• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
TAUBAT BUKAN TAHU BUAT
Oleh Hilmiyatu Dhauiyah pada 3 Mac 2009
Manusia merupakan makhluk yang sering terlibat dalam melakukkan dosa dan maksiat. Ini kerana merekabukan sahaja dibekalkan dengan akal, malah perasaan, nafsu dan pancaindera yang sentiasa mendorongmereka kearah kejahatan.Walau apapun dosa atau maksiat yang dilakukan oleh seseorang Muslim/Muslimah, besar atau kecil,sengaja atau tidak, sedar atau sebaliknya, dia perlu memohon keampunan daripada Allah Yang MahaPengampun terhadap dosa-dosa pancaindera dan hati dengan bertaubat kepada Allah.Firman Allah swt: “Wahai Orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha”(At-Tahrim:8).Di dalam ayat ini Allah swt menyeru hamba-hambaNya supaya bertaubat di atas dosa-dosa yang telahdibuat dengan sebenar-benar taubat. Ada sesetengah golongan manusia di atas muka bumi ini yang hanyalisannya sahaja melafazkan kalimah taubat sedangkan ia masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat.Para Ulama’ telah menyebutkan syarat-syarat yang mesti ada bagi seseorang yang benar-benar inginbertaubat sepertimana yang telah diambil dari Al-Quran dan hadis, antaranya:1.
 
Bersegera meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat tersebut.2.
 
Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan.3.
 
Berazam untuk tidak kembali bergelumang dalam dosa dan kemaksiatan.4.
 
Mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi atau memohon kemaafan darinya.Terdapat juga sebahagian ulama’ yang menggariskan syarat-syarat lain bagi mereka yang ingin bertaubatdengan taubat nasuha, antaranya:1.
 
Meninggalkan dosa-dosa tersebut (taubat nasuha) ikhlas kerana Allah swt dan bukan keranaperkara-perkara lain.2.
 
Merasa jijik dan benci dengan dosa yang dilakukan dan mengakui akan kemudharatannya.3.
 
Bersegera melakukan taubat nasuha.4.
 
Berasa takut dan risau ia akan kembali kepada dosa dan kemaksiatan.5.
 
Cuba mendapatkan kembali hak-hak Allah swt (cth: zakat, solat, dsb) yang telah ditinggalkansebelumnya (sekiranya boleh).6.
 
Mencari sahabat-sahabat yang soleh yang mampu membimbing dan membantu supaya diasentiasa mengingati Allah dan tidak kembali kepada kemaksiatan.Dalam bab taubat ini, kita perlu bersegera tidak boleh tangguh-tangguh, jangan sampai di selimut putihbaru nak bertaubat pastinya sudah terlambat.Dalam situasi yang lain pula. Rasulullah menyarankan agar kita selesaikan 4 perkara. Sebagaimana yangRasulullah berpesan kepada Aisyah ra: “ Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakkukan empatperkara, iaitu:1.
 
Sebelum khatam Al Qur’an.2.
 
Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhirat.3.
 
Sebelum para muslim meredhai kamu.4.
 
Sebelum kau laksanakan haji dan umrah…
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...