Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pen Gen Alan Kepada Keusahawanan Bab 1

Pen Gen Alan Kepada Keusahawanan Bab 1

Ratings:

4.5

(1)
|Views: 496|Likes:
Published by hong22

More info:

Published by: hong22 on Jul 23, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/11/2012

pdf

text

original

 
DonationWare
Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
www.komputer.com.my
Projek menterjemah dimulai 6/6/2005. Ianyamerupakan ringkasan dari modul OUM + Nota darilaman web saya. Tujuan utama adalah untuk membantu rakan supaya mudah memahami Subjek ini.Membuat nota bukanlah suatu perkara mudah, oleh itusaya meletakkan nota ini dalam kategoriDONATION WAREIaitu sumbangan dari pembaca amatlah dialu-alukan.Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun bank diatas nama saya:Rozaimy Baharuddin1)Maybank1142532241322) RHB2-14099-00004030Sekiranya sumbangan wang ringgit tidak dapatdisumbangkan. Cukuplah sekadar email saya disumbangan@gmail.comapabila saudara/i memuatturun dari laman web saya. Seterusnya email sekali lagiselepas saudara/i memperolehi keputusan peperiksaan.Ini membolehkan kami (rozaimy & ruzila) mengetahuikeberkesanan nota ini.Terima Kasih kerana sudi menjadi nota ini sebagairujukan.
Ikhlas dari,Rozaimy BaharuddinDisemak oleh Ruzila Mohd Asnan1
 
DonationWare
Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
www.komputer.com.my
OUM Jan 2003Bab 1 Pengenalan Kepada Keusahawanan
“Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak adakena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.” 
Peter F. Drucker1.1Evolusi Keusahawanan
Perkataan
‘entrepreneur’ 
datang dari perkataan bahasa Perancis
“entrepredre”
yang bermakna
“to undertake” 
. Dalam bahasa Melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai“untuk mengambil alih”.
ZamanKonsep dan Teori
Pada zaman permulaan Definasi keusahawanan bermula seawal zaman
Marco Polo
yang melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah(Far East).
Marco Polo
telah menandatangani kontra perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk mereka.Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif. Pedagangyang berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan, menerima segala risiko fizikal dan emosi.Setelah pedagang berjaya menjual barangan tersebut,keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang tersebut.Pada zaman pertengahanUsahawan digambarkan sebagai seseorang yang terlibat didalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Iamungkin mengawal projek tersebut menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. Dalam kes ini, usahawan tidak menanggung sebarang risiko. Usahawan pada zaman ini,adalah seorang yang mengawal(berkuasa) kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja.Abad ke 17Terdapat hubungan diantara risiko dan usahawan.Keusahawanan adalah orang yang menandatangi kontra perjanjian dengan kerajaan untuk meyediakan perkhidmatanatau membekalkan produk yang telah ditentukan. Hargakontrak adalah tetap. Oleh itu kerugian atau keuntunganditanggung sepenuhnya oleh usahawan. Pakar ekonomi
 Richard Cantillion
mengutarakan teori (definasi) awalmengenai usahawan. Beliau dikatakan pengasas kepadaistilah entrepreneur (usahawan). Pada pandangan beliau,usahawan merupakan menerima risiko taruhan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya adalah seorang usahawan.Mereka membeli pada harga tertentu dan menjualnya padaharga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.Abad ke 18Usahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal).Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan2
 
DonationWare
Account MayBank 114253224132 Rozaimy Baharuddin
www.komputer.com.myIni berlaku kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Sebagai contoh: Eli Whitney danThomas Edison merupakan seorang pengguna kapital,BUKAN pembekal modalAbad ke 19 dan 20Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan abad 20an, pereka cipta (mencipta idea, produk,teknologi baru) dikenali sebagai usahawan.Abad ke 21Usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk pasaran FreeEnterprise. Usahawan abad ini mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko didalam usahanya. “Sekarang, kebanyakkan orang mengatakanusahawan adalah perintis (pelopor) di dalam mencipta perniagaan baru.” Kuratko & Hodgetts
1.2Konsep Keusahawanan1.2.1Keusahawanan
Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang menanggungrisiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya atau menyediakannilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses mencipta sesuatuyang baru dengan mengambil kira masa dan usaha dengan mengambil kira risikokewangan, psikologi dan sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan,kepuasaan peribadi dan kebebasan.Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:1)Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru.Penciptaan tersebut mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan pasarandimana proses tersebut dibangunkan.2)Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan usahayang dilakukan.3)Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko didalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.4)Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan.Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti oleh kepuasan peribadi dan seterusnya keuntungan. Pada sesetengah usahawan, duitmenunjukkan simbol kejayaan.Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu prosesinovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alamsekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).Disemak oleh Ruzila Mohd Asnan3

Activity (5)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
IZHARZAID liked this
Tan Byong liked this
Sharifah Kak Pah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->