Bahasa Melayu perlu dimantapkan martabatnya
Oleh ANI AWANG
RAIS Yatim merasmikan Seminar Linguistik dan Pembudayaan BahasaMelayu Ke-2 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
BAHASA Melayu telah mempunyai korpus yang setanding dengan bahasa antarabangsa danmampu untuk membicarakan apa sahaja bidang ilmu. Justeru, usaha harus dilakukan bagimemartabatkan bahasa itu.Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa), Datuk Seri Dr. Rais Yatim ketikamerasmikan Seminar Linguistik dan Bahasa Melayu Ke-2 yang berlangsung di DewanBahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, KeKKWa danKementerian Pelajaran telah mengemukakan cadangan kepada Kabinet agar memperbaikidan memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu di negara ini.Cadangan itu antara lain cuba menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar.Untuk itu, kata Rais, kempen bahasa perlu melibatkan orang bukan Melayu dan Melayu.Penggunaan Bahasa Melayu perlu dijadikan bahasa perisian terutama dalam teknologimaklumat dan komunikasi (ICT).Rais menegaskan, cadangan itu juga akan meminta para pendidik mewujudkan istilah Sainsdan Matematik dalam Bahasa Melayu supaya Bahasa Melayu tidak terpinggir.“Seni pertuturan Bahasa Melayu di universiti juga perlu diperbaiki. Mewujudkan kerusiPengajian Bahasa Melayu di beberapa universiti di luar negara serta Unit PembentukanBahasa Salah di DBP juga perlu diperkenalkan,” kata Rais.Rais menambah, langkah tersebut perlu dilakukan berikutan terdapat pelbagai pencemaran bahasa berlaku termasuk penggunaan bahasa rojak yang begitu ketara di negara ini.“Keadaan itu menyebabkan Bahasa Melayu menghadapi cabaran dan rintangan yang hebatdalam sistem pentadbiran sekarang.“Penggunaan Bahasa Kebangsaan sejak kebelakangan ini didapati masih diabaikan terutamaoleh sektor swasta, dan ini menjadikan jati diri bangsa semakin terhakis.
Leave a Comment