You are on page 1of 2

Kaedah Projek Kaedah yang kami gunakan dalam tugasan ini ialah kaedah pemerhatian.

Kami telah memerhatikan tempat membuat tugasan Projek Keceriaan di Bilik 204-B yang merupakan bilik utama Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Kami telah memerhatikan bilik tersebut dari segi kebersihan dan kecantikan. Kami juga telah mengukur saiz tingkap untuk memudahkan pembelian langsir. Akan tetapi disebabkan kekurangan bajet, pembelian langsir telah dibatalkan. Kaedah kedua yang digunakan ialah kaedah perbincangan. Kumpulan kami terdapat lima ahli iaitu Hon Wan San, Koo Bao Rong, Dona Wong Siew King, Pauline Sii dan juga Tan Qiu Yue. Kami sentiasa menjalankan perbincangan sepanjang tugasan ini seperti semasa melakar kertas kerja, apa yang hendak dibuat untuk keceriaan kelas, apa yang perlu dibeli untuk keceriaan kelas tersebut, pelaksanaan keceriaan, membuat laporan dan sebagainya. Kaedah ketiga, iaitu kaedah sebut harga ini digunakan sebelum membeli barang keperluan kami. Untuk mendapatkan bajet daripada pihak institut, kami dikehendaki membuat banding harga antara beberapa buah kedai untuk membeli barang keperluan kami. Kami telah menggunakan lebih kurang 6 jam di luar untuk mendapatkan maklumat harga setiap kedai seperti kedai langsir, kedai alat tulis, kedai barang hiasan dan sebagainya. Untuk dapat melihat perbezaan yang ketara sebelum dan selepas Projek Keceriaan dijalankan, oleh itu kaedah ambil gambar telah kami gunakan. Kami telah mengambil gambar fokus kepada tempat yang akan dan telah kami membersihkan dan memcantikkan. Selain itu, kami juga telah mengambil gambar semasa pelaksanaan sebagai bukti kami telah membuat apa yang sepatutnya dengan sedaya upaya kami untuk menyempurnakan projek keceriaan ini. Akhir sekali ialah kaedah mengakses internet. Kami menggunakan kaedah ini untuk mencari idea atau contoh-contoh projek keceriaan sebagai rujukan kami. Kami semua berharap dapat menjadikan Bilik 204-B kami ini

sebuah bilik yang paling bersih dan cantik dan dapat memberikan suasana kondusif kepada guru-guru pelatih untuk belajar.

You might also like