tomato puree 1/2 tin susu cair 4 cawan air (untuk sukatan air, sila ikut sukatan beras masing-masing) Garam Gula 1 ketul kiub pati ayam 2 sudu besar penuh minyak sapi Cara masak : 1. Panaskan minyak sapi. 2. Tumiskan bawang besar, halia racik, rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga harum baunya. 3. Masukkan tomato puree dan kiub pati ayam. Kacau sebentar. 4. Masukkan beras dan dikacau goreng anggaran 5 minit. 5. Masukkan air, susu cair, garam dan gula. 6. Tutupkan api,dan pindahkan ke periuk nasi elektrik. Masak seperti memasak nasi biasa. 7. Bila nasi telah masak, boleh ditambahkan kismis atau biji gajus jika suka. 8. Sedia dihidang dan ditabur bawang goreng. Ayam masak merah

Oleh:Surianti Ramli cc:www.facebook.com/bukuresepi Bahan-bahan : 1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan. 6 sudu besar penuh cili kisar (jika suka pedas, boleh ditambahkan lagi) 10 ulas bawang merah dikisar 2 biji buah tomato dikisar 1 labu bawang besar dipotong baji 4 ulas bawang merah dihiris nipis (untuk tumis) 3 ulas bawang,putih dihiris nipis (untuk tumis) 1 inci halia diracik halus (untuk tumis) Air secukupnya Garam Gula Cara masak : 1. Ayam diperisakan dengan garam halus dan kunyit. Goreng ayam hingga masak keemasan. Ketepikan. 2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia. 3. Bila telah naik baunya, masukkan cili kisar, bawang kisar, buah tomato kisar dan sedikit air (jika perlu). 4. Masak dalam api perlahan hingga mendidih, masukkan garam serta gula. 5. Masukkan ayam goreng serta bawang besar yang dipotong baji dan masak hingga pecah minyak. Sedia dihidang dengan nasi tomato.

You might also like