You are on page 1of 4

REFLEKSI

NAMA ANGKAH GILIRAN KUMPULAN/ AMBILAN : VISHVENI A/P ELAGAMURAM :2011272310214 :PISMP T1PT1 /AMBILAN JUN 2013

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya telah mengikut semua aktiviti semasa Program Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Rimba Kem, Pulau Pangkor pada 24 September hingga 27 September 2013 yang lalu. Program BIG ini sebenarnya merupakan satu fobia bagi saya selama semester ini memandangkan majoriti kursus BIG ini adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti lasak yang sekaligus menguji ketahanan mental dan fizikal saya. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira kerana saya dapat bertahan sehinggalah BIG ini berakhir selepas 4 hari 3 malam. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan diperolehi daripada aktiviti ini. Bukan itu sahaja, program BIG ini benar-benar telah memberi saya banyak input yang amat berguna kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya kehidupan saya dalam profesion perguruan.

Pertama sekali, saya sedar bahawa pengurusan masa adalah amat penting demi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan masa yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti telah bertangguh atau tergendala, ianya pasti akan menjejaskan atur cara atau aktiviti yang seterusnya. Kesannya, salah sesuatu perkara terpaksa dijalankan dengan kadar yang lebih cepat dan menyebabkan kami menghadapi kekurangan masa bagi sesuatu sesi atau slot aktiviti. Sepanjang BIG ini, saya sentiasa patuh akan masa dan menasihati atau memberitahu akan rakan yang lain supaya membuat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, kami dikehendaki berada di Dewan 5 minit lebih awal bagi aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) seperti yang telah dijalankan. Oleh itu, apabila kami terdengar bunyi ketua kami yang menandakan tiba masanya untuk pergi ke dewan, kami akan terus melepaskan segala kerja dan tugasan yang kami sedang buat dan pergi ke dewan bagi memastikan kelancaran sesuatu aktiviti. Pendek kata, saya berpendapat bahawa sikap menepati masa haruslah dipupuk dari semasa ke semasa bagi memastikan sesuatu aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar.

Selama mengikuti program BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan dan halangan yang telah diberikan dari para pensyarah pembimbing tanpa saya sedar semua cabaran dan halangan ini semua sebenarnya mempunyai motif yang sangat besar. Setiap perlakuan kami ketika mengikuti BIG, para pensyarah pembimbing sentiasa awasi dan sentiasa memberi bantuan supaya kami dapat mencapai motif tersebut.

saya juga sedar bahawa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan adalah amat penting. Hal ini demikian untuk memastikan keselamatan kita terjamin dan demi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, saya pelajari bahawa kita haruslah mendengar dan mematuhi semua peraturan dan undangundang kerana setiap peraturan yang ditetapkan mempunyai kewajaran dan rasionalnya. Contohnya, apabila kami mula sampai Kem Rimba, kami telah diberi taklimat yang ringkas oleh Encik. Mat salleh tentang peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi sepanjang 4 hari 3 malam ini. Dalam taklimatnya, beliau telah menegaskan tentang aspek pergerakan, kebersihan, bilik air, menepati masa, tempat makan, adab makan, keselamatan, kecemasan, dan sebagainya. Begitu juga untuk setiap aktiviti, seperti aktiviti air dan aktiviti darat, arahan dan peraturan telah dijelaskan terlebih dahulu oleh Encik. Buchan, dan juga pensyarah-pensyarah yang diikuti kami sebelum menjalankan sebarang aktiviti. Pada pengamatan saya, hal ini penting, khususnya semasa di aktiviti air kerana saya tidak tahu berenang dan begitu sangat takut untuk menjalankan aktiviti air tersebut maka dengan peraturan dan arahan yang dibagi akan memastikan saya sentiasa selamat dan tidak berada dalam keadaan yang membahayakan. Oleh itu, bersyukur kerana dengan arahan jelas yang diberi, saya dapat selamat menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut.

Di samping itu, berani mencuba sesuatu yang baharu merupakan satu semangat saya dapat melalui program Big ini. Sebagai contoh, kumpulan saya iaitu kumpulan A iaitu dikehendaki suatu mempersembahkan persembahan untuk malam persembahan

kebudayaan tersebut. Oleh itu, kumpulan kami telah memilih menari dalam satu Malaysia Konsep. Walaupun tidak ada orang dalam kalangan kami yang pandai menari, namun kami tetap mencuba dengan menggunakan kaedah dan cara yang tersendiri. Berkat hasil daripada usaha dan kerjasama setiap ahli kumpulan, kami berjaya mempersembahkannya dengan agak baik pada malam persembahan tersebut. Jadi, ini jelas membuktikan bahawa semua perkara akan berhasil dan menampakkan kejayaan sekirannya kita berusaha gigih dan mempunyai iltizam untuk membuat perkara tersebut.

Saya juga telah mendapat satu pengajaran yang sangat bermakna melalui BIG ini, iaitu bersosial dengan orang lain akan memudahkan kita dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa kawan. Maka kita perlu berinteraksi dengan orang lain dan kita memerlukan kerjasama kumpulan untuk Berjaya dalam sesuatu aktiviti. Dengan cara komunikasi yang sesuai, saya mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan bantuan yang dapat membantu saya menyelesaikan masalahnya semasa (LDP). Dengan mengambil contoh BIG ini, saya telah berjaya mendapatkan banyak bantuan daripada rakan sekelas dan juga rakan dari kumpulan yang berkenalan dan berkomunikasi dengan mereka, sama ada semasa memasang khemah, terlibat dalam latihan dalam kumpulan, kayak dan sebagainya. Tanpa bantuan daripada rakan yang lain, adalah mustahil saya dapat melaksanakan semua ini. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sosial yang aktif adalah sangat penting bagi memastikan kita dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Kursus ini juga secara langsung merapatkan hubungan silaturahim sesama rakan sekelas dan juga rakan-rakan kumpulan. Semua ini tidak dapat saya pelajari jika tidak menjalankan program BIG pada semester ini. Selain itu, saya juga memupuk sikap bertolak ansur antara satu sama lain. Sebagai contohnya, pada setiap malam kami dalam satu kumpulan telah bergilir-gilir berkawal dikawaskan khemah bermula dari jam 12 hingga tengah malam sehingga jam 6 pagi. Melalui aktiviti ini, saya dapat berjaya dilakukan apabila kami semua bertolak ansur untuk sama-sama mengawal mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Ajk Keselamatan. Kumpulan kami, telah diberikan tugas untuk mengawal pada jam 1 tengah malam hingga 2 pagi. Aktiviti seperti ini tidak mungkin berjaya jika ada ahli kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berkawal apabila tiba giliran mereka tiba. Saya yakin, pendedahan awal ini telah menjadikan saya lebih bersedia menghadapi semua perkara itu.

Secara keseluruhannya, program BIG ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang seimbang. Ternyata banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti yang dijalankan semasa BIG (bina insan guru). Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya mengaplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Saya berasa seronok dan bersemangat menyertai aktiviti BIG ini. Diharapkan agar aktiviti ini dijalankan setiap tahun. Saya juga belajar untuk memberi kerjasama yang jitu dan bertolak ansur dengan ahli kumpulan. Saya dapat rasakan satu ikatan terjalin semasa aktiviti BIG ini.

Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program BIG ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang gemilang. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.

You might also like