You are on page 1of 34

Penilaian dan Pentaksiran 2 Jam Kuliah 1 jam Tutorial

Definisi Reka bentuk Pentaksiran Prinsip-prinsip Pembinaan Item Taksonomi Solo / Bloom

Spesifikasi Kurikulum dan Merancang


Sesuatu Ujian (test blue print)
1

Hasil Pembelajaran
Menyatakan definisi untuk pengujian dan penilaian Menyenaraikan prinsip-prinsip pembinaan item Mengenal pasti enam tahap Taksonomi Bloom Membina Jadual Spesifikasi Ujian

Pengenalan
Definisi bagi pengujian dan penilaian Rekabentuk penilaian Prinsip-prinsip pembinaan item Taksonomi Solo / Bloom Spesifikasi kurikulum dan Perancangan ujian (JSU) Tujuan Jadual Spesifikasi Ujian (Test Blue Print) Proses yang diambil untuk mewujudkan JSU
3

1. KONSEP & PENGERTIAN PENGUJIAN, PENGUKURAN & PENILAIAN


1.1 Definisi Penilaian: Satu proses yang sistematik untuk menentukan sejauhmana suatu objektif telah dicapai. Merangkumi keseluruhan prosedur yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar (pemerhatian guru/ ujian bertulis/ penilaian projek/laporan kendiri pelajar/ penilaian rakan) serta pembentukan keputusan tentang nilai berkaitan kemajuan pembelajaran. Bertujuan untuk menjawab soalan berkaitan sejauh mana pelajar menguasai sesuatu kemahiran/ pengetahuan/nilai.
4

1. KONSEP & PENGERTIAN PENGUJIAN, PENGUKURAN & PENILAIAN


Pengujian: Instrumen (satu set soalan/tugasan) atau prosedur yang digunakan untuk mengukur atribut atau sifat (tingkah laku/kemahiran/pengetahuan/nilai). Contoh Ujian bertulis (soalan objektif, soalan esei); senarai semak (untuk menguji kemahiran proses sains dalam makmal, senarai semak bagi kemahiran fizikal dalam mata pelajaran PJK, senarai semak kemahiran bagi ujian memandu); soal selidik; ujian pengesanan untuk program pendidikan khas/ pemulihan; ujian stress; persembahan lisan; membuat carta/gambarajah/graf; menjalankan eksperimen sains; memainkan alat muzik.

1. KONSEP & PENGERTIAN PENGUJIAN, PENGUKURAN & PENILAIAN


Pengukuran:
Proses memberikan nombor/angka terhadap keputusan ujian berdasarkan peraturan tertentu (mengira jumlah jawapan yang betul; memberi markah kepada setiap isi dalam soalan berbentuk esei) untuk menujukkan atribut individu atau objek. Contoh Skor 37/50 (74%); 83/120 (69.2%); skor keseluruhan 3.5 dalam skala 1-5; menguasai 3 daripada 5 kemahiran (3/5)

1. KONSEP & PENGERTIAN PENGUJIAN, PENGUKURAN & PENILAIAN


PENILAIAN

Pengukuran (contoh ujian)

dan/atau

Bukan-pengukuran (pemerhatian tak formal, persepsi) +

+ Keputusan Nilai

1.2 TUJUAN 3P
Akauntabiliti/Kebertanggungjawaban kepada masyarakat Perlu melaporkan pencapaian dan perkembangan pelajar kepada ibu bapa, masyarakat dan pihak pentadbir seperti PPD, JPN, Kementerian. Masyarakat mempunyai jangkaan dan harapan terhadap sekolah dan mereka ingin mengetahui sama ada sekolah telah memenuhi jangkaan tersebut melalui sesuatu yang boleh diukur.

Pensijilan dan pemilihan calon (selection) untuk program tertentu (UPSR, PMR, SPM, STPM, Ijazah Sarjana Muda, MLVK) kemasukan ke asrama penuh/MRSM, aliran/jurusan di Tingkatan 4, kemasukan ke IPT/ institusi latihan dan syarat memasuki pekerjaan. TOEFL/SAT/GRE untuk kemasukan universiti luar negara. Dalam perkhidmatan awam - Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk kenaikan pangkat dan anjakan gaji.

1.2 TUJUAN 3P
Perbandingan (antara sekolah, daerah, negeri, atau peringkat antarabangsa seperti TIMSS dan PISA) Memberi maklumat ke arah membuat keputusan penting berkaitan pendidikan Federal Support of Compensatory Education (Title 1); Minimum-Competency Testing; A Nation At Risk; Standards-Based Reform (Content & Performance Std, Performance-Based Assessment); PISMP (ETeMS);

1.2 TUJUAN 3P
Mengesan kelemahan pelajar dalam topik/kemahiran tertentu Mengukur prestasi pengajaran usaha penambahbaikan, mencuba kaedah lain, kaedah mana lebih baik Membuat keputusan berkaitan pengajaran guru: Sejauh mana rancangan pengajaran saya sesuai untuk kelas ini (ujian aptitude, rekod pencapaian lalu pelajar) Bagaimana hendak membahagikan pelajar kepada kumpulan supaya pengajaran lebih efektif? (ujian guru; rekod pencapaian lalu pelajar; pemerhatian guru)

10

1.2 TUJUAN 3P
Sejauh mana pelajar bersedia untuk mengikuti tajuk/ pengalaman pembelajaran seterusnya? (pra-ujian kemahiran/pengetahuan yang diperlukan; rekod pencapaian lalu pelajar) Bila masanya ulangkaji diperlukan? (kuiz berkala; soalan lisan; latihan bertulis; pemerhatian) Pelajar mana perlu dirujuk kepada program kaunseling/ pendidikan khas/ pemulihan? (ujian aptitude; ujian pencapaian; ujian pengesanan; pemerhatian)

11

1.3 KONTROVERSI TENTANG PENILAIAN


Sifat/Ciri dan Kualiti Ujian Soalan objektif tidak menguji pemikiran kritikal. Soalan terlalu berstruktur. Soalan berbentuk pembentukan hipotesis dan mengenal pasti masalah tidak diuji. Ujian hanya menguji sebahagian aspek pembelajaran (pengetahuan/kemahiran/kebolehan) dan potensi pelajar. Contoh: ujian aptitud menguji komponen bahasa dan kemahiran kuantitatif yang penting untuk meramal kejayaan masa depan; ujian pencapaian menguji sampel prestasi pelajar dalam langkah pembelajaran tertentu. Kejayaan hidup juga bergantung kepada motivasi, kreativiti, kesedaran sosial, tetapi tidak diuji. Penting - Jangan membuat tafsiran melangkaui data

12

1.3 KONTROVERSI TENTANG PENILAIAN


Ujian terdedah kepada ralat/ kesilapan dan ramalan kerana ujian tidak menyeluruh merangkumi semua aspek. Adalah penting kita memastikan kebolehpercayaan (reliability), kesahan (validity) dan keadilan ujian. Oleh itu keputusan penting dalam pendidikan tidak boleh didasarkan kepada ujian semata mata (No major educational decision should ever be based on test scores alone!)

13

1.3 KONTROVERSI TENTANG PENILAIAN


Kesan Kepada Pelajar Ujian menimbulkan kebimbangan kebimbangan perlu untuk kejayaan, tetapi buruk jika keterlaluan. Achievement

Anxiety Hasil ujian sering diguna untuk melabel pelajar lemah, sederhana, cerdas. Mempengaruhi persepsi dan jangkaan/harapan/pandangan rakan, guru, ibu bapa atau pelajar terhadap diri sendiri. Seterusnya boleh memberi kesan kepada program pendidikan yang diterima. Ada kalanya guru silap melabel kerana ujian yang diberi tidak sebenarnya mengukur apa yang ingin diukur. Hasil ujian melemahkan konsep kendiri pelajar jika skor rendah. Jika skor tinggi, konsep kendiri meningkat.
14

1.3 KONTROVERSI TENTANG PENILAIAN


Keadilan Terhadap Kumpulan Minoriti/Luar Bandar Adakah ujian bebas daripada elemen bias? Soalan sesuai untuk semua golongan? Kandungan ujian, perbendaharaan kata, gambar, objek, nilai. Contoh pengalaman menaiki LRT, lawatan ke menara kembar Petronas, Planetarium Negara, Pusat Sains, KLIA yang mungkin asing bagi pelajar Orang Asli atau luar Bandar. Adakah soalan memberi peluang yang sama kepada pelajar semua golongan untuk menunjukkan apa yang mereka tahu atau boleh buat? Adakah mereka tidak mempunyai kemahiran/pengetahuan tersebut ATAU sebenarnya tidak faham istilah/ maksud soalan?

15

1.3 KONTROVERSI TENTANG PENILAIAN


Keadilan Jantina Adakah soalan lebih memihak kepada pelajar lelaki/perempuan berdasarkan minat semula jadi, pengalaman harian, atau perbezaan cara berfikir? Kebergantungan Kepada Ujian Kesan negatif kepada pendidikan. Hanya tajuk yang sering keluar dalam peperiksaan diberi penekanan. Yang lain diabaikan walaupun mungkin penting. Contoh Fokus Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Membangunkan potensi individu secara menyeluruh jasmani, emosi, rohani, intelek (JERI). Sejauh mana diukur dalam peperiksaan?

16

1.4 PERINGKAT UTAMA DALAM PENILAIAN


Prinsip Umum Dalam Penilaian Tentukan dengan jelas apa yang ingin diukur (pengetahuan/kemahiran/nilai tertentu). Ini akan menentukan kaedah atau prosedur pengukuran. Pemilihan kaedah/prosedur/pengujian adalah kerana kesesuaiannya dengan ciri yang ingin diukur (pengetahuan/kemahiran/nilai tertentu). Penilaian yang menyeluruh memerlukan beberapa kaedah/ prosedur pengukuran/pengumpulan maklumat. Contoh: Soalan objektif aneka pilihan dan soalan pendek mengukur pengetahuan, kefahaman, aplikasi. Soalan esei dan tugasan bertulis mengukur kebolehan pelajar menyusun dan melahirkan idea. Kerja projek yang memerlukan pelajar menggubal soalan dan membuat penyelidikan daripada perpustakaan/ mengumpul data mengukur kemahiran menyatakan dan menyelesaikan masalah.

17

1.4 PERINGKAT UTAMA DALAM PENILAIAN


Menyedari batasan dalam kaedah/prosedur penilaian yang digunakan Ujian/Prosedur tidak melibatkan semua soalan yang boleh ditanya untuk menggambarkan kefahaman, pengetahuan atau nilai berkaitan topik tertentu secara menyeluruh. Hanya sampel soalan yang bersesuaian untuk mengukur ciri tertentu dipilih Terdedah kepada ralat dalam persampelan (sampling error). Ralat dalam keputusan penilaian juga boleh berlaku disebabkan pelajar meneka jawapan yang betul dalam soalan objektif, pemarkahan yang subjektif dalam soalan esei, respons pelajar yang tidak konsisten dalam soal selidik pengukuran sikap atau konsep kendiri. Penilaian bukan matlamat/objektif akhir Mesti jelas apa tujuan penilaian tersebut. Penting menggunakan maklumat yang diperolehi selepas itu (tindakan susulan).

18

1.4 PERINGKAT UTAMA DALAM PENILAIAN


Peringkat Dalam Proses Penilaian Secara amnya: I. Merancang (Perancangan) II. Mengumpul maklumat III. Membuat pertimbangan nilai !V Membuat keputusan tentang merit Linn & Gronlund Langkah-langkah lebih terperinci: I. Menentukan tujuan/objektif pengukuran. Contoh penguasaan peng/kemahiran/nilai; pemilihan pelajar; pengesanan masalah/kesukaran;menentukan kesediaan sebelum pengajaran (peng/kemahiran awal); mengukur kefahaman semasa pengajaran (latihan/kuiz/ujian topikal); mengukur kefahaman di akhir pengajaran/topik/kursus.

19

1.4 PERINGKAT UTAMA DALAM PENILAIAN


II. Membina jadual spesifikasi mengandungi objektif khusus pengukuran, kandungan sukatan (kemahiran/peng/nilai) yang hendak diuji, aras kesukaran, bilangan soalan/tugasan bagi setiap objektif, item-item tugasan/soalan.

III. Menentukan jenis tugasan yang sesuai Kesesuaian bergantung kepada apa yang ingin diukur. Contoh Soalan objektif; soalan esei; penilaian persembahan yang memerlukan pelajar memberi respon (esei) atau melakukan suatu tugasan (mengukur suhu bilik, membuat pemerhatian, mengemukakan hipotesis, menjalankan eksperimen sains, memainkan alat muzik, menyanyi, membuat gerakan).

20

1.4 PERINGKAT UTAMA DALAM PENILAIAN


IV. Menyediakan item tugasan/soalan yang relevan Pilih item yang boleh mengukur secara langsung apa (peng/kemahiran/nilai) yang hendak diukur. Padankan setiap item dengan hasil pembelajaran yang hendak diukur (pengetahuan/ kemahiran/nilai) berdasarkan jadual spesifikasi. Elakkan halangan yang tidak berkenaan (kemahiran/peng lain yang tidak ingin diukur) untuk melaksanakan tugasan/menjawab soalan yang dikehendaki. Elak soalan kabur gunakan ayat yang ringkas, tepat dan padat. Lukis gambarajah jika perlu. Sediakan lebih banyak item daripada apa yang anda tentukan dalam jadual spesifikasi dan pilih yang terbaik.

21

1.4 PERINGKAT UTAMA DALAM PENILAIAN


V.

Mentadbir/mengendalikan pengukuran (ujian bertulis, amali, lisan, atau tugasan) berdasarkan item tugasan/soalan yang ditetapkan. Menilai Membuat penilaian dan rumusan berdasarkan skor yang diperolehi pelajar dalam proses pengukuran (ujian bertulis, amali, lisan, tugasan) Menggunakan keputusan/hasil penilaian Tindakan seterusnya selepas keputusan penilaian diperolehi. Bergantung kepada tujuan mengapa penilaian tersebut dibuat.

VI.

VII.

22

1.5 TEKNIK PENGUMPULAN MAKLUMAT


Pengujian Pemerhatian (Menggunakan senarai semak/panduan) Inkuiri (Melalui soal-selidik dan temubual) Analisis Dokumen (Melalui rekod/laporan/hasil kerja/latihan bertulis/rekod anekdot) Ingat! Kaedah/Alat yang dipilih hendaklah: sesuai dengan objektif pengukuran boleh mengukur apa yang hendak diukur (~ kesahan/validity) sesuai dengan bilangan pelajar sesuai dengan ruang dan peralatan yang ada tidak mengambil masa yang terlalu panjang untuk ditadbir tidak mengundang elemen bias dan penipuan

23

1.6 ALAT PENGUMPULAN MAKLUMAT


Ujian Ujian bertulis objektif (aneka pilihan/melengkapkan jawapan/pilihan betul-salah/padanan); esei Ujian lisan Ujian amali Soal-selidik Memerlukan responden/pelajar memilih satu pilihan jawapan yang paling baik untuk menggambarkan pandangan/dirinya. Biasa dibuat dalam Skala Likert 1-4, 1-5, atau 1-7. Biasa digunakan untuk mengetahui persepsi, nilai, sikap atau konsep kendiri. Contoh pilihan jawapan: 1. Sangat setuju 2. Setuju 3. Tidak setuju 4. Sangat tidak setuju

24

1.6 ALAT PENGUMPULAN MAKLUMAT


Senarai Semak
Sesuai untuk menguji kemahiran/sikap/nilai Item terdiri daripada langkah-langkah kecil/sub-kemahiran/ pelakuan yang menggambarkan kemahiran/sikap/nilai yang ingin diukur Guru/Pemerhati akan menada (/) pada langkah/subkemahiran setiap kali responden/pelajar mempamerkan kebolehan/pelakuan yang berkaitan dengan kemahiran/sikap tersebut. Skala Kadar (Rating Scale) Penilaian diberi oleh guru/pemerhati dalam bentuk skala seperti 1, 2, 3, 4, 510 berdasarkan beberapa perkara/ciri yang digariskan berkaitan apa yang ingin diukur (pengetahuan/sikap/ nilai).

25

1.6 ALAT PENGUMPULAN MAKLUMAT

Rekod Anekdot Rekod tentang sedutan peristiwa sebenar/kejadian/pelakuan individu pelajar yang diperhatikan guru. Tentukan lebih awal apa kemahiran/pelakuan yang ingin diperhatikan dan beberapa orang pelajar yang akan anda perhatikan dalam sesi P&P tersebut. Rekodkan pemerhatian dalam bentuk deskripsi ringkas tanpa elemen penilaian untuk mengelakkan penilaian yang bias dan tidak tepat. Penilaian dibuat berasingan. Kumpul beberapa rekod anekdot sebelum membuat penilaian. Rekod boleh dijadikan bukti/asas penilaian dan perbincangan dengan ibu bapa. Penting untuk memahami ciri peribadi dan keperluan pelajar, terutama bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Boleh memberi maklumat tambahan/melengkapkan maklumat daripada ujian/senarai semak. Adakalanya merupakan satu-satunya cara mendapatkan maklumat.

26

1.6 ALAT PENGUMPULAN MAKLUMAT


Sosiogram

Rekod dalam bentuk visual seperti gambar dan carta untuk menggambarkan kedudukan dan interaksi pelajar/ responden. Contoh: Interaksi pelajar dalam Kumpulan A dan B sewaktu eksperimen sains Ting 2 Dahlia. Contoh lain: Rujuk handout choices and rejection of work companion

27

1.7 SKALA PENGUKURAN


Skala Nominal (~Name) Klasifikasi data dibuat berdasarkan kategori atau nama kumpulan, dan nombor tidak membawa apa-apa makna berkaitan nilai mana yang lebih baik. Contoh : 1. Lelaki 1. Melayu 2. Perempuan 2. Cina 3. India 4. Lain-lain Skala Ordinal (~Order) Data disusun mengikut susunan hiraki/pangkatan tinggirendah. Nombor menunjukkan hiraki susunan, tetapi beza markah/skor antara nombor tidak semestinya sama.

28

1.7 SKALA PENGUKURAN


Contoh:

Kedudukan dalam kelas berdasarkan ujian: 1, 2, ...... 30. Nombor 1 lebih baik daripada 30, tetapi beza markah/skor antara nombor tidak semestinya sama. Data soal selidik dalam skala Likert: 1. Sentiasa 1. Tidak pernah 2. Kerap kali 2. Jarang 3. Kadang-kadang 3. Kadang-kadang 4. Jarang 4. Kerap kali 5. Tidak pernah 5. Sentiasa

29

1.7 SKALA PENGUKURAN


Contoh:

Aras kebolehan: 1.Kebolehan Tinggi 2.Kebolehan Sederhana 3.Kebolehan Rendah/Lemah

30

1.7 SKALA PENGUKURAN


Skala Sela (Interval)

Klasifikasi Data boleh disusun mengikut susunan hiraki tinggi-rendah, seperti skala ordinal. Data disusun dengan sela/interval yang seragam. Tiada skor `0 sebenar, iaitu bacaan `0 tidak bermakna tiada. Contoh Suhu dalam bacaan Celcius, Farenheit, Kelvin Tarikh dalam kalendar Markah ujian

31

1.7 SKALA PENGUKURAN


Skala Nisbah (Ratio)

Data boleh disusun mengikut susunan hiraki tinggirendah. Data disusun dengan sela/interval yang seragam, seperti data interval. Mempunyai skor `0 sebenar, iaitu bacaan `0 bermakna tiada. Contoh Suhu Umur (thn/bulan) Pendapatan (RM) Bacaan hujan Tinggi Berat badan Tekanan darah

32

Taksonomi Solo/Bloom
http://www.scribd.com/doc/19784841/Takso nomi-Bloom

33

Tutorial (2 jam)
Daalm Kumpulan of 4 /5: Bincang cara-cara untuk membina Jadual Spesifikasi Ujian dengan menggunakan Spesifikasi Kurikulum. Reka cipta JSU yang mengandungi aras-aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi daalm topik yang dipilih.

Bentang JSU yang dihasilkan. [2 hours]


34

You might also like