Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
77Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
prosa tradisional

prosa tradisional

Ratings:

4.0

(3)
|Views: 10,161|Likes:
Published by joyce liong

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: joyce liong on Jul 23, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/31/2013

pdf

text

original

PROSA TRADISIONAL
PETA MINDA
DEFINISI
CERITA JENAKA.

. Kisah-kisah lucu
. Berfungsi sebagai hiburan, petunjuk dan sindiran
. Bertujuan untuk memberi pengajaran

CERITA LIPUR LARA

. Struktur cerita yang panjang , sukar difahami.
. Masa yang agak lama untuk dihabiskan
. Cerita disulam dengan puisi lama
. Wira atau wirawati mempunyai sifat-sifat yang luar biasa

CERITA MITOS
. Cerita zaman dahulu, tergolong dalam sastera sejarah, juga dianggap dongeng atau direka-reka
. Mungkin juga dianggap benar
CERITA BINATANG
. Melibatkan watak binatang, membri pengajaran, berfungsi sebagai hiburan & sindiran
PAK KADUK
SINOPSIS

1. Pak Kaduk tinggal berhampiran dengan sebatang sungai di hujung kampung negeri Chempaka Seri.
2. Raja negeri itu bernama Indera Sari yang amat gemar melakukan kerja-kerja maksiat seperti berjudi
dan menyabung ayam hingga menyebabkan seluruh rakyat terikut-ikut oleh perangai baginda.
3. Ajaran Islam tidak lagi dipatuhi kerana raja dan para pembesar negeri begitu asyik dengan kerja-

kerja yang dilarang oleh ajaran Islam.

4. Pesta menyabung ayam yang diadakan di istana telah menarik minat Pak Kaduk untuk turut mengadu
nasib dalam pertandingan menyabung ayam jantan peliharaannya yang bernama Biring Si Kunani.
5. Pak Kaduk menyatakan hasratnya itu kepada isterinya yang bernama Mak Siti. Pak Kaduk bercadang

untuk menjadikan kampung mereka sebagai taruhan.
6. Pak Kaduk menyuruh Mak Siti menjahitkan pakaian yang diperbuat daripada kertas. Oleh sebab
ingin cepat siap, dia mengarahkan isterinya melekatkan sahaja kertas itu dengan gam.

7. Apabila sampai di istana, Pak Kaduk menyatakan hasratnya kepada Raja Indera Sari. Baginda begitu asyik memerhatikan ayam Pak Kaduk , iaitu Biring Si Kunani. Baginda mendapati bahawa ayam Pak Kaduk lebih handal daripada ayamnya yang bernama Jalak Putih Mata.

Merupakan sejenis cerita rakyat yang berdasarkan kehidupan masyarakat. Sastera ini dianggap milik bersama
masyarakat dan kelompok masyarakat yang tertutup.
JENIS-JENIS SASTERA RAKYAT
CERITA
MITOS
CERITA
LEGENDA
CERITA
JENAKA
CERITA
BINATANG
CERITA LIPUR
LARA
8. Lantas raja pun mencadangkan kepada Pak Kaduk agar menukarkan ayam masing-masing dengan
memberi alasan bahawa ayam Pak Kaduk kurang bertuah atau handal berbanding ayamnya, Jalak Si

Putih Mata.
9. Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk terus bersetuju untuk menukarkan ayamnya dengan ayam raja.
10. Sebagai wang pertaruhan, Pak Kaduk menggadaikan kampungnya kepada raja dengan jumlah 50 rial.
11. Apabila sabungan diadakan, ayam Pak Kaduk yang telah menjadi milik Raja Indera Sari menang

manakala ayam raja yang menjadi kepunyaan Pak Kaduk kalah.

12. Tanpa menyedari bahawa ayamnya telah ditukarkan dengan ayam raja , Pak Kaduk bersorak
keriangan. Akibatnya, baju kertas yang dipakainya koyak-rabak hingga menyebabkan Pak Kaduk
telanjang bulat.

13. Orang ramai terus mentertawakan Pak Kaduk yang telanjang itu lalu dia terus berlari pulang ke
rumahnya dengan perasaan amat malu.
14. Pak Kaduk bernasib sungguh malang kerana ayamnya sekarang menjadi milik raja walaupun
ayamnya itu menang. Keadaan ini mengakibatkan kampungnya turut tergadai.
TEMA
Sikap sesetengah manusia yang bersikap terburu-buru dalam membuat sesuatu tanpa
memikirkan akibatnya.
PERSOALAN
Keburukan berjudi dan menyabung ayam

Berjudi merupakan amalan yang menyebabkan kemiskinan dan kepapaann. Berjudi
menyebabkan kita berhutang, akibatnya banyak barang kita tergadai untuk
melangsaikan hutang kita. Berjudi tidak memberi sebarang manfaat, malah
menyusahkan hidup.

Menzalimi orang yang lemah

Menipu atau menganiaya golongan yang lemah merupakan persoalan yang cuba diterapkan dalam cerita ini. Sikap zalim golangan yang berkuasa terhadap rakyat yang lemah merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Golongan rakyat sudah tentu menghormati dan mempercayai pihak yang berkuasa.

Sikap tamak

Sikap tamak menyebabkan kerugian. Pak Kaduk mengharapkan kemenangan yang
besar hingga sanggup mengadaikan kampungnya sendiri. Akhirnya, dia sendiri yang
menanggung rugi dan raja pula yang untung.

Orang jahil dan bodoh senang ditipu

Orang jahil dan bodoh merupakan sasaran bagi orang yang cerdik. Kebodohan diri akan digunakan oleh orang yang cerdik untuk menindas orang yang bodoh. Justeru, pelajarilah ilmu supaya tidak mudah ditipu oleh golongan yang bertanggungjawab.

WATA K
PERWATAKAN
PAK KADUK

1. Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan pertengahan tahun.
2. Hidup miskin dan mempunyai seorang isteri bernama Mak Siti . Digelar juga Pak Siti.
3. Bodoh, bersikap terburu-buru dan lurus bendul.
4. Gemar menyabung ayam kerana memiliki ayam jantan yang handal bernama Birng Si

Kunani.
5. Taat kepada perintah raja walaupun raja berniat tidak baik terhadapnya.
6. Bernasib malang akibat kebodohan diri dan jahil tentang menyabung ayam.
7. Mangsa kezaliman golongan orang yang berkuasa seperti Raja Indera Sari.

Raja Indera
Sari

1. Raja negeri Chempaka Seri .
2. Gemar berjudi dan menyabung ayam.
3. Tidak menunaikan perintah ajaran Islam yang sebenarnya.
4. Suka menipu dan menganiayai rakyat yang lemah
5. Mahir tentang menyabung ayam serta menggalakkan rakyat melakukan maksiat.
6. Memiliki ayam jantan yang bernama Jalak Putih Mata.

Mak Siti

1. Isteri Pak Kaduk, taat dan patuh pada arahan suami.
2. Menangis mengenangkan nasib yang menimpa diri dan suaminya.
3. Berleter apabila melihat Pak Kaduk pulang dalam keadaan bertelanjang bulat. Tambahan pula,

mereka turut kehilangan kampung halamannya akibat kekalahan Pak Kaduk sewaktu
pertaruhan dengan raja.

Biring Si
Kunani
(haiwan)

1. Ayam jantan kepunyaan Pak Kaduk.
2. Menang dalam pertaruhan dengan mengalahkan Jalak Putih Mata.

3. Menjadi milik Raja Indera Sari setelah ditukarkan oleh Pak Kaduk.
Jalak Putih
Mata
(haiwan)

1. Ayam jantan kepunyaan Raja Indera Sari.
2. Kalah semasa menyabung dengan Biring Si Kunani.
3. Menjadi kepunyaan Pak Kaduk setelah ditukarkan oleh Raja Indera Sari.

PLOT
PERMULAAN (EKSPOSISI)

Cerita bermula dengan penegnalan negeri Chempaka Seri, iaitu negeri yang diperintah oleh Raja Indera Sari dan juga
kampung halaman Pak Kaduk serta isterinya, Mak Siti. Diceritakan juga tentang rakyat negeri tersebut yang suka
berjudi dan menyabung ayam termasuklah Raja Indera Sari dan para pembesar negeri.

PERKEMBANGAN

Berita Pertandingan menyabung ayam yang diadakan di istana raja menarik minat Pak Kaduk untuk turut menyabung ayam jantannya yang bernama Biring Si Kunani. Pak Kaduk menyuruh isterinya, Mak Siti menjahit pakaian daripada kertas. Namun, disebabkan ingin cepat, Pak Kaduk menyuruh isterinya hanya melekatkan kertas tersebut dengan menggunakan gam. Mak Siti menurut suruhan suaminya. Pak Kaduk terus ke istana untuk menyabung ayam.

KONFLIK / PERUMITAN

Bermula apabila Pak Kaduk telah diminta oleh raja untuk menukarkan ayamnya (Biring Si Kunani) dengan ayam raja
(Jalak Putih Mata). Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk bersetuju menukarkan ayamnya dengan ayam raja. Wang
pertaruhan pula ialah kampung halaman Pak Kaduk sendiri dengan nilai sebanyak 50 rial.

KEMUNCAK / KLIMAKS

Pertaruhan atau sabungan dimulakan. Ayam Pak Kaduk yang menjadi milik raja menang, manakala ayam raja yang menjadi milik Pak Kaduk kalah. Pak Kaduk yang terlupa akan pertukaran yang telah dibuat olehnya, terus melompat kegembiraan tanpa menyedari bahawa baju kertas yang dipakainya telah koyak-rabak sehingga dia bertelanjang dan orang ramai sedang mentertawakannya.

PELERAIAN

Pak Kaduk melarikan diri pulang ke rumah dengan perasaan amat malu. Dia kecewa kerana tertipu dan bodoh kerana tidak berfikir panjang . Akhirnya, dia dimarahi isterinya kerana pulang dalam keadaan bertelanjang dan menyebabkan kampung halaman mereka tergadai.

Activity (77)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
farhah_nabil liked this
Maryam Mansor liked this
cecupak liked this
Halim Yusoff liked this
Ummi Fathiah liked this
Munira Amyra liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->