• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • 1
    CommentGo Back
Download
 
 
Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 
Pengajaran bermaksud satu lakuan (act) yang direka bentuk untukmenghasilkan pembelajaran.Pembelajaran bermaksud suatu gerakbalas kepada rangsangan-rangsangan yang membawa kepada satu perubahan tingkah laku.Strategi pengajaran ialah rancangan atau kaedah yang disediakan denganbaik terlebih dahulu untuk menggalakkan pembelajaran di kalangan pelajar.Pengajaran merupakan aktiviti yang memerlukan penguasaan beberapateknik kemahiran untuk mengajar secara berkesan dan bermakna. Untuk itu, guruperlu memahami kemahiran yang digunakan untuk menyampaikan ilmupengetahuan kepada pelajar mereka.Guru perlu melengkapkan diri dengan berbagai-bagai teknik pengajaran.Mereka perlu mengetahui teknik kemahiran membuat perancangan pengajaran danmenentukan objektif kerana mereka perlu memastikan hala tuju pelajar pada hujungtiap-tiap pelajaran.Sebelum memperkenalkan pengajaran, guru hendaklah mengenali latar belakang anak didik mereka terlebih dahulu. Untuk itu, guru patut mengetahui teknikyang tertentu dalam soal ini. Guru juga perlu dapat mengaitkan pengajaran yang laludengan yang hendak disampaikan itu. Mereka sewajarnya dapat menggunakan,
1
 
menilai dan membincangkan penggunaan kemahiran itu di kalangan mereka.Lagipun, untuk menjadi guru yang baik mereka harus dapat bertutur dengan petahdi samping boleh menggunakan bahasa dengan berkesan.Dalam mempersembahkan pengajaran, guru hendaklah dapat mengawalgerak geri mereka. Selain itu, guru perlu dapat mengolah isi pelajaran dan berhujah,memberi penerangan yang jelas dan contoh yang sesuai dalam menyampaikanpelajaran kepada pelajar mereka. Guru hendaklah menguasai teknik kemahiranmenyoal, membuat peneguhan, analisis dan penilaian, mendapat maklum balas,mengawal kelas dan menggunakan bahan bantu mengajar dengan betul untukmemastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mereka . Mereka perlumewujudkan suasana yang sesuai dalam kegiatan pembelajaran. Dalam soal ini,mereka boleh menggunakan teknik kemahiran bercerita disulami dengan jenaka danmembuat saranan.Pelajar juga harus diberi persediaan untuk menghadapi pengajaran guru.Minat pelajar perlu diwujudkan dan dipertingkatkan dengan mengubah strategi danmenggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran. Guru perlu membuatrumusan dan penilaian terhadap pengajaran mereka. Oleh itu, guru hendaklah dapatmenguasai kemahiran asas dan membina tapak yang kukuh dalam pengajarannya.Mereka hendaklah dapat memeriksa kemahiran-kemahiran itu denganmemisahkannya antara satu sama lain. Dengan itu, mereka akan dapat mengkajisecara berasingan tiap-tiap kemahiran itu dengan lebih jelas lagi
2
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...