You are on page 1of 15

Isi Kandungan

Bil
1 Pengenalan

Isi

Muka Surat
2

Falsafah Sukan Dan Permainan

Kepentingan Sukan Individu Dalam Pembangunan Domain Psikomotor, Kognitif Dan Afektif Murid Dasar 1 Murid 1 Sukan

Pelaksanan Dasar 1 Murid 1 Sukan di Sekolah

10

Rujukan

11

Pengenalan
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Falsafah Sukan Dan Permainan


Main ialah satu aktiviti bebas di luar kehidupan seharian yang melibatkan seseorang secara langsung. Ia merupakan satu aktiviti yang tidak mementingkan penghargaan material atau keuntungan. Masa dan ruang juga tidak dihadkan semasa bermain tetapi ditetapkan dengan peraturan-peraturan tertentu dan lebih teratur.

Permainan pula merupakan satu aktiviti main yang mempunyai undang-undang yang eksplisit, matlamat yang ditetapkan, mempunyai elemen pertandingan, had masa dan ruang yang dikenal pasti serta sekuens pergerakan yang berulang setiap kali permainan dijalankan.

Permainan adalah salah satu alat pengukuhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Allessi & Trollip (1991), permainan ialah suatu aktiviti yang melibatkan proses pembelajaran secara tidak formal. Permainan mampu untuk mewujudkan suatu suasana yang dapat merangsangkan pembelajaran atau penguasaan sesuatu kemahiran. Permainan tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan.

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan

sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Sukan ialah satu pertandingan dalam bentuk permainan dan terdapat eksploitasi individu. Ia mempunyai ciri-ciri seperti kontinuiti, pembahagian peranan, interaksi yang dinamik dengan audien dan pengurusan yang mantap. Sukan juga merupakan satu perlakuan atau permainan yang melibatkan kemahiran dan daya usaha fizikal. Malah, penglibatan murid adalah untuk keseronokan, pertandingan atau penghargaan dari segi kewangan dan lain-lain.

Kepentingan Sukan Individu Dalam Pembangunan Domain Psikomotor, Kognitif Dan Afektif Murid
Menyusuri budaya kehidupan masyarakat kini, kita sering melihat dan mendengar masalah-masalah obesiti dan gaya hidup yang kurang sihat diterapkan dalam masyarakat. Disinilah peranan senaman dan sukan individu dapat membantu mengurang gejala yang sedang menular dalam masyarakat kini. Terdapat tiga domain utama dalam sukan individu iaitu domain psikomotor, kognitif dan afektif. Dalam sukan individu beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan selain daripada kemahiran motor. Aspek tersebut ialah penjagaan kesihatan melalui aktiviti kecergasan disamping penerapan nilai-nilai murni melalui pengenalan aktiviti fizikal.

Aspek Psikomotor Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Di dalam sukan individu suaian aspek ini perlu difokus selepas murid melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor.

Bucher (1979) mengatakan bahawa sukan individu berkemampuan untuk memberi sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar. Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa kurikulum yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar yang telah mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan keperluan pelajar sebagai matlamat.

Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya menekankan tentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Ianya lebih menekan pendidikan melalui Pendidikan Jasmani.

Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketigatiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi (Teng Boon Tong 2001).

Aspek Kognitif Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.

Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan.

Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar.

Aspek Afektif Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain.

Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar.

Sukan perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri.

Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Sukan akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial.

Oleh yang demikian sukan boleh didefinisikan sebagai memberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

Dasar 1 Murid 1 Sukan


Dasar 1 Murid 1Sukan (1M1S) menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk: 1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. 2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut: 1. Meningkatkan kecergasan jasmani. 2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni. 3. Memupuk perpaduan di antara kaum. 4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid. 5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. 6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. 7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
7

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat: 1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. 2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. 3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: 1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. 2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. 3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S. 4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan. 5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid. 6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. 7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M1S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut: 1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. 2. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. 3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah.

Penyertaan

murid

dalam

kejohanan

MSSD/MSSN/MSSM

serta

peringkat

antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S. Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan: 1. Kehadiran; 2. Jawatan Serta Sumbangan; 3. Penglibatan; dan 4. Pencapaian.

Pelaksanan Dasar 1 Murid 1 Sukan di Sekolah


SJKC Tung Hua, S2 Heights Bilangan Murid: 120 Murid (Tahun 3, 4&5) Bilangan Guru Terlibat: 18 orang

Jadual Pelaksanaan Dasar 1M1S Tahun 2013 Hari Masa 3.30 / 4.30 ptg Kelab Sukan / Rumah Sukan Badminton Bola Keranjang Ping Pong Rumah Merah Rabu
(Olahraga)

Bilangan Murid 40 40 40 30 30 30 30

Selasa

3.30 / 4.30 ptg

Rumah Kuning Rumah Biru Rumah Hijau

Guru Bertugas LCK KMS LRW YSY TSL GAL FRD HLP CST YSF FJX EY KSM LML

Tempat G. Badminton G. Bola Keranjang Dewan

Padang

Tarikh Aktiviti Kelab Sukan & Olahraga Bulan M1 Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober 5,6 5,6 2,3 7,8 Cuti Sekolah 2,3 6,7 3,4 1,2 Cuti CNY Ujian 9,10 Ujian 11,12 9,10 Cuti Raya 10,11 8,9
10

Minggu dan Tarikh M2 M3 22,23 19,20 19,20 16,17 21,22 18,19 16,17 20,21 17,18 Cuti Haji M4 29,30 26,27 Cuti Sekolah 23,24 Cuti Sekolah 25,26 23,24 27,28 24,25 Ujian

Jumlah Hari Kehadiran Bagi Seorang Murid 4 6 6 8 4 6 8 6 8 4

Draf Perancangan Aktiviti Asas Tahunan - Badminton Bulan Januari Tarikh 22.01.2013 29.01.2013 05.02.2013 Februari 19.02.2013 26.02.2013 Mac 05.03.2013 19.03.2013 02.04.2013 09.04.2013 April 16.04.2013 23.04.2013 30.04.2013 Mei 07.05.2013 21.05.2013 11.06.2013 Jun 18.06.2013 25.06.2013 02.07.2013 09.07.2013 Julai 16.07.2013 23.07.2013 30.07.2013 06.08.2013 Ogos 20.08.2013 27.08.2013 03.09.2013 September 10.09.2013 17.09.2013 24.09.2013 01.10.2013 Oktober 08.10.2013 22.10.2013 Aktiviti Pendaftaran ahli baharu Peraturan dan undang-undang permainan Pengenalan kepada kemahiran asas Who is higher Mongkey and shuttle Tangkis dengan raket Wall feeding Servis Wall servis game Target servis Team servis Target backhand Octopus game Lob Throw and hit Lob touch and go Sparring lob Clock game Tennis servis Permainan jaring Net touch and go Touch and go bersyarat Half court net and lob Pukulan drop Drop relay Tangkis dengan raket Wall feeding Servis Wall servis game Target servis Team servis Target backhand

11

Draf Perancangan Aktiviti Asas Tahunan Bola Keranjang Bulan Januari Tarikh 22.01.2013 29.01.2013 05.02.2013 Februari 19.02.2013 26.02.2013 Mac 05.03.2013 19.03.2013 02.04.2013 09.04.2013 April 16.04.2013 23.04.2013 30.04.2013 Mei 07.05.2013 21.05.2013 11.06.2013 Jun 18.06.2013 25.06.2013 02.07.2013 09.07.2013 Julai 16.07.2013 23.07.2013 30.07.2013 06.08.2013 Ogos 20.08.2013 27.08.2013 03.09.2013 September 10.09.2013 17.09.2013 24.09.2013 01.10.2013 Oktober 08.10.2013 22.10.2013 Aktiviti Pendaftaran ahli baharu Peraturan dan undang-undang permainan Pengenalan kepada kemahiran asas Pergerakan mengacah Lumba lari berganti-ganti Captain ball Hantaran bola lawan pasukan berlari Menghantar dan menerima bola Murid dalam bulatan Hantaran bola berkumpulan dalam bulatan Captain ball Hantaran garisan tiga murid Hantar dan bergerak Lambung dan sambut Menggelecek Itik dan angsa Lampu merah lampu hijau Menggelecek dan sentuh Tiru ketua kumpulan Lari berganti-ganti melantun bola Lari berganti-ganti membawa bola Menjaring Dua puluh satu Menjaring secara kumpulan Jaringan garisan Menggelecek Itik dan angsa Lampu merah lampu hijau Menggelecek dan sentuh Tiru ketua kumpulan Lari berganti-ganti melantun bola Lari berganti-ganti membawa bola

12

Draf Perancangan Aktiviti Asas Tahunan Ping Pong Bulan Januari Tarikh 22.01.2013 29.01.2013 05.02.2013 Februari 19.02.2013 26.02.2013 Mac 05.03.2013 19.03.2013 02.04.2013 09.04.2013 April 16.04.2013 23.04.2013 30.04.2013 Mei 07.05.2013 21.05.2013 11.06.2013 Jun 18.06.2013 25.06.2013 02.07.2013 09.07.2013 Julai 16.07.2013 23.07.2013 30.07.2013 06.08.2013 Ogos 20.08.2013 27.08.2013 03.09.2013 September 10.09.2013 17.09.2013 24.09.2013 01.10.2013 Oktober 08.10.2013 22.10.2013 Aktiviti Pendaftaran ahli baharu Peraturan dan undang-undang permainan Pengenalan kepada kemahiran asas Mencari kawan Menimbang bola Melantun bola Ping pong bangku Pukulan ke dinding Cermin kepada rakan Cermin kepada rakan 2 Servis Lambung dan sambut 1 Lambung dan sambut 2 Pukulan ke dinding Pukul ke bakul / kotak Pukulan Pukul belon Pukulan sasaran Pukul ke sasaran Kalahan juara Pukulan backhand Bola gantung Pukulan sasaran Kriket meja dengan backhand Bola sepak Pukul ke bakul / kotak Pukulan Pukul belon Pukulan sasaran Pukul ke sasaran Kalahan juara Pukulan backhand

13

Draf Perancangan Aktiviti Asas Tahunan - Olahraga Bulan Januari Tarikh 23.01.2013 30.01.2013 06.02.2013 Februari 20.02.2013 27.02.2013 Mac 06.03.2013 20.03.2013 03.04.2013 10.04.2013 April 17.04.2013 24.04.2013 30.04.2013 Mei 08.05.2013 22.05.2013 12.06.2013 Jun 19.06.2013 26.06.2013 03.07.2013 10.07.2013 Julai 17.07.2013 24.07.2013 30.07.2013 07.08.2013 Ogos 21.08.2013 28.08.2013 04.09.2013 September 11.09.2013 18.09.2013 25.09.2013 02.10.2013 Oktober 09.10.2013 23.10.2013 Aktiviti Pendaftaran ahli baharu Peraturan pertandingan Knee throwing Balingan rotasi Lompat jauh berdiri Balingan ke sasaran Melompat tali skip Kid javelin Pecutan Larian tangga Formula satu Knee throwing Balingan rotasi Lompat jauh berdiri Balingan ke sasaran Melompat tali skip Kid javelin Pecutan Larian tangga Formula satu Knee throwing Balingan rotasi Lompat jauh berdiri Balingan ke sasaran Melompat tali skip Balingan ke sasaran Melompat tali skip Kid javelin Pecutan Larian tangga Formula satu Knee throwing

14

Rujukan
1. Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (Cetakan Pertama 2011) 2. Asiah Abu Samah. (1993). Paduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Laman Web Penerangan 1 Klik Malaysia 4. Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia

15

You might also like