bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itulibatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari bahan rujukan,mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah mengangkat buku dansebagainya.Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasihsayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikanpeluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu daribeberapa aktiviti untuk mereka melibatkan diri, memberikan juga mereka kuasamemilih. Adakan juga aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan agar merekabebas menyumbang sebarang idea.Berikan penerangan dalam bentuk yang visual agar pelajar mampumemahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa visual,gambar, lakaran, graf, carta, imej 3D dan sebagainya. Berikan gambaran jelasdengan memeta konsep agar pelajar tahu kandungan penting sesuatu bab dandapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam babtersebut. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu topikbaru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka.Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi.
Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalamanseseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang
3
Add a Comment