You are on page 1of 6

UNIVERSITI TENAGA NASIONAL, KAMPUS SULTAN HAJI AHMAD SHAH, PAHANG.

LAPORAN PROGRAM TITIAN MAHABBAH MALAYSIA-PALEMBANG


TARIKH : 6 10 September 2013

LOKASI : Palembang, Indonesia

ANJURAN : Mahasiswa Mahasiswi Pengajian Asas Perakaunan 'Fast-Track' Trimester 1 2013/2014

1.0 Pendahuluan
Alhamdulillah Program Titian Mahabbah Malaysia-Palembang telah berjaya dilaksanakan dengan bantuan dan dorongan daripada pelbagai pihak. Antaranya bahagian pemasaran Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang turut memberikan galakan. Jutaan terima kasih kami tujukan khas kepada bahagian pemasaran kerana memberi kepercayaan kepada kami pelajar-pelajar Fast Track CFGS Trimester 1 2013/2014 dengan menyerahkan pelbagai bentuk cenderahati daripada UNITEN seperti yang dilampirkan di Lampiran 1, untuk di serahkan kepada pihak Universitas Sriwijaya (UNSRI) dan Griya Yatim dan Dhuafa (GYD) sebagai tanda kenang-kenangan yang telah kami ukir bersama mereka di sana.

2.0 Butiran program


Nama Program Anjuran Tarikh Tempoh Penaung Program Penasihat Program : Titian Mahabbah Malaysia-Palembang : Mahasiswa Mahasiswi, Pengajian Asas Perakaunan 'Fast-Track' Tri 1 2013/2014 : 6 -10 September 2013 : 5 hari 4 malam : En. Mohd Ariff Bin Ahmad Tarmizi : 1) Puan Azlina Bt Mohamat Nor 2) Cik Nur Hidayah Bt Sampol 3) En. Mohd Haniff Bin Sidek

3.0 Sasaran
Pengiring : 3 Orang 12 Orang 15 Orang

Pelajar-pelajar UNITEN : Jumlah :

4.0 Persiapan
Segala usaha kami mengambil tempoh kira-kira 5 bulan. Bermula dari bulan April sehingga bulan September. Dalam tempoh yang berkenaan segala persiapan lengkap telah kami lakukan supaya setiap perancangan dapat berjalan dengan lancar. Tanpa bantuan daripada En. Mohd Ariff Bin Ahmad Tarmizi, Puan Azlina Bt Mohamat, Nor Cik Nur Hidayah Bt Sampol dan En. Mohd Haniff Bin Sidek mustahil kami dapat melakukan persiapan dengan baik. Selain itu, terdapat lebih ramai lagi pensyarah yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam usaha membantu kami dari segi memberi nasihat berdasarkan pengalaman mereka yang pernah ke luar negara. Ketika berada di Palembang, kami juga sempat membuat persiapan terakhir sebelum hari pelaksanaan.

5.0 Pelaksanaan
Setiap perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan baik. Seperti yang dirancang pada 7 September 2013 (Sabtu), kami telah melawat kawasan Kampus Ekonomi Universitas Sriwijaya, Palembang. Manakala pada 8 September 2013 (Ahad), kami telah bergerak ke beberapa tempat seperti pasar-pasar, hypermarket dan sebagainya untuk mencari bahan sebagai persiapan untuk perjalanan program bersama anak-anak yatim. Seterusnya pada tanggal 9 September 2013 (Isnin), kami telah menumpukan segala perhatian dan tenaga untuk melaksanaan aktiviti bersama anak-anak yatim di Griya Yatim dan Dhuafa (GYD), Palembang untuk tempoh hampir satu hari iaitu dari pagi hingga malam.

6.0 Hasil pelaksanaan


Dengan bantuan Setiausaha Jabatan Perakaunan, En. Mukhtaruddin kami berpeluang melawat sekitar kampus Ekonomi Universitas Sriwijaya, Palembang serta meninjau suasana pembelajaran di bilik kuliah dan perpustakaan, yang paling istimewa kami dapat merasai makanan tradisional Palembang, Empek-empek. Tidak ketinggalan juga berpeluang untuk bermesra dan bergambar dengan pelajar di sana. Pada masa yang sama, kami telah menyerahkan cenderahati yang kami bawa dari UNITEN kepada warga UNSRI seperti yang dilampirkan di Lampiran 1. Seterusnya Satu hari sebelum kami bergerak pulang ke Malaysia, kami telah beramah mesra bersama anak-anak yatim di GYD, Palembang. Pelbagai aktiviti yang dapat kami laksanakan antaranya ialah menyanyikan lagu yang dapat menaikkan motivasi diri, latihan dalam kumpulan, permainan yang berasaskan pengetahuan, Intensive English Programme, solat berjemaah dan juga menyediakan makanan Malaysia. Majlis penutup yang ringkas kami rangkakan sebagai ruang penyerahan cenderahati kepada warga GYD. Antara barang yang kami serahkan adalah seperti yang dilampirkan di Lampiran 1.

7.0 Penutup
Kami panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada yang Allah yang Maha besar kerana telah memudahkan segala usaha kami selama ini, dan membantu kami dalam setiap perkara. Ingatlah katakata ini, jika kita menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kita. Saya selaku wakil daripada Mahasiswa Mahasiswi, Pengajian Asas Perakaunan 'Fast-Track' Trimester 1 2013/2014, mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada mana-mana pihak samada terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam usaha menjayakan program ini. Harapan kami agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang supaya kita dapat membantu serba sedikit golongan yang kurang bernasib baik, seperti mereka di Griya Yatim dan Dhuafa (GYD).

8.0 Lampiran
Lampiran 1 : Senarai cenderahati daripada UNITEN BIL. 1 2 3 4 CENDERHATI Set VIP Set VIP Nota dan pen UNITEN Lanyard UNITEN UNIT 2 unit 3 unit 8 unit

Universitas Sriwijaya Griya Yatim dan Dhuafa Griya Yatim dan Dhuafa

Lampiran 2 : Bergambar di hadapan Universitas Sriwijaya

Lampiran 2 : Pemberian cenderahati kepada UNSRI

Lampiran 3 : Pemberian cenderahati kepada UNSRI

Lampiran 4 : Bersama warga Griya Yatim dan Dhuafa

Lampiran 5 : Pemberian cenderahati dan sumbangan kepada anak-anak GYD

Lampiran 6 : Pemberian cenderhati kepada wakil GYD

You might also like