You are on page 1of 20

KERTAS CADANGAN PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Dengan

kerjasama PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR Serta PEJABAT KESIHATAN DAERAH YAN

1TUJUAN KERTAS KERJA DAN PROGRAM Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan bagi melaksanakan program yang dirancangkan. Ia juga disediakan bagi memohon peruntukkan kewangan bagi menjalankan program ini. Di samping itu ia juga bertujuan untuk memaklumkan kepada agensi yang terlibat sama dalam menjayakan program ini.

Program ini dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat bagi melahirkan Generasi Berilmu,Sihat dan Progresif melalui amalan gaya Hidup sihat Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek-aspek kebersihan,dan penjagaan kesihatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar . Pengetahuan dan kemahiran mengenai kesihatan ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah . Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah. 2. PENDAHULUAN: Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat ini merupakan salah satu program Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan yang dirancang dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Singkir bagi menyempurnakan aktiviti tahunan sekolah. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan komuniti setempat.Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat kita yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Program ini akan dijalankan dengan menyediakan sudut-sudut pameran, gerai-gerai jualan produk kesihatan,kiosk informasi kesihatan dan pemeriksaan kesihatan percuma,slot tayangan video ,pertandingan serta kempen-kempen kesihatan.

3. NAMA PROGRAM Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat merupakan nama yang dipilih bagi program ini.Ia dipilih berdasarkan kempen amalan gaya hidup sihat yang ingin diterapkan ke sanubari masyarakat kita agar generasi yang terbentuk di masa hadapan merupakan mereka yang sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil tahu mengenai amalan kesihatan yang betul. Justeru, adalah diharapkan program ini berjaya selari dengan hasrat dan objektif pelaksanaannya.

4 TEMA PROGRAM Program ini bertemakan sihat sepanjang hayat. Ia bermaksud cara dan amalan hidup yang mementingkan kesihatan perlu diterapkan setiap masa,di mana jua serta berterusan sepanjang hidup kita.Ia bukanlah sekadar satu program yang mendidik generasi muda dan masyarakat mengenai amalan gaya hidup sihat , namun amatlah diharapkan ia menjadi satu platform yang akan mendidik masyarakat kita kearah mengamalkan cara hidup sihat dan tidak berisiko selamalamanya.

5. MATLAMAT Program ini bermatlamat bagi memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal,mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah di samping memberi pengetahuan seimbang mengenai kesihatan yang tepat kepada ahli masyarakat. Pengabaian terhadap isu-isu mengenai kesihatan sama ada dari aspek penjagaan kesihatan diri,amalan pemakanan,penyakit berisiko tinggi,keprihatinan terhadap bahaya rokok,penyalahgunaan dadah terlarang,ketagihan alkohol, aspek kesihatan sosial seperti gejala pelacuran,isu-isu kemanusiaan ,sek rambang,serta informasi tepat mengenai penyakit merupakan perkara-perkara yang harus diambil perhatian serius agar ia tidak terus menjadi isu-

isu kesihatan yang lebih sukar ditangani.Lantaran itu diharapkan program ini dapat menjadi wadah bagi menggerak masyarakat agar menghargai hidup ini dengan lebih bermakna.

6. OBJEKTIF Antara objektif Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat ini ialah:

.Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kebersihan,dan kesihatan dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat. Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar dan komuniti walau di mana mereka berada. Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan bersih,sihat dan selamat ketika di sekolah. Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok. Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap amalan-amalan kebersihan dan kesihatan secara keseluruhannya.

Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah,seks rambang .

Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama.

7. FORMAT PELAKSANAAN Pameran Gaya Hidup Sihat ini berformatkan gerai jualan dan pameran di samping terdapat kiosk-kiosk informasi mengenai kesihatan,klinik mini untuk pemeriksaan kesihatan percuma ,slot tayangan video ,pertandingan kuiz , ceramah kesihatan dan serta beberapa

8. PENGANJUR Penganjur Program ini ialah Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan SK Singkir dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru serta Pejabat Kesihatan Daerah Yan. 9. TARIKH Tarikh cadangan bagi Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat ini ialah pada hari Rabu bertarikh 11.7.2010. 10. TEMPAT Program ini akan dijalankan di Sek Keb Singkir,08110 Bedong, Kedah Darul Aman. 11. PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN Pihak penganjur mensasarkan golongan pelajar khasnya dan generasi muda amnya serta komuniti sekitar kawasan sekolah.

12. CARTA ORGANISASI Cadangan Carta Organisas AJK Induk Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.
PENASIHAT TN HJ ABD SAMAD B SALLEH GURU BESAR SK SINGKIR

PENGERUSI EN.ABD HALIM B SAID GURU PENOLONG KANAN HEM

TIMBALAN PENGERUSI PN NASRI BT ARIFFIN((GPK1) PN RUHAIZA BT ISMAIL (PKKOKU)

PN NORABISHAH BT ZAINAL ABIDIN KETUA PANITIA PJ PK

SETIAUSAHA PN ROSIMA BT HJ HANAFI SETIAUSAHA PANITIA PJ DAN PK

AJK

TN HJ HAMID SAAD EN MUHD DANIAL B ZUBIR EN WAN LOKMAN W KHUS PN DARWENA BT IDRIS PN SHATIRAH BT OSMAN ENCIK HAMZAH B ALI

PN NORAIN BT SALAM EN MUHD HANIF YAAKOB PN MEK LIMAH BT SAAUD EN MUHD FARIS FAKHRURAZI PN DELAILA HUSNA KADIR EN SOFIAN B SHUIB

JAWATANKUASA PELAKSANA

PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT


PENASIHAT Tn Hj Abd samad B Salleh Guru Besar SK Singkir

PENGERUSI En Ahmad Hasan B Harun Pen.Kanan HEM

TIMBALAN PENGERUSI Pn Nasri Bt Ariffin Pen.Kanan 1

SETIAUSAHA Pn Rosima Bt HJ Hanafi Setiausaha Panitia PJ Dan PK

BENDAHARI Pn Saleha Bt Selamat

AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN Guru Besar SKS Tn Hj Abd Hamid B Saad YDP PIBG Guru-guru Penolong Kanan URUSETIA/JEMPUTAN Pn Norabishah Bt Zainal Abidin Pn Rosima Bt Hanafi En Muhd Faris B Fakhrurazi

HADIAH Pn Nor Ain Bt Salam Pn Jaliliyah Bt Kadir

DOKUMENTASI Pn Shatirah Bt Osman Pn Ainol Badri Bt Bahari

SIARRAYA En Hamzah B Ali

PROMOSI/BANNER En Sofian B Shuib

En Romli B Ismail

Pn Elliya Bt Aris

JAMUAN Pn Darwena Bt Idris Pn Nadzirah Bt Said AJK PIBG

PERALATAN En Muhd Hanif B Yaacob En Kamaruzzaman B Ibrahim Pn Mardiana Bt Abd Rahman

KAWALAN MURID En Muhd Danial B Zubir En Pn Marissa Bt Ahmad

PELANCARAN Pn Delaila Husna Bt Kadir Pn Syafinaz Bt Selamat

PERTANDINGAN En Wan Lokman B Khushairy Pn Muniyati Bt Kadir Pn Siti Fatimah Bt Bakar

KUIZ KANAK-KANAK Panitia PJ dan PK En Yusrizal B Mansor(PKDY)

13. TENTATIF PROGRAM

Berikut ialah tentatif bagi Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat

Hari

Masa

Acara

Sasaran/Pengisian

Lokasi

Ahad 11.7.2010

8:00pg

-Pelancaran Program Pameran GHSSH -Senamrobik

Semua golongan

Dataran Ilmu

9:00pg

-Jualan dan Pameran Produk-produk kesihatan/makanan -Kempen Makan Ulamulaman dan Produk Herba -Promosi Dan Jualan Diskaun Barangan Penjagaan Kesihatan Dari Syarikat OSIM -Kiosk PKDY-informasi kesihatan (Unit Promosi)

Semua golongan -Gerai Produk Barangan Penjagaan Kesihatan OSIM -Gerai Healthy Herbs -Gerai HPA -Gerai Buah-buahan Tempatan -Gerai Makanan Organik Halal -Gerai IKS Makanan Ringan Berkhasiat (Dijalankan serentak) Ruang Legar Pusat sumber Sekolah

-Pertandingan Mewarna Anjuran Panitia PJ dan PK

Murid-murid Tahap 1 dan Kanak-kanak Tabika

Medan Letak Kenderaan 1

-Ceramah dan Pameran Anti Rokok Oleh PKDY -Ceramah

Golongan pelajar

Dewan Ilmu

Golongan pelajar

Bilik Wawasan

Penyalahgunaan Dadah AADK Daerah Yan


10:30-11:00pg

Rehat -Kempen menderma darah Golongan dewasa Bilik Rawatan

11:00-12:00tgh

-Pemeriksaan Kesihatan percuma -Ceramah Motivasi :Cara menangani konflik dan stress oleh Dr Zul -Ceramah Kesihatan: Gaya Hidup Sihat oleh Pusat Kesihatan Merbok

Semua golongan

Bilik Wawasan

Golongan dan dewasa

remaja Bilik Matematik

Semua golongan

Dewan Ilmu

12:00-2:00 ptg

Pertandingan memasak Menu Sihat oleh Kaum Bapa -Pertandingan Bayi Sihat Tajaan Panitia PJK

Semua golongan

Perkarangan Kantin

Semua golongan

Ruang Legar PSS

2:00ptg

Bersurai

14. KAEDAH PELAKSANAAN KERJA Manual Perlaksanaan Program Bil 1. Pelaksanaan Tugas -Penyediaan kertas kerja program. Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan asas dari pihak-pihak penganjur dan pelaksana program melalui mesyuarat dan bersemuka.-Mesyuarat Kali Pertama 2 3 Pelantikan AJK Program secara rasmi Mengaktifkan sebuah bilik gerakan bagi Setiausaha Program Tindakan Setiausaha Program

pelaksanaan kerja-kerja asas program cadangan AJK Persiapan Tempat Setiausaha Program Bilik Wawasan

4 5

Mesyuarat Kali ke 2 AJK ProgramMenjalankan kerja-kerja penyediaan ,percetakan dan mengirim surat menyurat,kad /surat jemputan,borang-borang Setiausaha dan JK Promosi

Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat pos laju,email,mesin faksimili atau pertemuan peribadi.(kepada agensi-agensi ,ahli sukerelawan dan individu terlibat)

Setiausaha Program

Menempah dan memasang banner untuk tujuan promosi -promosi mula dijalankan

JK PRomosi/Seranta

Menyedia dan mencetak borang-borang penyertaan,pemarkahan ,keputusan bagi pertandingan /kuiz yang diadakan

JK Pertandingan

Menyediakan hadiah dan cenderahati

JK Hadiah

10 11

Tempahan makanan untuk jamuan dan jamuan VIP Menyediakan bilik-bilik khas utuk kegunaan pameran dsb.Menyediakan dewan untuk tujuan pelancaran

JK Jamuan JK Persiapan Tempat

12

Pengumpulan bahan /fotografi /rakaman video untuk JK Dokumentasi pendokumentasian

13

Kerja pembersihan kawasan selepas program Semua JK secara menyeluruh bersama-sama pihak sekolah , waris serta badan-badan yang terlibat

15. ANGGARAN KEWANGAN 15.1 ANGGARAN PENDAPATAN


BIL 1 2 3 4 SUMBER PENDAPATAN SUMBANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU UNIT PANITIA PJ DAN PK SUMBANGAN SYARIKAT OSIM (M) Sdn Bhd. SUMBANGAN ORANG PERSEORANGAN JUMLAH PENDAPATAN RM RM 300.00 RM 212.00 RM 500.00 RM 150.00 RM1162.00

15.2.ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran Perbelanjaan


BIL PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN (RM) 1 Perbelanjaan Cetakan Booklet Program Surat-menyurat Jumlah Perbelanjaan Cetakan 2 Promosi Banner Iklan Promosi Jumlah Perbelanjaan Promosi 3. Jamuan Jamuan ringan Jamuan VIP Jumlah Perbelanjaan Jamuan 4. Hadiah Dan Cenderahati Hadiah Pertandingan menu Sihat Cenderahati Hadiah Kuiz RM30.00 X 3 orang RM 5.00 X 10 orang RM2.00 X 10 orang RM90.00 RM50.00 RM20.00 RM1.50 X 150 orang RM5.00 X 10 orang RM225.00 RM50.00 RM275.00 RM40.00 X 3 helai RM0.20 X 60 keping RM120.00 RM12.00 RM132.00 RM1.50 X 100 RM150.00 RM20.00 RM170.00

Hadiah Pertandingan Mewarna Sijil Penyertaan Hadiah Pertandingan Bayi Sihat Cenderahati Jumlah Perbelanjaan Hadiah 5. Lain-lain perbelanjaan Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan

RM4.00 X 10 orang RM0.80 X 100 orang RM20.00 X 3orang RM2.00 X 25 orang

RM40.00 RM80.00 RM60.00 RM45.00 RM385.00 RM200.00 RM1162.00

16. PENUTUP Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat merupakan salah satu program Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi tahun 2010.Ia turut membawa merealisasikan pengetahuan misi panitia bagi

mengenai gaya hidup sihat kepada amalan yang berterusan ini mendapat

sepanjang hayat. Justeru itu, pihak panitia amatlah berharap agar program kelulusan dan sokongan dari pihak pentadbir .

Disediakan oleh: (PN ROSIMA BT HJ HANAFI) SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR SESI 2010

Disemak oleh: (PN NORABISHAH BT ZAINAL ABIDIN) KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR SESI 2010.

1.17 SURAT PERMOHONAN KELULUSAN PELAKSANAAN PROGRAM

SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR 08110 BEDONG KEDAH Tel/Fax : 04 4573166 Email : sksingkir.ppdkmy@gmail.com

Guru Besar SK Singkir, 08110 Bedong ,Kedah DarulAman

Surat Kami : SKS/YAN/60/002/14 (054) Tarikh : 15hb JUN 2010

Tuan, PERMOHONAN MENJALANKAN PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT Perkara di atas dirujuk. Pihak Panitia Pendidikan Jasmani ingin mengadakan satu Program Kesihatan iaitu Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.Oleh itu, kami ingin memohon kerjasama pihak tuan bagi menjalankan program ini. 2. Berikut ialah keterangan mengenai program yang akan dijalankan: Tarikh : 11Julai 2010 Hari : Ahad

Masa : 8.00 Pagi Tempat: Dewan SK Singkir

3. Kerjasama dan sokongan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG

Saya yang menurut perintah,

. (PN ROSIMA BT HAJI HANAFI) Setiausaha Pameran GHSSH 2010 SK Singkir _______________________________________________________________________

Setiausaha Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat 2010 Sek Keb Singkir Saya dengan ini menyokong / tidak menyokong permohonan bagi menjalankan Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat. Sekian .Terima kasih.

Tandatangan, ( )

1.18 SURAT PERMOHONAN PERUNTUKKAN KEWANGAN BAGI MENJALANKAN PROGRAM

SEKOLAH KEBANGSAAN SINGKIR 08110 BEDONG KEDAH Tel/Fax : 04 4573166 Email : sksingkir.ppdkmy@gmail.com

Guru Besar SK Singkir, 08110 Bedong ,Kedah DarulAman

Surat Kami : SKS/YAN/60/002/14 (055) Tarikh : 15hb JUN 2010

Tuan, PERMOHONAN PERUNTUKKAN KEWANGAN BAGI MELAKSANAKAN PAMERAN GAYA HIDUP SIHAT SEPANJANG HAYAT Perkara di atas dirujuk. Pihak Panitia Pendidikan Jasmani ingin mengadakan satu Pameran Kesihatan iaitu Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat.Oleh itu, kami ingin memohon peruntukkan kewangan dari pihak tuan bagi menjalankan program ini.(Sila rujuk Kertas cadangan bahagian kewangan) 2. Berikut ialah keterangan mengenai program yang akan dijalankan: Tarikh : 11Julai 2010 Hari : Ahad

Masa : 8.00 Pagi Tempat: Dewan SK Singkir 3. Kerjasama dan sokongan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG

Saya yang menurut perintah,

. (PN ROSIMA BT HAJI HANAFI) Setiausaha Pameran GHSSH 2010 SK Singkir _______________________________________________________________________

Setiausaha Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat 2010 Sek Keb Singkir Saya dengan ini bersetuju / tidak bersetuju meluluskan peruntukkan kewangan seperti yang termaktub di dalam kertas cadangan program bagi menjalankan Pameran Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat. Sekian .Terima kasih.

Tandatangan, ( )

You might also like