You are on page 1of 5

Bilangan jurnal: Ketiga Minggu praktikum: Ketiga Tarikh peristiwa/ kejadian: Tajuk jurnal: Masalah murid tidak memakai

baju sukan 1. Masalah/ peristiwa saya mengalami masalah iaitu berkaitan dengan murid yang sering tidak memakai baju sukan. Saya terpaksa mengambil masa lebih daripada 10 minit untuk menguruskan murid-murid agar mereka dapat menyediakan aktiviti untuk mereka. Masalah ini akan menyebabkan perancangan masa yang telah dirangka menjadi terganggu.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana murid-murid tidak peka dengan adanya kelas pendidikan jasmani.Disamping itu,minggu ini adalah minggu bulan puasa dan ibu bapa juaga agak tidak membenar anak mereka melakukan aktiviti berat.. Selain itu, lembaran kerja yang diberikan juga tidak dilekatkan di dalam buku tulis masing-masing menyebabkan mereka tidak dapat merujuk kembali kerja yang diberikan.

3. Cadangan tindakan susulan a) Saya patut bertindak lebih tegas di dalam menyelesaikan masalah ini. b) Saya akan memberi nasihat kepada mereka yang tidak membawa baju sukan c) Saya perlu meminta nasihat guru pembimbing agar dapat mengatasi masalah ini.

4. Tempoh masa tindakan susulan Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu.Penggunaan baju sukan dan pakaian yang sesuai amat penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Bilangan jurnal: Keempat Minggu praktikum: Keempat Tarikh peristiwa/ kejadian: Tajuk jurnal: Masalah mengawal tingkah laku 1. Masalah/ peristiwa Pada minggu ini, saya mengalami masalah untuk mengawal tingkah laku murid. Saya menghadapi masalah ini semasa mengajar tahun 4 di mana mereka terlalu aktif sehingga saya terpaksa mengeluarkan arahan yang kuat agar mereka dapat mendengarnya. Terdapat juga beberapa murid tidak mengendahkan arahan sehingga membuat bising.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana tahap disiplin murid-murid terlalu rendah sehinggakan mereka tidak mengendahkan arahan saya. Murid-murid akan membuat bising, serta tidak membuat kerja yang diberikan. Maka, saya harus menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih bekesan agar murid-murid dapat memberi penumpuan dan tidak membuat bising.

3. Cadangan tindakan susulan a) Saya patut merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara menguruskan tingkah laku murid-murid yang bermasalah. b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. c) Saya perlu belajar cara mengatasi murid-murid yang bermasalah disiplin.

4. Tempoh masa tindakan susulan Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan tingkah laku murid-murid adalah penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan: Nama: Tarikh:

You might also like