You are on page 1of 2

TAUBAT BUKAN TAHU BUAT

Oleh Hilmiyatu Dhauiyah pada 3 Mac 2009

Manusia merupakan makhluk yang sering terlibat dalam melakukkan dosa dan maksiat. Ini kerana mereka
bukan sahaja dibekalkan dengan akal, malah perasaan, nafsu dan pancaindera yang sentiasa mendorong
mereka kearah kejahatan.

Walau apapun dosa atau maksiat yang dilakukan oleh seseorang Muslim/Muslimah, besar atau kecil,
sengaja atau tidak, sedar atau sebaliknya, dia perlu memohon keampunan daripada Allah Yang Maha
Pengampun terhadap dosa-dosa pancaindera dan hati dengan bertaubat kepada Allah.

Firman Allah swt:

“Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha”(At-Tahrim:8).

Di dalam ayat ini Allah swt menyeru hamba-hambaNya supaya bertaubat di atas dosa-dosa yang telah
dibuat dengan sebenar-benar taubat. Ada sesetengah golongan manusia di atas muka bumi ini yang hanya
lisannya sahaja melafazkan kalimah taubat sedangkan ia masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat.
Para Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar ingin
bertaubat sepertimana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:

1. Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.


2. Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.
3. Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.
4. Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.

Terdapat juga sebahagian ulama’ yang menggariskan syarat-syarat lain bagi mereka yang ingin bertaubat
dengan taubat nasuha, antaranya:

1. Meninggalkan dosa-dosa tersebut (taubat nasuha) ikhlas kerana Allah swt dan bukan kerana
perkara-perkara lain.
2. Merasa jijik dan benci dengan dosa yang dilakukan dan mengakui akan kemudharatannya.
3. Bersegera melakukan taubat nasuha.
4. Berasa takut dan risau ia akan kembali kepada dosa dan kemaksiatan.
5. Cuba mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb) yang telah ditinggalkan
sebelumnya (sekiranya boleh).
6. Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya dia
sentiasa mengingati Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.

Dalam bab taubat ini, kita perlu bersegera tidak boleh tangguh-tangguh, jangan sampai di selimut putih
baru nak bertaubat pastinya sudah terlambat.
Dalam situasi yang lain pula. Rasulullah menyarankan agar kita selesaikan 4 perkara. Sebagaimana yang
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra: “ Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakkukan empat
perkara, iaitu:

1. Sebelum khatam Al Qur’an.


2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah…
Bertanya Aisyah: “ Ya Rasulullah………Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara tersebut:

Rasul tersenyum dan bersabda: Jika engkau tidur bacalah: Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur’an”.

“Membacalah selawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari
kiamat”.

“Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu”.

“Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan
ibadah haji dan umrah”.

Wallahu a’lam

You might also like