You are on page 1of 33

Pengurusan Keselamatan Bengkel

Disediakan oleh : PISMP RBT B Ambilan Januari 2011 Semester 6 Mohd Syauqi Bin Abu Hassan Muhammad Zul Fikri Bin Mahsim Nur Azzati Binti Manap Nurul Husna Binti Sahidan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)


Bertanggungjawab
Mentadbir dan menguatkuasakan perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu:
Pengilangan Perlombongan dan Pengkuarian Pembinaan

Hotel dan Restoran


Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun Kemudahan - Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan

Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan

Wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui negara dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja. Objektif Mencegah kemalangan Industri dan Penyakit Pekerjaan. Fungsi Memastikan keselamatan

Kesihatan
Kebajikan orang yang sedang bekerja dan melindungi orang lain daripada bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti pekerjaan.

Dasar
1. 2. Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat; Untuk memmastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan; Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk mempastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi; Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan dan lain-lain keperluan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tata amalan yang diluluskan; Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.

3.

4.

5. 6.

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)


Tujuan penubuhan: menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja

OBJEKTIF PENUBUHAN
1. Memastikan persekitaran bekerja yang sihat dan selamat kepada semua pekerja, peserta kursus, kontraktor dan pelawat. Membangunkan budaya keselamatan dan kesihatan dan mengadakan latihan kepada pekerja.

2.

3.

Memastikan setiap pengurusan dipertanggungjawabkan ke atas keselamatan dan kesihatan yang didirikan.

FUNGSI
1. Menyumbang kearah usaha-usaha menaiktaraf keselamatan dan kesihatan (KKP) melalui pembangunan dan program latihan kepada pekerja dan majikan. Menolong industry, perdagangan dan lain-lain menyelesaikan masalah yang bersangkutan dengan KKP. Membantu mereka yang bertanggungjawab ke atas KKP negara. Memberi informasi terkini di dalam KKP dan diluar negara. Menganjurkan kajian samada jangka pendek atau jangka panjang ke atas KKP dan isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan Malaysia. Menyebarkan informasi tentang kajian penemuan KKP dan isu kesihatan di dalam aktiviti utama dan sebagainya di bawah atau bagi pihak institut dan menjadi pusat rujukan.

2. 3.

4.

5.

Peruntukan undang-undang
Akta 514, Seksyen 30 dan 31 menetapkan dengan jelas mewajibkan penubuhan IKKP jika terdapat 40 orang atau lebih pekerja diambil bekerja di sesebuah tempat kerja atau diarah oleh ketua Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Menurut Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994, peruntukkan seksyen 32 (1). Jika ADOPOD berikut berlaku atau berkemungkinan berlaku, majikan mesti melaporkan kepada pejabat JKKP terdekat : Accident Dangerous Occurrence

Occuoational Poisoning
Occupational Disease

Tugas/ tanggungjawab
1. Membincangkan perihal dan sebab musabab sesuatu kemalangan.

2. Mengemukakan cadangan serta syor bagi mencegah atau menghindarkan kejadian berulang.

3. Pemeriksaan ditempat kerja serta peralatan.

4. Menjalankan kajian statistik kemalangan.

5. Memupuk minat pekerja dalam perkara yang bersangkutan dengan keselamatan dan kesihatan.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)


Ditubuhkan untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian.

Fungsi
1. Mendaftar majikan dan pekerja

2.
3. 4.

Mengutip caruman majikan dan pekerja


Memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya Menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional

5.

Memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Objektif penubuhan
Memberi perlindungan keselamatan sosial melalui insurans sosial termasuk faedah perubatan dan wang, bekalan peralatan prostetik dan pemulihan bagi pekerja untuk mengurangkan penderitaan danmemberi jaminan dan perlindungan kewangan kepada keluarga pekerja.

Dasar & piagam pelanggan


Dasar Kualiti Perkeso: PERKESO komited untuk memenuhi kepuasan pelanggan melalui usaha-usaha ke arah penambahbaikan yang berterusan.

Matlamat Korporat: Memberi perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif untuk penduduk Malaysia.

Objektif Korporat:Memasti dan menjaminkan pembayaran faedah yang secukupnya dalam masa yang tepat dengan keadilan sosial serta mempertingkatkan taraf keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

DASAR DAN PIAGAM PELANGGAN

Strategi PERKESO
1. Mengutamakan kepentingan Negara serta organisasi setiap masa.

2.
3.

Memberi perkhidmatan yang Berkualiti, Adil, Tepat, Cepat dan Ekonomik kepada pelanggannya.
Meningkatkan kemahiran serta kepakaran kakitangan PERKESO disamping penggunaan teknologi canggih bagi meningkatkan perkhidmatannya. Memelihara serta menguatkan kumpulan wang di bawah tanggungjawab PERKESO supaya menjadi lebih teguh. Menghayati nilai-nilai murni di kalangan kakitangan PERKESO. Bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dengan keselamatan sosial.

4. 5. 6.

Piagam Pelanggan
Membayar Faedah Hilangupaya Sementara (HUS) kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 7 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan Iengkap diterima.
Membayar Faedah Hilangupaya Kekal (HUK) kepada pekerja yang terbencana dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima. Membayar Faedah Orang Tanggungan (FOT) kepada orang tanggungan dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima. Membayar Faedah Pengurusan Mayat (FPM) kepada waris pekerja yang layak dalam tempoh 3 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima.

Membayar Faedah Pencen Ilat (ILT) kepada pekerja yang Iayak dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima. Membayar Faedah Pencen Penakat (PKT) kepada orang tanggungan dalam tempoh 14 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan Iengkap diterima. Mendaftar majikan dan pekerja baru serta memberi nombor kod majikan PERKESO dalam tempoh 1 hari selepas semua maklumat dan dokumen yang diperlukan lengkap diterima. Menyiasat dan menyampaikan maklumat ke atas setiap aduan mengenai tuntutan faedah dalam tempoh 3 hari dari tarikh aduan diterima.

Caruman
Caruman Wajib Seseorang pekerja yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dan berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah mestimendaftar dan mencarum kepada PERKESO tanpa mengira statuspekerjaan sama ada tetap, sementara atau sambilan dan tanpa mengirausia pekerja (Jadual Pertama, AKSP). PERKESO hanya meliputi pekerja dan penduduk tetap Malaysia sahaja.Akibat dari itu, pekerja asing dilindungi di bawah Akta Pampasan Pekerja1952. PERKESO tidak meliputi kategori orang-orang berikut:
Orang yang berpendapatan melebihi RM3,000 sebulan dan tidak pernahdilindungi sebelum itu.Kakitangan kerajaan. Orang gaji yang diambil untuk bekerja di rumah kediaman persendiriantermasuk tukang masak, pekebun, pembantu rumah, pengawal, tukangcuci dan pemandu. Pekerja yang telah mencapai umur 55 tahun, bagi tujuan keilatan, akantetapi jika mereka terus bekerja mereka harus dilindungi di bawah SkimBencana Kerja. Orang yang bekerja sendiri.

Pekerja asing.

Bagi pekerja yang berpendapatan melebihi RM3,000 sebulan, jika merekapernah didaftarkan dengan PERKESO, mereka perlu terus membuatcaruman. Jika mereka belum didaftarkan, mereka boleh memilih untuk mencarum.

Kadar caruman
Di bawah Skim Insurans Bencana Kerja dan Skim Pencen Ilat, bayaran caruman oleh majikan adalah 1.75% daripada gaji pekerja sementara bagiperlindungan di bawah Skim Pencen Ilat sahaja, caruman pekerja adalah0.5% daripada gaji pekerja. Bagi tujuan caruman PERKESO, gaji ditakrifkan dalam seksyen 2(24) AktaKeselamatan Sosial Pekerja 1969 sebagai juga merangkumi semua saranyang kena dibayar dengan wang oleh majikan kepada pekerja termasukapa-apa bayaran berhubung dengan cuti, cuti umum, lebih masa dan kerjaberlebihan semasa cuti, tetapi tidak termasuk:
Caruman yang dibayar oleh majikan kepada mana-mana kumpulanwang pencen atau kumpulan wang simpanan; Elaun perjalanan atau nilai konsesi perjalanan; Perbelanjaan istimewa yang ditelan atas sebab pekerjaan; Bonus tahunan.

Faedah berdaftar di bawah PERKESO


Skim Pencen Ilat
Skim Pencen ini memberi perlindungan kepada pekerja jika berlaku ilat dan kematian atas sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan sebelum umur 55 tahun (Seksyen 17(1) AKSP). Ia memberi faedah berikut:
Pencen ilat
Geran ilat Pencen penakat Pemulihan Faedah kebumian

Skim Insurans Bencana Kerja


Skim ini memberi perlindungan untuk kemalangan yang berlaku semasa perjalanan (Seksyen 24(1) AKSP). Ia memberi faedah berikut:
Penyakit khidmat Faedah perubatan Faedah hilang upaya sementara Faedah hilang upaya kekal

Elaun layanan sentiasa


Faedah kebumian Faedah pemulihan Faedah orang tanggungan

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ( Akta 514)


Bertujuan - untuk menjamin keselamatan bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga kepada orang lain yang berada di tempat kerja.
Orang lain - merujuk kepada tetamu atau sesiapa sahaja yang mempunyai urusan dengan organisas berkenaan.

Skop yang terkandung dalam akta merangkumi dan melindungi semua orang yang bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor swasta kecuali mereka yang bekerja di atas kapal perdagangan, angkatan tentera.

Sektor-sektor yang dirangkumi akta iaitu


Pengilangan perlombongan dan kuari Pembinaan

Pertanian
perhutanan dan perikanan kemudahan elektrik gas air dan perkhidmatan kebersihan, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi, perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran, kewangan,

insurans,
hartanah dan perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan awam pihak berkuasa berkanun.

Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mengkehendaki setiap majikan :
Menyediakan suatu saluran komunikasi untuk membolehkan mana-mana pekerjanya membuat aduan mengenai apa-apa perkara yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduan dan kejadian yang tersebut di atas. Melaporkan kejadian yang tersebut di atas kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia

Tujuan Akta
Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja. Melindungi orang-orang di tempat tersebut. Menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang sesuai dengan keperluan fisiologi dan psikologi pekerja. Menyediakan kaedah dimana peraturan keselamatan dan kesihatan pekerja dapat diganti secara progresif dengan system peraturan dan kod amalan industry yang beroperasi bersama dengan Akta 514 untuk mengekal atau meningkatkan standart keselamtan dan kesihatan.

Peraturan serta langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.


Membentuk satu dasar keselamatan dan kesihatan yang bertulis.

Menubuhkan satu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang merangkumi wakil pihak pengurusan dan wakil pekerja.
Melatih pekerja dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan contohnya drill kebakaran, mengangkat beban secara manual. Menyediakan buku panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan unutk kakitangan. Menyediakan prosedur kerja selamat (SOP) bagi aktiviti kerja berisiko tinggi contohnya menyusun fail di atas rak tinggi. Memeriksa dan memantau keadaan tempat kerja dengan menggunakan senarai semak dari masa ke semasa. Mengadakan pelan tindakan kecemasan

Menubuh dan melatih pasukan tindakan kecemasan Mempertingkatkan kekemasan tempat kerja. Menyusun atur kelengkapan pejabat dengan baik. Menyediakan peraturan keselamatan dan kesihatan serta penguatkuasaan (contoh: larangan merokok, menyediakan ruang khas unutk menyimpan bahan berbahaya serta melabelkan setiap bekas bahan. Menyediakan peralatan kecemasan (alat pemadam api, hose reel, penggera, kotak pertolongan cemas ) Menganjur kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan Menghantar kakitangan untuk pemeriksaan kesihatan atau kaunseling. Memberi latihan induksi kepada kakitangan baru. Mendapatkan komitmen sepenuhnya dari majikan dan pekerja.

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Mewujudkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berterusan dan teratur selaras dengan kehendak undang-undang negara

Mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta peralatan-peralatan keselamatan yang sesuai dan mencukupi supaya tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
Menyediakan maklumat, petunjuk dan latihan bagi memupuk staf mendisiplinkan diri supaya mereka dapat mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dalam sebarang pekerjaan Melatih staf supaya mereka boleh dijadikan teladan kepada pelajarpelajar dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan Memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pelajar-pelajar supaya mereka dapat menerima dan mengamalkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang baik sebagai amalan biasa apabila mereka tamat belajar serta berdepan dengan masyarakat dan alam pekerjaan.

Fungsi Jawatankuasa Akta 514


Membantu dalam membangunkan sistem keselamatan dan kesihatan serta sistem kerja selamat. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan . Mengkaji dan menyemak kajian tentang trend kemalangan, kejadian berbahaya, kemalangan nyaris, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja, dan melaporkan pada pihak pengurusan keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk tindakan pembaikan. Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membuat cadangan kepada pihak pengurusan bagi penyemakan dasar tersebut.

Menimbangkan apa-apa laporan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dikemukakan oleh pegawai, laporan dan maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan laporan oleh agensi-agensi kerajaan lain mengenai perkara-perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Mengadakan mesyuarat seberapa kerap yang perlu setara dengan risiko terdapat dalam jenis kerja ; tetapi tidak kurang satu(1) kali dalam setiap tiga(3) bulan. Menjalankan pemeriksaan tempat kerja.

Menjalankan penyiasatan tempat kerja.


Memantau prestasi keselamatan dan kesihatan di peringkat Jabatan/Unit; Membuat keputusan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

You might also like