You are on page 1of 9

Assalamualaikum pembaca sekalian, Penyakit buah pinggang mungkin pada peringkat awalnya tidak menunjukkan sebarang tanda dan

simptom. Kemungkinan petanda awal yang dapat dikesan oleh doktor ialah melalui ujian darah dan urin yang dilakukan secara kerap. Dan untuk mengesan penyakit buah pinggang, doktor mungkin akan melakukan ujian-ujian perubatan di bawah dan prosuder diagnostik. Melakukan Pemeriksaan Tekanan Darah Seperti juga penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang tandatanda pada peringkat awalnya. Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada buah pinggang anda. Selain itu, ianya juga boleh menjadi petanda bahawa buah pinggang anda sudah terganggu. Menjalani ujian tekanan darah adalah satu-satunya jalan untuk mengetahui apakah tekanan darah anda tinggi atau berada pada tahap yang normal. Keputusan daripada ujian tersebut akan dinyatakan dengan dua jenis bacaan. Contohnya 120/80. Bacaan di atas merupakan tekanan ketika jantung sedang berdenyut. Keadaan ini dinamakan tekanan sistolik. Bacaan yang di bawah, yang dipanggil sebagai tekanan diastolik, merupakan bacaan ketika jantung berehat diantara denyut. Tekanan darah dianggap normal apabila bacaannya tetap berada pada bacaan 120/80. Dicadangkan kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang berusaha untuk memastikan agar bacaan tekanan darah mereka sentiasa di bawah 130/80. Ujian Untuk Mikroalbuminuria & Protinuria Istilah mikroalbuminuria menunjukkan satu keadaan di mana sejumlah kecil albumin telah bocor ke dalam urin. Ini menunjukkan bahawa fungsi buah pinggang telah pun terganggu secara perlahan-lahan. Biasanya buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan bahan-bahan yang tidak diperlukan tubuh dan meninggalkan protin. Namun buah pinggang yang telah terganggu fungsinya tidak dapat memisahkan kandungan protin di dalam darah yang dipanggil albumin daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan. Doktor mungkin akan melakukan ujian pada urin dengan menggunakan satu batang kecil di dalam sedikit sampel urin. Ujian lain yang lebih sensitif untuk protin atau albumin termasuklah ujian makmal dan perhitungan nisbah protin kepada kreatinin atau albumin kepada kreatinin. Para doktor telah menyarankan agar ujian ini mesti dilakukan untuk mengesan penyakit buah pinggang kepada mereka yang berisiko tinggi, terutamanya yang mengidap penyakit diabetis. Jika ujian pertama menunjukkan kandungan protin di dalam urin tinggi, maka ujian susulan perlu dilakukan selepas seminggu atau dua minggu kemudiannya. Persistent protein adalah satu istilah yang menunjukkan bahawa ujian yang kedua ini juga masih mengeluarkan kandungan protin yang tinggi di dalam urin. Sekiranya ini berlaku, ujian dan prosuder tambahan perlu dilakukan bagi menentukan fungsi buah pinggang. Tahap Penapisan Glomerulus Berdasarkan Pengukuran Kreatinin

Tahap penapisan glomerulus atau GFR(Glomerulus Filtration Rate), ialah satu bentuk ujian pengiraan untuk mengukur sejauh mana kecekapan buah pinggang menapis bahan-bahan buangan dari darah. Perkiraan GFR memerlukan pengukuran kreatinin dalam sampel darah bersama-sama dengan berat badan, umur dan nilai-nilai yang telah ditetapkan untuk jantina dan juga bangsa. Kreatinin adalah sejenis bahan sisa buangan yang terhasil dari pemecahan sel-sel otot sepanjang berlakunya aktiviti di dalam tubuh badan. Kebiasaannya buah pinggang yang normal akan mengeluarkan bahan buangan ini dari darah dan membuangnya bersama dengan urin. Walaubagaimanapun, apabila buah pinggang sudah tidak berfungsi dengan baik, kreatinin akan berkumpul di dalam darah. Ujian perkiraan GFR adalah lebih tepat bagi menentukan apakah seseorang itu mengalami gangguan pada buah pinggangnya. Blood Urea Nitrogen(BUN) Urea ialah satu sebatian yang mengandungi nitrogen, adalah sisa buangan yang dihasilkan setelah sel menggunakan kandungan protin. Kebiasaannya, buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan urea dari darah dan memasukkannya ke dalam urin untuk dibuang dari tubuh badan. Jadi, kandungan urea akan berkumpul di dalam badan apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik. Sebuah desiliter darah mengandungi 7-20 miligram urea. Jika ujian BUN menunjukkan lebih dari 20 mg/dl, maka ia menjadi tanda bahawa fungsi buah pinggang telah terganggu. Penghidratan dan juga kegagalan jantung boleh menyebabkan BUN menjadi tinggi. Ujian Tambahan Untuk Penyakit Buah Pinggang Ujian tambahan untuk penyakit buah pinggang mungkin diperlukan oleh doktor bagi membantu mengenalpasti apakah punca masalah sekiranya ujian urin dan darah menunjukkan penurunan pada fungsi buah pinggang. Pengimejan buah pinggang : Doktor akan menggunakan ujian ini untuk mengambil gambar dari buah pinggang. Ianya termasuk ultrasound, magnetic resonance imaging (MRI), dan juga computed tomography (CT) scan. Ujian-ujian pengimejan ini sangat membantu untuk menemukan sebarang pertumbuhan yang luar biasa atau berlakunya penyumbatan pada aliran urin. Biopsi buah pinggang : Biopsi buah pinggang merupakan satu prosuder di mana sample buah pinggang diperlukan untuk dianalisa di bawah mikroskop. Doktor mendapatkan sampel buah pinggang tersebut dengan cara memasukkan sejenis jarum khas melalui kulit pesakit di belakang buah pinggang. Ujian biopsi ini akan dapat membantu doktor untuk mengenalpasti sebarang masalah pada tahap sel.

10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang


Motivasi 21 Comments

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang?Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang yang saya kongsikan di bawah.

1. Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. 2. Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau. 3. Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan. 4. Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pingganguntuk

mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk. Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah. 5. Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah. 6. Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas. 7. Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru. 8. Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang. 9. Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Khasiat Buah Buahan Dan Herba

Allah Taala menciptakan buah-buahan yang munasabah pada setiap musim mengikut negara masing-masing. Setiap ciptaan Allah juga ada manfaat dah hikmahnya tersendiri. Bezanya, sama ada kita mengetahui manfaatnya ataupun tidak mengetahui. Di sini, ingin menerangkan serbasedikit manfaat buah-buahan yang biasa kita makan 1. Limau

Buah limau ini baik untuk penyakit-penyakit sejuk dan kaya dengan vitamin D. Ia boleh menolong pembentukan kalsium di dalam tulang kita dan boleh mengelakkan dari terkena penyakit Askarbut.

Jus limau pula sangat elok untuk pembersihan dalaman iaitu menolong melancarkan air kencing dan membuang racun di saluran kencing dan meredakan kesakitan sewaktu membuang air kecil. Jus limau juga boleh menghilangkan dahaga, membuang kahak dan merendahkan suhu panas dalam badan.

2.

Delima

Merupakan salah satu dari buah-buhan yang terdapat di syurga. Ia banyak faedahnya, kulitnya dikeringkan serta dijadikan serbuk yang halus, digunakan sebelum memakan apa-apa makanan baik untuk melegakan luka di dalam perut, menghentikan cirit birit, menguatkan gusi apabila digunakan sebagai ubat gigi, boleh membersihkan luka apabila ditabur keatasnya. Manakala bijinya menghalang kesukaran penghadaman.

3.

Zaitun

Zaitun banyak manfaatnya iaitu baik untuk sakit buah pinggang dan hati. Daunnya boleh menguatkan gusi dan sakit tekak, minyaknya pula elok untuk rambut gugur. Apabila di minum

bersama secawan air suam di waktu pagi sebelum memakan apa-apa makanan, merupakan penawar bagi sakit hempedu dan kurang darah (enimia).

4.

Buah Tin

Kaya dengan protin dan vitamin B dan D, sodium, kali(a)emia, kalsium, magnesium, zat besi, tembaga, phosphorus, iodine iaitu alkali.Baik untuk sakit buah pinggang, sakit dada. Kalau digunakan dengan berkumur-kumur baik untuk luka-luka mulut dan gusi serta julap. Penawar bagi sembelit, ubat bagi luka-luka dan bisul, caranya ambil buahnya yang telah dikeringkan, pecah atau hancurkan ia kemudian dimasak bersama susu, selepas ia sejuk letakkan di tempat luka dan balut, amalkan tiga kali sehari.

5.

Limau Nipis

Limau nipis yang dimasak sehingga mendidih sesuai untuk melegakan batuk juga penawar bagi penyakit cirit-birit apabila diminum dua biji jus limau nipis bersama setengah cawan air.

Ia juga baik untuk penyakit tekak dan daging kiri dan kanan tekak dengan cara berkumur di tekak. Juga berguna untuk mengurangkan kandungan lemak dalam badan dengan cara merendamkannya bersama jintan kemudian dimasak beberapa jam. Elok diminum sebelum memakan apa-apa makanan diwaktu pagi.

6.

Babunag ()

Sejenis Tumbuhan yang tidak terdapat di Malaysia. Ia hanya terdapat di negara Timur Tengah, Contohnya di Mesir. bunga kuning , baik untuk sakit perut, mengecutkan usus, Sejenis tumbuhan yang mempunyai pening kepala, pening yang menjangkau selama setengah bulan ,ramatizium Baik untuk penyakit pedih ketika kencing, sakit ketika haid, iaitu dengan cara ambil sesudu kecil babunag di letakkan di dalam semangkuk air lalu dimasak dan ditutup selama lima minit, diminum ketika panas. Bagi penyakit usus dan perut diminum ketika sejuk dan elakkan dari menghisap rokok, minum teh dan kopi. Kalau dibasuh dan mandi menggunakannya baik untuk penyakit kelopak mata, penyakit anggota badan dan ia juga boleh mengumpulkan serangga-seranggan beracun. Berkumur dengannya baik untuk daging kiri dan kanan tekak dan juga mulut. Baik untuk rambut dan membuatkan rambut menjadi warna keemasan. Wapnya baik untuk tekak, batuk, suara serak, sakit telinga dan sakit mata. Serbuknya baik untuk selsema dan apabila serbuknya ditabur di atas penyakit kulit seperti ekszima, bisul, penyakit kuku (onychia) boleh menyembuhkan penyakit tersebut.

7.

Jemuju ()

Boleh mencergaskan dan menguatkan hati dan pernafasan serta otak. Elok untuk proses penghadaman, pening kepala, batuk, asma, penyakit di rongga-rongga, sakit ketika haid, ciritbirit besar dan kecil, kembung perut, memudahkan keluar susu ketika menyusu anak, ia juga menguatkan sistem pengadaman bagi golongan tua, manakala bagi wanita yang putus haid baik untuk menguatkan ovari.Ia juga memudahkan keluar anak ketika bersalin. Minyaknya pula baik untuk membunuh segala parasit di kepala.

8.

Zutar ()

Boleh mengurangkan sakit perut dan hati, menghalang dari jangkitan penyakit, mencergas dan menguatkan badan Baik untuk sistem saraf, ketika datang haid, telinga berdengung dan pening kepala.

You might also like